Monday, May 06, 2013

Cream Custard Puff

Dah lama saya mencari resepi ni.. baru sekerang saya jumpa.. tapi taktau bila lagi nak mencubanya..


BAHAN:

170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

Cara:
 
Panaskan oven dengan suhu 180-200 darjah Celsius.

Ayak tepung bersama baking powder.

Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk.

Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk.

Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat.

Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dengan nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.

** Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dengan mentega atau dialas dengan kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar.

Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yang telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan(jangan putus) pada puff tersebut.



Bahan Krim Kastad:

3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:

Pukul telur, gula, tepung & tepung kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yang telah dididihkan ke dalamnya.

Masak di atas api yang kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Cream puff yang telah masak dibelah tak putus,lalu diisi dengan krim kastad yang telah disejukan.



Sumber : Resepi Bonda

Sunday, May 05, 2013

5 May 2013

Hari ini adalah hari mengundi buat raayat Malaysia.. Saya ucapkan selamat mengundi kepada semua keluarga, saudara mara dan kenalan teman teman facebook di Malaysia.. Undi adalah hak tanggungjawab bagi semua raayat dan undi adalah rahsia..

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. akhirnya saya dapat login disini setelah sekian lamanya saya lupa password

Tuesday, August 04, 2009

Zikir mampu cerah wajah

Zikir mampu cerah wajah


Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata.

Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.

Zikir dengan lisan saja.

Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.

Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.

Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya.

Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata :

"Yang pertama sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai."

Firman Allah bermaksud: "Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar." (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Rasulullah bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengucapkan ' Subahanallah hil'azimi Wabihamdih ' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam syurga." (Hadis riwayat Muslim)

Hikmat lain adalah :

Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.

Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.

Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.

Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.

Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.

Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.

Memperoleh pohon tamar dalam syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.

Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.

Dapat membina rumah dan juga istana dalam syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.

Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada neraka jahanam.

Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.

Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.

Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.

Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.

Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.

Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil .

Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.

Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir, dia sebenarnya menyertai majlis yang dihadiri oleh malaikat. Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya bermaksud: "Ingatlah kamu kepada-Ku, maka Aku akan mengingatimu."


-Petikan Berita Harian

Saturday, August 09, 2008

Berikanlah Maaf

Berikanlah Maaf


Jangan mencari cari kesalahan orang lain. Ini bisa memenuhi ingatan anda dengan kekeliruan dan mengobarkan kebencian pada orang. Dengan demikian, anda mengaburkan pandangan untuk kemajuan diri. Terlebih lagi, ini menjadi beban yang berat bagi anda. Bebaskan diri anda dari beban beban ini. Lepaskan, maka diri anda menjadi ringan untuk melangkah. Anda mungkin tak bisa menghapus luka yang sudah tertoreh. Namun anda sedia memberikan maaf. Meski tak diminta, tetap berikan maaf.

Yang terpenting, anda harus meminta maaf pada diri anda sendiri karena telah memberatkan hidup anda dengan hal hal yang tak perlu. Bila sudah, maafkanlah. Rasakan betapa ringannya hati anda. Rasakan bagai belon gas yang terlepas di udara. Selama anda menyimpan maaf maka anda menyediakan ruang kosong yang memungkinkan anda terbang melepaskan diri dari belenggu bumi.

Sunday, April 06, 2008

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab



"Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya.

Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku." Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah." Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?" Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang. Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu.

Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata.

Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai preplan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an." Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah."

Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali."

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali." Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam"

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu. "Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah. "Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di athirst kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.

Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam." Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayah."

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah botany (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku."

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu." Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan."

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan." Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat."

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi."

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum."

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."

Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di athirst."

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akin hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti." Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku..…"

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakana bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia."

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah."

Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi.

Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya. "Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disembarking oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu.

Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa


~ akhie ~

Wednesday, February 06, 2008

Lakukanlah dengan kebaikan hati

Apa pun yang anda lakukan, lakukanlah dengan kebaikan hati. Keberhasilan bukan semata mata kerana kekuatan otot dan ketajaman fikiran. Anda perlu bertindak dengan kelembutan hati. Kejayaan tidak selalu dibangun di atas upaya sendiri.

Dibalik semua pencapaian, terselip pengorbanan orang lain. Hanya bila anda melakukannya dengan kebaikan hati, siapa pun rela berkorban untuk keberhasilan anda.

Seorang bijak berujar: "Bila busur anda patah dan anak panah penghabisan telah dilontarkan, tetaplah membidik. Bidiklah dengan seluruh hatimu." Semua tindakan anda bagaikan bumerang yang akan kembali pada anda. Bila anda melempar dengan baik, ia akan kembali dalam tangkapan anda. Namun, bila anda ceroboh melemparkannya, ia akan datang untuk melukai anda.

Renungkan, bagaimana tindakan anda sekarang ini. Lakukan segala semuanya dengan tulus dan penuh kasih. Tiada yang lebih manis daripada memetik buah atas kebaikan yang anda lakukan.

Saturday, January 19, 2008

6 perkara Allah sembunyikan

6 Perkara Allah sembunyikan


Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Thursday, December 20, 2007

Cinta kepada Allah

Cinta kepada Allah


Hati yang hidup ialah hati yang mencintai Allah. Sesiapa yang mencintai Allah, dia mencintai Islam kerana kehidupan Islam ialah kehidupan yang ditunjuki oleh Allah. Barangsiapa mencintai kehidupan Islam maka dia mencintai kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat r. anhum. Kehidupan mereka merupakan tafsiran ajaran Islam secara praktikal. Mereka merupakan lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan sejati yang pernah dilahirkan di dunia ini. Mereka juga adalah generasi yang membangunkan dunia dengan kecintaan kepada Allah SWT dan membawa kebahagaian kepada kehidupan manusia dan alam. Apabila kita menyebut tentang cinta Allah, ianya mestilah bertempat di hati sebab hati dicipta untuk merasai dzauq atau kelazatan menghayatinya. Hati juga tempat makrifat, tempat iman, tempat rindu. Hati ini dikategorikan oleh Ulama Sufi kepada 4 peringkat, iaitu

Hati yang lalai kepada Allah.

Hati yang ingat kepada Allah.

Hati yang asyik dengan Allah.

Hati yang makrifat kepada Allah

Pada hari ini ada di antara manusia memiliki hati yang berada pada tahap pertama, iaitu hati yang lalai dengan Allah SWT. Ini dapat dilihat dalam kehidupan mereka yang tidak menunjukkan mereka cinta kepada Allah, bersungguh dalam ibadah dan mujahadah serta sentiasa memelihara diri daripada perkara-perkara yang haram, syubhah dan makruh. Mereka juga tidak berhati-hati dalam perkataan, penglihatan serta pendengaran yang akibatnya hati mereka bertambah keras dan rosak.

Segelintir orang yang bercakap tentang takut kepada Allah tetapi sanggup menyembunyikan kebenaran kerana takutkan manusia. Mereka juga diibaratkan oleh Allah sebagai orang yang menjual ayat-ayat Allah untuk kepentingan duniawi. Ada juga di kalangan mereka yang bercakap tentang ayat-ayat Allah tetapi kadang-kala mereka "menjual" ayat-ayat Allah demi mendapatkan keuntungan, kemasyhuran, pengikut yang ramai serta pujian dari manusia lain. Mereka sebenarnya orang-orang yang mati hatinya daripada perasaan cintakan Allah. Manakala orang awam, kehidupan mereka dibelenggu oleh kesibukan mencari harta, pangkat dan mencintai kaum keluarga di atas hawa nafsu sehingga melalaikan mereka daripada Allah SWT. Manusia wajib mencintai Allah. Ia adalah perkara fitrah kerana asal roh manusia datang dari Allah. Ketika di alam arwah, manusia telah mengaku bahawa Allah adalah tuhan mereka dan tiada yang lain dalam cintanya, zikirnya, ingatannya, pujiannya, semuanya adalah untuk Allah SWT semata-mata. Mereka sudah berilmu dan mengenal Allah dengan pengenalan yang hakiki. Apabila manusia itu lari dari fitrah dan tidak menghalakan roh dan hati mereka untuk mencintai Allah, mereka sebenarnya meronta-ronta untuk kembali kepada Allah, untuk mengenal Allah, mencintai Allah atau Rabbnya kerana itulah fitrahnya. Namun kehidupan dunia yang hanya membawa halangan dan rintangan kepada diri seseorang untuk terbang ke hadrat Ilahi telah menyebabkannya menderita kerana mencintai dunia yang bukan fitrahnya. Ketahuilah, sesiapa yang cuba menentang fitrah dengan tidak mencintai Allah, sebaliknya mencintai dunia atau yang lain, ia akan menderita. Ada manusia yang mempunyai atau memiliki kekayaan tetapi sedikit yang memiliki kebahagiaan.

