Sunday, November 18, 2012

Got learned, DO Something for Gaza, Palestine & Syria.

Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Kita ditarbiah dengan pelbagai cara. Kita ditegur olehNya dengan pelbagai kaedah. Kita dibangunkan dengan sikap alpa, lalai dan leka dari keseronokan dunia. Kita dibalas di atas segala perbuatan serong kita di dunia. Semua ini berada di bawah kekuasaanNya. Tiada yang terkecuali. Bila Allah kata Kun Fayakan, maka terjadilah ia. 'Segala yang berlaku ada hikmahnya'. Itu yang abah bagitahu tadi. Betul, bila sesuatu benda dah berlaku, kita dah tak boleh menyesalinya kembali. Mungkin di dalam benak fikiran kita, "Kalaulah aku berhati-hati tadi, mesti semua takkan jadi camni". "Kalaulah....". Perkataan 'Kalaulah' tidak akan mengubah apa-apa andai kita tak pernah sedar sampai bila-bila. Kekadang rasa nak putar kembali masa untuk memperbaiki keadaan. Namun, segalanya terlambat. Umpama nasi menjadi bubur, tidak mungkin kan menjadi nasi melainkan kita lakukan sesuatu. Begitu jugalah kehidupan. Seandainya sesuatu sudah berlaku, maka kita terpaksa terima dan redha serta terus lakukan sesuatu untuk pulihkan keadaan. 

Bukan niat dihati untuk meluahkan rasa kekecewaan terhadap diri ini, tetapi aku ingin sekali mencoretkan sesuatu buat peringatan pada diri. Pagi tadi umi berkata padaku, "Duit boleh dicari, tetapi sejauhmana nilai duit yang kita laburkan, kita hargai?". Yah, duit masih boleh digunapakai untuk memulihkan sesuatu keadaan yang boleh dipulihkan, tetapi seberapa banyak harus kita gunakan duit itu seandainya kesalahan-kesalahan yang sama asyik berulang? Tanya pada diri. SEOLAH TIDAK PERNAH MENYESALI DAN MENGAMBIL PELAJARAN DI ATAS YANG BERLAKU. mungkin itu aku. mungkin itu kelemahan aku yang harus aku terima dan perbaiki.

Muhasabah diri ZONE (ambil sesuatu dari apa yang berlaku)

Salam Maal Hijrah 1434.
Got learned. 
Do something for new hijrah's resolution. Don't do it again and repeat the mistakes. 

Awal Muharam tahun ini menyaksikan peristiwa berdarah apabila tentera Israel ternyata telah membuat serangan kembali ke atas Gaza, Palestin. Dan beribu-ribu nyawa telah terkorban dalam serangan tersebut di dalam beberapa hari ini. Adakah benar peristiwa itu akan mengulang kembali peristiwa ketika serangan pada tahun 2008/2009? Israel melancarkan serangan biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009. Gaza yang dikepung dan dikenakan sekatan ekonomi komprehensif bertukar menjadi lapangan sasar untuk membunuh rakyat awam yang tidak bersenjata. Dan kini, peristiwa seperti itu berulang kembali. Ya Allah, begitu besar dugaan yang Kau beri pada mereka. Begitu besar juga ganjaran yang akan Kau berikan pada mereka yang terus berada di atas jalanMu. Kita di Malaysia? apa yang harus kita lakukan untuk membantu saudara seislam kita di sana?

5 'Terus' akan cuba memberitahu anda apa yang harus dilakukan.

  1. Terus 'SHARE' atau 'UPDATE' tentang apa yang berlaku di sana 
  2. Terus berdoa untuk kesejahteraan mereka. "Ya Allah Kau peliharalah mereka, lindungilah mereka, cukupkanlah keperluan buat mereka, kuatkanlah hati2 mereka"
  3. Terus boikot barangan2 israel sampai bila2 
  4. Terus Infaqkan sedikit harta untuk membantu mereka
  5. Terus menjadi seorang pencari ILMU. mantapkan diri, agar suatu hari nanti kita boleh bangkit menjadi seorang muslim yang boleh menyambung perjuangan mereka

From here

Boleh UPDATE sebarang berita tentang Palestin di sini:




Boleh MENYUMBANG terus ke akaun tersebut.

