Pergi ke kandungan

Siklid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cichlid
Layang hias,
Pterophyllum scalare
Pengelasan saintifik
Subfamili

Astronotinae
Cichlasomatinae
Cichlinae
Etroplinae
Geophaginae
Heterochromidinae
Paratilapiinae
Pseudocrenilabrinae
Ptychochrominae
Retroculinae
Untuk genera, lihat di bawah.

Siklid ialah sejenis ikan daripada keluarga Cichlidae dalam order Labriformes merangkumi juga ikan becok (Labridae), gombing (Pomacentridae) dan surfperch (Embiotocidae).[1] Keluarga ikan daripada spesies ini besar dan pelbagai. Sekurang-kurangnya 1,300 spesies telah diperincikan dari segi saintifik,[2] menjadikan ia salah satu daripada keluarga vertebrata terbesar. Spesies-spesies baru ditemui pada setiap tahun, kebanyakannya masih belum diperincikan. Jumlah sebenar spesies ini tidak diketahui, dengan anggaran antara 1,300 sehingga 3,000 spesies.[3]

Banyak spesies siklid ialah ikan makanan penting; yang paling biasa dimakan ialah pelbagai spesies tilapia.[4] Beberapa siklid yang lebih besar, seperti spesies Cichla, dinilai sebagai ikan buruan.[5] Keluarga Cichlidae juga termasuk banyak ikan air tawar yang dapat dicam oleh penggemar akuarium; ikan bidadari, ikan oskar, dan ikan diskus merupakan contoh terkenal ikan tersebut.

Ada jenis siklid yang telah menjadi perosak selepas dipindahkan ke perairan di luar julat semula jadinya.[5] Sebaliknya, banyak spesies siklid juga terancam; contohnya di Tasik Victoria ada banyak spesies yang hampir pupus atau sudah dipupuskan.[6]

Setakat tahun 2006, terdapat kira-kira 220 genus telah diakui dan dikategorikan oleh FishBase:[2]

  1. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Stiassny"
  2. 1 2 Froese, Rainer, dan Daniel Pauly, ed. (2006). "Cichlidae" dalam FishBase. Versi Nov 2006.
  3. ↑ Stiassny, M., G. G. Teugels & C. D. Hopkins (2007). The Fresh and Brackish Water Fishes of Lower Guinea, West-Central Africa - Vol. 2. Musée Royal de l'Afrique Centrale. m/s. 269. ISBN 9789074752213.{{cite book}}: CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ↑ Kumar, Ganesh; Engle, Carole R. (2016-01-05). "Technological Advances that Led to Growth of Shrimp, Salmon, and Tilapia Farming". Reviews in Fisheries Science & Aquaculture. 24 (2): 136–152. doi:10.1080/23308249.2015.1112357. ISSN 2330-8249.
  5. 1 2 Sastraprawira, Shantika Maylana; Abd. Razak, Iqbal Harith; Shahimi, Salwa; Pati, Siddhartha; Edinur, Hisham Atan; John, Akbar Bavajohn; Ahmad, Amirrudin; Kumaran, Jayaraj Vijaya; Martin, Melissa Beata (2020-11). "A review on introduced Cichla spp. and emerging concerns". Heliyon. 6 (11): e05370. doi:10.1016/j.heliyon.2020.e05370. ISSN 2405-8440. {{cite journal}}: Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: article number as page number (link) CS1 maint: unflagged free DOI (link)
  6. ↑ Awiti, Alex O. (2011). "Biological Diversity and Resilience: Lessons from the Recovery of Cichlid Species in Lake Victoria". Ecology and Society. 16 (1). doi:10.5751/es-03877-160109. ISSN 1708-3087.
  7. ↑ Römer, U. & Hahn, I. (2006). "Ivanacara gen. n. (Teleostei: Perciformes, Cichlasomatini): a new genus of cichlids from the Neotropis". Dalam Römer, U. (penyunting). Cichlid Atlas 2. m/s. 1190–1197.{{cite book}}: CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]