Kebahagiaan itu hanyalah apabila roh atau hati kembali kepada Allah. Ibarat seekor ikan yang dilepaskan kembali ke lautan atau seekor burung yang tinggal di dalam sangkar emas kemudian dibukakan sangkar hingga ia kembali mendapat kebebasan. Walaupun tinggal di dalam sangkar emas, hakikatnya burung itu tidak mendapat kebebasan. Begitu juga dengan roh. Jangan biarkan roh terkurung di dalam sangkar emas (dunia dan hawa nafsu), walaupun ia kelihatan cantik tetapi ia bukan kebahagiaan hakiki. Ada manusia menyangka apabila mereka kembali kepada Allah, mereka akan terpenjara dan hidup terkongkong kerana dikawal oleh peraturan-peraturan Allah. Sedangkan ianya merupakan satu kunci untuk roh bebas terbang kepada Allah SWT. Apabila mereka menjauhkan diri atau melanggar peraturan-peraturan Allah dan menurut akal mereka, sebenarnya mereka menguncikan diri mereka di dalam sangkar. Inilah hakikat kehidupan manusia sehinggalah mereka dapat melihat ketika menghadapi sakaratul maut, baru mereka akan sedar. Ketika itu, ia sudah tidak berguna lagi. Apabila seseorang itu mencintai harta, maka dia akan menjadi hamba kepada harta. Kalau dia mencintai pangkat, dia akan menjadi hamba kepada pangkat itu.

Begitu juga, mencintai kaum keluarga, sanak saudara atau lain-lainnya, maka jadilah dirinya hamba kepada apa yang dicintainya. Sebaliknya, sesiapa yang mencintai Allah, dia akan bermujahadah dengan hawa nafsunya dan membebaskan diri dari belenggu yang mengikat rohaninya untuk mencintai Allah. Hanya kekasih Allah-lah memiliki hati yang mencintai-Nya, sentiasa mengingati-Nya, mencintai akhirat dan menangis kerana takut kepada-Nya. Pecah tumit kakinya kerana berdiri di malam hari menghadap Allah dengan rasa kehambaan. Perasaan kecintaan dan kehambaan yang tinggi kepada Allah menyebabkannya mengambil kehidupan dunia dengan amat sederhana. Islam telah berjaya menguasai dunia dan menjadi model kepada kehidupan manusia. Islam telah menjadi kuasa yang amat ditakuti dan disegani kerana bukan sahaja menjadi contoh dalam aspek kerohanian tetapi juga dari segi akhlak peribadi dan pendidikan anak-anak. Rumahtangga orang Mukmin tertumpu kepada tujuan mencari cinta Allah. Suami menjadi pemimpin isteri, manakala isteri menjadi penasihat kepada suami dan mendidik anak-anak. Malah Islam telah berjaya melahirkan generasi contoh dalam pengurusan kehidupan manusia seperti dalam urusan ekonomi, politik, pentadbiran negara, intelektual, sosial dan sebagainya. Generasi ini menterjemahkan Islam yang syumul secara praktikal dan membincarakan permasalahan kehidupan manusia seperti kesucian diri dari hadas kecil hingga kepada kesucian pentadbiran negara dan dunia.

Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk melahirkan kembali generasi contoh yang hebat ini melainkan mengikuti kembali jalan-jalan mereka, peribadi, akhlak, ibadah, mujahadah dan pengorbanan jihad mereka. Mereka telah dididik oleh Rasulullah SAW dengan keimanan makrifatullah, keimanan yang hakiki. Diwajibkan ke atas mereka melakukan Qiamullail untuk melahirkan kecintaan kepada Allah, hati yang hidup dengan Allah. Mereka ditarbiyah dengan sentiasa membaca Al-Quran dan menghadiri majlis-majlis tazkirah untuk melahirkan dan menguatkan perasaan cinta kepada Allah. Kecintaan mereka ialah kecintaan kepada hati yang dzauq dan tubuh badan yang sihat. Segalanya berpunca dari hati sebab itu hati mestilah diutamakan dalam pendidikan manusia.



~ akhie ~

Thursday, October 25, 2007

Surat Ar-Rahman




Ini adalah gambar letupan bintang di angkasa raya.. diambil pada 31 october 1999. Ia juga dikenali sebagai 'The cat eye Nebula'.. Subhanallah... kita melihatnya kini apa yang telah diucapkan 1400 tahun lalu oleh Muhammad saw. firman Allah dalam Al-Quran Surat Ar-Rahman.


"Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi mawar merah seperti (kilapan) minyak. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman: 37-38)

Thursday, September 13, 2007

Ramadan bulan menilai kekuatan diri



Ramadan datang lagi. Terasa masa yang terlalu terlalu singkat sejak kehadiran Ramadan tahun lepas. Begitulah berlalunya usia kita. Tahun demi tahun usia bertambah. Ini juga memberi petanda bahawa kita makin menjejaki hujung usia.

Seperti tahun-tahun lepas apakah tahun ini kita membuat persiapan yang rapi menyambut kedatangan Ramadan itu. Sebenarnya di sebalik Allah s.w.t. menciptakan bulan Ramadan yang mulia dan disyariatkan pula amalan berpuasa, terkandung seribu hikmah yang tersirat.

Yang lebih istimewanya, hikmah atau keistimewaan ini bukan manfaat untuk orang lain atau untuk masyarakat umum, malah untuk diri kita sendiri!

Ada orang mentafsir puasa sebagai amalan untuk diet, mengawal pemakanan dan memberi kerehatan kepada tubuh badan khususnya perut setelah 11 bulan bekerja keras iaitu makan tanpa henti ibarat sebuah kilang yang memproses barangan 24 jam tanpa henti.

Sebahagian yang lain pula menterjemah puasa sebagai masa untuk mengenang kesusahan dan penderitaan orang lain. Ada juga yang memahami bahawa puasa ialah bulan untuk beribadat.

Semuanya benar belaka. Tetapi tahukah anda bahawa ada hikmah yang lebih halus dari itu semua yang jarang dapat dinilai orang.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Ayat di atas dapatlah disimpulkan bahawa hikmah sebenar ibadah puasa ialah untuk menjadikan kita orang yang bertakwa.

Siapakah orang yang bertakwa? Istilah ini terlalu kerap disebut hingga sudah menjadi satu cliche yang tidak difahami sepenuhnya.

Orang yang bertakwa ialah orang yang taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-Nya dalam setiap tindak tanduk kehidupan.

Soalnya kenapa puasa dipilih menjadi salah satu pintu untuk mencapai darjat takwa? Begitu tinggi sekali fungsi puasa.

Pertama kerana puasa adalah satu-satunya ibadah yang dapat menguji taraf ikhlas seseorang. Ibadah lain seperti solat, membayar zakat, bersedekah, mengerjakan haji, membaca al-Quran, berselawat, berzikir dan sebagainya nampak pada lahirnya. Tetapi puasa tidak dapat dilihat secara zahir.

Bila kita melihat muka seseorang, susah kita mengetahui sama orang itu berpuasa atau tidak. Tidak ada tertulis di dahinya, “Saya sedang berpuasa.” Sedangkan orang yang sedang berpuasa boleh sahaja mencuri makan, minum atau menghisap rokok di luar daripada penglihatan orang ramai. Tiada siapa yang tahu kecuali Allah dan malaikat-Nya.

Kedua puasa menambah keyakinan dan perhubungan hati kita kepada Pencipta atau apa yang diistilahkan sebagai hablum minallah. Hanya orang yang yakin kepada Allah s.w.t. sahaja yang sanggup berpuasa. Kalau bukan kerana Allah mengapa kita mesti bersusah payah berlapar dan dahaga.

Keyakinan kepada Allah ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, an-Nasa'i dan al-Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan...”

Ketiga, berpuasa dapat merapatkan perhubungan kita sesama manusia atau apa yang diistilahkan sebagai hablum minannas:

1. Melihat kesusahan orang lain menanggung kemiskinan dan kelaparan.

2. Membayar zakat fitrah untuk dibahagikan kepada golongan fakir miskin, anak yatim, mualaf, orang yang berjihad di jalan Allah dan lain-lain yang memerlukan.

3. Berjemaah solat tarawih.

4. Tadarus al-Quran dalam kumpulan.

5. Mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai.

6. Saling menghantar ucapan Selamat Hari Raya melalui kad, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau telefon.

Keempat, mengharapkan ganjaran yang besar dari Allah melalui kedatangan Lailatul Qadar di mana beribadat di malam itu akan diberi ganjaran pahala seperti beribadat 1,000 bulan (lebih 83 tahun).

