Pergi ke kandungan

Diogo Jota

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Diogo Jota
Jota dalam pasukan Liverpool; April 2025
Maklumat peribadi
Nama penuh Diogo José Teixeira da Silva[1]
Tarikh lahir (1996-12-04) 4 Disember 1996 (umur 29)
Tempat lahir Porto, Portugal
Tarikh kematian 3 Julai 2025(2025-07-03) (umur 28)
Tempat kematian Cernadilla, Sepanyol
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Pemain sayap / Penyerang
Kerjaya remaja
2005–2013 Gondomar
2013–2015 Paços de Ferreira
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2016 Paços de Ferreira 41 (14)
2016–2018 Atlético Madrid 0 (0)
2016–2017Porto (pinjaman) 27 (8)
2017–2018Wolverhampton Wanderers (pinjaman) 44 (17)
2018–2020 Wolverhampton Wanderers 67 (16)
2020–2025 Liverpool 123 (47)
Jumlah 302 (102)
Pasukan kebangsaan
2014–2015 Portugal U19 9 (5)
2015–2018 Portugal U21 20 (8)
2016 Portugal U23 1 (1)
2019–2025 Portugal 49 (14)
Pengalaman
Bola sepak lelaki
Mewakili  Portugal
Liga Negara-Negara UEFA{{{3}}}
2019 Portugal
2025 Jerman
Tandatangan
Diogo Jota's signature
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Diogo José Teixeira da Silva (4 Disember 1996 - 3 Julai 2025), dikenali sebagai Diogo Jota ialah seorang pemain bola sepak profesional Portugal muda yang pernah bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan pasukan kebangsaan Portugal.

Jota mula bermain dengan kelab Paços de Ferreira dalam tempoh dua musim di Liga Primeira sebelum masuk ke kelab La Liga, Atlético Madrid pada tahun 2016. Jota dipinjamkan berturut-turut kepada kelab Liga Primeira, FC Porto pada tahun 2016 dan kelab Kejohanan EFL Inggeris, Wolverhampton Wanderers pada tahun 2017. Jota juga membantu Wolves mendapat promosi ke Liga Perdana Inggeris buat pertama kalinya sejak tahun 2012. Beliau kemudian bergabung dengan Wolves pada bulan Julai 2018 dengan perjanjian tetap berjumlah €14 juta yang dilaporkan dan terus membuat lebih dari 100 penampilan untuk kelab tersebut. Pada bulan September 2020, Jota menandatangani kontrak bersama Liverpool dengan bayaran yang dilaporkan bernilai €50 juta (£41 juta).[2]

Jota adalah pemain antarabangsa Portugal yang pernah mewakili negaranya di peringkat bawah 19, bawah 21, bawah 23 tahun dan pasukan kebangsaan senior. Dia berjaya memenangi Liga Negara-Negara UEFA 2024–25.[3]

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Paços de Ferreira

[sunting | sunting sumber]

Jota memulakan kerjaya profesionalnya di Paços de Ferreira pada 2014, setelah membesar di akademi tempatan Gondomar. Bersama Paços, Jota menjaringkan 14 gol dalam 41 penampilan liga, dan penampilannya menarik perhatian beberapa kelab besar Eropa.

Atlético Madrid dan peminjaman di Porto

[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Maret 2016, Jota bersetuju untuk menyertai Atlético Madrid untuk lima musim dengan kontrak yang berlaku sejak 1 Juli. Namun pada 26 Agustus, ia segera dipinjamkan kembali ke Portugal untuk bermain di Porto. Pada 1 Oktober, Jota menjaringkan sepakan hattrick di pusingan pertama dalam kemenangan 4–0 melawan Nacional. Jota juga menyertai Liga Juara-Juara UEFA 2016–2017, menjaringkan gol pertama dalam kejohanan besar itu pada 7 Disember dalam kemenangan 5–0 melawan Leicester City.

Wolverhampton Wanderers

[sunting | sunting sumber]

Selepas membantu Wolves mendapat kelayakan ke Liga Perdana Inggeris pada musim 2017–2018 dengan menjaringkan 7 gol di Kejohanan EFL Inggeris, ia dibeli secara permanen dengan nilai transfer sekitar €14 juta. Ia bermain tiga musim untuk Wolves dan menjaringkan total 44 gol dari 131 perlawanan di semua kejohanan.

