Semoga Bertemu Lagi

Tanggal 18 November 2011, bersamaan hari Jumaat iaitu hari persekolahan terakhir yang lalu telah diadakan satu Majlis Perpisahan Bersara untuk Pn. Nor Asiah binti  Ahmad – Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKSP.

Pn. Nor Asiah telah memilih skim Bersara Pilihan bagi unur 53 tahun yang ditawarkan oleh JPAM. Beliau dijangka akan mula bersara pada tanggal 1 Januari 2012. Disebabkan pada tarikh tersebut masih lagi berada dalam suasana cuti persekolahan, maka pihak Pentadbir SKSP memutuskan agar Majlis Persaraan beliau diawalkan untuk memberi peluang kepadanya untuk dapat bersama dengan para pelajar, warga SKSP dan para tetamu jemputan.

Majlis yang telah diadakan tersebut telah bermula pada jam 8.45 pagi dengan dihadiri oleh para tetamu jemputan Pn. Nor Asiah sendiri. Pihak PPD Alor Gajah telahpun diwakili oleh En. Zahiran.

Terdapat beberapa buah persembahan yang telah diadakan bagi menyerikan majlis tersebut. Di akhiran majlis, para tetamu jemputan dihidangkan dengan jamuan tengahari anjuran oleh Kelab Staf SKSP.

Ahli Jawatankuasa Majlis Persaraan mengucapkan ribuan terimna kasih kepada semua Guru Besar sekolah terbabit, Pegawai PPD Alor Gajah, para tetamu jemputan, dan semua warga SKSP yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang penuh dalam menjayakan majlis ini. Jazakallah hu khairan kathira…..

Tahniah!!!!

Ucapan TAHNIAH!!! dirakamkan kepada pelajar Tahun 6 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR 2011 yang telah diumumkan pada 17 November yang lalu.

Seramai 5 orang yang telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Mereka ialah Afiffudin bin Ramli (Ketua Pengawas), Syazana Aqilah binti Ibrahim (Pen. Ketua Pengawas), Nurul Afiqah binti Azhar (Ketua Pustakawan), Siti Nur Aisyah binti Hamidee (Pengawas Sekolah) dan Umi Athira binti Sa’adon(Pengawas Sekolah).

Tidak kurang juga yang telah berjaya mendapat 4A 1B iaitu, Nurul Farhana Ain binti Abu Noh (Pengawas Sekolah), Nur Irisyah binti Sa’ay (Pengawas Perpustakaan), Muhammad Ezzat bin Jasmi (Pengawas Sekolah), Muhammad Izzudin bin Zakri (Pengawas Sekolah), Muhammad Naim bin Raduan (Pengawas Sekolah), Intan Mazleena binti Ma’arus (Pengawas Sekolah) dan Muhammad Ammar bin Zarkafar.

Dengan peratusan keputusan keseluruhannya ialah 77.2% telah meletakkan SKSP dalam landasan yang betul untuk terus menggapai kecemerlangan untuk masa yang akan mendatang. Ini telah melonjakkan peratusan yang melebihi 10% dari keputusan tahun lalu.

Berkat usaha, doa dan tawakkal dari semua guru, ibu bapa & penjaga, para calon UPSR dan warga SKSP inilah yang telah membuahkan salah satu keputusan yang sangat baik untuk tempoh 5 tahun kebelakangan ini.

Kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua warga SKSP dan komuniti setempat diharapkan akan dapat diteruskan untuk tahun – tahun yang mendatang. Syabas SKSP!!!!

Tahniah!!!!!

Selasa, 4 Oktober, warga SKSP telah mengadakan satu Majlis Kesyukuran bagi meraikan Tn. Guru Besar, En. Sulaiman bin Karim yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Majlis yang berlangsung pada jam 1.40 tengahari itu, telah diserikan lagi dengan kehadiran beberapa orang AJK PIBG SKSP.

Tn. Guru Besar dijangka akan berlepas ke Tanah Suci Mekah bersama isteri tersayangnya pada 9 Oktober 2011 (Ahad).

Pada majlis tersebut warga SKSP telah menghulurkan sumbangan melalui GPK 1 – Pn. Hjh. Rusnah binti Rusli. Manakala sumbangan PIBG telah disampaikan oleh wakilnya Tn. Hj. Mohd Nasir.

Warga SKSP mendoakan agar En. Sulaiman bin Karim dan isteri akan selamat menjalani ibadah haji dengan kesihatan dan keselamatan yang baik seterusnya memperolehi haji yang mabrur.