Untuk memantapkan ganjaran dan harapan ini Allah tidak menetapkan malam-malam tertentu untuk menunggu kedatangan Lailatul Qadar tersebut. Malah ulama berpendapat malam Lailatul Qadar itu adalah:

1. 10 malam akhir yang ganjil bulan Ramadan (malam 21, 23, 25, 27 dan 29)

2. 10 malam akhir bulan Ramadan (malam 21 hingga 29)

3. Keseluruhan bulan Ramadan (1 Ramadan hingga 29 Ramadan)

Lagi sekali keikhlasan memain peranan penting untuk kita beribadat sepanjang bulan Ramadan kepada Allah semata-mata tanpa mengharapkan ganjarannya.

Kelima, bulan Ramadan merupakan pintu untuk merayakan Aidil Fitri iaitu sambutan hari kemenangan umat Islam. Kemenangan dapat ditafsirkan sebagai:

1. Kemenangan menempuh bulan Ramadan yang penuh cabaran dengan berjaya.

2. Kemenangan umat Islam lampau memerangi musuh-musuh Islam.

3. Kemenangan melawan hawa nafsu dan sifat-sifat mazmumah diri.

Keenam, bulan Ramadan ini sebenarnya merupakan bulan latihan di mana Allah melatih manusia untuk menjadi hamba yang bertakwa dengan mengkhususkan ibadat-ibadat tertentu yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain, antaranya:

1. Melatih kita supaya berjinak-jinak dengan masjid dan surau pada waktu malam dengan mensyariatkan solat tarawih dan sunat pula didirikan di masjid secara berjemaah.

2. Membiasakan diri dengan ibadah membaca dan menghafal al-Quran.

3. Melatih diri bangun awal sebelum terbit fajar untuk makan sahur.

4. Melatih diri untuk mudah bersedekah.

Ketujuh, bulan Ramadan merupakan bulan membuktikan bahawa kesan makan minum lahiriah tidak menghindar kita dari terus melakukan pekerjaan harian seperti bekerja, berusaha, berjuang dan berjihad jika keyakinan pada kemampuan diri dan pergantungan kepada Allah kuat. Sesungguhnya usaha diri kita tidak memberi bekas, hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Jika kita dapat mengambil iktibar dari ketujuh-tujuh hikmah di atas sudah tentulah puasa kita tahun ini berbeza dari puasa kita tahun-tahun yang lalu. Malah kita akan mampu untuk mendatangkan motivasi yang tinggi untuk menjana diri mencapai kecemerlangan yang lebih menonjol.



- MUHAMMAD ZAKARIA ialah Pengarah Editor, Telaga Biru Sdn. Bhd.

Monday, September 03, 2007

Abdullah Ibnu Rawahah

Abdullah Ibnu Rawahah

Semboyannya: "Wahai diri! Jika kau tidak gugur dimedan juang, kau tetap akan mati walau diatas ranjang".


Sewaktu Rasulullah saw. sedang duduk diauatu dataran tinggi di Kota Mekah, datang duabelas orang kaum Ansar yang ditugaskan sebagai utusan dari Kota Madinah. Kedatangan mereka menemui Rasulullah nsaw. secara bersembunyi sembunyi dari pengetahuan kaum Quraisy.

Kedatangan mereka juga adalah untuk berbai'at ( berjanji taat setia ) dengan Rasulullah saw. yang dikenal dengan 'Bai'at Al-Qabah Al-Ula". Kesetian mereka ini yang mendorong Rasulullah saw. untuk berhijrah ke Madinah, maka antara kaum Ansar yang telah berbai'at ialah Abdullah Ibnu Rawahah.

Abdullah Ibnu Rawahah berbai'at lagi untuk kali keduanya bersama sama dengan pendudok Kota Madinah seramai tujuh puloh tiga orang. Apabila Nabi saw. telah menetap diMadinah, Abdullah Ibnu Rawahah mula berkerja keras dalam membela agama Allah disamping mengawasi tipu muslihat Abdullah bin Ubai iaitu seorang pemimpin golongan munafik yang pernah dicadang oleh penduduk Madinah untuk diangkat menjadi raja, sebelum datangnya Islam.

Abdullah bin Ubai inilah yang sangat gigih dan bercita cita tinggi untuk menjatuhkan Islam dan tidak menyia-nyiakan setiap kesempatan yang ada. Maka berkat ketekunan Abdullah Ibnu Rawahahmengikut setiap gerak gerinya, rancangan Abdullah bin Ubai menemui kegagalan dan rancangan jahatnya dapat dipatahkan.

Abdullah Ibnu Rawahah adalah seorang penulis dan tokoh dalam mengubah syair syair. Setiap untaian syairnya meluncur keluar dari lidahnya dengan jelas dan indah didengar. Keupayaan dalam bidang tersebut dibaktikan untuk mengabdi bagi kejayaan Islam, bahkan Rasulullah saw.sangat menggemarinya dan pernah beliau menganjurkan agar Abdullah Ibnu Rawahah lebih tekun lagi membuat syair.

Pada suatu hari, Abdullah Ibnu Rawahah mendatangi Rasulullah saw. bertanya; "Apa yang anda akan lakukan, apabila anda hendak mengucapkan syair?" Dengan pantas Abdullah Ibnu Rawahah menjawab, "Ku renungkan dulu, kemudian baru ku ucapkan". Lantas ia menyambng , "Wahai anak HAsyim yang baik! sungguh Allah telah melebihkanmu dari seluruh manusia, da memberimu keutamaan dimana orang tidak usah irihati, sungguh aku menaruh pandangan baik yang ku yakini terhadapmu, dalam memecah persoalan, tiadalah mereka bantah, kerana itu Allah mengukuhkan kebaikan dan ajaran yang anda bawa". MMendengar kata kata begitu, Rasulullah saw. menjadi gembira seraya bersabda; "...dan engkau pun akan diteguhkan oleh Allah".

Abdullah Ibnu Rawahah yang prodaktib iini tiba tiba berubah menjadi duka apabila turun ayat yang ertinya; "...dan para penyair, banyak pengikut mereka orang orang yang sesat". Kenapa! kerana setiap syair yang dipersembahkan oleh beliau menjadi ikutan orang orang yang ketika itu mereka adalah kalangan orang orang yang sesat bahkan tidak tahu menulis dan membaca, sehinggalah turun ayat lain ertinya; "Kecuali orang ( penyair ) yang beriman dan beramal soleh dan banyak ingat kepada Allah dan menuntut pertolongan setelah mereka dianiaya.

Sewaktu Islam menghadapi peperangan Badar, Uhud, Khandah, Hudaibiah dan Khaibar, Abdullah Ibnu Rawahah tampil dengan pedangnya seraya kata-kata syairnya digunakan sebagai selogan, "Wahai diri! seandainya engkau tidak tewas berbunuh, tetapi engkau pasti akan mati juga".

Dalam peperangan Muktah, Abdulllah Ibnu Rawahah adalah panglima yang ketiga disamping Zaid bin Harithah dan Jaafar bin Abi Talib. Sewaktu ia sedang bersiap sedia bersama pasukannya berangkat meninggalkan Kota Madinah, beliau berkata; "Yang kupinta kepada Allah Yang Maha Rahman, keampunan dan kemenangan dimedan perang, dan setiap hayunan pedangku memberi ketentuan bertekuknya lutut angkatan perang syaitan. Akhirnya aku tersungkur memenuhi harapan mati syahid dimedan perang".

Ketika dalam perjalanan, angkatan musuh ( Romawi ) terbukti lebih ramai iaitu sekitar dua ratus ribu orang dan angkatan Islam ternyata boleh dibilang. Mereka terkaku gamam bahkan ada yang mengesyorkan supaya mendapat bantuan dari Rasulullah saw., tetapi Abdullah Ibnu Rawahah segera bangun seraya berkata; "Kawan kawan sekelian! kita berperang bukan berdasar kepada bilangan, kekuatan atau banyaknya bilangan, kami memerangi mereka kerana mempertahankan agama Allah! Ayuh kita maju! Salah satu dari kebaikan pasti kita capai kemenangan atau syahid dijalan Allah!".

Seketika itu juga angkatan Islam mendapat semacam semangat, sehingga lahir kata kata; "Sungguh! Demi Allah benar yang dikhabarkan Ibnu Rawahah". Dan mereka maju kemedan perang dengan dahsyat yang belum ada taranya.

Panglima Islam pertama, Zaid bin Harithah gugur syahid dan disusuli oleh pemimpin panglima kedua Jaafar bin Abi Talib dan diikuti oleh pemimpin yang ketiga Abdullah Ibnu Rawahah. Setelah hampir pasukan Islam habis musnah dibanjiri barisan Romawi yang diketuai oleh Hercules ( Hirqal ).

Tiba tiba bangkit satu semangat dan kekuatan sambil berseru; "Aku telah bersumpah wahai diri! Maju kemedan laga tapi kenapa ku lihat engakau menolak syurga! Wahai diri! bila kau tak tewas terbunuh, kau kan pasti mati."

