BBM bukan elektronik

        

BBM ini merupakan cubic yang mengandungi periodic table yang telah dipecahkan mengikut kumpulan berfungsi masing-masing. model ini adalah daripada kumpulan 16 dan kumpulan 17 berdasarkan periodic table. model ini direka bagi membantu guru kimia menerangkan mengenai kumpulan-kumpulan yang terdapat dalam periodic table.

gambar inovasi

1. Philips’ Rideable Vacuum

Sebuah gabungan antara vacuum cleaner dan kereta untuk kanak-kanak. Dengan ini, para ibu tidak perlu bersusah-payah untuk membersihkan rumah sambil menjaga anak-anak. Anak-anak mampu menggantikan fungsi ini. Konsep ini adalah hasil thesis daripada Kristina Anderson lulusan Lundus University School of Design untuk Philips.

2.      The Gotta Go Briefcase

Produk ini adalah hasil keluaran Negara Jepun. Produk ini ialah tandas yang boleh dibawa kemana sahaja. Ia dicipta bagi mengatasi kesibukan orang Jepun yang semakin tinggi. Briefcase ini diperkenalkan oleh Niban Too Corporation. Briefcase ini diperbuat dari bahan kulit Mahogany manakala tempat duduk tandas pula diperbuat dari stainless steel. Selain itu juga, ia dilengkapi dengan tisu pembersih dan kain lap tangan yang higienis. Berat maksimum briefcase ini ialah 175 pounds jadi tidak perlu takut untuk duduk di atas tandas ini kerana ia tahan daya berat sehingga 175 pounds atau 87.5 kg.

3. Skuter selam HydroBoB

Seorang pereka Britain, Andrew Sneath memperkenalkan skuter selam HydroBoB bagi meneroka kawasan terumbu karang, lapor sebuah akhbar semalam.Mereka yang tidak pandai berenang boleh menaiki skuter itu untuk meneroka lokasi-lokasi pelancongan di seluruh dunia sehingga kedalaman 30 meter selepas mendengar penerangan mengenai operasinya selama 10 minit.Pengguna HydroBOB tidak perlu memakai gogal, peralatan pernafasan atau sut selam.Para pengguna itu boleh memakai cermin mata dan bercakap ketika berada di dalam air.Sebuah kubah kaca memberi pandangan 180 darjah manakala kenderaan itu dilengkapi dengan tangki oksigen yang boleh digunakan selama sejam di dalam air.Skuter itu dijana dengan menggunakan bateri 12 volt yang terletak di bawah tempat duduk yang membolehkannya bergerak selaju dua knot.Setakat ini, Sneath menerusi syarikatnya, Hydrodome, mengeluarkan 350 HydroBoB untuk disewa di beberapa lokasi pelancongan di dunia termasuk Kepulauan Bahamas, Australia dan Tenerife.

4.      Mercedes-Benz’s F-CELL

 Kereta ini disokong oleh sel bahan api yang terletak di bahagian belakang menghasilkan hanya 1.2 kilowatt atau 1.6 tenaga kuda. Ini mampu menjangkau liputan sejauh 350km dan kelajuan tertinggi ialah 25km/h.

5. Butl-R-Bot

Untuk membantu tugas-tugas di dapur,butl-robot telah dirancang dengan AI responsif dan teknologi canggih yang memaparkan lengan humanistik, sensor yang canggih, kamera, susunan kipas dengan kemampuan gerakan, dan dilengkapi dengan aksesori canggih yang lain. Hal ini membolehkan ciptaan ini bekerja secara dan boleh menyiapkan makanan, menerima perintah dan mengumpulkan makanan, bahkan boleh berinteraksi dengan peralatan-peralatan dapur.

6. Koolhaus Tap

Paip air khas ini direkabentuk supaya dapat mengetahui jumlah air yang digunakan sepanjang hari. Ciptaan ini dapat mengurangkan pembaziran air daripada setiap peralatan yang terdapat di dalam bilik air  dengan meminimumkan penggunaan air. Ia berfungsi seperti computer dengan menyimpan segala data penggunaan air sepanjang hari. Segala data tentang penggunaan air terdapat di skrin LCD di kepala paip. Ia juga menggunakan sinar inframerah untuk memberhentikan titisan akhir air yang keluar secara cekap dan efisyen.