Majlis tersebut juga diadakan bersama majlis Perpisahan Guru Pelatih IPPM yang akan menamatkan latihan mengajarmereka pada hari Jumaat ini bersamaan 7 Oktober akan datang.

Warga SKSP mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan dalam latihan mengajar berkenaan.

Semoga kedua-dua Guru Pelatih berkenaan akan mendapat pengalaman yang berguna untuk digunakan semasa berkhidmat dalam bidang perguruan kelak.

 

Tahniah!!!!!

Warga SKSP mengucapkan sekalung tahniah kepada Ustaz Mohd Nazri dan pasangannya yang telah dianugerahkan seorang cahayamata kurniaan Allah Subhanahu wata’ala.

Kelahiran sang puteri in telah pun termatri pada hari Jumaat, 30 September yang lalu.

Semoga dengan kehadiran sang puteri ini akan menambahkan kasih sayang dan kebahagiaan istana yang dibina sehingga akhir hayat. Hargailah anugerah ini dengan memberi didikan, asuhan, kasih sayang yang akan membawa ke syurga.

Amin.

Tahniah!!!!!!

Sekalung penghargaan dan tahniah ditujukan khas kepada Tn. Hj. Mohd Tharin bin Tahir (mantan GPK HEM) yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan wajibnya pada hari ini secara rasminya.

Majlis  meraikan telah selamat dijalankan dengan kehadiran ramai tetamu jemputan khas yang terdiri sahabat karibnya yang telah menyerikan majlis pada hari ini.

Dengan diiringi oleh isteri tersayangnya, Pn. Hjh. Normaala berbaju sedondon ala – ala kehijauan kuning berseri – seri kedua pasangan ini.

Majlis juga turut meraikan persaraan Pn. Hjh. Hamidah binti Ismail (mantan GPK Kurikulum) yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan wajibnya pada 2 September 2011 yang lalu.

Majlis ini dihadiri juga wakil Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah, En. Harun Bakri selaku Penyelia Sekolah Rendah telah menyampaikan ucapan dan menyerahkan watikah persaraan kepada kedua – dua mantan GPK SKSP ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Helmi bin Mian dan diikuti beberapa siri ucapan.

Majlis ini telah disulami dengan persembahan wakil pelajar dari tahun 5 Arif dengan nazam guru dan nasyid – “Doa Perpisahan” di bawah kelolaan ustazah Fatimah Sham binti Ishak dan ustazah Suhailah binti Mohd Said.

Kemuncak majlis ialah perarakan “sent off” kedua mantan GPK sehingga ke pintu pagar utama sekolah. Kami warga SKSP mengucapkan selamat bersara dan sihat selalu dengan aktiviti persaraan baru nanti. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha gigih dalam perkhidmatan pendidikan yang telah dicurahkan selama ini.

AJK Majlis persaraan juga merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Pengarah JPNM, Pegawai PPDAG, Guru Besar sekolah yang hadir, semua GPK sekolah yang hadir, JKKK Kg. Sg. Petai, Sidang Kg. Sg. Petai, Ketua Balai Polis Rumbia, individu – individu, guru – guru, kaki tangan sokongan, para pelajar yang telah memberikan komitmen yang penuh secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan majlis persaraan ini. Semoga Allah jualah yang akan membalas jasa baik anda semua. “Jazakallah hu khairan kathira”

 

Tahniah!!!!

Sekalung tahniah ditujukan ucapan ini kepada Ustazah Zuriyati binti Ya’akub kerana telah selamat melahirkan cahayamata kelimanya pada 24 Ogos 2011 yang lalu tepat jam 6.30 petang.

Berita kegembiraan ini turut dikongsi bersama seluruh warga SKSP di samping suami tersayangnya Ustaz Helmi Akhtar.

Mubarak lakum…… semoga umat Nabi Muhammad bertambah ramai dan menguatkan syiar Islam….. itulah berkatnya Ramadhan…… Allah humma barik ‘alaina fi syahri Ramadhan…..

Memaksimumkan 10 Malam Ramadhan Terakhir..

Lailatul Qadr (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “lebih baik daripada seribu bulan” (97:3). Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.

Rasulullah saw sendiri memaksa dirinya dalam ketaatan dalam sepuluh malam terakhir  berbanding pada bila-bila masa lain. (Muslim). Semoga Allah merahmati Baginda

Aishah (RA) berkata bahawa nabi: Cari Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadan (Bukhari).

Nabi berkata: “Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni.” (Bukhari dan Muslim dari Abu Huraira).

1.Luangkan masa untuk Allah.

Kita akan berehat seketika  untuk hampir segala-glaa aktiviti didalam hidup. Kenapa tidak kali ini dengan memberi tumpuan kepada menyembahan dan mengucapkan terima kasih kepada Pencipta kita.