Inilah, kematian sejati yang sejak lama kau nanti. Tibalah masanya apa yang kau idam idamkan selama ini.

Jika kau ikut jejak keduanya... itulah kesatria sejati!

Kalaulah tidak kerana takdir Allah berdering tanda keberangkatannya kesisi Allah sebagai hamba pilihan, maka ramailah musuh yang tewas ditangannya, maka naiklah ia sebagai syuhada.

Jasadnya terkapar, tapi rohnya suci dan perwira naik mengedap zat Allah yang pengasih lagi Maha Tinggi serta lebih Mengetahui akan hakikat semua perkara.

Nabi Muhammad saw. bersama sahabat yang berada diMadinah, menjadi tenang sedang Nabi terdiam, kedua matanya jadi basah berkaca kaca, beliau mengangkat kepalanya dan mengerdipkan matanya, tanda melepaskan rasa duka dan belas kasehan atas kemurnian dan keluhuran jiwa yang telah terkujur tenang.

Kemudian Rasulullah saw. senyum sinis dan melambangkan kegembiraan seraya bersabda; "Mereka bertiga diangkatkan ketempat ku... ke Syurga".


Perjalanan mana lagi yang lebih mulia
kesempatan mana lagi yang lebih bahagia
mereka maju kemedan laga bersama sama
dan.. mereka naik keSyurga bersama sama pula.

Dan penghormatan terbaik yang diberikan
untuk mengenang jasa mereka yang abadi
ialah ucapan Rasulullah saw. yang berbunyi

"Mereka telah diangkatkan ke tempatku.. ke Syurga."

Friday, August 31, 2007

Pahitnya Mata Dunia Kerana Manisnya Syurga Tuhan

Pahitnya Mata Dunia Kerana Manisnya Syurga Tuhan


Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.

Seorang sufi bermadah- "Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. olih itu tidakkah beruntong mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".

Nabi s.a.w. bersabda- "Seutama utama perjuangan sesaorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".

Kata pemikir Islam- "Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak di terimanya".

Ulamak mursyid berkata- "Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan.

Istimewa jiwa pengasih.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".

Saling mencintai.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Perumpamaan orang mukmindalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. makaseluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam".

Nabi s.a.w. bersabda- "Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik".

Seorang hamba Allah berkata- "Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat ( bersunyi sunyian )..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".

Segalanya dari syahwat Rasulullah s.a.w. bersabda- "Hak itu berat dan pahitsedangkan batil itu rengan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".

Kalau hati itu bersih.. saorang ulamak berkata- "Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".

Wanita syurga bercahaya.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Kalau seandainya seoran wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".

Pohon syurga.. Rasulullah s.a.w bersabda- "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya".

Seorang soleh berkata- "Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".

Sejahat jahat musuh Rasulullah s.a.w. bersabda- "Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".

Balaslah jasa orang ..Rasulullah s.a.w. bersabda- "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".

Kematian kekasih Rasulullah s.a.w. bersabda- "Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya ( mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia ) kemudian dia sabar melainkan syurga".

Tegas demi kebenaran..Nabi s.a.w. bersabda- "Janganlah sekali kali wibawa manusia itumelarang sesaorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".

Istimewa sembahyang malam..Nabi s.a.w. bersabda- "Biasakanlah sembahyang malamsebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kanu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".

Kau kira kau bijak seorang soleh mengingatkan- "Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".

Manisnya iman seorang ulamak berkata- "Orang yang mengenal Allah dengan ilmuseperti saorang yang mengenal gula tetai belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemaisannya".

Amalan Islam terbaik seorang lelaki bertanya- "Manakah amalan Islam yang terbaik??
Nabi s.a.w. menjawab- "Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".

Kejelitaan akan pudar seorang ulamak berkata- "Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".

Mata yang beku Rasulullah bersabda- "Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku ( taksudi mengeluarkan air mata ) kesat hati.. pangang angan angan dan tergoda olih dunia".

Jika engkau mahukan kemesraan seorang bijak pandai islam berkata- "Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-Nya".

Jangan cakap banyak Rasulullah s.a.w. bersabda- "Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu".

Kata pemikir Islam- "Gunong yang tinggi tidak bolih menakung air.. tetapi lembah yang rendahbolih menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".

Belajar dengan buku ..seorang ulama berkata- "Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".

Fikiran bak mutiara.. seorang ulama berkata- "Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin olih jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".

Istimewa diam.. Nabi s.a.w. bersabda- "Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".

Jika Allah kasih ..Rasulullah s.a.w. bersabda- "Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".

Jangan kau lihat kecilnya dosa tetapi perhatikan kepada siapa engkau berdosa itu.

Berkasih sayang- "Kamu lihat orang yang beriman itu dalam saling kasih mengasehi.. saling cinta menyintai dan saling tolong menolong seperti sebatang tubuh. Kalau salah satu anggota terkena penyakit.. seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas".

Dengan sikap yang ramah segala urusan menjadi mudah dan indah.

Kata kata hikmah- "Kemenangan diperolehi dengan berfikir secara mendalam dan benar. Fikiran benar ialah dengan menyimpan sebaik baik segala rahsia".

Ambillah hikmah dimanapun ia berada. Adakalanya hikmah bersemayam dihati sesaorang munafik namun ia akan gelisah dan tak akan berdiam diri hingga berhasil keluar dan bergabung dengan kawan kawannya didalam dada si mukmin".

Kita dapat mengubati penyakit fizik dengan ubat ubatan satu satunya ubat untuk kesepian keputus asaan dan hilangnya harapan adalah kasih.

Banyak didunia ini yang mati kerana kurang makan tapi lebih banyak yang mati kerana haus kasih sayang.

Kita dapat mengubat penyakit fizik dengan "Kegalan hanyalah kesempatan untuk memulai lagi dengan lebih cergas" ..."Perbuatan yang ingin kau alami janganlah kau lakukan kepada orang lain"

"Jangan ada diantara kamu memperlakukan saudaranya dengan cara yang ia sendiri tidak ingin mengalami".

Kesabaran ada dua macam- Sabar atas sesuatu yang tidak kau ingini dan kesabaran menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.

Lidah orang berakal berada dibelakang hatinya dan hati orang bodoh berada dibelakang lidahnya.

Bila kau berniat memutuskan hubungan dengan seorang kawan.. tinggalkan kepadanya kenangan manis dirimu yang kelak akan membuka jalan kembali kepadamu di suatu saat.. jika sewaktu waktu ia ingin menjalin lagi hubungan denganmu.

Barang siapa yang menempatkan dirinya di tempat tempat yang mencurigakan.. janganlah ia menyalahkan orang lain yang berburuk sangka kepadanya.

Kesusahan dalam hidup ini laksana musim dingin ..basah dan lembab .tidak disukai olih manusia dan haiwan tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula .. bunga bunga yang harum dan buah yang subur.

Adakalanya dalam hidup ini kita terpaksa berkorban untuk membahagiakan orang lain ..bulan takkan menyinarkan cahayanya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya di siang hari.

Curahkan sedikit kebaikkan dan pasti kita akan merasai nikmatnya.

Ketika iman sudah menghias hati dan kelazatannya mula dikecapi semua ujian dan tribulasi tidak akan menggugat diri. Kesuyian.. kesedihan dan kekecewaan akan berganti dengan keyakinan dan kesykuran kerana merasakan bahawa Allah masih sayangkannya.

Monday, July 09, 2007

Yang Datang Pasti Akan Pergi

Apa pun yang kita kumpulkan, cepat atau lambat, pasti akan pergi. Harta yang kita simpan, kehormatan yang kita perjuangkan dan semua yang diakui sebagai milik sendiri selalu mencari jalan keluar dari genggaman kita.

Ibaratnya, arus sungai yang rindu akan lautnya. Sekuat apapun bendungan menghadang, air akan menemukan celah untuk meneruskan tetesannya. Atau, angin akan mengangkat mereka ke awan awan tebal dan menjatuhkannya ke atas samudera. Apa pun yang terjadi, semua itu akan pergi.

Jika toh mereka tak meninggalkan kita, suatu saat kitalah yang akan meninggalkan mereka. Kita akan meninggalkan semua itu.

Karenanya, jangan terburu mengaku beruntung atas segunung harta atau selangit kehormatan yang kita raih. Disaat semua itu pergi, tak selalu pantas kita meratapinya sebagai kemalangan. Maka, tak ada yang lebih baik selain selalu bersiap melepaskan.

Bagi bendungan, tekanan arus air adalah beban berat. Bagi kita, tumpukan harta tak kalah beratnya. Maka, bila ia harus pergi, relakan kepergiannya. Ini membuat hati jauh lebih lapang dan ringan.

