Pergi ke kandungan

Dewa Arteh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewa Arteh
Kelahiran
Mohamad Hafizul bin Mohd Yusof

1996 (umur 29–30)
PekerjaanPelawak, pelakon, content creator
Tahun aktif2021–kini
Terkenal keranaPemenang Mencari Sepahtu Yang Hilang, Sepahtu Reunion Live 2022
PasanganNur Atiqah Aishah Jefri (k. 2024)
Anak-anak1
BapaMr. Os

Mohamad Hafizul Bin Mohd Yusof (lahir 1996), lebih dikenali sebagai Dewa Arteh atau sekadar Dewa, ialah seorang pelawak, pelakon dan content creator Malaysia. Beliau merupakan anak kepada arwah pelawak terkenal, Mr. Os.

Dewa Arteh mula mencuri perhatian sebagai peserta program realiti komedi Mencari Sepahtu Yang Hilang pada tahun 2021 bersama abangnya, Has Arteh dan memenangi rancangan tersebtu. Beliau kemudian aktif dalam rancangan lawak dan muzik seperti Muzikal Lawak Superstar dan Gelak 90 Saat.

Beliau juga terlibat dalam beberapa produksi televisyen dan filem, termasuk penampilan dalam Sepahtu Reunion Live 2022 dan filem seperti Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama dan Manaf, Zahir & Bunian.

Kehidupan Peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Ogos 2024, Dewa Arteh selamat berkahwin dengan Nur Atiqah Aishah Jefri di Kuala Lumpur.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2026 Orang Perang Bah Kati Filem pertama

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Sejenis Raya SenarioUnion Ajai Astro Warna Telefilem pertama
2023 Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama Bakri Buta
2024 Manaf, Zahir & Bunian Ijam

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Sepahtu Reunion Live 2022 (Bahagian 1) Pelbagai Watak Astro Warna

Pertandingan Lawak

[sunting | sunting sumber]
TahunPertandinganPerananCatatan
2021Mencari Sepahtu Yang HilangPesertakumpulan Arteh bersama Has Arteh
2022Muzikal Lawak Superstar (musim 3)kumpulan Arteh bersama Has Arteh & Qody Rany
2023Gelak 90 Saatbersama Has Arteh
2024Muzikal Lawak Superstar (musim 4)kumpulan Deroyan bersama Has Arteh & Eric Fuzi

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]