Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, November 02, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Kapuas lagi dekat Tugu Khatulistiwa

Pergi pula pada hari ke-4 perjalanan di Kalimantan. Bersambung daripada Menyahut panggilan Kalimantan - BerMaulud dari rumah ke istana.



Pagi Isnin 12 Oktober 2026 berjalan-jalan lagi di sekitar kawasan perumahan biras.



Menyambung proses pengkhataman Al-Quran bagi bulan Jamadil Awal di masjid kawasan.



Petang baru keluar, itupun berseorang menaiki motosikal.




Pergi lagi ke tepian Sungai Kapuas dekat tugu berkenaan. Lihat artikel Kapuas river near the Equatorial Monument again and more di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. 



Kemudian baru ke tugu...



Setakat inilah aktiviti buat hari itu. Lebih pada menyimpan tenaga untuk segmen perjalanan jauh akan datang.



Ahad, November 01, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - BerMaulud dari rumah ke istana

Pergi pada hari ke-3 perjalanan di Kalimantan. Bersambung daripada Menyahut panggilan Kalimantan - Dari perkahwinan ke tepian Sungai Kapuas.


Pagi Ahad 11 Oktober 2026. Melihat ke luar dari rumah tempat kami menginap di utara Pontianak, rumah milik kakak ipar isteri merangkap biras saya.


Berjalan melihat-lihat kawasan sekeliling. Lihat artikel Checking out the neighbourhood in north Pontianak di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. 


Singgah di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Babussalam, Komplek Taman Anggerik, Siantan Hilir, Pontianak di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.



Tengah hari itu dibuat majlis Maulidur Rasul di rumah anjuran kumpulan Maulud biras.












Selepas Maghrib keluar seorang diri meminjam motosikal biras...



Saya telah diundang hadir ke majlis Maulidur Rasul di Istana Qadriah.






Tengok-tengok majlis belum bermula.



Rupa-rupanya selepas Isyak baru ada.



Saya pun berjalan-jalan melihat suasana tepian Sungai Kapuas hingga ke masjid warisan berdekatan. Lihat The waterfront from Qadriah Palace to Sultan Syarif Abdurrahman Al-Qadri mosque.



Beberapa lama selepas Isyak kembali ke istana lalu mendapati Maulud baru sahaja bermula.






Rupa-rupanya anjuran Rabithah Alawiyah (persatuan keturunan keturunan Nabi Muhammad SAW dari belah Ba'Alawi yang berasal dari Yaman). Keluarga diraja Pontianak, yang berasal daripada marga Al-Qadri adalah satu cabang keluarga.









Yang mengundang adalah seorang pemuka keluarga Habaib di Pontianak bernama Sharif Abdullah Ben Yahya, anak sulung Hubabah Anisah yang ada disebut dalam Menyahut panggilan Kalimantan - Kejutan jerebu Pontianak. Beliau menarik  saya untuk bersama para pemuka di bahagian hadapan istana.





Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,888 di CATATAN SI MERAH SILU.


Sabtu, Oktober 31, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Dari perkahwinan ke tepian Sungai Kapuas

Salam. Pergi pada hari ke-2 perjalanan Kalimantan. Bersambung daripada artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Kejutan jerebu Pontianak.



Pagi Sabtu 10 Oktober 2026. Melihat dari luar rumah kakak ipar isteri di utara kota Pontianak.



Keluar untuk apa yang dikatakan adalah majlis Maulidur Rasul melibatkan kakak ipar sebagai salah seorang ahli kumpulan Maulud...






Rupa-rupanya ia sebahagian daripada majlis perkahwinan tempatan. Lihat artikel A Malay wedding in Pontianak di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. 



Selesai majlis pergi ke tempat ini.



Ia dikatakan menandakan laluan garisan Khatulistiwa. Lihat artikel Lawatan baru ke (New visit to) Tugu Khatulistiwa (Equator monument) di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.




Namun ukuran kemudian yang dikatakan lebih tepat menuding sedikit ke selatan menghampiri Sungai Kapuas. Alang-alang ke sana lepak di tepian sungai. Lihat Kapuas river near the Equatorial Monument.



Layan daa... :]


 
Bergerak ke hilir dalam 2.5km untuk ke tempat ini. Lihat Views from Batu Layang.






Ke hadapan kawasan pemakaman sungai terpanjang di Indonesia ia sekali lagi menggamit pandangan. Lihat Kapuas river in front of Pontianak Sultans tomb complex.



