Piala ASEAN FIFA
| Badan penganjuran | FIFA |
|---|---|
| Ditubuhkan | 2026 |
| Kawasan | Asia Tenggara |
Piala ASEAN FIFA merupakan kejohanan bola sepak antarabangsa akan datang yang mendapat pengiktirafan FIFA bagi pasukan bola sepak kebangsaan lelaki di Asia Tenggara.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Presiden FIFA, Gianni Infantino, telah mengumumkan pelancaran Piala ASEAN FIFA pada 26 Oktober 2025, susulan menandatangani memorandum perjanjian pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.[1][2][3] Inisiatif ini dimulakan secara unilateral (pihak tunggal) oleh FIFA, di mana Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) sebelum pengumuman tersebut tidak menyedari adanya rancangan untuk kejohanan lelaki Asia Tenggara yang kedua.[4]
AFF telah menganjurkan Kejohanan ASEAN sejak tahun 1996, dan ia dianggap sebagai kejohanan utama bagi pasukan bola sepak kebangsaan lelaki di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, kejohanan tersebut biasanya diadakan di luar 'jendela antarabangsa' rasmi FIFA, menyebabkan kelab-kelab tidak berkewajipan untuk melepaskan pemain mereka bagi menyertai Kejohanan ASEAN.[5] Rancangan Piala ASEAN FIFA ini mengikuti jejak langkah Piala Arab FIFA, iaitu sebuah kejohanan FIFA bagi pasukan-pasukan di wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara.[4]
Pada 20 Mac 2026, FIFA mengumumkan bahawa mereka telah meluluskan Piala ASEAN FIFA susulan satu mesyuarat dalam talian, dengan edisi sulung dijadualkan berlangsung sekitar September hingga Oktober, selepas Kejohanan ASEAN 2026 yang diadakan dari Julai hingga Ogos.[5][6]
Pada 7 Mei 2026, India mengesahkan penyertaannya dalam Piala ASEAN FIFA. Timbalan Setiausaha Agung AIFF M Satyanarayan memberitahu Times of India bahawa AIFF telah menerima jemputan FIFA dan telah menandatangani persetujuan peneyertaan.[7] Disebabkan oleh itu, Kejohanan SAFF 2026 bakal diadakan dari 4-17 November 2026.[8]
Pada 5 Jun 2026, diumumkan bahawa pertandingan ini akan melibatkan 14 pasukan terbahagi kepada 2 tahap, dengan Jakarta menjadi tuan rumah perlawanan Divisyen 1, manakala Hong Kong menjadi tuan rumah perlawanan Divisyen 2 antara bulan September dan Oktober.[9] Kejohanan Divisyen 2 di Hong Kong akan melibatkan enam pasukan, termasuklah pasukan tuan rumah, bertanding dalam format round-robin peringkat kumpulan. Pasukan teratas akan mara ke perlawanan akhir, manakala pasukan tempat kedua akan bertanding untuk penentuan tempat ketiga.[10]
Pemerintahan Indonesia telah menyatakan sokongan bagi negara itu menjadi tuan rumah Piala ASEAN FIFA.[11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Fifa announces new Asean Cup tournament for South-east Asian nations". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 26 Oktober 2025. Dicapai pada 27 Oktober 2025.
- ↑ "FIFA ASEAN Cup announced as new Memorandum of Understanding is signed in Kuala Lumpur". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 26 Oktober 2025. Dicapai pada 26 Oktober 2025.
- ↑ "Fifa announces new Asean tournament, but provides no details". Twentytwo13. 26 Oktober 2025. Dicapai pada 27 Oktober 2025 – melalui Yahoo News.
- 1 2 Duerden, John (16 November 2025). "FIFA's power play in Southeast Asia". Nikkei Asia. Dicapai pada 21 Mac 2026.Templat:Subscription needed
- 1 2 "Fifa Asean Cup in September and October could disrupt Lions' plans". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 20 Mac 2026. Dicapai pada 21 Mac 2026.
- ↑ Chittinand, Tor (21 Mac 2026). "New Fifa Asean Cup set for debut". Bangkok Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2026.
- ↑ "India to take part in inaugural FIFA ASEAN Cup". The Times of India. 2026-05-07. ISSN 0971-8257. Dicapai pada 2026-06-13.
- ↑ "Bangladesh to host men's SAFF Championship in November". The Financial Express (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-06-13.
- ↑ Limbu, byPrashan. "HKFA appoints Roberto Losada as head coach and prepares to host FIFA ASEAN Cup". www.thestandard.com.hk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-06-05.
- ↑ "港足|香港9-10月首次主辦東盟盃 足總正努力爭取落戶啟德". 星島頭條 (dalam bahasa Cina). 2026-06-05. Dicapai pada 2026-06-05.
- ↑ "Prabowo backs Indonesia's bid to host inaugural FIFA ASEAN Cup". Antara News (dalam bahasa Inggeris). 19 Jun 2026. Dicapai pada 21 Jun 2026.