JT TBM 7

Hari ini sempat menjejak ke slab JT TBM 7 di stesen minyak Shell Kg Sungai Tangkas. Sudah lama perasan nampak slab merah dengan tiang besi ditengahnya. Ini menjadikan koleksi terakhir yang dijumpai bagi slab siri JT TBM warna simen merah laluan B17 Jalan Kajang - Bangi.

Antara koleksi berjaya dijumpai;

JT TBM 1 pada 18 Oktober 2026 persimpangan Malaysia Ganome Vaccine Institute (MGVI) koordinat 2.904740 darjah Utara dan 101.766668 darjah Timur.

JT TBM 4 pada 18 Ogos 2026 bersebelahan Istana Lama UKM koordinat 2.923875 darjah Utara dan 101.764843 darjah Timur.

JT TBM 5 pada 18 Ogos 2026 hentian bas bertentangan Wisma Unikeb koordinat 2.927078 darjah Utara dan 101.772952 darjah Timur.


Baru terpikir hendak bertanyakan maksud JT pada Meta Ai. Sebelum ini tidak sempat hendak bertanya. Kemudian Meta Ai menyatakan bahawa JT tersebut adalah Jabatan Tanah. Maka, ikut turutan ada beberapa siri JT belum dijumpai atau sememangnya belum wujud mahupun tiada. JT TBM 2 dan 3 mesti berada di antara JT TBM 1 dan JT TBM 4. Manakala, JT TBM 6 mesti berada di antara JT TBM 5 dan JT TBM 7 ini.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat memburu!
73, Jojet de 9w2dya
 

Bamboo Trail


 Selepas meneroka Serenity Park, terus mencari taman yang lain pula di Bandar Serenia ini. Ada satu taman kejiranan bersebelahan dengan Ariya. meletak kereta di tepi jalan berdekatan taman tersebut. Tidak perasan laluan masuk tempat kereta di dalam kawasan ini.


Lokasi taman ini senang sahaja. Berada bersebelahan dengan tulisan besar Bandar Serinia @ Sepang yang boleh dilihat di tepi lebuhraya Elite E6/AH2. Ada lambang Sime Darby Property juga berwarna merah itu.


Juga sebelahnya ada lambang Bandar Serenia ini. Sempat lalu hadapan tulisan besar ini bagi meninjau pemandangan. Cuba juga mengambil gambar tulisan tersebut. Mungkin lokasi kedudukan Penulis tidak tepat untuk mendapat sudut yang tepat dan gambar yang lebih cantik kerana terlalu hampir.


Hanya tulisan @ Sepang sahaj yang nampak jelas dan cantik kedudukannya. Habis sebaris perkataan telah dijelajahi. Kemudian terus bergerak ke hujung perkataan dan masuk semula ke kawasan taman.


Hujung tulisan tersebut kelihatan landasan ERL dan jejambat lebuhraya Elite. Ladasan tersebut merentangi sebatang sungai. Sungai ini tiada dalam peta google. Maka tidak tahulah namanya. Sebelah taman ini juga ada jejambat menyambung ke kawasan perumahan Bandar Serenia ini juga. Siap kelak boleh meneroka ke kawasan baharu ini.


Jejambat lebuhraya Elite merentangi landasan ERL. Sepanjang berada di taman ini tidak nampak kelibat tren ERL ini. Biasa kalau berada tepi landasan pasti berselisih laju tren tersebut. Tidak pada kali ini! Satu trenpun tidak kelihatan.


Puas memerhati kawasan landasan. Terus bergerak turun ke Bamboo Trail. Ini merupakan trek turun ke bawah berdekatan hujung tulisan Sepang tersebut.


Laluan trail ke bawah ini agak semak. Masih boleh dilalui dan dijejaki. Orang yang biasa beraktiviti merentas hutan tidak menjadi masalah. Trek ini dikirakan masih jelas dan terang boleh dilihat laluannya Mungkin yang tidak biasa akan mengatakan laluan tidak boleh dilalui atau tiada jalan masuk.


Tiba sahaja di bawah akan jumpa trail berbatu kerikil. Bangku batu ini merupakan penghujung trail Bamboo ini. Namun, Penulis bergerak ke hadapan lagi semasa berpatah balik semula ke sini. Lihat apa yang ada di hujung itu.


Sungai bersebelahan trail ini dan lebuhraya Elite. Air agak kekuningan menandakan masih ada kerja-kerja pembinaan di bahagian hulu. Tidak pasti nama sungai ini. Tidak ada tercatat dalam peta. Jikalau mengkaji peta satelit sudah pastilah sungai dan trail ini jelas kelihatan.


Trail dibina menggunakan batu kerikil memudahkan pergerakan. Sepanjang perjalanan kawasan ini ditanam pelbagai spesies pokok buluh. Tema bagi trail ini sempena pelbagai spesies buluh ditanam.


Barulah namapak tulisan Bandar Srenia dari sudut pandangan dari bawah trail. Bolehlah snap dengan jelas berbanding ketika berada di atas tadi.


Sepatutnya utamakan bahasa kebangsaan. Gunakan Bahasa Melayu lebih baik dan sopan di tanah berdaulat ini. Cintailah Bahasa Kebangsaan kita. Terngiang-ngiang lagu kempen yang selalu diputarkan di corong radio.


