Wednesday, September 19, 2012

raya di ofis

Tahun ni sambutan raya kat ofis seperti tahun-tahun lalu, portluck. team kami bawa mee hoon je
 Gambar bersama hanif, tahun ni hanif pakai baju johor, kalau dah asal saya johor apa-apa yang berkaitan johor amatlah menarik bagi saya.
 ni unit kami dah nama baru CMI. dula nama kami ODA. yang tak da Suzie je. kami seramai 11 orang , jejaka kami yang lain , baju hijau tu osman dan yang baju biru tu abang salim.

 wanita-wanita oda, dari kiri fariza, saya ,k.aini, my boss salamiah, leez, nana dan nadia. nadia ni je yang masih anak dara.
ni my ofis, gambar curi ni.

Thursday, August 30, 2012

anak murid abah berbuka puasa di umah

last week sebelum puasa,anak murid abah datang berbuka puasa kat umah. juadah berbuka puasa hari tu, nasi berani,mee sup,roti gulung dan air asam boy.
 makanan yang lebih saya suruh mereka bawa balik ke asrama,
 nasib baik bebudak tu tolong juga membasuh pinggan mangkuk, bersepah dapur hari tu
 mereka request nak buka kat umah cikgu dia sebab dah jemu berbuka puasa kat asrama
saya cuti hari tu untuk membantu suami memasak, tertunai hajat dea semua.

RAYA 2012

Gambar raya  tahun ni warna tema kuning


Tuesday, July 03, 2012

"JEMAEN" family day

familay day ni kami adakan di chalet hujung kampung janda baik. Saya dan suami sebagai host.

 tempat ni memang seronok, ada sungai untuk mandi manda, hari pertama sampai sahaja terus mandi
 keluarga saya yang hadir, (abang hamim, kak searah, hisyam,ayid,fuzah,mohsin,mak kak searah)
(kak sam, ita, zaki , hana, hani, jaim, fadil, fina, ida)( kak nong,abang latif,sikin, fiqry)(kak nim ,abang sauki, tira,kila)(abang aying,kak azah, haikal,mimi, umirah,rafiq)(saya, suami,ibal, imal,kakak dan adik)(Azah, zamani,nurin, dyia,nabil,nelley, bibik)
hari kedua serapan pagi kami beli je, nasi lemak dan kuih muih, sponsar by zaki, budak budak kebuluran selepas mandi manda di sungai
 aktiviti malam hari sembayang berjemaan, bacaan yasin dan tahlil untuk semua arwah keluarga kami.
 kami sembayang berbumbungkan langit.amat syahdu, lihat Mak dan Bak kami masih lagi bersatu sebagai  keluarga.
 aktivit petang main-main di padang, sukanneka keluarga, acara orang dewasa masukkan bola.
 sukaneka untuk kanak-kanak antarnya isi air dalam botol, seronoknya budak-budak.
 mak-mak pulak duduk lepak sambil bercerita, belakang tu dapur. kami bawa makanan dari rumah masing-masing. malam bakar membakar ayam, ikan ,dagaing dan lain-lain
 kenapalah laki saya tu, teling je kepala, belakang tu antara chalet yang kami sewa, ada 4 buah semua, tak cukup malam tu ada yang tidur kat khemah.
 mandi-manda menjadi aktiviti utama kami , semua keluarga mandi tak kira budak ke orang dewasa
penat mandi main badminton pulak.

macam-macam kami main. memang seronok. ini dia keluarga kami.....

basikalton taman ke tempat perkelahan batu 7 bentong

Aktiviti taman kali ini berbasikal dari taman sri siantan menuju ke tempat perkelahan batu 7
 diiriangi dengan ahli rukan tetanga taman, tu dia team hitam rakan muda kami
 barisan rakan muda taman termasuk anak sulung mama abang ibal yang pakai basikal abah. seramai 40 rakan muda menyertai aktivit kali ini
 sampai tempat perkelahan, apa lagi mandi-mandalah mereka semua, aktiviti bermula 8.30 pagi hingga 12:30 tengah hari, budak-budak merunggut nak mandi-manda lagi, orang2 tua yang dah letih ni nak balik umah je.
 sebelah tempat perkelahan tu ada dusun durian adalah 3-4 biji buah durian jatuh la tu, para bapak minta kat bangla tu tukar dengan makanan kami
 makan time, para ibu membawa makanan dari rumah masing-masing, hari ini sya bawa lauk sambal telur dan keladi masak tempoyak.
 ni di aktiviti kami di sungai, pangang memanggang, ayam, sosej dan daging sponser by rukun tetanga taman

 tamat sudah aktivit basikalton kami tahun ni. kami berjaya......tahun depan akan ada lagi adik pegang bendera malaysia tu.
 kakak juga tidak ketinggalan ambil bahagian, adalah dalam 5 orang perempuan dalam aktiviti ni.


