Pergi ke kandungan

Virus herpes simpleks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Virus herpes simpleks
Imej virus Virus herpes simpleks
Mikrograf virus herpes simpleks
Pengelasan saintifikSunting pengelasan ini
(tanpa pangkat): Virus
Alam: Duplodnaviria
Alam: Heunggongvirae
Filum: Peploviricota
Kelas: Herviviricetes
Order: Herpesvirales
Keluarga: Orthoherpesviridae
Subkeluarga: Alphaherpesvirinae
Genus: Simplexvirus
Kumpulan yang termasuk
Dari segi kladistik termasuk tetapi dari segi tradisional taksa dikecualikan

All other Simplexvirus species

Virus herpes simpleks 1 dan 2 (HSV-1 dan HSV-2) ialah dua ahli keluarga dalam Herpesviridae manusia. Ia merupakan satu set virus yang menghasilkan jangkitan virus pada manusia.[1][2] Kedua-dua virus ini iaitu HSV-1 dan HSV-2 adalah sangat umum dan mudah berjangkit. Virus ini merebak pada orang yang berjangkit dan disebarkan ke persekitaran oleh pembawa yang telah dijangkiti virus ini.

Sehingga tahun 2016, kira-kira 67% daripada populasi dunia di bawah umur 50 tahun menghidap HSV-1.[3] Hal ini dikatakan demikian kerana virus ini berjangkit melalui persetubuhan yang mana berkongsi penyebab serupa kepada jangkitan kelamin yang paling umum.[4]

Gejala-gejala

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakkan daripada manusia yang dijangkiti virus ini tidak pernah menunjukkan gejala.[5] Apabila seseorang individu dijangkiti virus herpes simpleks, lepuh yang berair akan terbentuk di lokasi pada mana-mana anggota badan, atau membran bermukus terbentuk di sekitar mulut, bibir, hidung, kemaluan,[1] atau mata (fenonema yang berlaku di mata dikenali sebagai keratitis herpes simpleks).[6] Selain itu terdapat lesi yang sembuh yang mempunyai ciri-ciri kudis daripada penyakit herpetik. Bagi sesetengah keadaan, virus akan menyebabkan gejala ringan atau atipikal semasa wabak.[7]

Walaupun begitu, virus boleh membentuk herpes simpleks yang lebih kompleks. Sebagai virus yang berperanan dalam neurotropik dan neuroinvasif, HSV-1 dan HSV-2 ialah kekal di dalam badan. Virus ini bersembunyi daripada sistem imun dalam badan sel neuron, terutama di ganglion deria. Selepas jangkitan awal, sestengah orang yang terjangkit akan mengalami episod pengaktifan semula virus sekali-sekala. Dalam wabak, virus dalam sel saraf bertindak aktif dan boleh diangkut ke kulit melalui akson neuron. Luka baharu akan terbentuk apabila replikasi dan peluruhan virus berlaku.[7]

Kaji virus

[sunting | sunting sumber]

Virus herpes simpleks telah menjadi model virus untuk kajian dalam biologi molekul secara meluas. Contohnya, salah satu penggalak pertama berfungsi dalam eukariot yang ditemui dalam virus herpes simpleks (gen timidina kinase) dan protein virion VP16 merupakan salah satu pengaktif transkripsi yang paling banyak dikaji.[8]

Rupa bentuk

[sunting | sunting sumber]

Virus herpes yang menjangkiti haiwan berkongsi ciri yang serupa. Rupa bentuk virus herpes terdiri daripada genom DNA linear yang berantai dua dan agak besar terbungkus dalam sangkar protein ikosahedral yang dikenali sebagai kapsid. Ia dikelilingi dengan dwilapisan lipid yang dikenali sebagai sampul. Sampul dan kapsid disambungkan dengan tegumen.[9] Zarah lengkap ini dikenali sebagai virion. HSV-1 dan HSV-2 masing-masing mengandungi sekurang-kurangnya 74 gen (atau bingkai bacaan terbuka, ORF) dalam genomnya.[10] Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa sebanyak 84 gen pengekodan protein yang unik oleh 94 ORF secara andaiannya apabila berlaku kesesakan gen pada virus.[11]

  1. 1 2 Ryan KJ, Ray CG, penyunting (2004). Sherris Medical Microbiology (ed. 4th). McGraw Hill. m/s. 555–62. ISBN 978-0-8385-8529-0.
  2. ↑ Chayavichitsilp P, Buckwalter JV, Krakowski AC, Friedlander SF (April 2009). "Herpes simplex". Pediatr Rev. 30 (4): 119–29, quiz 130. doi:10.1542/pir.30-4-119. PMID 19339385. S2CID 34735917.
  3. ↑ "Herpes simplex virus". World Health Organization. 31 January 2017.
  4. ↑ Straface G, Selmin A, Zanardo V, De Santis M, Ercoli A, Scambia G (2012). "Herpes simplex virus infection in pregnancy". Infectious Diseases in Obstetrics and Gynecology. 2012. doi:10.1155/2012/385697. PMC 3332182. PMID 22566740.
  5. ↑ "Herpes simplex virus". World Health Organization. 2017-01-31. Dicapai pada 2018-09-22.
  6. ↑ Stephenson M (2020-09-09). "How to Manage Ocular Herpes". Review of Ophthalmology. Dicapai pada 2021-06-07.
  7. 1 2 "Herpes simplex". DermNet NZ — New Zealand Dermatological Society. 2006-09-16. Dicapai pada 2006-10-15.
  8. ↑ Taylor TJ, Brockman MA, McNamee EE, Knipe DM (March 2002). "Herpes simplex virus". Frontiers in Bioscience. 7 (1–3): d752–d764. doi:10.2741/taylor. PMID 11861220.
  9. ↑ Mettenleiter TC, Klupp BG, Granzow H (2006). "Herpesvirus assembly: a tale of two membranes". Curr. Opin. Microbiol. 9 (4): 423–9. doi:10.1016/j.mib.2006.06.013. PMID 16814597.
  10. ↑ McGeoch DJ, Rixon FJ, Davison AJ (2006). "Topics in herpesvirus genomics and evolution". Virus Res. 117 (1): 90–104. doi:10.1016/j.virusres.2006.01.002. PMID 16490275.
  11. ↑ Rajcáni J, Andrea V, Ingeborg R (2004). "Peculiarities of herpes simplex virus (HSV) transcription: an overview". Virus Genes. 28 (3): 293–310. doi:10.1023/B:VIRU.0000025777.62826.92. PMID 15266111. S2CID 19737920.