Liverpool

[sunting | sunting sumber]

2020–2021: Musim perdana

[sunting | sunting sumber]
Jota bermain untuk Liverpool pada tahun 2021

Pada 19 September 2020, Jota bergabung dengan Liverpool dengan kesepakatan jangka panjang, dilaporkan dengan biaya transfer sebesar £41 juta, harga Jota naik menjadi £45 juta dengan potensi tambahan. Dia melakukan debutnya di Piala EFL lima hari kemudian, masuk sebagai pemain gantian di pusingan kedua melawan Lincoln City dengan kemenangan 7–2. Pada 28 September, dia menjaringkan gol pada debutnya di Liga Perdana untuk kelab, dengan yang ketiga dalam kemenangan 3–1 menentang Arsenal di Anfield. Jota menjaringkan gol ke-10.000 klub dalam sejarah mereka ketika dia melakarkan gol pembuka melawan Midtjylland di pusingan grup Liga Champions UEFA, dan melakarkan tiga gol pada 3 November dalam kemenangan pesta 5–0 di Atalanta. Diogo Jota menjadi pemain pertama sejak Robbie Fowler pada tahun 1993 yang berjaya melakarkan 7 gol dalam 10 penampilan pertamanya di Liverpool.

Pada tanggal 22 November, Jota menjaringkan gol kedua dalam kemenangan 3-0 melawan Leicester City, menjadi pemain Liverpool pertama yang menjaringkan gol di masing-masing dari empat pertandingan kandang pertamanya di Liga Premier. Atas penampilannya pada bulan Oktober, Jota dianugerahi Pemain Terbaik Liverpool Bulan Ini oleh para penyokong kelab. Pada tarikh 9 Disember, Jota mengalami cedera kaki semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA melawan Midtjylland, membuatnya harus memulihkan diri selama tiga bulan.

2021–2022: Domestic double dan Final UCL

[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Agustus 2021, Jota menjaringkan gol pertama Liverpool di musim Liga Perdana Inggeris 2021–2022 dalam kemenangan 3–0 menentang kelab yang baru naik kelayakan ketika itu, Norwich City. Pada 3 November, ia membuka skor lakaran dalam kemenangan kandang 2–0 di Liga UCL bersemuka dengan kelabnya dahulu, Atlético Madrid untuk memastikan kelayakan Liverpool ke pusingan 16, sebagai juara grup. Pada 1 Disember, ia menjarinhkan gol keempat Liverpool dalam kemenangan 4–1 melawan rival satu bandar, Everton dalam Derbi Merseyside. Atas penampilannya di bulan November, ia dianugerahi Pemain Terbaik Bulan Ini versi PFA. Pada 16 Disember, Jota menjaringkan gol pertama Liverpool dalam kemenangan 3-1 melawan Newcastle United, yang merupakan kemenangan ke-2.000 Liverpool di liga utama.

Jota di perarakan piala EFL Karabao dan Piala FA di jalan-jalan Liverpool pada 29 Mei 2022, sehari setelah berakhirnya musim 2021–2022.

Di semifinal Piala EFL, Jota menjaringkan kedua gol dalam kemenangan tandang 2-0 atas Arsenal untuk membawa Liverpool ke final. Pada 27 Februari, setelah hasil imbang tanpa gol melawan Chelsea selepas perpanjangan masa, ia menjaringkan gol penaltinya selama adu penalti untuk membantu Liverpool memenangkan Piala Liga pertama mereka sejak 2012. Pada 14 Mei, di final Piala FA 2022, Jota masuk sebagai pemain pengganti untuk Mohamed Salah yang cedera setelah 33 menit. Liverpool memenangkan final setelah duel penalti. Pada 28 Mei, Jota tampil sebagai pemain gantian pada minit ke-65 Liga Juara-Juara UEFA 2021–2022, semasa Liverpool harus tewas 1-0 dari Real Madrid.

2022–2023: Perpanjangan kontrak dan cedera yang terus kambuh

[sunting | sunting sumber]

Jota mengalami cedera hamstring pada pramusim yang membuatnya harus kembali memulihkan diri di awal musim.[4] Pada Ogos 2022, Jota menandatangani kontrak jangka panjang baharu dengan kelab. Ia kembali dari cedera pada 3 September, menggantikan Darwin Núñez pada minit ke-80 dalam hasil seri 0-0 melawan rival Everton dalam derby Merseyside. Pada 12 Oktober, Jota masuk dari bangku simpanan dalam perlawanan Liga Champions menentang Rangers, sebelum memberikan tiga jaringan assist dalam satu pertandingan untuk pertama kalinya dalam kariernya kepada Mohamed Salah, yang menyelesaikan sepakan hattrick dalam masa hanya enam minit dan dua belas saat dari kemenangan 7-1.

