Pages

Sunday, January 3, 2021

My PhD Journey

 ~ MY PhD JOURNEY ~





Dah lama menyepi kat blog ni kan. Alhamdulillah. End of 2020. Izinkan aku berkongsi pengalaman dan apa yg aku rasa selama bertahun-tahun ni. . Pada aku, ke hulu ke hilir nak cari mesin, nak dapatkan data, stay kat lab sampai tengah2 malam, belajar dari siapa2 aku tak kisah. Ke mana2 je aku sanggup pergi. Angkat pc sana sini, ada masa terpaksa bawak anak pegi lab, buat data measurement yg sangat bnyk pd aku, dan analisis semua tu aku sanggup. . Tp benda yg paling sukar ialah kita rasa kita dah fight for it, tp kita still tak dapat2 seperti yg diinginkan, seperti yg dirancang. Bila apa yg kita rancangkan semua messed up. Kita jatuh. Saat nak bangun tu adalah sesuatu yg tidak mudah bagi aku. . Selama bertahun-tahun bergelar pelajar PhD. Berulang kali aku tersungkur. Dua tahun pertama yg mulanya semuanya ok, siapa sangka nak masuk tahun ketiga ujian semakin kuat. Modelling & simulation tak ok, mesin rosak, sample rosak, result tak dapat2 dan tak cantik. It was hard for me to puzzle up everything that I had on that time. Berulang kali tukar scopes, objectives dan methods. Dan masalah lain lagi. Dan sampai satu tahap, aku rasa dah give up. Tak daya dah nak bangun. Aku penat. . ⛈️ Saat yg plg sukar bila aku dah mula rasa muak dengan benda2 ni semua. Saat di mana aku berlawan dgn sesuatu yg org tak nampak. saat jiwa dan yg semakin lemah mengejar impian, memberontak utk 'quit' dan mulakan hidup yg baru. Saat aku mula compare hidup aku dgn hidup kawan2 seperjuangan lain yg dah habis belajar, yg sudah mula naik pangkat, berjaya dlm karier masing2, beli rumah dan beranak pinak. ⛈️Saat di mana semua kata2 nasihat dan motivasi yg pernah aku lontarkan sebelum tu dah tak mampu lagi aku apply pada diri sendiri. Apatah lagi kata2 motivasi dari orang lain. Saat aku merasakan yg semua tak rasa dan tak faham apa yg aku rasa. Saat aku rasa sangat fragile, memandang rendah pada diri sendiri dan segala apa yg aku usahakan. Saat aku rasa apa yg aku buat masa tu, it was a really, really..... totally 'rubbish'. ⛈️Aku hampir depress. Merasa kan yg aku ni loser, sampaikan benda yg mungkin senang pun aku rasa susah namati. Dan aku mula mengasingkan diri, mengelak dari berjumpa dgn semua orang kat fakulti ni. Saat aku rasa bersalah yg amat sgt pd semua ahli keluarga yg aku sayang. Saat aku mula buat seluruh keluarga aku risau segalanya tentang aku. Saat aku memikirkan bebanan hutang yg mencecah ratusan ribu ringgit yg bakal aku tanggung kalau aku quit. Saat aku rasa aku dah terperangkap dan dah tak ada jalan utk aku keluar. Allahu. 😔 ⛈️ I could cried in front of my friends, in a group meeting and even at the public for several times. . I trust that without all of these, my PhD journey would become easier. But it was not. I am sorry that I just can't resist those feelings. Benda yg aku rasa bukan hanya sebulan dua, tapi selama bertahun lamanya. 😔 . Kalau org tanya apa aku buat amik phd sampai bertahun-tahun. And.. This is what I've done. Struggling not only on research, but struggling with emotions as well. 🌧️By time, I deferred my study for several times (tangguh pengajian). Setelah beberapa kali jatuh, there was once that took me almost 2 years to get back my strength. Trying to pick up every single pieces of myself. Just follow the flow. Sampai ke hujung saat ada je halangan. Dan saat ni aku hanya bergantung kpd Allah dorongkan aku utk jalan yg terbaik. . 🛣️ Berbekalkan saki baki masa dan semangat yg ada dlm diri dan support org2 yg paling hampir dalam hidup aku...aku cuba utk habiskan sedaya yg mampu. Pada tahun terakhir, awal tahun 2020, aku nekad utk habiskan juga eksperimen, teruskan writing, dan hantar thesis, viva dalam waktu PKP, correction, submit hardbound. Finally, everything happened so fast in 2020. 