S. A. Mokhtar
S. A. Mokhtar | |
|---|---|
| Kelahiran | Syed Mokhtar bin Syed Abdullah 1938 |
| Pekerjaan | Pegawai tentera, pelakon |
| Tahun aktif | 1963 |
S. A. Mokhtar (lahir pada tahun 1938) adalah seorang bekas pelakon di Malaysia. Beliau dikenali menerusi filem Jambatan Maut.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]S. A. Mokhtar nama penuhnya, Syed Mokhtar Bin Syed Abdullah, dilahirkan di Melaka pada tahun 1938, kini (jika masih hidup) berusia 88 tahun. Beliau sememangnya berhasrat menceburkan diri dalam lapangan kesenian terutama filem dan Mokhtar sanggup meninggalkan jawatannya sebagai pegawai tentera British yang berpengkalan di Singapura.
Pertama kali Mokhtar menghadapi kamera, apabila Salleh Ghani menyerahkan peranan sebagai pengurus (manager) dalam filem Anak Manja pada tahun 1963 yang turut dibintangi oleh Abdullah Chik, Kasma Booty dan Mustapha Maarof. Beliau telah membintangi filem Jambatan Maut tahun 1963. Dengan hanya filem itu, Mokhtar sebagai hero, selepas itu ghaib walaupun beliau pernah berkata: "Saya akan terus berusaha memberi kepuasan kepada penonton-penonton filem Melayu."
Sebabnya mungkin, Jambatan Maut kecundang di box office.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1963 | Anak Manja | Pengurus Aziz | Filem pertama, pelakon tambahan |
| Jambatan Maut | Ibrahim | Filem terakhir | |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]https://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2011/05/jambatan-maut-1963.html?m=1