Pergi ke kandungan

Wan Kuzain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wan Kuzain
Maklumat peribadi
Nama penuh Wan Kuzain bin Wan Kamal
Tarikh lahir (1998-09-14) 14 September 1998 (umur 28)
Tempat lahir Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sporting JAX
Nombor 8
Kerjaya remaja
2015–2016 St. Louis Scott Gallagher
2016–2017 Sporting Kansas City
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016 Saint Louis 0 (0)
2017–2020 Swope Park Rangers 58 (4)
2018–2020 Sporting Kansas City 6 (1)
2021 RGV FC Toros 19 (3)
2022–2025 St. Louis City 2 65 (13)
2026– Sporting JAX 16 (4)
Pasukan kebangsaan‡
2015 Amerika Syarikat B-17 0 (0)
2026– Malaysia 4 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14 Julai 2026
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Julai 2026

Wan Kuzain bin Wan Kamal (lahir 14 September 1998) ialah seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab USL Championship Sporting JAX. Dilahirkan di Amerika Syarikat, dia berkhidmat untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Wan Kuzain lahir daripada keluarga Melayu di Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat.

Kerjaya Kelab

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Amerika Syarikat dan berketurunan Malaysia, Wan Kuzain layak untuk mewakili sama ada Amerika Syarikat atau pun Malaysia. Dia akhirnya memilih untuk mewakili Malaysia.

Wan Kuzain telah mendapat beberapa panggilan untuk menyertai pasukan bawah-17 Amerika Syarikat dan bawah-23 Malaysia.

Pada Julai 2026, Wan Kuzain mendapat panggilan senior antarabangsa pertamanya bersama Malaysia bagi menghadapi kejohanan Piala AFF 2026. Dia membuat penampilan antarabangsa pertamanya pada 25 Julai ketika perlawanan menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Wan Kuzain menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada 28 Julai 2026 ketika perlawanan menentang Laos di Stadium Kuala Lumpur melalui sepakan percuma pada minit ke-84 untuk memberi kemenangan 4–0 kepada pasukan Malaysia.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Kuzain ialah abang kepada Wan Kuzri, seorang pemain bola sepak profesional di Amerika Syarikat.[1][2] Abang tertuanya, Wan Ahmad Fayhsal ialah seorang ahli politik di Malaysia.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ "Wan Fayhsal's visit criticised by his and Wan Kuzri's own father". goal.com.
  2. ↑ "Profil Wan Kuzri, Pemain Klub Amerika Serikat Incaran Timnas Malaysia". bolatimes.com. 7 February 2022.