Pencetus Gerakan Perubahan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Wah~ Tajuk x leh blah..
Tak pe, perubahan kecil dalam diri itu pencetus perubahan yang lebih besar..
Mungkin bisa merubah keluarga, sahabat, masyarakat dan seterusnya negara..
Mungkin.. dan siapa jua yang tahu melainkan Allah..

Alhamdulillah..
Aku ingin terus begini..
Terus berperibadi begini..
Ya, sukar mengekalkan peribadi begini..

Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya Islam sebenar. Berusaha menjadi muslimah solehah tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Allah. -Muslimah-


Pernah suatu ketika..
Seorang rakan memberikan seuntai mesej buatku..
Dia berkata..
"Anis mesti dah pakai tudung labuh kan? baguslah.. kekalkan mcm tu.."
Uish, tersentak..
Sedangkan tika itu aku sedang jauh diulit mimpi dunia yang menipu..

Dan baru-baru ini, seorang rakan praktikum menegur..
Menjentik perasaanku untuk terus begini..
"Mu ni bakpe arr anis, kejap tudung pendek, kejap tudung labuh, mende toh~"
Huhu, sedih gak dengar statement macam tu..
Tapi aku tahu, itulah permulaan..
Teguran dari Allah sebenarnya itu, disalurkan melalui manusia..
Alhamdulillah Ya Allah..
Kau menjentik hatiku untuk berubah..
Syukur, Alhamdulillah..

Dan rakans~
Doakan saya, agar terus berusaha menjadi muslimah..
Wanita berperibadi Muslim, peneguh Agama, penyeri Dunia, bidadari Syurga..
Subahanallah, InsyaAllah..
=')
Teguran dan nasihat amatlah dialu-alukan..
Kita semua kan insan yang bererti 'pelupa'..

Family Day 1st KZ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..
Bersyukur ke hadrat Allah..
Family Day KZ yang first sudah terhasil..
Walaupun tempat duk pusing dari melaka, selangor, perak..
Dan akhirnya singgah di Ulu Yam, Batang Kali & Genting Highland..
As selalu, update blog.. =)

Start dengan hari khamis, beli barang-barang di Giant, VIVA..
First time pergi.. tapi VIVA memang nice.. chantek lahh tempat tu..
Rasa nak kahwen dengan org kaya.. oh tidak!!
Kaya Iman itu yang penting!! =)
Beli ikan, ayam, barang2 basah.. semua dibeli untuk program 2 hari, 1 malam..
Malamnya, siang ikan, basuh ayam..
Terus marinate dengan bahan2 yang dah dibeli dan simpan dalam peti ais Asy-Syakirin..
Pukul 12.00 malam jugak balik bilik.. tidur~ serius, hari yang letih..



Jumaat petang at 1.30 PM..
Duk packing barang2 kat tempat bas..
Haha, dah tempat itu sahaja yang redup.. sesuai nak kemas kereta..
CAM bertolak bersama dengan WNG..
Doa dibacakan oleh ZKh Sakinah Idrus.. =)
Sampai di ulu yam lebih kurang pukul 4.15 ptg..
Negotiate dengan pihak pentadbiran The Woods..
Alhamdulillah.. dapat 1 chalet..
Fuh, punyalah jauh kena berjalan ke chalet..
Semua dah letih.. =(
Tapi sebab mood jalan masih kuat..
Usai Asar, elbow dah dicampur dengan sos spagheti..
Dan semua bersedia untuk mandi air terjun!! =')
Minum petang di tepi air terjun..
Best.. Seronok!!

+ all six KZ.. =) +


Malamnya diisi dengan beberapa pengisian rohani..
Sementelah ukhuwah juga dibina atas dasar iman.. =)
Jadi harus berkekalan kerana Allah jua..
Jadi, bukankah puji-pujian buat Allah kerana mengekalkan ukhuwah ini? =)
Sedikit bacaan tadarus, clip movie dan tazkirah ringkas..
Seronok sangat Usrah kami ini..
Seterusnya bersiap untuk BBQ..
Fuh, letih mengipas bara api..
Haha.. mujurlah kami wanita-wanita gagah..
Siapa kata org perempuan tak pandai buat BBQ?
Ohkai~ sambil makan sambil tengok api.. paling2 ikan, ayam, berbagai~
Kemudian bermain permainan truth or dare (eh entah betul x nama dia ni?)..
Haha, sorang-sorang KANTOI malam tu..
=p
Balik bilik terus tengok video clip sepanjang xtvt..
Gelak sakan tak hingat~ masing-masing baru perasan betapa lawaknya diri sendiri.. =p



Bangun awal pagi alhamdulillah, wlaupun tidur lewat.. (~.~)
Tapi tidur semula sebab letih.. T_T huhu
Dan check-out lebih kurang 9.30 pagi..
Terus bertolak ke Batang Kali untuk sesi berkelah pagi..
Bersarapan tepi air terjun.. sejuk sangat..
Menyelam berbagai, rasa macam boleh kikis ais kat pipi.. VERY COLD!! ~~~~
Bersiap di Batang Kali, which amat kelakar..
Nak berbedak mekap semua dalam keadaan tak ada tempat proper~
Then, terus menuju ke Cable Car Genting Highland..
Naik Cable Car, which x rancang pun nak naik Genting..
2,3 orang KZ's dah mula meloya + letih.. muka pun semacam dah.. hehe..
Tapi still sempat naik flying coaster..
Serius, best.. + cuak.. macam terbang aje rasanya..
Dan tangkap-tangkap gambar.. (the best part! haha)
Dan bertolak pulang~~~



