10:10 pm -
No comments
No comments
Happy Birthday Abang!
Alhamdulillah pada 8 haribulan September yang lalu, genap usia Abang 44 tahun. Kami ajak Mak dan Abah, serta Agy, Mie dan anak-anak menjamu selera di Restoran Paramount di Conezion IOI bersempena meraikan hari jadi Abang. Disebabkan ada budak-budak kecil yang suka nak nyanyi lagu happy birthday maka kami belilah sebiji kek harijadi untuk dipotong dan dimakan bersama. Abang pilih Salted Caramel Chocolate Cake. Sedap sangat!
Yang paling gembira dan bersungguh-sungguh meraikan harijadi Ayah Nah nya dah tentulah Alia hehehe Nyanyi lagu birthday dengan penuh perasaan, sampai tergelak Abah Kasim yang selalu berwajah serius tu.
Takde tripod atau selfie stick, maka terima sahajalah group photo seadanya hehehe Seperti biasa yang akan ambil gambar akak jugalah. Sebab mengabadikan memori indah begitu penting buatku. I must capture everything, untuk kenangan bila tua nanti, itupun kalau panjang umur...
Kami berkumpul dari jam 5 petang hingga 7 malam. Cuaca kurang baik, masih berjerebu, jadi kami hanya duduk di dalam restoran sahaja. Nak tengok pemandangan pun kelabu asap sahaja. Selesai makan kami pun berpisah ke destinasi masing-masing. Mak dan Abah terus balik ke Ampang, Agy dan Mie sekeluarga balik Dengkil sementara kami berdua pulang ke Putrajaya. Gembira rasanya bila dapat peluang berjumpa seperti ini. Semoga ada peluang dan rezeki untuk berkumpul lagi seperti ini di masa akan datang, insyaAllah.
Oh ye, lupa nak cerita. Masa sepanjang kami disitu, Amina senyap sahaja, mungkin malu sebab pertama kali dia dan kakaknya berjumpa Tok dan Nenek, ibu bapa Ayah Nah nya. Tapi, waktu kami nak ke kereta, dan Tok dan Nenek dah bertolak pulang, tiba-tiba Amina panggil... Tok! Nenek! Laaaa... orang dah balik baru dia nak panggil. Amina.. Amina..
Lepas itu ketika kami semua bersalaman dan nak berpisah, sekali lagi Amina buat kejutan apabila dia secara tiba-tiba melaungkan ucapan salam secara kuat, dan nadanya sangat mirip seperti Atoknya di kampung. Agaknya dia meniru gaya Atok nya kerana setiap kali melambai Abah pasti akan laungkan salam. Sungguh benar sekali, kanak-kanak memang observant. Amina ni tak seperti Alia yang nampak sangat confident dan hendakkan perhatian. Amina mudah mengalah, tak nak berebut dengan kakaknya, pandai buat hal sendiri dan sangat suka memerhatikan keadaan sekeliling. She’s a funny kid. She reminded me of myself. Biasalah, anak kedua memang character nya begitu. Ada yang membaca ni anak kedua/ middle child juga ke? Hey, High five!