AMAN PALESTIN

Bank Islam: 12029010047880

Maybank: 562263010787

Bank Muamalat: 12070005133717


RHB Islamic Bank: 21245760004907

Bank Rakyat: 22-080-619592-2

Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95

(Boleh rujuk Laman Web Aman Palestin)

AQSA SYARIF



Boleh UPDATE sebarang berita tentang Syria dan terus MENYUMBANG di sini:




Doa Qunut Nazilah by UNIC


Berbalik pada situasi di atas dan menyesuaikan dengan keadaan di Gaza, kesimpulan yang dapat dibuat:

1) Ikhlaskan hati dalam meng'infaq' semampunya. dan lebih baik cara menghargai 'infaq' itu sendiri, dengan memboikot barangan Israel.

2) Tingkatkan kesedaran dan bantu saudara2 kita semampunya. Kerana tidak mustahil satu hari nanti, kita juga diuji dengan peperangan seumpama itu (Nauzubillahminzalik). Kehendak Allah tiada siapa yang tahu. 


Moga Allah merahmati kita dan mereka semua :')

Ameenn ya Rabbal alamin. 

Segala puji bagi Allah.


P/s: Umi pesan, memulakan sesuatu dengan 'Bismillah' dan akhiri dengan 'Alhamdulillah'. Benda ini nampak remeh tapi tak semua dari kita lakukannya kan? Jom, practice makes perfect ^^

Tuesday, November 13, 2012

Mukhayyam SAHAM: 10-12 Nov

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah penat tapi berbaloi. ^^ Mukhayyam ini dianjurkan oleh Sahabat Masjid UMP (SAHAM). Dapat join pun rasa bersyukur sangat sebab difahamkan dia lebih utamakan budak-budak 1st year, mereka yang masih baru di dunia universiti ini. Tapi alhamdulillah dapat juga akhirnya walaupun pada mulanya nama tidak disenaraihitamkan (eceh!)
Seriously, badan terasa sakit-sakit skrg ini terutama di bahagian peha dan lengan. Hai maklumlah badan ini dah terasa tua sangat sebab dah lama sgtttt (t itu ditekankan) tak buat aktiviti lasak macam ni huhu. 

Sayangnya, aktiviti hari pertama (10/11/12) saya tak dapat nak join disebabkan kelewatan hadir ke tempat mukhayyam tersebut. ehem, kelewatan ini disebabkan beberapa faktor. Yang pertama, saya bertolak di sebelah petang (yang lain di sebelah pagi) disebabkan saya hendak teman seorang sahabat saya yang terpaksa pergi di sebelah petang kerna MUET di sebelah pagi. Then, tunggu punya tunggu ustaz di tepi masjid, ustaz tak juga kunjung2 tiba. Lalu kami (ada 5 org masa tu nak menumpang ustaz) pun cuba menghubungi ustaz. Kemudian ustaz pun kata dia ada hal di bandar kejap. fikir punya fikir, kami pun decide untuk naik and drive kereta sendiri ke tempat kejadian. Oh lupa pula. MUKHAYYAM ni dekat Lata Jarum, Raub, Pahang :) Hurmm kereta tu kepunyaan nini (salah seorg sahabat sy tadi). apa lagi, saya la tukang drivenya sebab nini takleh nak drive waktu2 petang dan malam atas sebab2 tertentu. makanya saya yang mmg hobinya suka drive ni pun meneruskan perjalanan. Kami hanya mampu berdoa di sepanjang perjalanan kerna tiada seorang pun dari kami yang tahu jalan ke arah tempat tersebut melainkan berpandukan dengan GPS sahaja serta berhenti banyak kali untuk bertanya pada org. Bak kata pepatah, "MALU BERTANYA SESAT JALAN" hewhew. ALhamdulillah, smpai juga akhirnya walaupun terpaksa melalui jalan yang jauh dan gelap (uhh scary!).