🛣️ Alhamdulillah, Allah utuskan hidup aku ini penuh dgn org2 yg baik di sekeliling aku. Di saat begini sebenarnya aku tak tahu dari mana punca kekuatan utk aku cuba teruskan. Tapi aku percaya semua ni berlaku adalah dgn izin Allah dan juga doa yg tak pernah putus, sokongan yg tak berbelah bahagi drp insan yg bergelar SUAMI, MAK ABAH, MERTUA, AHLI KELUARGA dan org baik2 di sekeliling aku. . Now I realized the moment of "real struggling, support and motivation" do really exist. Without them I am really nothing. Nothing. . To all my beloved. I am sorry for take time too long, make everybody worried about me. Not to be forgotten, my SUPERVISOR and my CO-SUPERVISORs. Relatives and friends. Thank you for you all and those who always supporting me and did not even give up on me - - - whenever I already gave up on myself...for sooo long. 😔 Terima kasih banyak2 sebab tarik tangan ni supaya diri ni tak terjerumus terus masuk dalam gaung. . My plan to get Got (grad on time) finally became OOT (out of time). At the end of the time, I trust that there is something that Allah wants me to learn, and He knows what is the best for me.. . Percayalah, thesis dan research aku tak ada apa2 pun pada aku. But after all, people says, the output in PhD is not all about the thesis, but the output is YOU. While people can proud of themselve for finishing PhD within 2,3 years... I think I still can be proud of myself that I survived to finish it, till the end, even after several years.... . 🌈 I can say that I was chosen to be one of those people who conducted PhD more than 6 years. People can judge anything. But only people who have the same journey as mine could understand what and how was the feeling. I bet, tak ada siapa pun yg bergelar student yg nak stuck buat PhD sebegini lama. Tp takdir Allah mengatasi segalanya. Kita merancang tp Allah sebaik perancang. . Bukan utk menakut-nakutkan. Tp percaya lah, dalam apa jua yg kita kejar, semua akan sama. Kita pasti akan berhadapan dengan mcm2 dugaan dan cabaran. Dan yg pasti ianya pasti berlainan antara kita. .
Menulis bukan minta dipuji menunjuk, macam kita sorang ada PhD.
Even dalam friend list aku ramai je kawan2 aku yg dah jauh ke hadapan, yg dah berjaya dgn karier masing2 dan penuh dgn pengalaman.
Cuma menulis ni sbg perkongsian utk sama2 beri kekuatan dan harapan kepada yg memerlukan. . So for those who think that you are in really2 difficult times. No matter how hard it is and how dark the moment is, where you feel there is no light and no way out.... Remember, if u want to pursue your dream, just put it away for a while. Know your limit, have some rest, stand up back, walk even for a single small step, and go.... do the right thing.......pray and stay strong. .
By the way, graduated with 8 scopus papers and 1 impact factor journal as the main author, presented papers in 4 conferences, participated in 4 exhibitions, prepared proposal for 4 successfully research grants while studying as fast track student (without master degree), as a wife and mother who did part time as research assistant, with all the miserable things happened was not that bad, right? 😅 Like my supervisor said to me, "there were something that you should be proud off." ❤️
. Terima kasih pd yg sentiasa mendoakan. Tahun 2020 yg betul2 bermakna dalam hidup aku. Doakan diri ni sentiasa kuat utk hadapi cabaran yg lain pula sebab perjalanan hidup masih lagi jauh.... ❤️
.
Love. 💖
Dr Nor Liyana Safura binti Hashim
PhD survivor (Biomedical engineering)
2011-2020,
Faculty of Engineering,
Universiti Teknologi Malaysia


