Pergi ke kandungan

Bastion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Katelum)
Lakaran sebuah bastion

Bastion (Bahasa Melayu: katelum, baluarti, birai atau benteng) ialah suatu struktur binaan yang menonjol keluar dari dinding batu sesebuah perkubuan,[1] dan lazimnya berbentuk sudut serta terletak di bahagian penjuru kubu. Bastion yang telah dibangunkan sepenuhnya terdiri daripada dua muka dan dua rusuk. Tembakan dari bahagian rusuk membolehkan dinding batu dan bastion yang bersebelahan dilindungi.[2] Berbanding dengan menara berkubu zaman pertengahan yang digantikannya, kubu yang menggunakan bastion menawarkan tahap ketahanan pasif yang lebih tinggi serta memberikan lebih banyak ruang untuk pertahanan jarak jauh pada zaman penggunaan artileri serbuk bedil. Dalam bidang kejuruteraan tentera, bastion merupakan salah satu elemen dalam gaya pembinaan kubu yang dominan dari pertengahan abad ke-16 hingga pertengahan abad ke-19.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Reich, Ronny; Katzenstein, Hannah (1992). "Glossary of Archaeological Terms". Dalam Kempinski, Aharon; Reich, Ronny (penyunting). The Architecture of Ancient Israel. Jerusalem: Israel Exploration Society. m/s. 312. ISBN 978-965-221-013-5.
  2. ↑ Whitelaw 1846, p. 444
  • Whitelaw, A., penyunting (1846), The popular encyclopedia; or, 'Conversations Lexicon', jil. I, Glasgow,Edinburgh, and London: Blackie & Son
  • Harris, John. "Bastions" (PDF). Fortress Study Group. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-05-14. Dicapai pada 2 March 2012.

Templat:Fortifications