Pergi ke kandungan

Raja Haji Fisabilillah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja al-Shahiddin Fisabilillah
Yamtuan Muda Riau IV
Raja Haji al-Shahiddin Fisabilillah
Yang Dipertuan Muda Negeri Riau IV
Pemerintahan19 jun 1777 - 18 Jun 1787 (10 tahun)
Kemahkotaan1777
Pemasyhuran1777
Didahului olehDaeng Kemboja
Diikuti olehRaja Ali
Keputeraanal-Shahiddin Fisabilillah bin Daeng Chelak
1727
Linggi, Riau
Kemangkatan18 Jun 1787 (67 tahun)
pattani
Pemakamansubuh pagi jumaat, 30 jun 1787
riau
Pasangan4 orang
Isteri
  • 0
Anakanda1.Raja Ja'affar, 2.Raja Ahmad, Raja asrubbif Baderuillah
Nama penuh
raja
Nama selepas mangkat
Marhum teluk ketapang
Kerabat0
Kerabat0
Wangsa0
AyahandaYamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak ibni La Tendri Borong Opu Daeng Rilakka
Bonda0
AgamaIslam Sunni
Pekerjaan0
Tandatangan
Cap Mohor Raja Haji
0 - 0

Yamtuan Muda Riau IV Raja Haji al-Shahiddin Fisabilillah ibni Yamtuan Muda Riau II Daeng Chelak (1727 - 18 Jun 1784) atau lebih dikenali sebagai Raja Haji.

Adalah seorang pahlawan Melayu suku Bugis dan Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga dari 1777 hingga kemangkatannya pada 1784. Baginda merupakan nenda kepada Raja Ali Haji bin raja Ahmad, seorang penulis dan pujangga sastera Melayu terkenal.

Keputeraan

[sunting | sunting sumber]

Baginda diputerakan di Ulusungai, Riau. Baginda merupakan adinda kepada Raja Lumu; raja Lumu ini kemudiannya dipilih menjadi SultanSelangor.[1] Setelah mamandanya mangkat sekitar bulan Disember 1777, beliau terus ditabalkan mewarisi takhta Yang DIpertuan Muda Riau; Datk Bendahara Tun Abdul Majid ada berutus surat dengan Sultan Mahmud Riayat Syah mengenai khabar ini selain mendapat sambutan baik dari Gabenor Melaka, Pieter Gerardus de Bruijn, yang mengirimkan surat tahniah (atau felicitatie) pada 28 Disember tahun sama.[2]

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Baginda mengenakan suatu percukaian yang dilihat lebih berkemampuan berbanding di jajahan Melaka sehinggakan banyak kapal mula berdagang di Riau lalu menguntungkan pelabuhan di sana, James Scott dalam catatannya sebagai seorang pelayar swasta untuk Syarikat Hindia Timur British ada menyatakan bahawa cukai baru dikenakan di Riau kurang 12%.[2] Suatu catatan dalam Siarah Haji Podi ada mengatakan bahawa tarikan pelabuhan tersebut menjadi ia sangat sesak dikunjungi orang: "banyaknya orang di dalam sungai Negeri Riau sebanyak sembilan laksa...lapan ribu Bugis di Sungai Timun, dan dua ribu di Pulau Biram Dewa..."[2]

Baginda cuba menyerang kubu Belanda di Melaka pada tahun 1784 tetapi tewas. Pada tahun yang sama berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini. Serangan Belanda ini menimbulkan kemarahan anak saudaranya Raja Ibrahim, menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dalam persengketaan antara Belanda dengan Johor.[3]

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Raja Haji meninggal dunia di Teluk Ketapang, Melaka dan dimakamkan di Pulau Penyengat Indera Sakti (kini dalam Kepulauan Riau di Indonesia).[4]

Monumen Raja Haji Fisabilillah di Tanjung Pinang

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ The Making of Modern Malaya: A History from Earliest Times to the Present (1963), m/s. 69
  2. 1 2 3 Aswandi Syahri (14 Julai 2020). "Pelabuhan dan Perdagangan Negeri Riau Zaman Yang Dipertuan Muda IV Raja Haji". Jantung Melayu. Dicapai pada 4 Mac 2021.
  3. ↑ Hari Ini Dalam Sejarah: Belanda Kalah di Selangor Arkib Negara Malaysia
  4. ↑ Pemimpin Perlawanan Rakyat Melayu - Pahlawan - Biografi Tokoh Indonesia Tokoh Indonesia DotCom

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Penyandang Terdahulu Yang Dipertuan Muda ke-4
1777 – 1784
Penyandang Kemudian
Daeng Kemboja Raja Ali
Masjid Raja Haji Fisabilillah Di Cyberjaya, Malaysia