Keesokkan harinya (11/11/12), kami semua pergi ke 'Jungle Trekking' di sekitar tempat tersebut. ouh boleh tahann lah dalam 3 jam kami dalam hutan itu. Barang berharga semua tinggal dekat bilik so xdapatlah nak tangkap gambar cantik2 dalam hutan itu. sayangnya. :( sebab apa, ada satu halangan ini, kami terpaksa merentasi arus deras air terjun untuk pergi ke sebelah sana. baju memang basah kuyup then kalau bawa barang berharga takut basah. tp memang paling takleh lupa kejadian waktu merentasi sungai itu. Time saya nak rentas itu, air dia memang sangat deras dan saya takut kalau-kalau saya terhanyut dan taknak terhanyut saya akan berpaut pada (ada seorang abang dan pakcik kat situ) yang berjaga utk memastikan keselamatan kami semua. Ada di antara akhwat yang terpegang dan terpeluk abang tu huhu. jadi saya pun kuatkan semangat then rentas je. Kaedah yang pakcik (merangkap pengurus di bhg hutan tersebut di bwh jabatan perhutanan) itu, dia akan pegang kayu dan kita diarah untuk memegang di hujung kayu yang sebelah lagi kuat2 then dia akan gerakkan kayu tersebut 180 darjah untuk smpaikan kita ke sebelah sana. (dapat bayangkan tak agak2?) So saya pun buatlah seperti yang disuruh. pegang hujung kayu kuat2 tapi batu2 dia sangat licin+air deras menyebabkan saya tak dapat seimbangkan diri sgt. Kemudian abg tu macam nak pegang dan tolong saya, tp saya tepis. yaAllah, itu memang action pantas saya. pastu, ada akhwat yang capai saya dan tolong tarik saya naik. Pakcik tu pun cakap, "Orang nak tolong dapat pahala". Yah saya tahu. Maafkan saya pakcik & abg (kot, ntah2 pangkat adik hoho). Saya dapat rasakan yg saya masih mampu utk ke smpai tanpa pertolongan abg tu, jadi mungkin sebab tu kot saya tepis. Taktau lah ada yang perasan atau tak tapi saya harap2 tak lah. Malu! huhu. 

Petang itu, sepatutnya ada explorace tapi terpaksa dibatalkan sebab hujan. Kemudian diteruskan dengan pengisian. Pengisian ini diberi oleh ustaz yang berkaitan hanya dengan sebuah durian. 

Ustaz, "kalau saya kata ini bukan durian awak percaya atau tidak?" sambil menunjuk2 kearah durian yang diletakkan di tengah2. 

Kami semua, "Tak!!"

Ustaz, "kalau tak, kenapa?? mana tahu saya dah tempah awal2 supaya dibuatkan durian plastik sebiji dengan durian2 yang awak semua pernah nampak."

Bila dah saling berbalah2 tu, (saya mcm dah faham dah apa yg dia nak sebenarnya tp segan sebab depan muslimin huhu) datang seorang ikhwah ke depan dan terus buka durian tersebut. 

Ustaz, "awak sure buah dia ni buah durian?"