 

7. Ping Pong Door

Ini adalah gabungan di antara pintu dan meja ping pong mini. Ping Pong door ini sangat sesuai digunakan oleh penggemar sukan ping pong tetapi tidak mempunyai ruang dan tempat yang sesuai. Konsep Tobias Fraenzel ini sangat sesuai digunakan di tempat yang sempit seperti apartment.

8. Sistem Robotik dalam Air

Hasil ciptaan saintis tempatan dari USM. Sistem robotic dalam air bukan saja dapat membantu meningkatkan pertahanan Negara malah juga menggiatkan lagi perkembangan industry perkapalan dan penyelidikan marin. System robotic berkenaan , ‘IntelegentHybrid Underwater Vehicle’ atau juga dikenali sebagai IHUV berupaya menyelam sehingga pada kedalaman 100 meter untuk tujuan pemantauan dan pemetaan dasar laut dan mengimbas sebarang objek pada jarak sejauh 200 meter.

9. Notebook Masa Depan

Perkembangan Notebook masa depan telah mengembangkan Notebook yang benar-benar dilihat seperti buku. Konsep dua panel LCD yang diperkenalkan membolehkan pengguna untuk menggunakannya mengikut keinginan. Pengguna dapat mempergunakan kedua-dua sisi panel LCD untuk membaca teks seperti yang kita lakukan pada buku, atau dapat juga mengubah fungsi salah satu halaman panel yang ada menjadi keyboard untuk menulis teks atau melakukan pengeditan dokumen. Notebook ini juga menggunakan kaedah touchscreen.

10. Handphone + Pemetik Api

Pada kebiasaannya, hanphone digabungkan dengan radio, mp3, kamera, dan GPS. Seabright, China mengeluarkan handphone dengan nama SB6309 yang dilengkapi dengan pemetik api. Handphone jenis ini sesuai digunakan oleh perokok kerana ia dilengkapi dengan kemudahan pemetik api. Jadi, mereka tidak perlu membawa pemetik api secara berasingan.

biodata saya!!!

 

NAMA                                    : ASMIDAR BINTI MOHAMAD

NO. MATRIK                                    : A 127674

PROGRAM                            : PENDIDIKAN SAINS (KIMIA)

TAHUN PENGAJIAN          : 2

SEMESTER                            : 2

HARI, MASA DAN

TEMPAT TUTORIAL           : JUMAAT, 9-11 PAGI, LAB 4

EMEL                                     : idaman2609@yahoo.com

ALAMAT KOLEJ                 :  KOLEJ PENDETA ZA’BA UKM

ALAMAT KAMPUNG         : PASIR PUTEH KELANTAN

refleksi 8

bagi tutorial minggu ini kami ditugaskan untuk menyiapkan video. kumpulan kami telah berjaya merakam dan melaksanakan pembikinan video dengan jayanya. roket yang dihasilkan oleh kumpulan kami berjaya dilancarkan. akan tetapi video tersebut masih belum disiapkan sepenuhnya kerana proses mengedit video tersebut tergendala. di dalam kuliah pula, Dr. Arif menerangkan mengenai “instructioanal strategies integrating technology and media“. 

 

refleksi 7

minggu tersebut ttutorial dan kuliah berjalan seperti biasa. di dalam kelas tutorial, perbincangan mengenai objektif dan soal selidik bagi tugasan esei dibincang bersama. Mejar Jasmy membetulkan mana-mana kesilapan yang diakukan oleh kami. setelah disemak dan dipersetujui kami meneruskan tugasan tersebut kepada langkah yang berikutnya. di dalam kuliah pula, Dr Arif menunjukkan kepada kami gambar-gambar yang dapat dijadikan sebagai motivasi.