Thursday, June 14, 2007

Tanpa tajuk...

Indah benar kata kata puisi ini.. aku terima dari seorang teman cyber .. tapi takde tajuk dan nama sipenulis puisi ini..



Ya Hayyu Ya Qayyum
Terimalah subuhku dalam hidayah-Mu
Berkatilah Zuhurku dalam rahmat-Mu
Ampunkan lalaiku dalam Asarku
Peliharalah imanku dalam Maghribku
Redhai Isyakku dalam kasih-Mu
Jumaatku basah dalam As-Sajadah
Fajarku syahdu doa akasyah
Pagiku hening restu Haiqal
Dhuhaku nyaman
Selawat An-nur Muhammad Rasullullah
Tahjjudku indah Al-Mulk kebesaran-Mu Ya Allah
Ar-Rahman Ar-Raheem-Mu
Kekal bahagiaku
Sunat isyrakku mohon rezeki-Mu
Sunat tasbihku mohon ampunan-Mu
Sunat hajatku mohon makbul-Mu
Terimalah Ya Allah
Sujud Syukurku
Tuhan...
Limpahkan aku rahmat ikhlas
Hindarkanlah aku riak bias
Dalam Rahman-Mu Ya Allah
Nikmat syukur yang indah...

Friday, May 18, 2007

Tahajud dan Dhuhurku

... petikan dari buku Tahajud siang hari Dhuhur malam hari..


Tahajud dan Dhuhurku

Allah, Tuhanku
kadang aku berpikir
apa beda shalat Tahajudku dan Dhuhaku
apa pula beda shalat Isya dan Dhuhurku..

Aku memulai keduanya
dengan Takbir membesarkan AsmaMu
aku membaca Al Fatihah
untuk memuji dan mohon petunjukMu
aku ruku' dan sujud
mengagungkan dan meninggikanMu
aku berselawat kepada RasulMu
Muhammad yang mulia
dan Ibrahim kesayanganMu
dan akhirnya aku mengucapkan doa dan salam
kepada seluruh saudara saudaraku
dipenghujung pertemuanku dengan Mu

Allah. sang Penguasa waktu
seringkali aku tepekur merenungi
apa bedanya siang dan malam
saat aku shalat Isya disini
saudaraku di Afrika shalat Dhuhur
saudaraku di Amerika shalat Subuh
sauadaraku di Arab Saudi sedang shalat Ashar
saudaraku di Hawai sedang shalat Tahajud
dan saudaraku yang jadi Astronout
sedang kebingungan mau shalat `apa`
kerana ia tidak menemui siang dan malam...

Tuhan, sang Maha Agung
aku tahu persis
Engkau tidak membutuhkan ruang dan waktu
Engkau hanya ingin menguji
ketaatan hambaMu
apakah dia masih tetap shalat
ketika di Indonesia
apakah dia masih tetap beribadat
ketika di Amerika
apakah dia masih menghadapMu
ketika di Afrika
atau apakah dia masih menemuiMu
saat berada di khutub utara atau selatan
bahkan ketika berada diluar angkasa sekalipun

Kekasihku...
bagiku tak ada lagi beda ruang dan waktu
saat ingin bertemu denganMu
Engkau selalu hadir
di pagiku di siangku di malamku
Engkau selalu ada dimana pun
di penjuru bumi kupijakkan kakiku
`wajahmu` yang Maha Luas
menguasai seluruf ufuk Barat dan Timur
DzatMu yang Maha Agung
meliputi seluruh alan semesta
tujuh petala langit dan bumi
eksistensiMu yang Lembut telah menyatu
dalam kehidupan kami
lebih dekat dari urat leher
yang ada didalam diri kami sendiri..

Maka,
jangan biarkan kami terjebak
dalam semu pesona dunia ini, ya Allah
aku ingin sellau bersamaMu
dalam seluruh ruang dan waktuku
dalam segala keterbatasanku
dalam segala kelemahanku
dalam seluruh kebodohanku
dalam segala pengabadianku
untuk mengbuktikan syahadatku'
bahawa seluruh realitas ini
hanyalah bayang bayang semu
dari KeberadaanMu...

Huwallaahullladzii Laa ilaaha illa huwa
al malikul qudduuss 'alaamul
mu'minul muhaiinul
'azizul jabbarul mutakabbir
subhaanallaahi 'amma yusyirkuun

Seluruh isi jagad sedang bertasbih
memuji KeagunganMu dalam shalat
dan dzikir yang tak kumengerti
seluruh aliran darahku berdesir
mengagungkan KebesaranMu
seluruh nafas bergelora
memuji muji KekuasaanMu
pusaran ernegi di miliaran bio-elektronku
memancar dan menyemburkan
tasbih yang tiada henti hentinya...

Kami semua bersaksi, ya Rabb
Engkaulah Dzat Maha Dahsyat
yang menggenggam hidup mati kami...
diiringi deburan ombak yang bertasbih
disirami cahaya matahari yang bertasbih
bahkan para setan, iblis, dan gelegak api neraka
takut kepada Engkau, dan kemudian bertasbih..

Tak ada satu mahluk pun dilangit dan dibumi
yang tidak bertasbih kepadaMu
seluruhnya bergumam dalam sebuah harmoni abadi
memuji muji dan menagungkan Engkau
Tuhan sang Maha Perkasa
Allah Azza wajalla...

Huwallaahul khaaliqul baari'ul mushawwir
lahul asmaa'ul husnaa
yusabbihu lahuu maa fissamaawaati wal ardhi
wahuwal 'aziizul hakiim...

Friday, April 20, 2007

Tanda-tanda lemah iman

Melakukan perbuatan dosa samada dosa yang dilakukannya semacam sahaja atau berbagai-bagai dosa.

Keras hati, tidak mendengar nasihat atau tidak mengambil iktibar dari kematian dan sebagainya.

Malas untuk beribadah serta meremehkannya. Kalau pun ia beribadah, ibadahnya tidak mempunyai ruh sama sekali sebagaimana solatnya orang munafiqin

Gelabah,sesak nafas dan gelisah bila berhadapan dengan masalah. Sifat orang yang beriman bila menerima ujian sabar dan berlapang dada.

Tidak tersentuh oleh kandungan ayat-ayat quran, tidak pula oleh janji, ancaman, perintah dan lain-lainnya. Orang yang lemah imannya akan menjadi bosan dan malas untuk mendengar kandungan isi Al-Quran

Melalaikan Allah waktu berzikir dan berdoa, sehingga berzikir dan berdoa pekerjaan yang paling berat baginya. Jika mengangkat tangannya untuk berdoa maka secepat itu pula ia menelangkupkan tangannya dan menyudahinya.

Tidak merasa marah dan benci terhadap perkara mungkar yang diharamkan Allah,yang berlaku dihadapan matanya padahal amal makruf nahi mungkar adalah tanggung jawab sebagai seorang Muslim pada hal Nabi bersabda:Barangsiapa di antara kamu melihat sesuatu kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (dengan kekuatan atau kekerasan), jika dia tidak sanggup demikian lantaran tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan maka dengan lidahnya,tegur dan nasihat dengan lisan atau tulisan. Jika pun tidak sanggup demikian, lantaran serba lemah maka dengan hatinya. Dan yang akhir ini adalah iman yang paling lemah ( H.R.Muslim)

Gila hormat dan publisiti; termasuk gila kedudukan,mengejar kemasyhuran, ingin tampil sebagai pemimpin dan menonjol diri tanpa melihat kemampuan diri dan perasaan bertanggungjawab. Tanggung jawab adalah amanah-bukan keistemewaan (taklif la tasyrif)

Bakhil dan kikir yakni tidak mau mengeluarkan sedikitpun dari harta milik pribadinya kerana Allah padahal ia tahu orang perseorangan dan masyarakat memerlukan bantuannya. Allah menggigatkan mereka yang mafhumnya" Jangan sekali-kali orang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnianya menyangka bahawa kebaikan itu baik bagi mereka, sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka.
Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di leher mereka di harai kiamat…(S:al-Imran:3:180)

Mengatakan apa yang tidak diperbuatnya. Cakap tidak serupa bikin. Firman Allah " Hai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu perbuat" (as_syaff:61:1-2-)

Tidak bekerjasama dan mendoa gulongan yang bekerja demi muslihat Islam dan kebaikan kaum muslimin., Justeru perasaannya tidak tersentuh,membeku melihat musibah yang menimpa saudara-saudaranya di tempat lain yang dikuasai musuh. Hidup nya hanya mementingkan keselamatan diri sendiri. Rasul bersabda yang mafhumnya: Sesiapa yang bangun pada waktu pagi dfan tidak mengambil berat urusan orang Islam beliau bukanlah dari gulongan mereka" Sabda Rasul lagi " Kamu berada di satu penjuru dari penjuru-penjuru Islam, oleh itu janganlah kamu biarkan Islam diserang dari penjurumu:
Dua orang yang bersaudara bermusuh-musuhan sehingga terputusnya perhubongan persaudaraan. Sabda Rasulullah s.a.w." Tidak selayaknya dua orang yang saling kasih mengasihi kerana Allah atau kerana Islam, lalu keduanya dipisahkan ileh permulaan dosa yang dilakukan salah seorang di antara keduanya". ( H.R.Bukhari)

Tidak memiliki rasa tanggungjawab untuk melakukan dakwah miskipun dia sudah sekian lama sebagai seorang Muslim pada hal dakwah adalah tanggungjawab setiap orang Islam. Sabda Rasulullah s.a.w. " Sampaikan apa yang kamu terima daripadaku, walaupun satu ayat".