Kemudian datang pula seorang lagi dan cuba makan durian tersebut. Dia, "betul2, durian dan memang tak tipu" hehe 

Kesimpulannya, semua orang mampu berkata-kata tapi hanya sedikit sahaja yang akan mengambil action. and this is what ustaz himself expected from us. hoho

Pastu main baling-baling durian macam main bola jaring. baling dan sambut. cuba bayangkan bagaimana membaling dan menyambut buah yang berduri tajam tu? (meninggalkan persoalan :P)

Diteruskan dengan mempelajari serba sedikit serta praktikal tentang pengurusan jenazah hehe. best dapat tahu ilmu baru :) Tetiba rasa rugi sebab kat sekolah menengah dulu tak pernah nak ambil tahu tentang semua tu padahal peluang nak tahu tu sangat banyak dan luas. Jahilnya waktu dahulu :'( Malam itu, diteruskan dengan malam kebudayaan. setiap group membuat persembahan mengikut genre2 persembahan yang telah ditentukan. ada lakonan, pentomen, sajak, pantun, dan nasyid. ^^

Keesokkannya (12/11/12), tinggal buat persiapan untuk kembali ke UMP dan mengemas barang2 shj selain majlis perasmian penutup. Sebelum itu, kami bersiar sebentar di sekitar kawasan tersebut. Ntah bila lagi kan nak sampai sini :)

gmbar candid. betul! kelakar tengok dan suka :)

sya yang tengah termenung menghadap ciptaan Ilahi

subhanAllah. cantik kan?

nini dan kak kamilia @ intan

Selepas itu, majlis perasmian penutup pun berlangsung. Sebelum bersalam-salaman dan memohon maaf, kami membuat bulatan dan menyanyikan lagu tema kali ini. Lagu tema by Maher Zain. One big family ^^

buat bulatan

(dari kiri) rehan, ani, nik, kak tiqah, aida

MAHER ZAIN-One big family

sebelum ini, dengar je tapi tak tahu lirik. tapi bila dinyanyikan bersama lirik menjadi sangat bermakna hehe. Kesimpulannya, apa yang saya dapat dari mukhayyam ini, 

1) sewaktu jungle trekking, apa yg saya bygkan dan rasa ketika itu adlah saya membygkan peperangan. bagaimana seseorang merempuh hutan demi menyelamatkan dirinya atau menghendap musuh. Begitulah yang saya rasakan. Dan saya rasa memang xcukup langsung ilmu saya tentang bagaimana hendak menghadapi musuh dan peperangan :'(

2) sewaktu main baling2 durian, saya dengar ramai yang mengeluh terutamanya muslimat dan tak terkecuali saya pada mulanya. Saya, "biar betul nak main baling2 durian ni??" tapi tetiba saya terfikir, 'aku baru disuruh main baling2 durian pun dah tak sanggup? macammana pula mereka yang di Palestin, Syria dsb yang sanggup pergi berperang dan mengambil risiko atas kehilangan nyawa demi mendapat SYAHID. dan aku? eleh baru ujian kecik ni dah mengeluh? alahai manjanya anak Malaysia yg xpernah susah ni kan?'. Betul lah kata seorg akhwat tu ketika ditanya tentang sebarang pendapat atau kesimpulan yang hendak diutarakan, dia, "tukar MINDSET bahawa durian itu seperti bola dan kita xkan takut serta kesakitan itu kurang dirasai"

3) UKHUWAH. di sini baru mengenali adik2 dari Pekan dan juga Gambang. juga mengenali mereka yang belum pernah dikenali. Kami juga saling bekerjasama dan tolong-menolong sepanjang 'Jungle Trekking', Malam Kebudayaan serta berbual sambil mengenali biodata asas masing2. ^^

4) AKIDAH. Sewaktu malam kebudayaan tersebut, ada persembahan special dari super senior dan juga ustaz. Persembahan mereka memang menyeramkan sebab boleh pula melibatkan hantu pocong malam2 haha. tapi conclusionnya, sentiasalah mengingati Allah. kita sering diajar dari kecil tentang hantu. nak takutkan anak-anak kecil je mesti nak kait dengan hantu, kan? cuba ibubapa terapkan kepada anak2 supaya takut akan Allah yang sentiasa mengawasi kita, dan juga malaikat2 (at least rakib dan atid) yang sentiasa berada disisi kita untuk mencatit setiap amalan yang kita lakukan. Bila anak-anak or adik-adik buat salah je, bgtahu mereka, "eh, tak takut ke Allah sedang melihat tu?" :) Hurm, easiest formula, yes dari kecil adalah paling senang utk dididik.

