Ampang
- Ini adalah laman nyahkekaburan, khusus bagi penjelasan umum dan menyeluruh tentang entiti Ampang di Selangor dan Kuala Lumpur.
Ampang ialah nama mukim di Malaysia yang telah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ke dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan selebihnya dikekalkan dalam negeri Selangor.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Pada awalnya ia merupakan salah sebuah mukim di Selangor, kawasan ini kemudiannya dibahagikan ekoran pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974. Perbandaran asal Ampang terletak dalam bahagian Wilayah Persekutuan dan menjadi pinggiran bandara timur Kuala Lumpur. Kawasan tersebut kini dibahagikan kepada dua:
- Ampang, Selangor, yang kemudiannya dijenamakan sebagai Ampang Jaya.
- Ampang, Kuala Lumpur, yang turut juga dikenali dengan Ampang Hilir.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kawasan Ampang pada asalnya dibuka oleh Raja Alang Bin Raja Berayun pada awal kurun ke-19 sekitar awal tahun 1800-an.[1] Beliau menjadikan kawasan tersebut sebagai sebuah perkampungan pelombong bijih timah yang penting di Lembah Klang.[1] manakala, perkataan Ampang pual berasal dari perkataan "ampangan" bermaksud kawasan bekas lombong. Nama “Ampang” itu sendiri diambil bersempena ampangan yang dibina oleh masyarakat Mandailing semasa menjalankan kerja-kerja berkelian timah.[2] Air digunakan untuk mengeluarkan bijih daripada karang.[2] Ketika era penjajahan British dan pasca merdeka, Ampang pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang terpenting di Selangor. Kerja-kerja pencarian dan perlombongan bijih timah di Ampang ini telah membuka banyak kawasan dan penempatan baru. Ampang yang dulunya hutan belantara telah diterokai bagi kerja-kerja perlombongan ini.
Asal-usul nama Ampang
[sunting | sunting sumber]Sebelum Raja Abdullah dan Raja Jumaat mengusahakan lombong bijih timah di Ampang pada tahun 1857 dengan bantuan kuli-kuli Cina yang diupah, Sutan Puasa sebenarnya sudahpun berada tidak jauh dari Ampang semasa beliau membuka Pengkalan Lumpur yang kini dikenali sebagai kota Kuala Lumpur.[2] Tambahan pula, menurut Raja Yacob bermarga Nasution, pengarang Tarikh Raja Asal, dan juga keluarganya, merekalah orang-orang Mandailing yang membuka Ampang, pada mulanya dipimpin oleh Raja Bernang dan kemudiannya oleh Raja Banding.[2] Hujah ini munasabah kerana pada waktu itu, penduduk yang mendiami kawasan pedalaman negeri Selangor ialah masyarakat yang berasal dari Sumatra.[2] Orang-orang Mandailing dan Batu Bara meneroka kawasan pedalaman Hulu Kelang kerana orang-orang Bugis dan Melayu sudah menetap di pesisir pantai sejak sebelum abad ke-19.[2]
Semasa kawasan pelombongan dibuka di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur, orang-orang Mandailing yang berkerja melombong bijih timah di situ, selain membina relau, memperoleh timah dan menjalankan aktiviti perdagangan.[2] Raja-raja Bugis pula memungut cukai daripada orang-orang Mandailing di pelabuhan-pelabuhan sungai.[2] Malah, nama “Ampang” itu sendiri mungkin diambil sempena empangan yang dibina oleh orang-orang Mandailing dalam kerja-kerja perlombongan timah.[2] Air digunakan untuk mengeluarkan bijih daripada batu karang. Apabila Sutan Puasa berada di Ampang, anak raja Mandailing itu berurusan dengan pedagang Tionghua Hiu Siew dan rakannya Ah Sze Keledek dari Lukut.[2] Kedua-dua pedagang Tionghua berketurunan Hakka tersebut kemudian berpindah ke Ampang setelah dimaklumkan oleh Sutan Puasa bahawa mereka boleh memperoleh keuntungan dengan cepat di Ampang.[2] Sebuah empangan dibina dari Bukit Belacan ke kawasan bandar Ampang untuk kerja-kerja melombong bijih timah. Perkataan ‘Ampang’ datang daripada perkataan 'Empangan' tetapi, kerana pelat, disebut 'Ampangan' oleh pencari gali Cina.[3]
Keluasan
[sunting | sunting sumber]Mukim Ampang merupakan mukim terkecil dalam Daerah Hulu Langat. Keluasannya ialah 3,859 hektar. Terdapat bebrapa kampung dalam Mukim Ampang, di antaranya ialah: -
- Kampung Melayu Ampang
- Kampung Tasik Permai
- Kampung Tasik Tambahan
- Kampung Ampang Campuran
- Kampung Ampang Indah
- Kampung Pandan
- Kampung Cheras Baru
- Kampung Lembah Jaya Selatan
- Kampung Dato' Mufti
- Kampung Bukit Sungai Putih
- Kampung Sri Taman Baru
Ampang Pra Merdeka
[sunting | sunting sumber]Setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua iaitu zaman peralihan antara kekalahan dan pemerintahan semula kerajaan British, Tanah Melayu ketika itu telah dikuasai oleh pengganas komunis atau dipanggil Bintang Tiga (tempoh empat belas hari komunis memerintah Malaya). Berikutan dengan pemerintahan ini, Bukit Belacan yang terletak di kawasan Ampang telah dijadikan tempat memancung kepala pengikut tentera Jepun oleh pihak komunis.
