Pergi ke kandungan

Republik Weimar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Reich Jerman
Deutsches Reich
1919–1933
Jata Negara(1919–1933) Jerman
Jata Negara
(1919–1933)
Cogan kata: Einigkeit und Recht und Freiheit
("Perpaduan, Keadilan, dan Kebebasan")
Lagu kebangsaan: Das Lied der Deutschen
"Lagu Rakyat Jerman"
(Dari 1922)[1]
Ibu negaraBerlin
52°31′U 13°23′T / 52.517°U 13.383°T / 52.517; 13.383
Bahasa umumJerman
DemonimJerman
PemerintahRepublik
Presiden 
 1918-1925
Friedrich Ebert
 1925-Ogos 1934
Paul von Hindenburg
Canselor 
 1919 (Pertama)
Philipp Scheidemann
 1933 (Terakhir)
Adolf Hitler
Badan perundanganReichstag
 Majlis negara
Reichsrat
Zaman bersejarahZaman antara perang
 Ditubuhkan
11 Ogos 1919
 Hitler menjadi canselor
30 Januari 1933
 Kebakaran Reichstag
27 Februari 1933
23 Mac 1933
Keluasan
 Jumlah
468,787 km2 (181,000 bt2)
1925 [2]468,787 km2 (181,000 bt2)
Populasi
 1925 [3]
62,411,000
133.129/km2 (344.8/sq mi)
Mata wang
Kod ISO 3166DE
Didahului oleh
Diganti oleh
Empayar Jerman
Jerman Nazi
Kini sebahagian dari

Republik Weimar (Weimarer Republik, IPA: [ˈvaɪmarɐ repuˈbliːk], VAI-ma-ra ré-pu-BLIK) adalah istilah yang lazimnya diberikan kepada kerajaan Jerman untuk menandakan zaman demokrasi republik yang wujud dari tahun 1919 hingga 1933. Nama ini berasal daripada kota Weimar di Thuringia, tempat dimana perlembagaan republik ini diterima pakai pada tahun 1919. Republik Weimar menggantikan Empayar Jerman selepas Revolusi Jerman 1918-19, dan kemudianya kekalahan Jerman dalam Perang Dunia I.

Penubuhan dan Perlembagaan

[sunting | sunting sumber]

Republik Weimar dibentuk setelah kejatuhan Empayar Jerman dan perletakan jawatan Maharaja Jerman, Wilhelm II. Pada bulan November 1918, perjanjian gencatan senjata ditandatangani, sejurus dengan itu menamatkan Perang Dunia I. Pemerintahan baru, dipimpin oleh Friedrich Ebert daripada Parti Sosial Demokratik Jerman (SPD), mengambil alih pemerintahan sementara. Perlembagaan baru yang dicipta pada tahun 1919 memberikan Jerman sistem republik berparlimen dengan presiden yang dipilih secara langsung oleh rakyat. Presiden ini memiliki kuasa yang luas, termasuk kawalan tentera dan kemampuan untuk membubarkan Parlimen Jerman (Reichstag).

Cabaran Ekonomi dan Politik

[sunting | sunting sumber]

Republik Weimar menghadapi pelbagai cabaran sejak awal penubuhannya, termasuklah isu pembayaran pampasan perang yang berat yang dikenakan oleh Perjanjian Versailles, yang bertambahnya lagi cabarannya apabila Perancis dan Belgium menduduki Wilayah Ruhr, dengan alasan bahawa Jerman tidak mahu membayar pampasan perang, meskipun Jerman ketika itu menghadapi masalah ekonomi juga pada ketika itu. Oleh kerana pendudukan itu, Jerman juga mengisytiharkan pemberontakan pasif terhadap Perancis.

Di atas solidariti dengan rakyat Jerman, Kerajaan Jerman, pada masa itu di bawah Canselor Wilhelm Cuno mencetak lebih banyak wang untuk mebayar pampasan langsung terhadap rakyat yang terjejas dengan krisis ini, meskipun kerajaan Jerman ketika itu tidak mampu untuk menampung kos pampasan yang amat tinggi. Hal ini menyebabkan hiperinflasi yang melampau pada tahun 1923, disebabkan oleh penciptaan wang melampau. Hiperinflasi ini mengakibatkan kemerosotan ekonomi yang teruk, dengan harga barang naik secara mendadak dan rakyat kehilangan simpanan mereka​. Ini menyebabkan berlakunya mogokan secara meluas menentang Kabinet Cuno, yang menyebabkan kerajaan untuk kemudiannya tumbang pada 12 Ogos 1923 disebabkan oleh undi tidak percaya oleh Parti Sosial Demokratik Jerman.

Kerajaan baharu di bawah Gustav Stresemann dan Parti Rakyat Jerman kemudiannya terbentuk, di mana pada tahun 1923. Kerajaan Stresemann membetulkan semula arah haluan Kerajaan Jerman dengan menamatkan pemberontakan pasif, serta dengan usaha Hjalmar Schacht, menggantikan mata wang papiermark dengan mata wang rentenmark yang memulihkan semula nilai mata wang Jerman. Akta Pemerkasaan 1923 juga digunakan oleh Stresemann untuk menamatkan krisis di Wilayah Ruhr. Kerajaan ini kemudian dirombak semula pada Oktober 1923, dan tumbang pada November pada tahun yang sama.

Pada November 1923 juga, Friedrich Ebert melaksanakan Reichsexekution terhadap kerajaan gabungan Parti Sosial Demokratik Jerman dan Parti Komunis Jerman disebabkan oleh pecubaan untuk mengulingkan kerajaan Jerman oleh Komunis di dalam kejadian Oktober Jerman.