Namun, pemaju menyediakan kemudahan rekreasi ini sangatlah dihargai. Bijak menggunakan keadaan muka bumi yang ada pada tanah yang dimiliki. Serampang dua mata. Ini menggalakkan komuniti menjalani kehidupan sihat dan cergas. Masa yang sama juga dapat memantau keselamatan persekitaran. Mengurangkan kebergantungan pada litar tertutup televisyen.


Tanah rizab antara kawasan perumahan dan bersempadanan dengan lebuhraya telah dirancang dengan baik. Potensi kawasan tersebut telah dijadikan tarikan pengunjung luar dan komuniti setempat. Lagipun lokasi ini sangat sesuai untuk dijadikan trail.


Pemandangan sungai turut menyejukkan mata memandang walaupun airnya warna teh tarik. Penanda kawasan bahagian hulu masih ada kerja-kerja pembinaan.


Ada bangku simen bagi melepaskan lelah seketika sambil membasahkan tekak. Sampah elok simpan dalam beg mahupun poket terlebih dahulu. Sudah keluar nanti barulah buang ke dalam tong sampah.


Sudut terbaik untuk ambil gambar tulisan SERENIA tersebut. Bahagian tulisan kawasan persekitaran agak kemas. Ini penting mengelakkan sebarang pokok yang boleh menghalang pemandangan.


Kawasan trail yang redup serta menyamankan kawasan persekitaran. Nasihat Penulis elok pakai lengan panjang atau pun spray terlebih dahulu ubat penghalau serangga terutamanya nyamuk. Kawasan redup dan berlembah ini menjadi habitat semulajadi nyamuk.


Terdapat bahagian trail ini pokok-pokok tidak diselenggara dengan baik. Pokok buluh terjuntai ke arah trail telah menghalang laluan. Maka, perlulah berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.


Pokok buluh ini agak tajam juga. Buluh runcing yang tajam pasti boleh mendatangkan kecerderaan. Pastikan semasa menggunakan trail ini hendaklah berkasut. Semasa berjalan di trail ini memakai kasut lebih selesa dan selamat. Juga boleh mengelakkan gigitan binatang atau serangga berbisa. Mencegah lebih baik daripada mengubati.


Lihatlah permukaan trail berbatu kelikir ini sangat selesa dan lapang sahaja. Berseliparpun boleh tetapi bagi kawasan ini sangat tidak sesuai. Turut dikhuatiri haiwan yang menjalar dan merayap serta berbisa sentiasa berada di lantai kawasan ini. Paling selamat dari segi keselamatan seperti kawasan ini adalah berkasut sahaja!


Berjalan sambil menikmati deruan air sungai ini turut sangat mengasyikkan. Ada rumpair juga dalam sungai tersebut. Pasti ikan-ikan berenang-renang celahan rumpair tersebut. Walaupun airnya kekuningan akibat kerja-kerja pembangunan. Pastilah menjadi habitat akuatik untuk meneruskan kelangsungan hidup.


Buluh kuning mencantikan pemandangan. Menyerlahkan ton warna taman ini selain kehijauan. Jenis spesies ini tegak berdiri ke atas. Buluh hijau yang meruncing akan tumbang ke arah laluan. Perlu selalu dicantas agar berkembang tegak ke atas.


Sebelah kiri ada tinggalan kelapa sawit yang masih dikekalkan bersebelahan sungai tersebut. Bukti sejarah kawasan Bandar Serenia dahulu merupakan kawasan ladang kelapa sawit milik Sime Darby. Manakala, sebelah kanan pula buluh kuning tegak berdiri.


Buluh hijau yang halus batangnya ini. Tersusun rapi seolah memberi penghormatan laluan kepada pengunjung. Buluh hiasan ini sangat sesuai ditanam kawasan taman seperti ini. Kecil sahaja tidak membesar seperti buluh-buluh yang terdapat di kampung-kampung tradisional.


Semakin menghampiri pula tulisan Bandar Sunsuria seberang lebuhraya di sana. Dua bandar ini bertentangan antara satu sama lain. Dahulu jika hendak pergi KLIA, kawasan ini hanya nampak ladang kelapa sawit sahaja. Terasa sangat jauh perjalanan dari Bangi ke KLIA menggunakan lebuhraya Elite ini. Kini, susur keluar Bandar Serenia juga telah disediakan. Perjalanan rasa semakin cepat setelah kawasan persekitaran dibangunkan.


Sungai berwarna kuning ini mengiringi perjalanan sepanjang menggunakan trail ini. Sungai ini telah menambahkan keindahan persekitaran. Manusia kini perlu mendekati diri dengan alam semulajadi semula. Pendedahan terhadap alam semulajadi membuatkan kita semakin bertenaga dan kembalikan semangat diri. Tambah pula kemudahan yang ada berdekatan dengan tempat tinggal sahaja.


Kedudukan buluh kuning ditengah antara sungai dengan siar kaki berbatu kelikir. Satu pemandangan yang menyatukan alam semulajadi yang perlu-memerlukan antara satu sama lain. Tidak dapat disangkal lagi pemandangan dalam kawasan trail ini memukaukan.


Tambahan pula, pihak konsensi lebuhraya Elite turut menanam pokok hutan pada bahagian rizab. Secara tidak langsung menjadikan suasana alam semulajadi seperti di dalam hutan. Zon penampan bagi mengurangkan bising serta pencemaran asap kenderaan bermotor.






































JT TBM 7

Hari ini sempat menjejak ke slab JT TBM 7 di stesen minyak Shell Kg Sungai Tangkas. Sudah lama perasan nampak slab merah dengan tiang besi d...