Alhamdulillah again..
Hope this ukhuwah will stay forever, until jannah..
And another Family Day for KZ can be made..
With Zauj altogether.. woha! looking forward!
It must be more fun + havoc..
Thanks to all KZs..
Zaujah Uthman, Nurnazurah Nazaraly..
Zaujah Amru, Nur Syamsiddar Harudin..
Zaujah Uwais, Nabilah Abdullah Sani..
Zaujah Thariq, Nor Ain Che Manaf..
Zaujah Khalid, Nurul Sakinah Mohd Idrus..
And me.. Zaujah Umar, Anis Syazwani Ahmad Termizi..
OOoo Allah, make US stay together until jannah..


+ ops~ Syamsiddar hilang.. =p +

RumaH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..
Home is where the heart is!
Seronok, balik rumah..
Boleh senang-senang melupakan segala permasalahan hati di kampus..
It wasn't nice to keep fighting with your own heart..
=.=

Dan ahad ini..
Kembali merungkai permasalahan hati dan minda..
Ouch~ kacau sungguh..
Esaimen perlu disiapkan..
Hati perlu ditenangkan..
Sobs..

Yeay! seronok dengan Isnin..
Makan+makan+makan..
Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang..
Tapi, mcm mana bila kita sentiasa lapar dan jarang-jarang kenyang..
Ouch~ badan saja kucik.. huhu..

Rabu.. sg pisang..
Adush..
Lama betul rasanya tak warm up badan..
Lama tak joging..lama tak berpeluh..
Mcm mana nak jungle tracking..
But.. I do really hope.. it have to be fun.. it must!
huhuhu..

Jumaat, Sabtu, Ahad..
Super NICE!!
Bakal berjimba dengan KZ..
Subahanallah..
Ku impikan ukhuwah ini mencecah syurga..
Semoga kami tetap berkekalan sampai bila-bila..
Nice..
Nanti bila semua dah kahwen, boleh anjurkan aktiviti serupa ini lagi..
Dengan kehadiran zauj masing-masing..
InsyaAllah.. =')

And now..
Be nice anis..
Be super nice to people..
Allah kan suka manusia yang menyukakan hati manusia lainnya..
Life's good..
Alhamdulillah..

KMS : Muslim fi ibadati..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Saya mestilah muslim dalam beribadah..
=) alhamdulillah..
Terima kasih buat Us Hasrizal..
Pencerahan yang diberi, bukan sekadar ilmu, ia juga mengetuk pintu hati..

Nota-nota yang sempat disalin.....

Jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada hambaNya..
~diberi ujian..
~difahamkan mengenai agama..

Tujuan rukhsah (kemudahan) dalam agama:
~menyelamatkan manusia dari maksiat..
~meraikan kemanusiaan..

Tiada perkara dunia yang tiada neracanya di akhirat..
dan tiada perkara akhirat yang tidak mempengaruhi dunia..

Tiada istilah pencen dalam hidup.. Rasulullah sendiri, jika mengikut umur pencen, sedang meneruskan dakwah dengan perang badar.. huhuh..

Imam Ghazali.. : Perkara yang paling berdosa adalah apabila kita berbuat dosa dan tidak merasakan perkara tersebut adalah dosa..
(http://saifulislam.com/?p=285)

Allah menilai kerja yang kita buat secara bersungguh-sungguh..
sedang kita juga sukakan kerja manusia lain yang bersungguh-sungguh kan.. huhuh..

You want the best, You must give the best..

Berdikit-berdikit menuju ke jalan yang lurus itu..
Bak kata Us Pahrol..
Perjalanan menuju kebaikan itu harus dimulakan berkali-kali..
Terkadang berlari, ada kalanya berjalan, terjatuh lalu merangkak..
Dan yang pasti, usah berhenti dan menoleh ke belakang..
Teruskan usaha menuju kebaikan itu walau dengan merangkak..
InsyaAllah..

MooD: nyanyi kuat2.. hayati dalam2..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Telah ku mungkiri janji ku lagi..
Walau seribu kali ku ulang sendiri..
Aku takkan tempuh lagi..

Apakah Kau terima cinta ku lagi..
Setelah ku berpaling dari pandangan Mu..
Yang kabur kerna jahilnya aku..

Mengapa cinta Mu tak pernah hadir..
Subur dalam jiwaku agar tetap bahagia..
Tanpa cinta Mu tanpa Kau di sana..
Aku tanpa cinta Mu..
Bagai layang-layang terputus talinya..

Kasih dari Mu ku dambakan.. OH TUHANKU..

Masihkah ada sekelumit belas..
Rembes kasih Mu Tuhan..
Untuk ku berpaut dan bersandar..
Aku di sini kan tetap terus mencoba..
Untuk peroleh cinta Mu..
Walau ranjaunya menusuk pedih..

*Usaha merebut cinta Nya sehingga ke liang lahad*


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU