Gayong 2
| Gayong 2 | |
|---|---|
| Pengarah | Faisal Ishak |
| Penulis | Sky Khor |
| Cerita oleh | Eric Ong |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Harris Hue Abdullah |
| Disunting oleh | Hafeez Mohd Noor |
| Muzik oleh | David Koon |
Syarikat penerbitan | SOL Pictures |
| Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Pecah panggung | RM 3.224 juta |
Gayong 2 merupakan sebuah filem aksi drama biografi Malaysia 2026, mengenai sambungan kisah pengasas Silat Gayong dari Perak, Datuk Meor Abdul Rahman. Filem diarahkan oleh Faisal Ishak. Ia dibintangi oleh Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip. Filem ini merupakan kesinambungan Filem Gayong 1, Filem ini mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 9 April 2026.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu berakhir, Meor bekerja sebagai pegawai polis di Cawangan Khas di Singapura. Kali ini dia berdepan dengan triad Cina, yang majoritinya beroperasi dalam perniagaan candu di bawah perlindungan pegawai rasuah.
Pada tahun 1945, Jepun menyerah kalah. Pada tahun 1945, Meor kembali ke Singapura selepas British mengambil alih pemerintahan. Malangnya kongsi gelap, perjudian, pelacuran, dan penagihan candu berleluasa. Skuad Polis melalui zaman yang gelap kerana rasuah.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Beto Kusyairy sebagai Meor Abdul Rahman, pengamal Silat dari Taiping, kini di Singapura, bekerja sebagai pegawai Cawangan Khas dalam Pasukan Polis Singapura
- Nabila Huda sebagai Che Som, isteri kepada Meor
- Syafie Naswip sebagai Mat, adik Che Som, adik ipar kepada Meor
Dibantu oleh
[sunting | sunting sumber]- Fauzie Laily sebagai Fauzi Latif, rakan baharu kepada Meor dalam unit Cawangan Khas
- Bobby Tonelli sebagai Peter Malcolm, seorang pegawai polis korup yang terlibat dalam operasi candu
- Rabbit Chen Puie Heng sebagai Lee Khoon, seorang taiko kepada sebuah kongsi gelap
- Hanna Aqeela sebagai Mayang, kekasih kepada Mat
- TJ Tian Jiang sebagai Dok Zua, seorang samseng Cina yang bekerja di bawah Lee Khoon
Penampilan istimewa
[sunting | sunting sumber]- Sandra Lim sebagai Jade, anak angkat kepada Lee Khoon
- Ayez Shaukat sebagai Raja Gajah, seorang pejuang bawah tanah yang digeruni
- Yayan Ruhian sebagai Wak Kusang
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Paul Baker sebagai Commissioner R. Bancroft, Pesuruhjaya Polis Singapura
- Azizul Ammar sebagai Lans Koperal Ali
- Hairi Safwan sebagai Detektif Rizal
- Sherwin Sim sebagai Detektif Tan Huat Chai, Detektif cina tunggal dalam unit Meor
- Farhaziq Manaf sebagai Ajis
- Draman Muhammad sebagai Detektif Azman
- Nduka Michael sebagai Bookie
- Bobur Yusupov sebagai Italian Stallion
- Rizvan Malsagov sebagai Captain Hook
- Fadi Obaid sebagai British Inviilator
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Duerra Mitilda sebagai Fadillah
- Khairun Salsabilla sebagai Aisyah