Hashimah Yon
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Hashimah Yon | |
|---|---|
Hashimah Yon bersama (P. Ramlee) dalam filem Nujum Pak Belalang. | |
| Kelahiran | Hashimah binti Mohd Leon 10 September 1940 Lorong Engku Aman, Daerah Geylang Serai, Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
| Tahun aktif | 1951–2016 |
| Terkenal kerana | |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 3 |
| Ibu | Habsah Buang |
| Bapa | Mohd Leon |
| Saudara | Rahmah Yon (kakak) |
Hashimah binti Mohd Leon (lahir 10 September 1940), atau nama seninya Hashimah Yon, ialah seorang pelakon serta penyanyi veteran Melayu yang menempa nama di Studio Jalan Ampas sekitar era 1950-an hingga 1970-an. Anak kepada seniwati Habsah Buang ini diiktiraf sebagai antara bintang utama pada zaman kegemilangan filem klasik. Ketika memuncak dalam kerjayanya pada dekad 1960-an, media Singapura pernah melabelkan beliau sebagai "Seniwati Paling Seksi" ekoran daya tarikan rupa parasnya, keanggunan bentuk fizikal, serta kelembutan nada suaranya yang unik.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Seniwati Hashimah mempunyai enam orang adik-beradik dan beliau ialah anak yang kelima. Ibunya, Habsah Buang juga seorang seniwati. Beliau dan ibunya sama-sama berlakon dalam filem Nujum Pak Belalang dan ibunya memegang peranan sebagai ketua inang. Bapanya Mohd Leon meninggal dunia sejak beliau kecil akibat kanser.
Sekitar tahun 1998, beliau pernah tinggal di Blok 12 Kempas Road, Singapura dan berjiran dengan Siput Sarawak yang tinggal di Blok 9 sehingga hari kematiannya. Selepas itu, Hashimah Yon berpindah sekali lagi kerana Estate Kempas Road akan dirobohkan dalam lewat tahun 2000.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Lagu-lagu
[sunting | sunting sumber]Lagu-lagu ini telah dinyanyikan oleh Seniwati Hashimah Yon dengan menggunakan suaranya sendiri dalam filem-filem berikut bersama-sama rakan duetnya:
- Hasnah Hassan Ost Filem Ayer Mata 1953
- Joget Berpantun Kaseh bersama Aziz Jaafar OST Filem Hantu Jerangkong 1957
- Gurindam Ibu bersama Aziz Jaafar OST Filem Hantu Kubor 1958
- Rayuan Berirama OST Filem Gergasi 1958
- Sejiwa bersama Aziz Jaafar OST Filem Gergasi
- Indahnya Alam bersama Aziz Jaafar OST Filem Gergasi 1958
- Sumpah Tanda setia bersama Aziz Jaafar OST Filem Gergasi 1958
- Lagu Membawa Berita
- Rintihan Sri Tanjung
- Kasih Sayang bersama Aziz Jaafar Ost Filem Sumpah Wanita
- Ikatan Kaseh Dua Jiwa OST Filem Megat Terawis 1960
- Inang Megat Terawis OST Filem Megat Terawis
- Bibir Mu Terlukis Kata bersama Aziz Jaafar) OST Filem Sumpah Wanita 1960
- Lenggang Penghibur bersama Aziz Jaafar) OST Filem Singapura Dilanggar Todak 1961
- Kalau Kaca Menjadi Intan bersama P.Ramlee OST Filem Nujum Pak Belalang 1959
Di samping ini, terdapat lagu-lagu lain lagi yang dinyanyikannya dalam filem lakonannya.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1951 | Manusia | Filem pertama sebagai pelakon kanak-kanak | |
| 1953 | Ayer Mata | Hasnah (kecil) | Sebagai pelakon kanak-kanak |
| 1955 | Penarek Becha | Ketua Penari Inang Baru | Pelakon tambahan |
| Insan | Pelakon tambahan | ||
| 1956 | Hang Tuah | Penari Jawa | Pelakon tambahan |
| Anak-ku Sazali | Rokiah | ||
| Adek-ku | Penyanyi majlis perkahwinan | Pelakon undangan | |
| Keluarga Tolol | |||
| 1957 | Kaseh Sayang | Sukartini | |
| Pancha Delima | Teratai | ||
| Hantu Jerangkong | Ramlah | ||
| 1958 | Gergasi | Mutiara | |
| Hantu Kubor | Ramlah | ||
| 1959 | Anak Pontianak | Manis | |
| Puteri Gunong Banang | Intan Baiduri | ||
