Makmal

Makmal[1][2] (Jawi: معمل) atau laboratorium[3][4] merupakan tempat penyelidikan ilmiah melibatkan percubaan eksperimen, pengukuran ataupun latihan. Makmal biasanya digunakan untuk membolehkannya melakukan kegiatan-kegiatan tersebut secara terkawal. Makmal ilmiah biasanya dibezakan mengikut bidang ilmu yang dikhususkan tamsilnya makmal fizik, makmal kimia, makmal biologi, makmal komputer, dan makmal bahasa.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Perkataan makmal dipinjamkan daripada perkataan مَعْمَل ma`māl dalam bahasa Arab, ia merupakan kata nama tempat (اسم مكان ism makān)[5] terbitan kata kerja َعَمِل `amila yang bermaksud "bekerja".[6]
Perkataan laboratorium yang dipakai di Indonesia[3][4] pula diserap daripada bahasa Latin[7] melalui bahasa Belanda; ia dijejak daripada labōrō yang bermaksud "saya bekerja".[8] Kitab Vortaro tahun 1923 memberi takrifan terawal laboratorium sebagai "tempat bikin pertjobahan atawa preksa dan pisahkan zatnja barang-barang".[7]
Teknik
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (Julai 2026) |
Teknik di sini merujuk kepada turutan prosedur yang digunakan dalam bidang sains alam sekitar seperti kimia, biologi, fizik untuk melakukan percubaan, semuanya mengikuti kaedah saintifik. Sementara beberapa di antaranya melibatkan penggunaan peralatan yang kompleks dari peralatan-peralatan gelas dan bukan gelas hingga alat elektronik, dan peralatan lainnya yang memerlukan pasokan yang lebih spesifik atau lebih mahal.
Alatan dan kelengkapan
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (Julai 2026) |
Terdapat berbagai-bagai kelengkapan dan peralatan yang digunakan oleh ahli-ahli sains semasa bekerja dalam makmal:
Peralatan klasik mencakup peralatan seperti penunu Bunsen dan mikroskop serta kelengkapan khusus seperti ruang pendingin operan, spektrofotometer dan kalorimeter.
- Makmal kimia
- radas gelas seperti gelas piala atau botol reagen
- Perangkat analitik seperti HPLC atau spektrofotometer
- Makmal biologi molekul + sains hayat
- autoklaf
- mikroskop
- pengempar
- pengocok & pencampur
- Pipet
- Thermal cyclers (PCR)
- Fotometer
- Peti sejuk
- Mesin pengujian universal
- Pembeku ULT
- Inkubator
- Bioreaktor
- Kabinet biokeselamatan
- Instrumen pengurut
- Serombong/kebuk/sungkup asap
- Bejana lingkungan
- Pelembab udara
- Timbangan
- Reagen (bahan)
- Hujung pipet (bahan)
- Polimer (bahan). Bahan habis pakai untuk isipadu kecil (skala μl dan mL), terutama yang steril.
Alat-alat makmal umumnya digunakan untuk melakukan percubaan atau pengukuran dan mengumpulkan data. Peralatan yang lebih besar atau lebih canggih umumnya disebut alat saintifik. Alat-alat makmal saintifik semakin banyak dirancang dan digunakan bersama perkakasan sumber terbuka.[9][10]
- Makmal fizik
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Kamus Dewan 2017, "makmal".
- ↑ Kamus Besar Bahasa Indonesia 2016, "makmal".
- 1 2 Kamus Dewan 2017, "laboratorium".
- 1 2 Kamus Besar Bahasa Indonesia 2016, "laboratorium".
- ↑ Makmur Haji Harun; Muhammad Bukhari Lubis (September 2015). Analisis Penggunaan Serapan Bahasa Arab Dalam Bahasa Indonesia dan Melayu sebagai Bahasa Komunikasi: Satu Kajian Awal. Tanjung Malim, Perak, Malaysia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
- ↑ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam, Selangor, Malaysia: Oxford Fajar. m/s. 257. ISBN 967-65-7321-3.
- 1 2 Kwik Khing Djoen (1923). "laboratorium (L), laboratory (E)" (PDF). Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 187.
- ↑ Rujuk perbandingan dengan kognat bahasa Inggeris "laboratory" di Online Etymology Dictionary
- ↑ Pearce, Joshua M. (Januari 2014). "Cut costs with open-source hardware". Nature. 505 (7485): 618–618. doi:10.1038/505618d.
- ↑ Baden, Tom; Chagas, Andre Maia; Gage, Greg; Marzullo, Timothy; Prieto-Godino, Lucia L.; Euler, Thomas (20 March 2015). "Open Labware: 3-D Printing Your Own Lab Equipment". PLOS Biology. 13 (3): e1002086. doi:10.1371/journal.pbio.1002086.
Sumber-sumber
[sunting | sunting sumber]- Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-6). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan Dasar dan Menengah Republik Indonesia. 2016.