Monday, November 2, 2015

My Little Precious Gift (Part 1) - Pregnancy experience

Salam..

Haritu dah cerita tentang kehadiran insan yang paling bermakna dalam hidup (selain family la kan.) eceh bahasa jiwang karat lol. kali ni nak cerita tentang kehadiran insan yang baru dalam hidup ni. di mana status aku telah berubah menjadi seorang ibu (sebut: mama) heh.

Hujung bulan 12, tahun 2014, beberapa bulan selepas bergelar isteri, kami dikejutkan dengan berita gembira. walaupun mula2 tu macam ye tak ye je, that we are going to be parents.! alhamdulillah. rezeki Allah nak bagi awal. :) Simptomnya, period aku datang lewat dan aku rasa suhu badan macam panas, sampai husband & abah pernah tegur, kenapa badan macam hangat? eh. apa lagi. pegi kedai beli pregnancy test senyap2 konon nak check senyap2. tapi Mr.N awal2 dah nampak benda tu kat dalam pestik. hahah. bedebar oi masa nak check tu sebab rasa macam memang pregnant pun. lol. >.<

Bila dah disahkan pregnant kat klinik siti fatimah, aku pun mula la buat pemeriksaan rutin ibu mengandung kat klinik kempas. sepanjang pregnant tu ada la 2-3 kali jugak bleeding. masa kali pertama bleeding tu, banyak..pegi hospital,emergency..alhamdulillah baby masih ada. huhu.menangis jugak la masa pegi hospital tu. sekarang baru aku faham perasaan seorang ibu. dan lepas2 tu ada jugak bleeding, Dr.kata uri macam kat bawah sikit. memang kena pantau la jugak. alhamdulillah, dah beberapa bulan uri kat atas. dan.. sepanjang pregnant tu aku diserang candida. Dr. kata tu sebab perubahan hormon. memang tak selesa. cis betul. haha. tapi takpe. ujian2.

Yang aku ingat, masa bulan puasa, pernah kena warded. sebab baby kurang gerak. menangis lagi sebab satu malam masa tu memang tak gerak. dah ketuk2, kejut2 macam2 pun dia tak gerak2. mau tak nangis. pegi kat HSA..kena marah sebab pegi lambat. yela. semua risau, kan. dah7 bulan masa tu.
mana la kite tau. 1st timer kan. ada baca, tapi bila kena kat diri sendiri, semua jadi ragu2. :(
pengajaran jugak untuk diri sendiri. lain kali jangan main assume2, pegi je hospital,
alhamdulillah, kebetulan masa tu ada anak kepada kawan mak mertua memang specialist kat situ, dapat perhatian lebih la jugak. dia kata aku ada premature contraction masa tu. dan UTI (urinary tract infection). tambah lagi, puasa. mungkin baby ni selalu mama dia hantu makan, tiba2 kurang supply, kan. tekejut la dia. kena warded la 2 malam kat situ. paling best bila kena cucuk ubat kuat paru2 sebab takut baby dilahirkan pramatang, paru2 tak kuat lagi. Suntikan Dexa. yaaaa..haha.
memang tesangat la"best" ya ampun. sakit dia lain macam, bukan injection biasa2. take time dalam 15 minit baru boleh bangun lepas kena inject tu. hahah.anak punya pasal.

Masa tengah tunggu masa, lepas raya memang duduk kat kampung, Muar dengan parents. sebulan awal dari due date. masa tu diserang batuk yang kronik. hhaha.sampai tegang2 perut oi. sesak nafas. baby kurang gerak lagi. pegi hospital.konon just nak make sure baby ok je. tapi, warded lagi. sebab dr.nak pantau. ok fine. -.-masa tu suami kat jb, weekend baru balik muar. sebab dia amik cuti seminggu sebelum due date. touching betul bila warded suami tak ada. apa boleh buat. sendiri cakap tak yah datang sebab tak ada apa2 pun. dr.pun dah bagi tau semua ok. buat penat je datang.haha. tapi hati meronta. kahkah. perempuan sangat.

Bila fikir balik, nak jadi mak2 ni banyak jugak bermain dengan emosi..beberapa kali jugak menangis sebab risau keadaan baby dan sebab emosi tak stabil. kihkih.

Tapi alhamdulillah, dapat sokongan terutama dari husband dan family...terima kasih kat suami, sebab banyak tolong buat kerja rumah masa tu, teman pegi check up, dan sabar je dengan kerenah sayang..huhu.. :') boleh pregnant lagi la lepas ni. eh. hahah.