ni dia barisan AJK taman kali ini. aktiviti akan datang ... tahlil perdana sempena menyambut ramadon

Tuesday, May 22, 2012

tahlil bersama anak-anak tahfiz

sampai juga hajat nak ajak anak-anak tahfiz tahlil kat rumah . bangun pagi suami cakap" jom kita ajak budak-budak tahfiz makan kat rumah, ambil berkat mereka.
 adalah seramai 40 anak-anak tahfiz datang bertahlil di rumah, masa kenduri hari tu mereka semua sedang bercuti, tu yang berhajat nak ajak meraka juga...
 hari tu saya dan suami masak nasi ayam aja, adalah 6 orang dewasa yang sembayang kat surau pun suami ajak datang sekali.
 kami sediakan makan dalam dulang je, tak yah pakai pinggan. senang  dan ringkas, yang dewasa tu kami sediakan makan berhidang pun mereka tak nak. nak merasa makan dalam dulang juga.
alhamdullilah tercapai hajat kami....kalau ada rezeki nanti nak ajak mereka lagi, seronok rasanya bila rumah didatangi bakal para tahfiz yang berjubah putih, terasa aura bersih dan keimanan mereka.

saya dah 40....

 tahaun ni sambut hari lahir kat rumah, anak-anak dengan abah buat kejutan, balik dari bandar... tara ..


Tuesday, April 24, 2012

rakan setaman

 sabtu lepas kenduri khawin anak rakan setaman, kakak raziah. anaknya seorang peguam bertemu jodoh dengan leftenan udara, masa ni sedang menunggu upacara akad nikan yang akan dijalankan. ingat nak tengok orang kawin jalan bawah pedang, tak dapat nak tengok sebab hari tu ada sekolah ganti, kena ambik anak kat sekolah pulak.
berdiri dari kiri, kak temah, kak zee, zura, liza, kak habsah, kak mah dan saya. hidup bermasarakat kena pandai mambawa diri. majority mereka semua surirumah, masa saya cuti je baru dapat join dengan mereka.

siap dah...............

Siap dah oning kat belakang rumah yang suami buat, tahniah untuk suami yang berjaya memyiapkannya dengan sempurna, macam tempah je.

 suami yang serba boleh, semalam dia kata, rumah pun abang boleh buat, cuma masa je tak da.. saya percaya apa yang dikatakannya tu...
untuk menyiapkannya oning ni adalah dalam 5 hari juga, tu pun buat masa senangnya.sebelah petang selepas waktu mengajar habis, la ni cikgu tak balik kul 1 tengah hari macam dulu. paling awal balik dari sekolah pun pukul 3:45 petang.

Monday, April 23, 2012

rakan muda taman

 hari ahad hujung minggu lepas ada perlawanan antara rakan muda taman kami bersama murid tahfiz adnan yakub

 barisan rakan muda taman yang menyertai perlawanan persahabatan tesebut. 3 orang anak saya terlibat, abang ibal, abang imal dan adik

 saya dan kakak datang untuk menyokong, hamper tu saya yang buat, piala tu sumbangan azlan aziz.
 adik dan abang ibal sebelum memulakan permainan, rengangkan badan dulu.


abah bersama AJK taman memberikan ucapan permulaan, secara tidak langsung bila suami menjadi setiausaha taman, akan melibatkan saya juga dalam semua aktiviti yang dianjurkan.


adik kul 6 lagi dah bangun sebab nak main tapi tak dapat main, kesian dia.ialah masih kecil lagi  tunggu ye dik kang bila dah besar.

 
selepas main bola mereka semua mandi manda di kolam renang bentong
habis main bola dalam kul 10.30 pagi, dapatlah mereka mandi selama 11/2 jam, sebab 12 tgh hari kolam tutup.

                                     
kakak yang tak bawa apa-apa pun nak mandi juga, mandi dengan rakan muda taman dan budak-budak tahfiz tu, nak cakap apa. merayu-rayu nak sangat mandi, mandilah dengan seluar jean sekali tu.