Malam kami keluar berjalan-jalan.



Pergi ke masjid warisan ini setelah tidak dapat menjejakkan kami petang sebelumnya. Rujuk balik cerita berkenaan dalam Menyahut panggilan Kalimantan - Kejutan jerebu Pontianak kemudian lihat Lawatan baru ke (New visit to) Masjid (mosque of) Sultan Syarif Abdurrahman Al-Qadri malam hari (at night).




Lepak makan-makan di tepi Sungai Kapuas hadapan masjid. Lihat Waterfront in from of Sultan Syarif Abdurrahman Al-Qadri mosque.


Saya pula tidak dapat menahan diri untuk berjalan kaki lebih jauh menyusuri sungai sehingga sampai ke satu cawangan utamanya. Lihat Taking the waterfront on to Landak river.


Jumaat, Oktober 30, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Kejutan jerebu Pontianak

Salam. Beberapa hari lalu telah dipersembahkan artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian untuk memberikan gambaran ringkas tentang pengembaraan terbaru saya dan isteri yang telah berjaya dilakukan dengan jayanya. Sekarang sampai masa untuk berkongsi perincian dari hari ke hari.



Pengenalan lebih awal atau lebih tepat, rancangan (juga harapan) perjalanan telah dibuat hampir sebulan lalu melalui artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja di mana dinyatakan kebimbangan tentang keadaan jerebu melanda Malaysia yang ramai tahu berpunca di Kalimantan. Kalau di sini pun sudah sangat menganggu, apatah lagi di sana. Pagi Jumaat 9 Oktober 2026 sampai masa untuk melakukan perjalanan. Tentang jerebu kami berserah pada Allah.



Walaupun risau kami suami isteri tetap melangkah dengan gembira kerana suka keluar mengembara.



Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Sepanjang perjalanan dari rumah malam sebelumnya kemudian bermalam di rumah biras sebelum ke lapangan terbang boleh kelihatan jerebu merata tetapi terkawal.



Kamiditerbangkan dalam keadaan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.



Apabila mendarat di lapangan terbang Pontianak kelihatan jerebu lebih tebal tetapi tidak seteruk yang dijangka.



Saya pernah merasa beberapa lama menunggang motosikal besar kesayangan ke tempat kerja di pejabat akhbar The New Straits Times penghujung 1990an dalam keadaan jerebu begitu tebal seperti kabus gunung sehingga apa-apa objek 30 meter ke hadapan tidak lagi kelihatan lalu sudah bersedia untuk itu. Terus terang cakap saya merasa terkejut kerana keadaan di Pontinak ternyata jauh lebih baik daripada yang disangka.












Saya anggap ini permulaan dan petanda yang baik apa yang diharapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya apalagi sempat untuk bersolat Jumaat di masjid utama. Lihat artikel  Masjid raya (Grand mosque of) Mujahidin, Pontianak di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART juga Pontianak from the outside tower of its main mosque di BERPETUALANG KE ACEH. 



Oh. Sebetulnya kami pergi berempat. Kakak ipar isteri yang berasal dari sana ingin balik kampung lalu mengajak kami suami isteri ikut sama. Seorang saudara ikut sekali. Sebaik sahaja sampai anak saudara kakak ipar menjemput lalu membawa kami berjalan-jalan.



Ajak kakak ipar isterilah sebab utama kami memberikan komitmen walaupun ramai menyatakan kerisauan kenapa hendak pergi ke kawasan yang diketahui sebagai punca jerebu. Pusing-pusinglah di kota. Terlihat sebuah masjid yang agak menarik turun untuk meneliti lebih dekat. Lihat Masjid (Mosque of) al-Jihad, Pontianak.



Tidak lama kemudian turun hujan agak lebat. Nampaknya ini antara faktor jerebu tidak seteruk yang disangka.



Destinasi seterusnya adalah masjid warisan Kesultanan Pontianak. Tengok-tengok tak boleh masuk kerana ada operasi pihak berkuasa.



Beralih ke istana kesultanan yang terletak berdekatan. 



Saya pernah sampai sekali tahun 2015. Lihat Lawatan baru ke (New visit to) Istana (Palace of) Qadriah.



Pergi ke rumah seorang alim wanita yang doanya sering dipinta ramai.







Malam itu naik kapal merentas Sungai Kapuas, sungai terpanjang di seluruh pulau Kalimantan malah di seluruh negara Indonesia. Lihat Going for Pontianak river cruise