Ketika peristiwa 13 Mei yang berlaku pada 1969, Ampang tidak terlibat dalam sebarang pertelingkahan, pergaduhan atau pertumpahan darah disebabkan kawalan ketat yang disusun oleh pihak kerajaan pada masa itu serta kebijaksanaan para pemimpin masyarakat menjaga sentimen masyarakat Melayu dan Cina.
Selepas itu, mulalah aktiviti pertanian kecil, di mana sayur-sayuran ditanam dan binatang ternakan mula kelihatan di kiri kanan jalan di sekitar Ampang. Perpindahan penduduk dari luar bandar ke sini menjadikan Ampang semakin berkembang dengan pertambahan kawasan perumahan dan pusat perniagaan.Ampang juga merupakan salah satu tanah takluk jajahan kepada Kerajaan Sultan Selangor.
Perhubungan
[sunting | sunting sumber]| Kod | Nama Stesen / Lebuhraya | |
|---|---|---|
| 3 Laluan Ampang | AG18 | Stesen LRT Ampang |
| AG17 | Stesen LRT Cahaya | |
| AG16 | Stesen LRT Cempaka | |
| AG15 | Stesen LRT Pandan Indah | |
| AG14 | Stesen LRT Pandan Jaya | |
| 5 Laluan Kelana Jaya | KJ05 | Stesen LRT Setiawangsa |
| KJ06 | Stesen LRT Jelatek | |
| Kod | Laluan |
|---|---|
| 300 | Pandan Mewah - AG18 LRT Ampang - KLCC - Lebuh Ampang |
| 303 | Taman Mulia Jaya - AG18 LRT Ampang - KLCC - Lebuh Ampang |
| T300 | Bukit Indah - Jalan Rasmi - Ampang Point |
| T301 | Taman Mulia Jaya - Jalan Merdeka - AG18 LRT Ampang - Ampang Point |
| T302 | Hutan Lipur Ampang - AG18 LRT Ampang - Ampang Point |
| T303 | AG15 LRT Pandan Indah - Ampang Point |
| T304 | Bukit Indah - AG18 LRT Ampang - Ampang Point |
| T305 | Ampang Waterfront - Sri Nilam - KG24 Taman Midah |
| T350 | AG16 LRT Cempaka - Taman Mawar |
| T351 | AG16 LRT Cempaka - Taman Bukit Permai |
Lebuhraya
| Kod | Nama Lebuhraya | Laluan Lebuhraya |
|---|---|---|
| Lebuhraya Sungai Besi Tambahan (BESRAYA) | Sungai Besi - MRR2 (Pandan Jaya) Shamelin - Pandan Indah | |
| Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) | Ampang - Kuala Lumpur | |
| Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) | Sungai Besi, | |
| Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) (Dalam Pembinaan) |
Kajang, | |
| Lebuhraya KL Node (Dalam Perancangan) |
Ulu Klang - Taman Rimba Templer | |
| Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) | Jalan Duta, | |
| Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) | Bandar Sri Damansara - Sri Petaling, | |