Pergi ke kandungan

Delta Nil

30°54′U 31°7′T / 30.900°U 31.117°T / 30.900; 31.117

Fotograf satelit NASA Delta Nil yang diwarnabezakan.

Delta Nil (Arab: دلتا النيل Delta an-Nīl) terletak di muara sungai Nil yang mengalir keluar ke Laut Tengah di Hilir Mesir.[1] Delta ini merupakan antara delta terbesar menjangkau jauh hilir dari Kaherah[2] meliputi kota Iskandariah di sebelah barat ke Port Said di sebelah timur sebanyak 240 kilometer sepanjang pesisiran[3] dan 160 km (99 bt) dari utara hingga selatan.

Kawasan ini merupakan kawasan pertanian penting di negara Mesir.[3] Sebanyak 39 juta orang menghuni kawasan delta ini dengan kepadatan mencecah lebih 1,000 orang per kilometer persegi; Iskandariah kota terbesar dengan kependudukan seramai 4.5 juta orang diikuti Shubra El Kheima, Port Said, El Mahalla El Kubra, Mansoura, Tanta, dan Zagazig.[4]

Catatan pada zaman purba seperti yang dilakukan Ptolemaeus menunjukkan delta ini pernah mempunyai 7 cabang atau alur delta bersejarah iaitu:[5]

Hanya cabang-cabang Phatnitik (kini alur Damietta) dan Bolbitine (kini Rasyid)[9] sahaja yang tertinggal dengan terkawalnya pembanjiran tahunan berikutan pembinaan empangan Aswan pada tahun 1950-an.

Flora dan fauna

[sunting | sunting sumber]

Bunga teratai tumbuh di bahagian utara manakala rumput papirus tumbuh di bahagian selatan delta.[10]

Delta ini merupakan habitat semula jadi pelbagai jenis burung unggas termasuk burung bangau, burung kosa dan ibis. Terdapat juga pelbagai jenis katak, penyu, kura-kura dan biawak yang menghuni di situ. Ia pernah menjadi habitat utama buaya Nil dan badak air pada zaman-zaman bersejarah.

Petempatan

[sunting | sunting sumber]

Delta ini menempatkan banyak kota-kota besar:

Large cities located in the Nile Delta:

  1. ↑ Dumont, Henri J. (2009-05-06). The Nile: Origin, Environments, Limnology and Human Use (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. m/s. 88. ISBN 978-1-4020-9726-3.
  2. ↑ Zeidan, Bakenaz. (2006). The Nile Delta in a global vision. Sharm El-Sheikh., diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-10, dicapai pada 2021-06-02
  3. 1 2 Negm, Abdelazim M. (2017-05-25). The Nile Delta (dalam bahasa Inggeris). Springer. m/s. 36. ISBN 978-3-319-56124-0.
  4. ↑ City Population website, citing Central Agency for Public Mobilisation and Statistics Egypt (web), accessed 11 April 1908.
  5. ↑ John Cooper (30 September 2014). The Medieval Nile: Route, Navigation, and Landscape in Islamic Egypt. The American University in Cairo Press. m/s. 76. ISBN 978-977-416-614-3.
  6. ↑ Wilson, Ian. The Exodus Enigma (1985), page 46. London: Weidenfeld & Nicolson.
  7. ↑ e.g. at Callisthenes Alexander 1.31.
  8. ↑ e.g. in Ptolemy, Geography.
  9. ↑ Hayes, W. 'Most Ancient Egypt', p. 87, Journal of Near Eastern Studies, 23 (1964), 73–114.
  10. ↑ "Cyperus papyrus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. Dicapai pada 14 September 2018.