Hati yang bergantung kepada keduniaan sehingga ia merasakan sesuatu penderitaan jika ia kehilangan sedikit daripada bahagian keduniaan itu seperti harta benda, kedudukan, kehormatan dan tempat tinggal. Dia akan menderita apa yang tidak dia dapatkan dari bahagian keduniaan itu. Akhirnya timbul perasaan hasad dengki dan berangan-angan mendapatkan nikmat yang terlepas dari tangannya.

Berlebih-lebihan dalam berbelanja mengikut hawa nafsu sekalipun semuanya itu lebih daripada yang diperlukan, sedangkan saudara-sauadaranya yang lain memerlulan bantuan daripadanya.

Merasa senang dan gembira jika ada saudaranya sesame Muslim mengalamai kerugian atau mendapat musibah.


- akhie

Tuesday, April 10, 2007

Keturunan baik lahir kesejahteraan

Keturunan baik lahir kesejahteraan


Rasulullah saw. bersabda yang maksudnya: "Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu ketika ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak itu ketika ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu ketika ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang saja kepadanya, tidak akan merompak ketika ia berkeadaan sempurna imannya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang yang tergamak melakukan perbuatan ditegah agama menandakan tidak sempurna iman di jiwanya. Kebahagiaan hidup bergantung pada pertalian keturunan yang baik, keselamatan akal dan fikiran serta harta benda.

Keturunan yang terpelihara akan menjamin kesejahteraan keluarga dan masyarakat, akal yang sihat membolehkan seseorang itu membezakan antara baik dengan buruk, hak dan batil serta keselamatan harta benda membolehkan segala perancangan dilakukan dengan lancar dan sempurna.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Friday, April 06, 2007

Setiap sesuatu diketahui Allah




Setiap sesuatu diketahui Allah
Olih Ust.Drs.Ahmad Dahari.

Seringkali apabila berdepan dengan masaalah tetapi tiada saksi, maka terlafaz kata kata "Allah Maha Mengetahui". Nama indah Allah, Al-Alim bererti Maha Mengetahui.

Pengetahuan Allah swt. meliputi setiap sesuatu baik yang nyata mahupun yang tersembunyi, yang halus mahupun yang kasar, yang awal mahupun yang akhir, dan pembukaan mahupun menyudahan.

Sering diratibkan, Allah Al-Alim Al-Alim Al-Allam. (Allah Maha Mengetahui, Allah Yang Maha Mengetahui dan Allah Yang Banyak Mengetahui).

Pengetahuan Allah menyeluruh keatas setiap tempat. Tidak ada yang terselindung bagi-Nya.

Allah mengetahui segala gerakan didarat dan dilaut. Sehinggakan sehelai daun kayu jatuh kebumi, tumbuhan menusuk tanah, yang kering dan yang mati, Allah mengetahui semuanya.

Allah mahukan kita memerhatikan alam ini dan belajar daripadanya untuk kita menyedari bahawa pengetahuan Allah meliputi segala sesuatu.

Ini terpapar dalam maksud firman-Nya; Tidakkah kamu perhatikan bagaimana untaitu dijadikan, dan bagaimana langit itu ditinggikan, bagaimana gunung itu dipacakkan, bagaimana bumi itu dibentangkan. Surah Al-Ghasiah: 17-20)

Selanjutnya, Allah memerintahkan agar kita menyedari bahawa Dia mengetahui apa yang ada dalam diri kita.

Apabila kita mengimani bahawa Allah Mengetahui dan Melihat, maka tidak ada satupun dibumi dan dilangit yang boleh menutupinya, dengan demikian mendorong kita beristiqamah mematuhi perintah-Nya.

Inilah yang diesbut sebagai ihsan berdasarkan penjelasan Rasulullah saw. yang bermaksud;"Beribadahlah kepada Allah seakan akan engkau meliha-Nya, jika tidak melihat-Nya, maka Dialah yang melihat kamu."-Riwayat Muslim.

Kini dalam zaman serba canggih, kita dengan mudah boleh mengetahui segala sesuatu yang terjadi diluar negara melalui peralatan canggih ciptaan manusia.

Dan ini kadangkala membuat para ilmuan menjadi pongah (sombong) dengan pengetahuan yang dikuasainya.

Ya, memang manusia dapat memahami hakikat kehidupan dan rahsia dibalik penciptaan sehingga ketahap yang menakjubkan.

Mereka telah mene,ukam pelbagai cara dan peralatan untuk dapat mengenal rahsia disebalik alam raya ini.

Tetapi apabila kita memerhatikan ilmu Allah, maka kita akan sedar bahawa pengetahuan manusia hanya ibarat setitik air diatas lautan dan sebesar biji zarah di alam raya ini.

Tentang Al-Alim Ibnu Qayyim berkata;"Dia Maha Tahu, ilmu-Nya meliputi segala yang ada dialam raya, yang tersembunyi mahupun yang nyata. Pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu. Dia yang meliputi. Tidak ada yang terlupa. Dia mengetahui apa yang akan terjadi esok, yang telah terjadi kelmarin, yang ada saat ini dan ynag belum terjadi".

Wednesday, February 28, 2007

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah



Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.

Berma'af ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

Kekalkan wuduk.

Bersedekah.

Belanja orang makan.

Jaga makanan - Jangan makan makanan yang subhat.

Berkawan dengan ulama.

Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

Pesan pada orang, jadi baik.

Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Monday, February 12, 2007

Berikanlah maaf

Jangan mencari cari kesalahan orang lain. Ini bisa memenuhi ingatan anda dengan kekeliruan dan mengobarkan kebencian pada orang. Dengan demikian, anda mengaburkan pandangan untuk kemajuan diri. Terlebih lagi, ini menjadi beban yang berat bagi anda. Bebaskan diri anda dari beban beban ini. Lepaskan, maka diri anda menjadi ringan untuk melangkah. Anda mungkin tak bisa menghapus luka yang sudah tertoreh. Namun anda sedia memberikan maaf. Meski tak diminta, tetap berikan maaf.

Yang terpenting, anda harus meminta maaf pada diri anda sendiri karena telah memberatkan hidup anda dengan hal hal yang tak perlu. Bila sudah, maafkanlah. Rasakan betapa ringannya hati anda. Rasakan bagai belon gas yang terlepas di udara. Selama anda menyimpan maaf maka anda menyediakan ruang kosong yang memungkinkan anda terbang melepaskan diri dari belenggu bumi.

Monday, January 29, 2007

Ribut Taufan Ujian Allah

Kalamullah

"Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin, ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya. Sedangkan mereka tidak diberikan pertolongan (menghindari azab itu)." (Fussilat: 16)


Huraian

Setiap satu amal perbuatan kita telah Allah tentukan balasan buruk dan baiknya di akhirat kelak. Walau bagaimanapun jika sekiranya kemungkaran telah bermaharajalela di muka bumi, Allah tidak akan sekali-kali menangguhkan hukuman itu, malahan akan mempertontonkannya di dunia.

Ini di buktikan kepada kaum Aad yang ingkar dan sombong kepada perintah dan suruhan Allah. Mereka mendabik dada dengan menyatakan tiada siapa yang cerdik, kuat dan gagah yang mampu menandingi mereka.

Mereka sombong dan takabur dan mencabar kekuasaan Allah dan mereka lupa siapakah yang menjadikan muka bumi ini. Akibatnya Allah telah menurunkan angin ribut yang kencang, dalam beberapa hari lalu menghancur ranapkan seluruh kaum dan kampung halaman mereka.

Penghinaan dan azab yang mereka terima di dunia ini tidak setakat itu sahaja, malahan azab yang lebih pedih akan menanti golongan yang kufur ingkar ini di akhirat kelak.


Kesimpulan

Allah yang menurunkan rahmat dan nikmat kepada golongan yang taat dan Allah juga yang menurunkan bala kepada golongan yang ingkar.

