Assalamualaikum,
Kini, hari yang ditunggu-tunggu, Hari Media Digital dan Komunikasi. Hari yang mendebarkan bagi semua pelajar kelas Media Digital dan Komunikasi dan juga kelas Komunikasi Pengantaraan Komputer. Kelas tidak dijalankan kerana diberi masa kepada kami untuk menyiapkan dewan dan menyiapkan peralatan untuk program ini. Alhamdulillah pensyarah datang dan memberikan semangat disamping memberi makanan kepada kami untuk memperoleh tenaga pada hari itu. Persiapan demi persiapan dijalankan dan latihan demi latihan dilakukan agar tidak berlaku kesilapan pada hari itu.
Sebelum persembahan saya, terdapat kelas yang perlu saya hadiri membuatkan saya kurang persiapan dan agak gementar kerana Dekan Kuliyah Bahasa dan Pengurusan juga turun untuk mengamati persembahan kami. Alhamdulillah persembahan demi persembahan berjalan dengan lancar. Kini tibalah giliran saya untuk memberikan persembahan. Alhamdulillah permulaan persembahan mendapat sambutan tetapi agak kurang selepas itu kerana waktu yang agak lewat menyebabkan penonton tidak bermaya untuk menerima lagi isi yang bakal diberikan.
Alhamdulillah dapat kami jalankan program dengan lancar sehingga ke pengakhirnya, walaupun tidak dinobatkan sebagai penyampai terbaik, tetapi rasa puas hati dapat diluahkan kerana program yang dijalankan itu berjalan lancar. Kesilapan yang berlaku pastinya kami akan ambil untuk pelajaran bagi program pada masa akan datang. Perjumpaan terakhir dilakukan dan kami dapat bergambar bersama Dr. Rosseni iaitu pensyarah kami sebelum beliau berangkat ke luar negara. Terima kasih buat Dr. Rosseni kerana mengajar saya dan juga memberi peluang untuk melakukan program ini. Dan juga rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang pembelajaran semester ini. Sekian refleksi daripada saya, terima kasih semua.