Pada 16 Oktober, ia mengalami cedera di tempurung kaki semasa Liverpool menang 1-0 atas Manchester City di tempatnya sendiri. Jota tidak mampu menyertai skuad Piala Dunia FIFA 2022. Ia kembali dari cedera pada 13 Februari, menggantikan Darwin Núñez pada menit ke-70 dalam kemenangan 2-0 melawan Everton. Setelah tidak mencetak gol sejak 10 April 2022, Jota kembali mencetak gol pada 17 April 2023, dengan dua gol dalam kemenangan Liverpool 6–1 atas Leeds United. Pada 30 April, srmasa Liverpool koyak oleh gol penyama di masq terakhir, selepas berjaya lebih dahulu dengan tiga gol, Jota melakarkan sebuah kemenangan indah yang dramatik dalam perlawanan Liverpool 4–3 vs Tottenham Hotspur, membuatnya dicalonkan untuk anugerah Premier League Player of the Month.

2023–2024: Kemenangan Piala Liga

[sunting | sunting sumber]

Selepas musim yang dipenuhi cedera dan rumor bersaranya Thiago Alcântara, Jota memulakan musim baharu pada 19 Ogos, dengan membantu kemenangan Liverpool 3-1 ke atas Bournemouth. Pada 30 September, Jota dikeluarkan hanya 24 minit selepas masuk melawan Tottenham, membuat paskelabnya hanya bermain dengan 9 pemain. Ia menerima kritik pedas dari pundit-pundit bola sepak Inggeris; Stephen Warnock mengklaim bahwa ia "bermain sangat buruk sejak masuk di pusingan pertama, sama sekali tidak mengikuti tempo permainan", sementara Gary Neville setuju dengan kartu merah tersebut, karena ia yakin tindakan Jota adalah "kebodohan".

Pada 5 Oktober, ia melakarkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara UEFA 2023–24, membuka kemenangan 2-0 ke atas Union Saint-Gilloise dalam fasa pusingan grup. Pada bulan Januari 2024, dengan ketidakhadiran Mohamed Salah kerana cedera semasa berkhidmat untuk Piala Negara-Negara Afrika 2023, Jota menggantikannya dan membentuk kerja sama yang cukup lumayan dengan Darwin Núñez. Mencetak lima gol dan membantu dua gol lainnya dalam kemenangan Liverpool atas Burnley, Newcastle United, Bournemouth, dan Chelsea. Membuatnya mendapatkan anugerah Premier League Player of the Month bulan Januari. Pada tarikh 17 Februari, ia mengalami cedera di otot kaki semasa Liverpool menang 4–1 atas Brentford, yang membuatnya harus memulihkan diri selama dua bulan.

Jota kembali pulih dari cedera dalam kekalahan 3–0 daro Atalanta di leg pertama Liga Europa UEFA 2023–24 pada 11 April. Tidak lama selepasnya, Jota mendapat cedera lagi semasa melawan Fulham pada tanggal 21 April, membuatnya harus kembali memulihkan diri untuk sisa perlawanan bersama Liverpool di musim 2023–24.

2024–2025: Gelar Liga Perdana Inggris dan musim terakhir Jota

[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Ogos, Jota menjaringkan gol pertama Liverpool di era Arne Slot dalam kemenangan 2-0 melawan Ipswich Town. Selama perlawanan berikutnya, Jota memulai sebagai pemain nomor 9 kelab, karena lebih cocok dengan sistem taktik Slot, karena ia boleh turun dalam dan bertindak mirip dengan false nine, membuatnya bersaing dengan Darwin Núñez untuk mendapatkan tempat starter. Pada 5 Oktober, Jota melakukan start ke-100 untuk kelab, menjaringkan satu-satunya gol kemenangan ke atas Crystal Palace.

Pada 2 April 2025, Jota melakarkan gol kemenangan, dan terakhirnya dalam perlawanan resmi menentang Everton dalam derbi Merseyside di Anfield untuk mempertahankan keunggulan 12 poin klub di kemuncak carta. Pada 28 April, Liverpool memenangkan Liga Perdana Inggeris 2024–25, yang membuatnya mendapat copa keempat dan terakhir Jota bersama klub.