Jika ini tidak dapat dilakukan sekurang-kurangnya kita mengambil sedikit masa jika boleh. Berjaga pada waktu malam untuk melakukan Ibadah tambahan, tidak perlu risau tentang untuk pergi bekerja pada keesokan harinya. Insyallah, ia tidak akan menjejaskan anda!

2.  I’tikaf.

Ia adalah amalan Rasulullah untuk menghabiskan sepuluh hari terakhir dan malam Ramadan dalam masjid untuk I’tikaf.

Orang-orang di I’tikaf tinggal di masjid sepanjang masa ini, melaksanakan pelbagai bentuk berzikir (mengingati Allah), seperti melakukan solat tambahan, bacaan dan memahami al-Quran. I’tikaf dalam tempoh masa yang lebih pendek, seperti satu malam, sehari atau beberapa hari adalah digalakkan juga.

3. Amalkan Doa khas ini.

Aishah, ra dengan dia, berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah saw: ‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku katakan semasa doa?’ Baginda berkata: “Katakanlah: Wahai Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. “(Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).

4.Merenung makna al-Quran.

Pilih surah terkini atau surah yang anda pernah mendengar dalam Tarawih dan membaca terjemahan dan Tafsir mereka. Kemudian berfikir secara mendalam tentang makna dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda.

5.  Berdoa dosa dihapuskan.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) berkata: Sesiapa yang berdiri (mengerjakan sembahyang) pada malam Lailatul Qadar, mengharapkan pahala dari sisi Allah,  semua dosanya yang telah lalu akan diampuni. [Bukhari dan Muslim).

.Cuba untuk membuat doa anda lebih panjang, lebih mendalam dan bermakna. Jika anda sudah biasa dengan surah yang   panjang, baca terjemahan dan penjelasan. Hayati makna semasa anda berdoa. Jika anda hanya biasa dengan surah yang lebih pendek, baca terjemahan dan penjelasan terlebih dahulu, dan kemudian berdoa dan hayati mesej daripada surah.

Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan tumpuan, walaupun dalam sembahyang, di mana ramai daripada kita cenderung untuk menjadi lalai dan / atau mudah terganggu.

6.Buat satu senarai Doa peribadi.

Tanya diri kita apa yang kita benar-benar mahu dari Allah. Buat senarai setiap dan segala-galanya, tidak kira betapa kecil atau berapa besar, sama ada ia berkaitan dengan dunia ini atau tidak. Allah suka mendengar doa dan permintaan daripada kita

7. Amalkan Doa Panjang, Ikhlas dan Mendalam

Salah satu masa terbaik untuk melakukan ini ialah pada bahagian terakhir malam.

Abu Huraira ra, berkata bahawa nabi bersabda: Apabila berakhir satu pertiga malam, Allah, Yang Amat Terpuji turun ke langit bumi dan berfirman: Siapakah yang berdoa untuk Ku? Siapa yang berdoa untuk ku memohon apa-apa akan ku perkenankan. Dan yang yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan memaafkannya. (Bukhari, Muslim).

Bangun satu jam sebelum masa sahur untuk meminta kepada Allah untuk apa-apa dan semua yang kita mahu. Ini boleh dilakukan dengan  doa dalam bahasa kita sendiri, dengan ikhlas dan keyakinan.

 8.Berbuka dengan keluarga

Jika anda selalu menghabiskan masa berbuka pada hari-hari bekerja di dalam pejabat anda di tempat kerja, kini beberapa hari terakhir Ramadan ini habiskanlah masa berbuka dengan keluarga anda.

Tips tersebut adalah sebahagian kecil daripada apa yang boleh dilakukan. Tentukan bagaimana  malam anda, yang lebih baik daripada seribu bulan, yang akan digunakan. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada membuang masa pada Malam Lailatul-Qadar iaitu dalam 10 hari terakhir.. Semoga kita dapat bertemu dan meraih sebanyak mungkin pahala pada Ramadhan kali ini..

Perkara-perkara Sunat, Makruh & Membatalkan Ketika Berpuasa

1. Menyegerakan berbuka puasa apabila sampai waktunya.
Rasanya bab ni semua orang tahu dan saat yang paling ditunggu-tunggu. 🙂

2. Berbuka puasa dengan buah kurma (tamar) atau sesuatu yang manis ataupun dengan air.

3. Mulakan berbuka puasa dengan berdoa yang maksudnya;

“Ya Allah, kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka, dengan rahmat-Mu wahai yang Maha Pemberi Rahmat”.