Yang lawaknya, aku yang hantu ayam sebelum pregnant ni boleh loya nak muntah bila nak makan ayam masa pregnant...beberapa bulan pertama memang aku tak sentuh langsung ayam. sebut perkataan ayam pun dah kembang tekak aku.hahah.bau nasi tengah masak pun aku loya. restoran2 ni tak nak tak nak. kembang tekak bau orang menumis ni. kalau kat rumah, orang masak, aku lari masuk bilik. haha. ni memang betul simptom orang pregnant eh. bukan mengada okeyh. -.-'

Bleeding, infection, batuk, warded, saking bahu, sakit pinggang, sakit tongkeng, sakit-sakit, adeh adeh, loya, muntah, emosi, etc., etc..
Kalau diikutkan, pengalaman 9 bulan memang banyak, dan tiap orang tak sama. kalau nak tulis kat sini, serupa tebal thesis. baik aku tulis thesis. haha.



*gambar hiasan*


To be continued....My Little Precious Gift (Part 2) - Labour experience

Thursday, October 29, 2015

How I Met My Husband

Salam.

Kali ni entry nak cerita balik kenangan macam mana aku kenal husband aku sekarang, Mr.N.


Semuanya Dr.A a.k.a supervisor aku punya pasal.

Dia mula amik Mr.N (which is 4 years older than me) jadi R.A dia tahun 2013, lepas Mr.N baru balik study dari Dublin, Ireland.
Mula2 kitorang biasa2 je..jarang je pun becakap..lagpiun Mr.N ni pun pendiam orangnya.cheh.haha. 
Dan masa tu aku pulak tengah time malas2 lagi nak bercintan cintun ni.maklumla.fokus research katanya.lol.
(takpelah. papehal pun tq to Dr.A..sebab amik Mr.N jadi R.A dia masa tu kalau tak aku tak jumpa la dia ye tak.haha.)


Dipendekkan cerita, kebetulan, kitorang ada kawan jugak dengan orang2 office.
Ni kira 'muqaddimah' hubungan kitorang la kononnya..
selalu main pingpong, snooker..padahal..main dalam lab je pun.maklumla, taknak bagi stress research, dr. bagi letak meja pingpong dengan meja snooker sebijik kat dalam lab tu..kolam ikan pon ado..haha.lepas tu kitorang selalu pegi dinner sama2, ramai2..bujang katanya. hehe. havoc budak2 dalam lab kitorang masa tu..asal petang je game.aktif. :)))

Dipendekkan cerita. Lepas tu, kitorang join Inatex 2013...masa tu sibuk la dengan gerak kerja. buat poster la, yang paling tak tahan kena buat business plan..stress, bosan nak mampus. haha. selalu kena balik lab lambat. tapi time ni la aku amik kesempatan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dengan Mr.N. haha. start time ni la, beberapa bulan sebelum inatex, hubungan kitorang semakin rapat, selalu contact, mesej, tanya2 khabar, bincang pasal business plan (sandiwara je tuh hahah). meriah je dalam mesej tu..tapi yang lawaknya, esok datang lab, masing2 senyap, macam tak ada apa2 berlaku. dan kitorang terus berpakatan sulit tanpa diketahui oleh orang2 lab pun, kecuali naz. haha.


Dipendekkan cerita lagi, hubungan kitorang makin rapattt sejak kitorang ber-enam pegi kenduri kawen naz, jalan2 ke kedah sama2 naik mpv..pegi jalan2, mandi2 kat lost world of tambun..haha time ni memang time menyimpan perasaan orang kata. tengok je la dari jauh walaupun dekat. gelisah oi. gelisah dalam tawa. kihkih.

Sampai la satu2 tahap, aku rasa sampai bila.ntah2 dia anggap aku kawan je...maklum la masa tu dia ni kira hot la jugak.*eh awak jangan perasan tau*.macam ramai je cuba usha, amik2 ati, ajak keluar la, bagi gegule la cekelat la..kite ni sape la. jeles tau..huhu sangat. hurt. :( 

Dan...dipendekkan cerita lagi. on my birthday, 


5 november,

I requested ain, my bestfriend eh terspeaking pulak -..- untuk spy kat Mr.N tentang hubungan kitorang.. ye la. kite kan pemalu. -..- 
n after that, Ain told me everything about their conversation and I've got positive hint from their conversation. yeay! ^_^ so...rileks je la dah masa tu..just tunggu orang tu propose je laa..konon2 buat cool. padahal bebungaaaa kot time tuuu. ^__^ haha tengkiuu ain tenkiuuuu..ko la antara pencetus terbesar pd relationship kitorang.aku tak lupa tu. :)
Dan...aku tak lupa...masa tu la Mr.N siap dedicate lagu birthday utk aku. siap dia main lagu tu guna ukulele. sweeet haih. >.<

Dan lagi, dipendekkan cerita...


