Shera Aiyob
Shera Aiyob | |
|---|---|
سهير ايوب | |
| Kelahiran | Nur Syahirah binti Aiyob 21 Disember 1986 |
| Pendidikan | Diploma Pengajian Media |
| Pusat pendidikan | Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara, pembantu penerbit |
| Tahun aktif | 2007–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Zahiril Adzim (k. 2011) |
| Anak-anak | 1 |
Nur Syahirah Aiyob atau lebih dikenali sebagai Shera Aiyob (lahir 21 Disember 1986) ialah seorang pelakon, pengacara televisyen dan pembantu penerbit wanita Malaysia. Shera mula aktif dalam bidang lakonan bermula pada tahun 2007 dan semenjak itu beliau telah berlakon dalam beberapa drama, telefilem dan filem. Selain itu beliau juga aktif menjadi pengacara TV dan pembantu penerbit dibelakang tabir.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pengacara dan wartawan di TV3.
Selain berlakon, Shera juga melibatkan diri dalam bidang pengacaraan televisyen apabila beliau dan suami, Zahiril Adzim telah diberi tanggungawab dalam mengacara sebuah program bual bicara Masam-Masam Manis terbitan TV AlHijrah musim yang ke-3.[1]
Pada September 2017, Shera membintangi sebuah drama adaptasi novel yang menggunakan tajuk yang sama iaitu Perempuan Paling Bahagia, hasil karya Syamnuriezmil. Drama terbitan Pena Creative Pictures, menggandingkan Shera dan suami beliau, Zahiril sebagai peneraju utama serta drama arahan Jamal Khan ini mula bersiaran pada September 2017 di Astro Oasis dan Astro Maya HD.[2]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada 20 Disember 2011, Shera telah selamat menjadi isteri dengan sekali lafaz kepada pelakon, Zahiril Adzim. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak dan akad nikah dijalankan sendiri oleh bapa Shera, Aiyob Shaharuddin.[3][4][5]
Pada 19 Jun 2013, Shera selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Nadi Anaqi.[6]
Selain itu, pada tahun 2014, Shera telah mengambil keputusan memakai hijab sepenuhnya.[7][8]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 | Gandingan Serasi Filem (bersama Zahiril Adzim) | Juvana 3: Perhitungan Terakhir | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Kemalia Othman (10/04/2016). Shera Aiyob Pujuk Zahiril Adzim Terima Tawaran Pengacara 'Masam-Masam Manis' - Berita Hiburan. mStar
- ↑ (12/6/2017). Drama Perempuan Paling Bahagia. My Info Taip.
- ↑ Zahiril Adzim Mahu Cepat Kahwin Dengan Shera Aiyob - Berita Hiburan. mStar ( 19 Mac 2011 )
- ↑ ( 20 Disember 2011). Gambar: Zahiril Adzim Dan Shera Aiyob Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz Rotikaya.
- ↑ mStar. Kejutan Zahiril Buat Shera Menitis Air Mata. 28 Disember 2011.
- ↑ Shera Aiyob selamat Melahirkan Bayi Lelaki. RotiKaya
- ↑ Fasa baharu Shera Aiyob. Utusan (8 Disember 2014).
- ↑ Zaidi Mohamad (17 Disember 2014). Shera Aiyob berkorban demi keluarga BHarian.