4. Melambatkan bersahur. Bersahurlah walaupun dengan sedikit sama ada makan ataupun sekadar minum sahaja. Ianya untuk kebaikan anda juga supaya dapat menambah kekuatan ketika berpuasa.

5. Memperbanyakkan amal ibadat seperti membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi S.A.W.

6. Memperbanyakkan membuat amal kebajikan.
Contohnya; bersedekah kepada yang kurang berkemampuan, menjamu tetamu berbuka puasa ataupun bertukar-tukar juadah sesama jiran.

7. Memperbanyakkan niat iktikaf di dalam masjid. Kalau sembahyang terawih tu jangan lupa gak niat iktikaf.

8. Menjauhkan diri atau sebaik-baiknya cuba elakkan diri daripada bercakap tentang perkara yang sia-sia dan melakukan maksiat!

Perkara-perkara makruh puasa

a)      berkumur-kumur dengan keterlaluan

b)      merasa makanan dengan lidah

c)      bercakap perkara-perkara buruk dan keji

d)      memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk

e)      gosok gigi setelah gelincir matahari

f)        mencium isteri

g)      menderma darah

 Ø      Perkara-perkara yang membatalkan puasa:

a)      makan dan minum dengan sengaja

b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja

c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)

d)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja

e)      melakukan persetubuhan

f)        gila walaupun sebentar

g)      murtad

h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Ø      Perkara yang tidak membatalkan puasa:

a)      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.

b)      Bersuntik

c)      Tidur walaupun sepanjang hari

d)      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga

e)      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

Ø      Hari-hari sunat puasa:

a)      pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)

b)      pada 9 Muharram (hari Tasu’a)

c)      pada 10 Muharram (hari Asyura)

d)      6 hari pada bulan Syawal

e)      Hari Isnin dan Khamis

Ø      Hari-hari diharamkan puasa:

a)      Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)

b)      Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)

c)      Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

Kelebihan Bulan Ramadhan

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..

“Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur’an .. (1)

Kelebihan bulan Ramadhan dan keistimewaannya diterangkan pula dalam hadith yang berikut:

_______________________________

1. Ayat 185, Surah al-Baqarah.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(1)

(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari)

_______________________________

8- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ. (رواه مسلم)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)”.(1)

(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Menurut huraian ulama’ rahimahumullah., bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka,  serta terbelenggunya syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan,  boleh difaham menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadat – yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.

______________________________

1. Sahih Muslim – bi Syarh al-Nawawi (1:1 87).

 

9- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ. (رواه الترمذي والنسائي)

9- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (1)

(Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah. Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya.

Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, malaikat menyeru umat manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka terdorong melakukannya.

Malaikat juga menerangkan dalam seruannya itu tentang kemurahan Allah Taala membebaskan orang-orang yang berdosa yang dijanjikan dengan azab seksa. Mudah-mudahan peluang yang baik dalam bulan yang mulia itu digunakan dengan sepenuhnya. (2)

________________________

1. Al-Targhib (2:97) – Hadith Sahih menurut keterangan al-Hakim.

2. Mastika Hadith (1:79).

Ihya’ Ramadhan…..

Bersempena dengan bulan yang penuh berkat dan maghfirah ini, Panitia Pendidikan Islam telah merancangkan pelbagai aktiviti untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan al – Mubarak ini.

Bertepatan dengan itu, pada 4 Ogos 2011, Jumaat, Pelaksanaan program Ihya’ Ramadhan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar SKSP – En.  Sulaiman bin Karim.

Antara aktiviti yang telah disusun untuk dipenuhi pada bulan Ramadhan ini adalah:

1. Tadarrus al-Quran

2. Tazkirah Pagi

3. Pertandingan Mewarna Poster

4. Pertandingan Menulis Tulisan Khat

5. Majlis Khatam al-Quran sempena Program Tadarrus al-Quran

6. Sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin

7. Sumbangan duit raya

Kerjasama dan komitmen sepenuhnya dipohon dari semua warga SKSP bagi menjayakan Program Ihya’ Ramadhan pada kali ini.

Sehubungan dengan itu, sumbangan dari semua pihak dipohon agar dapat menjayakan program sumbangan Ramadhan.

Mudah-mudahan kita akan diberkati keberkatan dan maghfirah dari Allah S.W.T.

Previous Older Entries

SEKADAR RENUNGAN.

" Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. "

Flickr Photos

MUHASABAH DIRI.

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah." Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

CAPAIAN TERTINGGI

CAPAIAN Blog

  • 4,034 hits

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan menerima notis pos terkini melalui email.

Join 1 other subscriber
Create your own website, free on WordPress.com.Create your own website.
Start free