7 Disember 2013,


Aku dapat emel yang tak disangka-sangka dari Mr.N....attached, PDF file with it, which is....a letter....a proposal letter...! propose aku utk jadi pasangan hidup dia yang sah (ajak kawin la tu maksudnya.)...sweet oi rasa orang propose guna email ni..haha. >.<
dan lepas baca surat tu berulang kali. betul ke tak betul ke tak. last2 baru aku percaya. ya Allah....aku bersyukur sangat...akhirnya...dia jodoh aku....tak dapat gambarkan perasaan masa tu..alhamdulillah.... T_T dalam 2 minggu lepas tu, ktorang decide utk 'dating' kat jusco bukit indah untuk bincang detail tentang future plan masing2...dating sambil ditemani ain kat a&w..haha.sweet sangat.lol. :P

10 Januari 2014, 


kali pertama jumpa parents dia kat office ayah dia...berdebar kot.dan punya la nak rahsiakan dari pengetahuan umum (yela..belum sure, kan), siap gerak dari lab berasingan kereta masing2...hehe.turun2 kereta, maknya pun sampai, terus datang kat kereta, salam peluk...alhamdulillah, semuanya ok..parentsnya (which are my in-law now) tersangat lah baik. :)

15 Februari 2014,


kitorang bertunang.. :) dan dah nak kawin baru kitorang bagitau kat kawan2 rapat & budak2 lab.

30 Ogos 2014,


kitorang diijabkabulkan....alhamdulillah..semuanya berjalan lancar....tak sangka dah jadi wife orang. :) 

Ok dah..panjang pulak aku tengok post aku ni. malas dah nak type.bukannya orang baca pun.haha.

aku cerita pun untuk aku sendiri...blog ni dah macam online open diari aku dah.hihi.

Macam mana pun, sampai sekarang, aku bersyukur dikurniakan suami yang sangat baik, terima dan menyayangi diri yang tak sempurna ni....semoga hubungan kami berkekalan, bahagia dan sentiasa dalam reda Allah..aamiin aamiin. :) I love u so much, my Mr.N. :)


Nah..belanja gambar kawin sket. :) *rindu oi zaman2 ni.sekarang rindu jugak.eh.haha.*







Tuesday, September 15, 2015

The new me, my life :D

Assalamu'alaikum & selamat sejahtera.

Fuhhh..dah hampir 2 tahun x update blog..hehe.
Bizi buat2 bizi camni la jadinya.haha.

In 2 years, there are soo many things happened to me, my life. Yes. Big things.
1st, i've been married to my wonderful husband on 30th august 2014. And 2nd, i've already have my 1st daughter, on 8th August 2015. But there is something that still remain the same. My PhD. I've haven't completed my research yet.! Haha. Speechless. Cry. -.-

But. Alhamdulillah. My life is getting better. I've got support from my husband, my family and family in law. So, just pray for me, and my husband, as he also is struggling for his research too. :)

Eh kenapa aku speaking pulak ni.haha. -..-
Ok.tu je aku nak tulis utk entry kali ni.
InsyaAllah next entry aku nak tulis tentang how i meet my husband & how is my 1st experience giving birth to my 1st child. So stay there!

*cewah bajet ramai yang baca padahal ni blog syok sendiri. -..- Ok apa kadang2 aku scroll n baca balik entry yang lepas. Rasa stupid ada. Lawak ada. Kikiki. Ok bye.

Sunday, May 19, 2013

OUR STAR MEMBERS, LAB, and ACTIVITIES... :)

Salam...

wahhh...lama gila tak update blog. last update bulan awal bulan februari hari tu..hehe..bizi2..haha.. =p
rindu gile kat blog ni.. >.<

kali ni nak update tentang life kat lab sekarang dan aktiviti2 bersama kanak2 di lab,
which is know as STAR lab.. ..
(haha..kene aku ni kang panggil diorang kanak2... =p )

STAR = Sonar Technology and Instrumentation Research Group. ohoii~~..

At the end of January 2013, we moved to our own building, our new lab,
bertempat di bangunan FBME, UTM..

