Pergi ke kandungan

Accapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Accapan
அக்காப்பன்
Kelahiran
Samynathan a/l Rethinam

(1958-01-27)27 Januari 1958
Meninggal dunia14 September 2018(2018-09-14) (umur 60)[1]
Sebab kematianKegagalan buah pinggang
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi
Tahun aktif1970–2018
Karya
Filemografi
PasanganYogeswari Subramaniam
Anak-anak3

Samynathan a/l Rethinam atau lebih dikenali sebagai Accapan (27 Januari 1958 – 14 Februari 2018) ialah seorang pelakon dan pelawak India lelaki Malaysia.

Beliau pernah digemparkan mengenai beliau memeluk Islam, tetapi dinafikan oleh beliau sendiri.[2]

Accapan merupakan seorang pelawak yang popular dari era 70-an dan 80-an bersama pelawak-pelawak keturunan India lain seperti Param, dan pada era 90-an pula pelawak seperti Sathiya, Kenchana Dewi dan Rama. Beliau turut berlakon dalam beberapa filem, termasuk filem Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin.[3]

Beliau sering terbabit dengan rancangan hiburan terbitan RTM. Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa beliau terikat dengan RTM dan sedia mencuba dengan stesen lain. Sungguhpun berpeluang untuk muncul di kaca TV, Accapan adalah di antara pelawak yang mendapat banyak permintaan.

Dalam seminggu beliau menerima dua undangan. Seringkali Accapan akan bergandingan dengan Mr. Os ataupun Khairul Anuar sebagai artis bebas. Setiap kali membuat persembahan, Accapan akan berlawak dan menyanyi, malah beliau pernah merakam album Trio Santan Berlada dan Trio Santan Berlada II bersama Ali Mamak dan Khairul Anuar.

Album itu yang menampilkan irama seperti dangdut, raggae, rock dan pop dirakam dalam bahasa Tamil. Kebanyakan lagu yang dirakamnya itu diambil dari lagu Melayu yang ditukar liriknya.[4]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Berita kematian Accapan
  2. ↑ Pelawak Accapan nafi telah memeluk agama Islam
  3. ↑ "Accapan Bimbang Tiada Pelapis Pelawak India". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-19. Dicapai pada 2018-01-18.
  4. ↑ "Accapan nafi terikat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-19. Dicapai pada 2018-01-18.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]