refleksi 6

tutorial minggu lepas dibatalkan atas sebab tertentu tetapi kuliah pada hari tersebut masih dijalankan.kuliah yang dikendalikan oleh Dr Arif begitu banyak memberi manfaat kepada saya. dalam kuliah tersebut kami diterangkan mengenai model Assure iaitu satu model di mana ia merupakan satu perancangan penggunaan media secara sistematik dalam prosese pengajaran dan pembelajaran. jadi, selepas ini bolehlah saya mempraktikkan apa yang telah diajar semasa mengajar kelak.

refleksi 5

minggu ini kami dipertontonkan dengan beberapa video mengenai kesusahan para guru yang dihantar bertugas di kawasan pedalaman. sepanjang menonton video tersebut saya dapat merasakan betapa mencabarnya tugas mereka dalam mendidik anak bangsa kerana untuk sampai ke sesebuah sekolah tersebut memerlukan perjalanan yang begitu sukar. ada yang terpakasa menaiki bot meredah sungai dan laut begitu juga yang terpaksa meredah hutan untuk sampai ke sekolah yang ditugaskan. jarak antara sekolah dengan bandar juga begitu jauh sehingga ada sesetengah tempat memerlukan masa sehari untuk sampai ke destinasi. setelah menonoton video tersebut semangat saya untuk mendidik anak bangsa begitu berkobar-kobar walaupun kesusahan sebegitu tidak pernah saya rasai. jika mereka boleh tentu saya juga boleh.

refleksi 4

akhirnya minngu ini kami dapat tutor yang baru. rasa gembira dan terharu sangat sebab beliau sanggup ambil alih tugas En. Khalid. dalam kelas ini kami terpaksa berkongsi dengan kumpulan pendidikan khas. rasa seronok sebab dapat tambah kawan baru. dalam tutorial ini juga kami diterangkan mengenai tugasan yang harus kami lakukan dalam kursus teknilogi pendidikan ini. mula-mula rasa seperti susah tetapi apabila berbincang dengan rakan-rakan yang lain tugasan tersebut menjadi semakin mudah. harap-harap selepas ini saya dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang baru.

refleksi 3

minggu ni kelas tutorial tiada disebabkan En. Khalid cuti belajar. jadi kami terpaksa menunggu pengganti beliau. dalam kuliah minggu ni kami diajar tentang cara-car mengambil gambar.terdapat beberapa posisi dalam mengambil gambar. ilmu yang amat berguna buat kami. sebelum ini tiada kaedah begini yang digunakan semasa mengambil gambar. harap-harap selepas ini kami akan menggunakan ilmu ini dalam kehidupan seharian kami nanti.

minggu yg agak stress..

mggu lpas diakhiri dgn hari yg agk best sbb kami geng teknikal iaitu akmal, awie, diniy,rafi, zati, fifi, dian n bf dia  berenjoy sakan kt desa water park..best giler..tp dlm keadaan yg best 2 laa aku ditimpa mslh ckit..sakit dtg menimpa..sakit giler kot…2 laa pdah pntg teknikal..huhuu..ape2 pn pengalamn yg sgt best..nk dijadikan certa mggu ni aku terpksa pntg 2 hari klas.1st aku g pusat kesihatan sbb x terthan sakit n then dr kt c2 suruh aku rujuk ke pakar kt hukm..dh laa pnh pegi sane..tp atas bntuan seorg pkcik akhirnya smpai jgk aku kt sane..trima kasih pakcik…keesokakn aku pegi lg tp yg ni dh pndai dh pegi sndri..tp yg jd mslhnyer mse blik aku slh nek bas sbb aku main nek je..nk tau sbb ape??sbbnya aku rse sakit gler mse bt rwtan 2..so pk nk cpat smpai blik je laa..x pduli bas 2 pegi mne..penglamn bt aku..konfom2 pasni dh x sesat dh..kesakitan 2 msh terasa smpai ke hari ni..hopefully lpas ni dh x sakit ag…jenuh nk ambik ubt yg dia bg..huhuu..ape2 pn kna konsisten bru laa cpat chat..

Previous Older Entries

Create your own website, free on WordPress.com.Create your own website.
Start free