Setelah kejatuhan Kerajaan Stresemann kedua, Kerajaan Minoriti di bawah Wilhelm Marx ditubuhkan, di mana ia diketuai Parti Tengah Jerman sebagai kerajaan minoriti bersama Parti Rakyat Jerman dan Parti Demokratik Jerman. Kerajaan ini meneruskan polisi kerajaan sebelumnya, dengan pemotongan gaji penjawat awam untuk menstabilkan kesihatan fiskal negara, sejurus dengan itu menstabilkan semula mata wang Jerman. Selain itu, kerajaan ini memberikan subsidi kepada wilayah Rhine di bawah pendudukan Perancis. Kerajaan ini kemudian tumbang setelah berakhirnya Akta Pemerkasaan 1923, tetapi ditubuhkan semula selepas Pilihan Raya Mei 1924 diadakan, juga sebagai kerajaan minoriti yang lebih lemah. Meskipun begitu, Kerajaan ini berjaya meluluskan dan akhirnya melaksanakan Rancangan Dawes, dengan sokongan Parti Sosial Demokratik Jerman, imanadrancangan yang diterajui oleh Amerika Syarikat,ini bertujuan untuk menstabilkan ekonomi Jerman dan memperbaiki jadual pembayaran pampasan. Rancangan ini telah membantu mengurangkan tekanan ekonomi dan membawa kepada beberapa tahun pemulihan relatif pada separuh akhir zaman 1920-an.

Meskipun begitu, kerajaan Marx dibubarkan apabila beliau gagal berunding dengan Parti Rakyat Nasional Jerman, dimana Pilihan Raya Disember 1924 berakhir dengan penubuhan Kerajaan Luther pertama di bawah Hans Luther bersama dengan Parti Rakyat Nasional Jerman, tetapi kemudiannya dirombak semula dengan Kerajaan Luther kedua dengan keluarnya Parti Rakyat Nasional Jerman dari kerajaan untuk memprotes sokongan kerajaan terhadap Perjanjian Locarno pada 5 Disember 1925. Kerajaan ini menghadapi cabaran baharu, seperti isu Pengambilalihan harta putera raja, kemerosotan ekonomi serta isu Bendera Jerman. Disebabkan isu-isu ini, kerajaan tumbang pada Mei 1926. Kerajaan Marx ketiga menggantikan kerajaan ini, untuk menghadapi isu yang dihadapi kerajaan sebelumnya. Kerajaan ini pada awalnya tumbang dengan penarikan sokongan daripada Parti Sosial Demokratik Jerman, tetapi kemudiannya Kerajaan Marx keempat dibentuk dengan kemasukan Parti Rakyat Nasional Jerman. Namun, Kerajaan ini tumbang pada 1928 kerana isu hal ehwal pendidikan. Pilihan Raya diadakan pada Mei 1928, di mana Kerajaan Müller Kedua dibentuk, diketuai Hermann Müller dan Parti Sosial Demokratik Jerman dari Jun 1928 hingga Mac 1930 pada Zaman Meleset.

Presiden German, Friedrich Ebert meninggal dunia pada 1925, dimana Pilihan Raya Presiden diadakan pada 1925. Pada pilihan raya itu, tiada calon memenangi pusingan pertama, dimana kemudiannya Wilhelm Marx kalah melawan Paul von Hindenburg pada pusingan yang kedua. Paul von Hindenburg kemudiannya menjadi presiden sehingga kematiannya pada 1934.

Kejatuhan dan Kebangkitan Nazi

[sunting | sunting sumber]

Namun, kebangkitan ekonomi Republik Weimar tidak bertahan lama. Kejatuhan pasaran saham di Amerika Syarikat pada tahun 1929 menyebabkan Zaman Meleset, yang melumpuhkan semula ekonomi Jerman. Tingkat pengangguran yang tinggi dan ketidakstabilan ekonomi menyebabkan peningkatan dukungan untuk parti-parti politik ekstremis, misalnya Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (NSDAP) yang dipimpin oleh Adolf Hitler, dan Parti Komunis Jerman, di bawah pimpinan Ernst Thälmann.

Pada tahun 1933, Hitler akhirnya dilantik sebagai Canselor Jerman. Dengan cepat, dia memanipulasi sistem perundangan untuk mengambil alih kuasa secara penuh. Penggunaan Artikel 48 dalam perlembagaan Weimar, yang membenarkan presiden untuk mengumumkan keadaan darurat dan memerintah tanpa persetujuan parlimen, yang memberikan laluan yang membenarkan Hitler untuk meluraikan hak sivil di dalam perlembagaan dan akhirnya mengubah Republik Weimar menjadi Kediktatoran satu parti di bawah parti NSDAP​ dengan ideologi Nazisme.

Kesimpulan

[sunting | sunting sumber]

Republik Weimar merupakan tempoh yang penuh dengan perubahan dan ketidakstabilan dalam sejarah Jerman, dari kejatuhan Empayar Jerman, melalui masa kemakmuran yang singkat, hingga kejatuhan akibat kemelesetan ekonomi dan kebangkitan Nazi. Walaupun tempohnya singkat, pengalamannya memberikan banyak pelajaran tentang demokrasi, ekonomi, dan politik ekstremisme.

  1. Klein, Winfried (2012-09-14). "Wer sind wir, und was wollen wir dazu singen?". FAZ.NET. Frankfurter Allgemeine Zeitung. Dicapai pada 2022-08-04.
  2. "Das Deutsche Reich im Überblick". Wahlen in der Weimarer Republik. Dicapai pada 2007-04-26.
  3. "Das Deutsche Reich im Überblick". Wahlen in der Weimarer Republik. Dicapai pada 2007-04-26.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]