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Jota tampil untuk sejumlah kumpulan umur paskebas junior Portugal: B-19 dan B-21.[5][6] Ia tampil perdana untuk paskebas senior Portugal pada November 2019 dalam pertandingan persahabatan. Jota merupakan anggota skuad semasa Portugal yang tampil pada Piala Eropah UEFA 2020 dan 2024, berjays memenangi Liga Negara UEFA pada 2019 dan 2025.[7][8][9]

Gaya bermain

[sunting | sunting sumber]

Jota dikenal sebagai penyerang tengah yang cepat dan memiliki penyelesaian akhir yang tajam. Ia bisa bermain di berbagai posisi lini serang, baik sebagai striker utama, second striker, maupun winger dan bahagian tengah menyerang. Jota ialah tipe yang memiliki kecerdasan dalam membaca ruang dan pandai bermain defensa. Contoh semasa bermain dalam skema gegenpressing Liverpool, taktik yang khas dari Jürgen Klopp.

Jota juga memiliki kemampuan duel udara yang sangat tinggi meski tubuhnya agak pendek untuk standard atlet.

Kehidupan pribadi

[sunting | sunting sumber]

Diogo Jota menikah dengan Rute Cardoso pada 22 Juni 2025, hanya sepuluh hari sebelum kematian ia dan adiknya, André Silva.[10]

Menurut akhbar sukan tempatan Sepanyol, Marca, Jota meninggal dunia pada usia 28 tahun pada kira-kira 12:40 tengah malam (Waktu Piawai Eropah Tengah), 3 Julai 2025 akibat kemalangan jalan raya di perbandaran Cernadilla, Zamora, Sepanyol, bersama dengan adiknya, André.[11][12] Kemalangan tersebut berlaku di lebuh raya A-52 menghala ke Benavente.[13][11] Pihak kecemasan di kawasan Castile dan León mengesahkan kejadian tersebut.[11] Pihak kecemasan juga memaklumkan bahawa kedua-dua mereka terjejas di tempat kejadian.[14][15]

Pihak Pengawal Awam menyatakan bahawa tayar kereta Lamborghini Urus Jota pecah semasa memotong sebuah kereta lain, menyebabkan kereta yang dia kendarai hilang kawalan sehingga terhempas keluar jalan dan terbakar.[16][17]

Kematian Jota yang begitu cepat diberitakan oleh media-media besar di seluruh dunia.[18] Arne Slot, jurulatih Liverpool mengatakan bahawa, "Bagi kami sebagai sebahagian dari kelab, rasa kejut ini absolut. Diogo bukan hanya sekedar pemain, tetapi sudah kami pandang sebagai seorang yang spesial di hati kami."[19] Untuk mengenang memorinya semasa bermain, Liverpool FC dan Wolverhampton Wanderers bersetuju untuk membuat nombor jersi yang pernah dipakai Jota bersara (20 dan 18).[20]

Jürgen Klopp, jurulatih Jota yang pernah melatihnya pada 2020 berkata, "Diogo ialah seorang peribadi yang fantastik, rakan yang baik. Kami akan sangat merindukanmu!"[21] Sahabat dekat Jota, Rúben Neves tidak kuasa menahan air matanya semasa perlawan Piala Dunia Kelab antara Al Hilal dan Fluminense.[22] Francisco Conceição, Bruno Fernandes dan rakan paskebasnya yang lain juga menyampaikan kesedihan mereka.[23][24]

Nuno Bettencourt, seorang gitaris Portugal juga menyampaikan kesedihannya dalam pertunjukan muzik pada 5 Julai 2025. Dia memakai jersi Liverpool dengan nomor punggung 20 untuk menunjukan rasa duka semasa pertunjukan sedang berlaku.[25]

Pemakaman

[sunting | sunting sumber]

Pemakaman Diogo Jota dan adiknya, Andre Silva berlangsung di tempat mastautin dan kampung halamannya semasa kecil, Gondomar, Portugal pada 5 Julai 2025.[26] Pemakaman dihadiri oleh banyak Pemain Bintang seperti Cristiano Ronaldo, Jordan Henderson, James Milner dan lainnya.[27] Bersama rakan di Pasukan Kebangsaan Portugal dan Liverpool.[28][29]

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Wolverhampton Wanderers

Liverpool

Portugal

Individu

  • Premier League Player of the Month: Januari 2024
  • SJPF Young Player of the Month: Oktober/November 2015
  • Primeira Liga Goal of the Month: Februari 2016
  • UEFA Champions League Breakthrough XI: 2020
  1. "2018/19 Premier League squads confirmed". Premier League. 3 September 2018. Dicapai pada 4 September 2018.
  2. "Liverpool FC seal signing of Diogo Jota on long-term deal". Liverpool F.C. Dicapai pada 2020-09-19.
  3. Lowe, Sid (2025-06-08). "Portugal sink Spain in penalty shootout to win Nations League crown". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2025-07-03.
  4. Doyle, Ian (2021-11-21). "Thiago truth emerges after Arsenal mistake as Jota proves Firmino point". Liverpool Echo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-06.
  5. "Portugal (sub-20): André Horta dan Diogo Jota dipanggil ke pemusatan latihan". Maisfutebol (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 7 Juni 2018. Unknown parameter |tanggal= ignored (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  6. "Portugal-México, 4–0". Record (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 7 Juni 2018. Unknown parameter |tanggal= ignored (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  7. "Euro 2020: Diogo Jota's Portugal eliminated at last-16 stage" [Euro 2020: Portugal asuhan Diogo Jota tersingkir di babak 16 besar] (dalam bahasa Inggeris). Liverpool F.C. Dicapai pada 24 September 2022.
  8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "UNL 2019"
  9. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "UNL 2025"
  10. Millne, Sam (29 Juni 2025). "Van Dijk meets Ronaldo, Gakpo's new hair & Jota gets married! – Liverpool player holidays". This is Anfield. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Juli 2025. Dicapai pada 1 Juli 2025. Check date values in: |access-date=, |date=, dan |archive-date= (bantuan)
  11. 1 2 3 Mark Wyatt; Kieren Williams (3 Juli 2025). "Diogo Jota dies latest: Liverpool forward killed in car crash in Spain 10 days after his wedding" [Diogo Jota meninggal dunia terbaru: Penyerang Liverpool tewas dalam kecelakaan mobil di Spanyol dua minggu setelah pernikahannya]. Sky News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Juli 2025. Invalid |name-list-style=dan (bantuan); Check date values in: |access-date= dan |date= (bantuan)
  12. Rodrígues, Ángel (2025-07-03). "Muere el futbolista del Liverpool Diogo Jota en un accidente de tráfico en la provincia de Zamora" [Diogo Jota, a 28-year-old Liverpool footballer, dies in a traffic accident in the province of Zamora]. MARCA (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2025-07-03.
  13. Sierra, Alberto P. (3 July 2025). "El reventón de una rueda al adelantar, posible causa del accidente de Diogo Jota". AS (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 3 July 2025.
  14. "Liverpool forward Jota, 28, dies in a car crash". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 3 July 2025. Dicapai pada 3 July 2025.
  15. Watkins, Ali (2025-07-03). "Diogo Jota, Liverpool Soccer Star, Dies in Car Crash at 28". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2025-07-03.
  16. Samuel Osborn (3 Juli 2025). "Liverpool forward Diogo Jota dies in car crash in Spain two weeks after wedding". Sky News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Juli 2025. Check date values in: |access-date= dan |date= (bantuan)
  17. "Liverpool star Diogo Jota, 28, killed in car crash in Spain two weeks after getting married". LBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 July 2025.
  18. "Diogo Jota Maut dalam Nahas Ngeri". Media Permata. 3 July 2025.
  19. "Arne Slot statement - Liverpool FC". www.liverpoolfc.com. 3 July 2025. Dicapai pada 3 July 2025.
  20. "He took us to victory – a tribute to Diogo Jota - Liverpool FC". www.liverpoolfc.com (dalam bahasa Inggeris). 3 July 2025. Dicapai pada 4 July 2025.
  21. Kilpatrick, Dan (3 July 2025). "Cristiano Ronaldo, Jurgen Klopp lead tributes to Diogo Jota, brother Andre Silva". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 3 July 2025.
  22. "Rúben Neves' Tears During the Minute of Silence for Diogo Jota". beIN SPORTS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-05.
  23. "CWC 'difficult' for Cancelo, Neves with Jota's death". ESPN.com. 4 July 2025. Dicapai pada 4 July 2025.
  24. Steinberg, Jacob (4 July 2025). "Pedro Neto may miss Chelsea's Club World Cup quarter-final after friend Jota's death". The Guardian. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 4 July 2025.
  25. Cashmere, Paul (2025-07-05). "Black Sabbath Return Back To The Beginning In Birmingham For The End". Noise11.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-06.
  26. Durkan, Joanna (2025-07-05). "Liverpool players and staff attend Diogo Jota funeral". This Is Anfield (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-05.
  27. "Jordan Henderson breaks down in tears grieving Diogo Jota". Metro (dalam bahasa Inggeris). 2025-07-04. Dicapai pada 2025-07-05.
  28. Durkan, Joanna (2025-07-05). "Liverpool players and staff attend Diogo Jota funeral". This Is Anfield (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-05.
  29. "Family, friends & Liverpool teammates gather for Jota & brother's funeral". The US Sun (dalam bahasa Inggeris). 2025-07-03. Dicapai pada 2025-07-05.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]