                            
                                       Aktiviti memunggah barang dari lab lama di P04, FKE, UTM

Tadaaaa~! First day, pindah sepenuhnya ke lab baru --31 January 2013~
Kali ni semua student dan R.A dr.A ada kat dalam ni kecuali kartiko dan razak..
[daaari kiri: aku, nurul, naz, nabil, taddius, adi, bapak trias]
3 bulan selepas pindahhh...homaiikk aih. >.<
3 bulan selepas pindah...hahahhh..sarang tikuss???
[credit to nabil utk gambar ni]
Plinkkkk~!!! ok, dah kemas balikkkk..
Our lab's new look until now :)
[really like this picture! - credit to kartiko for this picture]
Leisure room - lets go for ping pong and pooool~! ;D
Lawatan ke Kulim, Kedah
Lawatan sambil belajar ke Kulim, Kedah. eh?
The spicy girls ohoi
Daaari kiri: Nurul, Naz and me
The backstreet boyzz ewahh
Daaaari kiri: Nabil, kartiko, adi, bapak trias
Meee udang galohhh bersama pemain2 ping pong yg handle.eh.handal..hee.. ;D
[Lisa, kak sabariah, dan kak siti..]
Alhamdulillah..environment dan persekitaran yang baik utk buat research..
(Even kadang2 rasa down dgn projek..huhu..)
Tapi kawan2 semua baik2 dan membantu..
Sekarang ni cuma tinggal diri sendiri je, nak teruskan atau tak...
All the best for us! chayok! =)

Ok tu je dah dulu update utk kali ni..malas gile dah nak type..upload gambarr je.haha..
sekian, jumpa lagi..! ;p

Sunday, February 3, 2013

Republish post : Universiti, Pelajar & Research (2nd February 2013)

Salam..

#Something went wrong.
#So I decide to republish post - for SATURDAY, FEBRUARY 2, 2013

Di kepetangan sabtu yang terik ni,
Konon nak pegi berekreasi, lah bagai kononnye kan..
Tengok tingkap, "woah..macam panas je", hati aku berbisik.
So, aku ambik keputusan untuk duduk 'berehat' di dalam bilik sambil mengetuk keyboard laptop dan meng-update blog. (memandangkan aku telah meng-deactivate facebook).hee..

Kadang2 aku berasa bertuah jadi seorang research student - postgraduate ni..
Di saat orang2 lain terlalu sibuk dengan kerjaya mereka, membanting tulang dan daging utk mendapatkan sesuap nasi, aku di sini masih boleh bermain-main dengan kucing di lab dan mengupdate blog. =.='
Di saat orang2 lain terlalu bekerja keras utk mendapatkan duit utk mendapatkan kehidupan yang mereka inginkan, dan membuat persiapan utk kehidupan selepas berkahwin, aku di sini masih boleh bermain-main dengan kucing di lab dan mengupdate blog (lagi). =.='

Untung jadi student ni kan?

Kadang2 aku berasa bertuah menjadi seorang research student - postgraduate ni..
Dengan mendapat peruntukan daripada KPT setiap bulan (tapi duit masuk 3 bulan sekali)..
Walaupun masuk bulan ke-3 menjadi semakin sengkek.
Tapi alhamdulillah, aku masih dapat survive dengan peruntukan yg diberikan, (alhamdulillah buat masa ni), dapat buat simpanan sendiri, dapat bayar duit kereta sendiri, dan dapat buat peruntukan utk kedua ibu bapa..
Dengan mendapat peruntukan daripada research grant, segala keperluan seperti printer, kerusi, meja, workspace (tempat research),  dan segala keperluan utk research termasuk laptop (coming soon) turut disediakan (means, duit boleh claim balik.)..
workspace, kadang2 tu sampai tak tau nak duduk kat mana satu....
Dengan mendapat baucer utk buku dan peralatan tulis, kad diskaun pelajar...

It seems like we never have a problem especially money problem - untung jadi student ni, kan?

Kadang2 aku berasa bertuah jadi seorang research student di UTM ni..
Segala keperluan di UTM, bilik yang dekat dengan fakulti, kemudahan di sekeliling, keadaan di sekeliling yang tidak begitu menyukarkan (ayat ape aku buat ni) dan boleh dikatakan seronok kalau kita fully utilize seperti kolam renang, stadium, tasik, kompleks sukan, kayak, basikal, lagi, bla...bla...bla...
Jusco, giant, angsana, bla..bla..bla...eh. :p

It seems like we never have a problem - untung jadi student ni, kan?