Ganjaran dan balasan Allah adalah dalam berbagai-bagai rupa dan keadaan. Justeru umat Islam perlu sentiasa insaf dan sedar agar tidak lupa dari mana ia datang dan ke mana mereka akan dikembalikan.


- Disediakan oleh Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Thursday, January 25, 2007

Kepangkuan keluarga



Alhamdulillah... saya telah pulang kepangkuan keluarga dengan selamatnya.. dengan membawa kenangan dan kerinduan tanah suci Mekah dan Madinah bersama.. semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua dan semoga di izinkan saya kesana lagi insyaAllah.. amin ya rabbal 'alamin..

Wednesday, January 17, 2007

Sabar

Sabar


kutebalkan dinding imanku yang nipis
kusimenkan batu tabah manusiaku yang goyah
kutegakkan tiang kasihku yang rebah
kukukuhkan lantai tindakanku yang retak
kuubati lidah mertabatku yang berdarah

tidak lagi!
tidak lagi akan kuhunus dan tujah pisauku yang jalang
pada setiap ruang resah dan kelam
pada suasana hangat dan bingit
kerana lagunya sama saja sumbang
berulit dendam kesumat
benci dan amarah bertahta dijiwa
malam sumpahnya luka
siang kutuknya duka

tak akan kusentak liarku
hingga tergugat fikir rasionalku
tergugat fitrahku
tergugat dian taqwaku
tergugat arahku yang satu
tergugat doa kudusku

biarlah rumah cinta keinsananku
terus tegak berdiri
takmudah goyah walau dijentik
takmudah tumbang walau dipalu
tenang mengharungi laut suasana bergelora
dalam diam kulenturkan ketegangan
dalam diam kurobekkan wajah serigalaku
dalam diam kuhumbankan suara angkuhku
dalam diam kuhapuskan nafsu meluluku
dalam dia kulihat kedalam diriku yang kurang
dalam diam kubakarkan hutan sangsi
dalam diam kutembusi jantung cabar yang menentang
lalu kutenggelamkan segala sanggahan
kedalam bening air pertimbanganku
melamar sebuah kemenangan
tanpa tergeliat lidah
tanpa bicara keras
tersentak ganas

dalam diam aku bertafakur syukur
kau berjaya merumahkan setia dimukim jiwa ini...



- Peter Augustine Goh -

Tuesday, January 02, 2007

Berusaha meningkatkan amal soleh

Berusaha meningkatkan amal soleh


Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih, bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). (As-Syams : 9)


Huraian

Terdapat dua golongan manusia di dunia ini, iaitu mereka yang sentiasa hidup dalam kerahmatan dan mereka yang hidup dalam kerugian.

Mereka mendapat balasan yang berbeza-beza, iaitu syurga bagi orang yang beriman dan neraka pula bagi orang yang dalam kerugian.

Mereka yang sentiasa memajukan diri dengan menambah amalan soleh serta kebajikan seperti bersedekah, menimba ilmu, tolong menolong, ikhlas dan seumpamanya akan dapat membersihkan diri daripada kekotoran batiniah.

Di samping itu ia akan mendapat keredhaan yang melimpah ruah. Justeru itu mereka perlu mengekalkan kedudukan yang ada, di samping berusaha lagi meninggikan martabatnya di sisi Allah s.w.t. walaupun ia bukan mudah seperti yang disangka.

Bagi mereka yang masih dalam kesesatan dan masih mencari sinar kehidupan sebenar pula, perlulah berusaha lebih gigih untuk mencapai ke tahap itu.

Kejayaan golongan ini dapat kita perhatikan semasa hidup di dunia lagi. Mereka beroleh ketenangan jiwa dan terpancar cahaya keimanan di wajah mereka.

Masyarakat juga memandang tinggi dan menyanjung mereka bukan kerana harta kekayaan yang dimilikinya tetapi kerana budi pekerti luhur yang ditunjukkan telah dapat menambat hati mereka.


Kesimpulan

Alangkah bahagianya menjadi insan yang mendapat tempat di sisi Allah s.w.t., di samping mendapat sanjungan semasa hidup di dunia lagi.

Walau bagaimanapun, bukan semudah itu untuk menempatkan diri ke taraf demikian.

Pelbagai ujian perlu di lalui bagi memastikan mereka terus mentaati perintah Allah dan meninggalkan tegahan-Nya.



- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sunday, December 24, 2006

Ke Tanah Suci Mekah

assalamualaikum..

saya akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada hari Isnin 25/12/06

kepada semua teman cyber..

saya mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kata kata yang menyinggung perasaan salama jalinan ukhuwah ini.. dan saya mohon doa anda semua..

semoga Allah merahmati kita semua.. amin ya rabbal 'alamin..

Saturday, December 16, 2006

Rabiah Al Adawiyah: Perindu Kecintaan Allah

Rabiah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabiah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabiah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.

Rabiah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.

Setiap malam begitulah keadaan Rabiah. Apabila fajar menyinsing, Rabiah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.

Seperkara menarik tentang diri Rabiah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.

Rabiah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabiah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.

Rabiah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?

Kecintaan Rabiah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.

Begitulah keadaan kehidupan Rabiah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabiah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Friday, November 10, 2006

RahmatMu mengatasi segalanya


Pasrah dan redha dalam kehidupan
mencari jatidiri walau kemelut melanda

tatkala hujan gerimis..
telapak tangan ku tadah hujan gerimis
namun tidak terkumpul di telapakku
begitu hebat rahmat mencurah jatuh meresapi kebumi....

dalam dilema kehidupan...
pahit maung kutempuh, jatuh tersungkur
luka berdarah, hati terpanah
namun jasad tidak kan cela dengan Rahman dan RahmatMu

Kau membawa seribu teka teki hikmah
untuk dicari dengan akalku yang dangkal....
yang Kau anggap cuma hanya setitis air dilautan

beza ku hanyalah insanMu
dan ku pohonkan payungilah aku
dalam laluan kehidupan yang penuh tipu duniawi

selagi ada nyawa dan selagi ada cintaMu
semoga RahmatMu menyaluti hidupku
dalam serba kedaifan
mengajar aku erti sebuah kehidupan...

Thursday, November 09, 2006

Usamah panglima pilihan Rasulullah

Usamah panglima pilihan Rasulullah


Putera kesayangan Amirul Mukminin Umar bin Khatthab sedang duduk membahagikan wang perbendaharaan negara kepada kaum muslimin. Ketika datang giliran Abdullah bin Umar, khalifah pun memberikan bahagiannya.

Tatkala tiba giliran Usamah bin Zaid, Umar memberinya bahagian dua kali ganda daripada bahagian puteranya Abdullah. Kebiasaannya Umar mengeluarkan pemberian sesuai dengan kelebihan dan jasa mereka terhadap Islam.

Disebabkan itu, Abdullah khuatir jika kedudukannya dalam Islam berada pada urutan terakhir, padahal ia amat mengharapkan agar dengan ketaatan, perjuangannya, sifat zuhud dan kesalihannya tercatat di sisi Allah sebagai seorang daripada angkatan pelopor dan barisan depan.

Oleh sebab itu, ia menanyakan kepada bapanya: "Kenapa ayahanda lebih mengutamakan Usamah daripada anakanda, padahal anakanda mengikuti Rasulullah, dalam peperangan yang tidak diikutinya?" Ujar Umar: "Usamah lebih dicintai Rasulullah daripadamu, seerti ayahnya lebih disayanginya daripada ayahmu."

Siapakah dia orang ini, yang darjat kesayangan Rasulullah kepadanya dan kepada bapanya, lebih tinggi dari kepada Abdullah bin Umar, bahkan daripada Umar sendiri?

Itulah Usamah bin Zaid yang digelar sahabat, 'Kesayangan, putera dari kesayangan.'

Bapanya yang bernama Zaid bin Haritsah adalah pelayan Rasulullah yang lebih mengutamakan Baginda daripada ibu bapa dan kaum keluarganya.

Rasulullah di hadapan sahabatnya berkata: "Saya persaksikan kepada kamu sekalian bahawa Zaid ini adalah puteraku, yang akan menjadi ahli warisku dan aku akan menjadi ahli warisnya."

Maka terkenallah namanya di kalangan kaum muslimin sebagai Zaid bin Muhammad saw, sampai saat dihapusnya kebiasaan mengambil anak angkat itu oleh al-Quran.

Usamah adalah putera Zaid, ibunya iaitu Ummu Aiman, bekas sahaya Rasulullah SAW dan pengasuhnya.

Mengenai rupa dan bentuk lahirnya, tidak disiapkan untuk sesuatu keahlian, walau pekerjaan apapun seperti dilukiskan sejarawan dan ahli riwayat, kulitnya hitam dan hidungnya pesek.