| Nujum Pak Belalang | Puteri Si Bujur Sirih | ||
| 1960 | Sumpah Wanita | Yang Mulia Tuan Puteri Ratnasari | |
| Megat Terawis | Kamsiah | ||
| 1961 | Sri Tanjung | Tanjung | |
| Singapura Dilanggar Todak | Puspa Datuk Biduanda | ||
| Seniman Bujang Lapok | Pelakon | Penampilan khas | |
| 1963 | Kasih Tanpa Sayang | Cikgu Salmah | |
| Budi dan Dosa | Aminah | ||
| 1989 | Kolej 56 | Ibu Rosman | Pelakon undangan |
| 1994 | Black Widow - Wajah Ayu | Aton | |
| 1997 | Layar Lara | Dirinya sendiri | Filem terakhir, penampilan khas |
Drama
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2006 | Teratak Kasih Mahanis | Penghuni Teratak Mahanis | TV1 | Drama pertama dan terakhir |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2016 | Dari Kerana Mata | Mona Jasmine Tua | Unifi TV | Telefilem pertama dan terakhir; undangan khas |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 2023 | Bintang Nostalgia: Hashimah Yon | Artis undangan | TV1 |
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Hashimah Yon Dipecat oleh Shaw Brothers Sebab Berkahwin
[sunting | sunting sumber]Julai 1964, Mungkin kerana tidak mahu pelakon-pelakon di bawah naungan nya dilanda publisiti negatif, pihak Shaw Brothers telah memecat Seniwati Hashimah Yon dari Malay Film Productions. Ini berikutan dengan berita bahawa Hashimah Yon telah berkahwin dengan bekas abang iparnya Kaswan Yusak. Ketika itu, Hashimah berusia 22 tahun dan Kaswan 31 tahun. Tambah pula, 15 orang artis MFP telah menghantar surat kepada majikan supaya kontrak Hashimah ditamatkan.
Hashimah menyatakan ketidakpuasan hati di atas tindakan majikannya itu kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.
Ketika dihubungi wartawan, ujar beliau: Pemberhentian saya ialah disebabkan oleh sakit hati 15 orang artis di situ terhadap perkahwinan saya dengan Kaswan. Tindakan mereka tidak bijaksana kerana perkahwinan saya tidak ada kait mengait dengan Studio. Ia perkata peribadi dan tidak ada tertulis dalam syarat2 kontrak. Dengan pemecatannya itu, filem Budi dan Dosa arahan Jamil Sulong adalah filem terakhir dalam karier Hashimah Yon di Studio Jalan Ampas, dan beliau mengambil keputusan untuk terus bersara dari dunia perfileman.
Bagi Hashimah Yon, ini merupakan perkahwinan nya yang kedua selepas bercerai dengan suami pertama, Musa Hussain pada Disember 1963. Manakala Kaswan pula, ini adalah perkahwinan nya yang ke 4 selepas bercerai dengan Seniwati Fatimah Osman, Biduanita Saloma dan Seniwati Rahmah Yon (kakak Hashimah).
Namun, setelah 25 tahun menyepi dari dunia lakonan, tiba-tiba pada bulan Disember 1988, Hashimah Yon telah dipelawa oleh Pengarah Ahmad Fauzee untuk berlakon dalam filem Kolej 56. Bersama 7 orang bintang legenda seperti Yusof Latiff, Omar Suwita, Kemat Hassan, Ahmad Sabri, K. Fatimah, S. Shamsuddin dan Mariani, mereka muncul sebagai bintang undangan. Dan 6 tahun kemudiannya, Pengarah U-Wei Hj Saari mengambil Hashimah Yon untuk filem Black Widow - Wajah Ayu dan filem itu merupakan filem terakhir Hashimah Yon.
Anugerah dan Pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Filem | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 1995 | Festival Filem Malaysia | Black Widow - Wajah Ayu | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
| 1964 | Kaseh Tanpa Sayang | Pelakon Wanita Terbaik | Menang | |
| 1961 | Sri Tanjung | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1960 | Sumpah Wanita | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1958 | Gergasi | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |