Pergi ke kandungan

Fahmi Zainol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fahmi Zainol
فهمى زينول‎
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Pantai Jerejak
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului oleh Saifuddin Nasution Ismail
Kawasan pilihan rayaPantai Jerejak
Majoriti8,597 (2023)
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
16 Ogos 2023 – 4 Mac 2026
GabenorAhmad Fuzi Abdul Razak
(2023–2025)
Ramli Ngah Talib
(sejak 2025)
Ketua Menteri Chow Kon Yeow
PortfolioAgroteknologi, Keselamatan Makanan, dan Pembangunan Koperasi
Didahului oleh Norlela Ariffin
(Agroteknologi dan Keselamatan Makanan)
Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman
(Koperasi)
Digantikan oleh Goh Choon Aik
Naib Pengerusi
Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang
Digantung jawatan
Menyandang jawatan
2026
Berkhidmat bersama Goh Choon Aik &
Kumaresan Aramugam &
Muhammad Fadzli Roslan &
Nurhidayah Che Rose
PresidenAnwar Ibrahim
Pengerusi NegeriNurul Izzah Anwar
Maklumat peribadi
Lahir
Fahmi bin Zainol

1991 (umur 34–35)
Malaysia Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
PasanganNur Hidayah Abd Jabar
Anak3
Tempat belajarUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik

Fahmi bin Zainol (lahir 1991) merupakan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) untuk Pantai Jerejak sejak Ogos 2023. Beliau adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen gabungan PH.

Kerjaya politik

Fahmi merupakan aktivis pelajar dan pernah menjadi Presiden Majlis Pelajar di Universiti Malaya pada 2013 sebelum menceburi politik. Beliau menyertai PKR pada 3 November 2015 dan dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Biro Mahasiswa. Pada 2018, beliau dipilih sebagai Pengarah Pemuda Pilihan Raya. Pada tahun yang sama, beliau telah dipilih sebagai Ketua Pemuda PKR negeri Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh. Pada tahun 2022, beliau bersaing dengan Adam Adli untuk Ketua Pemuda PKR tetapi tewas. Bagaimanapun, beliau telah dipilih menganggotai jawatankuasa pusat PKR dan dilantik semula sebagai Ketua Pemuda PKR negeri Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh.[1][2]

Keputusan pilihan raya

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[3][4]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2023 N36 Pantai Jerejak Fahmi Zainol (PKR) 14,116 69.93% Oh Tong Keong (Gerakan) 5,519 27.34% 20,334 8,597 68.03%
Priyankaa Loh Siang Pin (MUDA) 476 2.36%
Ravinder Singh (PRM) 76 0.38%

Rujukan

  1. ↑ SEJAHAN, ZAREEN HUMAIRAH (2022-05-19). "Fahmi Zainol kekal Ketua AMK Permatang Pauh". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-11-27.
  2. ↑ ADAM, ASHMAN (2022-04-18). "PKR polls: Who are Adam Adli and Fahmi Zainol, the two young guns running for the post of Youth wing chief?". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-27.
  3. ↑ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PENANG". Dicapai pada 2022-05-01.
  4. ↑ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES" (PDF). Dicapai pada 2023-12-01.