Beliau mencapai batas yang memungkinkannya untuk menerima limpahan kecintaan dan penghargaan Rasulullah SAW seperti sabdanya: "Sungguh, Usamah bin Zaid adalah manusia yang paling kusayangi dan aku berharap kiranya ia akan termasuk orang salih di antara kalian dan terimalah nasihatnya yang baik."

Usamah memiliki semua sifat utama yang menyebabkan dirinya dekat di hati Rasulullah saw.

Walaupun usianya masih muda, Usamah menjadi seorang Mukmin yang teguh dan Muslim yang kuat, siap sedia memikul tanggungjawab keimanan dan agamanya dengan kecintaan yang mendalam dan kemahuan membaja.

Ketika Rasulullah saw. memasuki kota Makkah pada hari pembebasan yang terkenal itu, sebagai pendamping Baginda ialah Usamah bin Zaid.

Dalam usianya masih remaja, belum lagi 20 tahun, diangkat oleh Rasulullah sebagai panglima angkatan tentera di antara parajuritnya, Abu Bakar dan Umar.

Di kalangan sebahagian kaum muslimin tersebar desas-desus keberatan mereka terhadap keputusan itu kerana menganggap tidak pada tempatnya mengangkat seorang pemuda seperti Usamah memimpin pasukan tokoh Muhajirin dan Ansar.

Desas desus itu sampai ke telinga Rasulullah saw., Baginda naik ke atas mimbar, kemudian bersabda: "Sebahagian orang mengecam pengangkatan Usamah bin Zaid sebagai panglima. Sebelum ini mereka juga mengecam pengangkatan bapanya. Walau bapanya itu layak untuk menjadi panglima. Dan Usamah pun layak untuk jawatan itu. Ia adalah paling saya kasihi selepas bapanya."

"Dan saya berharap kiranya ia termasuk seorang daripada utama di antara kalian. Maka bantulah ia dengan memberikan nasihat yang baik!" Sebelum tentera itu bergerak menuju tujuannya. Rasulullah SAW pun wafat. Tetapi ia meninggalkan pesan yang berhikmat kepada sahabatnya: "Laksanakanlah pengiriman Usamah. Teruskan pemberangkatannya."

Wasiat itu dijunjung tinggi Khalifah Abu Bakar. Dan walaupun suasana sepeninggalan Rasulullah itu berubah, Abu Bakar berkeras hendak melaksanakan wasiat dan perintah Baginda.

Maka bergeraklah tentera Usamah ke tempat yang telah ditetapkan, yakni selepas khalifah meminta izin kepadanya agar Umar dibolehkan tinggal di Madinah untuk mendampinginya.

Maka tatkala kaisar Romawi Heraklius mendengar berita wafatnya Rasulullah, pada masa sama diterimanya pula berita kedatangan tentera Islam menyerang perbatasan Syria di bawah pimpinan Usamah bin Zaid, ia pun berasa hairan terhadap kekuatan kaum muslimin.

Demikianlah pihak Romawi merasa kecut, dan mereka tidak berani lagi mengambil langkah selanjutnya untuk menyerang tanah air Islam di Jazirah Arab.

Pasukan Usamah kembali tanpa meninggalkan korban hingga orang Islam sama berkata: "Tidak pernah kita lihat, pasukan yang lebih aman dari pasukan Usamah."

Monday, November 06, 2006

7 golongan akan dapat naungan di akhirat

7 golongan akan dapat naungan di akhirat


Rasulullah saw. bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah." (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)




Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:


Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.

Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.


Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.


Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.


Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.

Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.


Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!"

Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.


Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.

Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.


Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.



Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Friday, October 27, 2006

Tujuh kelebihan ziarah Madinah

Oleh Datuk Haji Kamal Mohamad


Kota suci kedua Islam jadi tempat perlindungan iman ketika zaman fitnah.



Kota Suci: Masjid Nabawi antara tempat yang menjanjikan kelebihan bagi umat Islam menziarahi Madinah.



Al Madinah al Munauwarah adalah kota suci kedua bagi umat Islam. Pertamanya, Makkah al Mukarramah dan ketiganya Baitulmaqdis.

Madinah disebut juga Dar Al Hijrah kerana Rasulullah saw. berhijrah ke kota ini apabila Musyrikin Makkah tidak mengizinkan Baginda untuk meneruskan dakwahnya di Makkah. Bukan setakat itu saja, malah mereka mengatur perancangan untuk membunuh Rasulullah saw. di tanah tumpah darah Baginda sendiri, semata-mata kerana menyeru mereka beriman kepada Allah dan menganut agama Islam.

Dengan penghijrahan Baginda ke kota ini, Rasulullah saw. menukarkan namanya daripada Yathrib kepada Madinah. Kesan penghijrahan itu, Kota Suci Madinah menjadi pusat pengembangan agama Islam pada zaman Baginda dan al-Khulafa' al-Rasyidin (pengganti Baginda untuk memimpin umat Islam bagi meneruskan usaha penyebaran agama Islam kepada manusia sejagat iaitu Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Omar al-Farooq, Saidina Othman Ibn Affan dan Saidina 'Ali Ibn Abi Talib). Di bumi Kota Suci Madinah ini jugalah bersemadi jasad Baginda selepas wafatnya.

Kota Suci ini dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti al-Dar, Haramu Rasulillah, Ma'zarul Iman. Tobah dan Toibah bersesuaian dengan sifat Kota Suci ini dengan nama itu.

Umat Islam digalakkan menziarahi Kota Suci ini. Hukum menziarahi Madinah ialah sunat. Di antara hadis yang menyebut mengenai menziarahi Madinah ini bermaksud: "Tidak disiapkan kenderaan untuk melakukan perjalanan, melainkan ke tiga masjid iaitu Masjid Haram (di Makkah), Masjidku ini (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjid Aqsa (di Baitulmaqdis)." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Hurairah).

Setiap orang Islam yang melakukan perjalanan untuk menunaikan haji di Makkah akan melakukan perjalanan ke Madinah untuk amalan ziarah. Mereka terpanggil untuk melakukan sedemikian kerana ada begitu banyak hadis yang menggalakkan umat Islam menziarahi Madinah. Antara hadis bermaksud: "Sesiapa yang datang mengerjakan haji (di Makkah) dan tidak datang menziarahi aku (di Madinah ) sesungguhnya dia melupakan aku."

Namun, amalan ziarah Madinah ini tidak berkait dengan ibadat haji. Jangan ada di antara jemaah haji atau umrah berasakan ibadat haji mereka tidak sah atau tidak sempurna jika mereka tidak menziarah Madinah. Amalan ziarah Madinah dan haji adalah dua ibadah berasingan.

Sebagai Kota Suci, Madinah mempunyai beberapa kelebihan berbanding tempat lain, selain Makkah. Ia mempunyai status Tanah Haram, iaitu bumi yang Allah muliakan dengan beberapa kelebihan dan melarang beberapa perbuatan dilakukan di tempat lain.

Antara lain Baginda bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Nabi Ibrahim mengharamkan Makkah (mendapat kemuliaan dengan Tanah Haram Makkah) dan Aku pula mengharamkan Madinah (mendapat kemuliaan dengan Tanah Haram Madinah)." (Riwayat Muslim daripada Jabir).


Info: Antara kelebihan Kota Suci Madinah.

Allah memilihnya sebagai bumi tempat tinggal Nabi Muhammad saw. ketika hayatnya dan selepas wafatnya.

Menjadi tempat pengembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad saw. dan al-Khulafa' al-Rasyidun.

Di sini terletaknya Masjid Nabawi yang mempunyai kelebihan yang besar. Antaranya mengerjakan satu solat di Masjid Nabawi lebih utama (lebih besar pahalanya) daripada mengerjakan satu solat di tempat lain selain Masjid Haram (di Masjid Haram di Makkah, pahalanya lebih besar lagi).

Rasulullah saw. menjanjikan syafaat bagi mereka yang bersabar di atas kesusahan dan kesulitan dihadapi ketika berada di Madinah.

Bumi Madinah akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.

Rasulullah saw. menjanjikan syafaatnya bagi mereka yang meninggal dunia di Madinah.


Madinah menjadi tempat perlindungan iman ketika terjadi zaman fitnah di dunia ini. Maksudnya akan berlaku keadaan iaitu amat sukar untuk memelihara iman bagi mereka yang hidup. Manusia terdedah kepada ancaman keruntuhan dan kemusnahan iman. Mereka mudah mengikut jalan kehidupan kekafiran. Mereka yang berada di Madinah terpelihara daripada ancaman itu.

Penziarah Madinah daripada kalangan jemaah haji dan umrah hendaklah memahami kebesaran Allah dalam bentuk kelebihan Kota Suci Madinah dan berusaha untuk mendapatkan kelebihan itu mengikut keupayaan masing-masing.


- Penulis ialah Pengurus Besar (Pakej-Swasta) Lembaga Tabung Haji