Dengan environment yang masih terjaga, keluarga yg (alhamdulillah..tak tercakap..hihi.), supervisor, research team yg supportive..kawan2 yang baik2, masih berpegang dengan ajaran Islam, dan melibatkan diri dengan program usrah...alhamdulillah, persekitaran dan hidup aku masih terjaga...tidak seperti kehidupan atau tempat2 yang....agama-Islam entah ke mana...
(I know how it feel, kalau kita duduk kat tempat2 macam tu-di mana jati diri kena kuat.kalau tak, kita boleh terjerumus jugak..)

Tapi, kadang2 it is not 'simple' as we think n see..


 Klik gambar utk tumbesaran 
(source: http://web.utm.my/vc-arc/index.php?option=com_content&task=view&id=376&Itemid=156)

Tapi kan..sebagai seorang post graduate student tambahan lagi sebagai fast-track student -dengan keadaan yang serba kekurangan dari segi ilmu pengetahuan, skills, danpengalaman...needs to handle with a very new thing, starting from zero -study and develope it, and improve the development..in a short time..utk aku, kadang2, ada masa tu, rasa mcam gelap gelita, tak tahu apa..dan kadang2, terpaksa memenuhi kehendak sesetengah pihak atasan dan atasan2nya lagi..ditambah lagi, utk student2 postgraduate, by hook or by crook, mesti menghabiskan pengajian dalam masa 3 tahun (utk PhD student)...- pernah hampir2 ternangis depan supervisor..mane sempat...banyak nak kena ngaji lagi ni.oh.nanges. T_T ..

Ada sesuatu perkara tu..taknak salahkan siapa2, but the facts are -UTM sebagai research universiti yg diberikankuasa anatomi eh. autonomi..dan tambah lagi, setiap kakitangan perlu mencapai tahap KPI masing2 -so, everybody is surviving, utk mencapai tahap/requirement yang diperlukan..you know what actually happened to us..huhuhuhee..

I don't know what other people feel, but sometimes, it is quite tough and stressful for me, I think..

Percayalah, kalau satu hari aku ditakdirkan berjaya menghabiskan pengajian sebagai seorang postgraduate student (InsyaAllah, I'm hoping for that), aku grad pun bukan sebab'kepandaian' tapi disebabkan 'commitment' yang aku dah bagi dan 'tough feeling such as super sad, down, hyper-tension, hyper-active, super-passive, angry, extremely depressed and unsatisfaction, add on with heartbroken., drowning, dan bla...blaa..blaaa.' yang aku dah handle sepanjang bergelar sebagai seorang researcher.. (memang agak  ekstremis dan melampau semuanya di situ.hihi.tipu belaka.ohoi..haha..lalala. :P)

Macam manapun, aku yakin there are some of researcher pun rasa apa yang aku rasa but maybe it is just a small matter for some of them. :)

InsyaAllah, apa2 pun, aku berharap dipermudahkan segala urusan dan dilembutkan hati orang2 yg berurusan dengan aku dan kawan2...semoga aku dan kawan2 aku semua tak kira yg researcher ataupun selainnya, berjaya dalam apa jua bidang yg korang amik...

Alhamdulillah, buat masa ni, aku dapat supervisor, team members dan environment yang membantu..
Walaupun tak dinafikan, kita semua akan ada ujian masing2..semuanya berbeza2...so that is not fair kalau kita simply judge kehidupan seseorang..everyone has their own journey. We shouldn't compare our life with others as we have no idea what they have been through.

Sekarang ni, aku just nak habiskan cepat2 je pengajian ni...tak sabar nak masuk alam baru - alam keluarga dan kerjaya..tak kisah la apa aku akan jadi akan datang-pensyarah, guru, atau pengasuh sekalipun, aku harapkan kehidupan yang bahagia dengan keluarga aku sekarang dan yang akan dibina, dunia, akhirat dan akhirat...insyaAllah.

So for now, I must enjoy my life and get in love with this research...hargai kemudahan2 yang dahada..
Struggle, ikhlaskan hati, insyaAllah semoga Allah berikan ketenangan dan petunjuk dalam ketenangan itu...
aku akan anggap ni sebagai sekolah kehidupan aku utk jadi seorang yg lagi kuat dan matang..hee.. ;)

Aaamiin....

:)

eh? da maghrib..
sampai maghrib aku merapu..
haha..ok..jom siap2 utk solat! wee.. ;)

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...