5) memerhatikan kejadian alam. Betapa uniknya setiap kejadian yang Allah telah ciptakan. Meneroka hutan, pelbagai jenis serangga dan tumbuh-tumbuhan yang kita akan jumpa. Dan yang paling saya tak leh lupa, pacat mengengsot (betul ke?) di atas tapak tangan lalu saya geli dan jentik dia :D pastu jumpa banyak jenis cendawan, ada warna merah & putih. subhanAllah kalau bawa kamera masa tu dah lama tangkap gambar :p 

dan banyak lagi...tapi setakat ini jela saya dapat concludekan. Mungkin kalau dapat pergi dan alami sendiri lagi best kot. Mungkin sampai sini sahaja. Esok nak bertolak pulang ke kampung pula, maklumlah sekarang tengah cuti midsem hehe Semoga dipermudahkan. 


Sunday, November 4, 2012

Be Strong, Allah always with you bebeh!

Assalamualaikum :)

Dah lama rasanya tangan ini tidak menari-nari di atas keyboard, berceloteh kemudian diilhamkan kepada jari jemari, memberi inspirasi pada diri sendiri, seterusnya berkongsi rasa hati. Hahaha. Ok cuba untuk bermadah di sini. Ermm insyaAllah satu hari nanti nak cuba buat satu cerpen hasil tangan sendiri. InsyaAllah InsyaAllah Ameenn Ameennn ^^

Ehem bukan tidak rindu untuk mencoret sesuatu, tetapi kesibukan mengatasi segalanya, hehe. Biasalah tu, kalau tak kesibukan bermanfaat seperti akademik, kokuria, usrah etc akan ditambah pula kesibukan yang dicipta sendiri (meaning tak bermanfaat, Tepuk Dahi) seperti melayari internet. Yup, itu tak salah tapi berpada, kan? (angguk sendiri). Sejak ber'skype' ni kan, jimat kredit sikit. sebab everything free to connect friends tapi yang paling obvious sekali, suka sgt nak buat MONOLOG DALAMAN. macam letak ekspresi muka (konon2) dalam bracket. Haaa tu tu dia buat lagi. (Adoi) OK, minta maaf. Ok actually nak dipendekkan cerita, hai maklumlah curi curi masa update blog ketika ini, (menjeling sebelah) buku bertimbun banyaknya atas meja (gulp!). ok ehem. 

Bila dihayati perjalanan hidupku di bumi UMP ini, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan malah dipertambahmudahkan insyaAllah. (ada ke, sorry sesuka hati je?) Kini, walaupun aku rasa sesibuk mana, tapi aku tak khuatir kerana aku tahu sibuk aku yang kini akan bawa kelebihan bukan sahaja pada diriku, malah pada orang sekelilingku. Ermm yang penting, bila kita kerja tanam dalam hati niat (itu PENTING!) kerana ALLAH, kerana aku nak bantu org lain insyaAllah kita akan rasa bersalah bila nak mengeluh. Satu, mengeluh sebab terbeban. Dua, mengeluh sebab Allah bagi aku rasa kesibukan ini. Yah, kesibukan ini tidak akan membawa kita ke mana-mana malah semua itu kita akan tinggalkan kat dunia ja bila kita dah meninggal nanti. Tapi at least buat sesuatu, beri sumbangan pada sesuatu, utk saham akhirat kita juga. Itu yang aku selalu motivate diri aku. Manusia itu lemah, ada saatnya dia rasa sgtt up kerna Allah beri dia kekuatan, dan adakalanya dia sgtt down kerna Allah tarik balik nikmat itu tapi semua itu ada hikmahnya. Saat kita down, muhasabh diri kembali. Tanya pada diri, Kenapa? Kenapa? dan Kenapa? Bdoa seikhlasnya pada Allah tanya Kenapa? Kemudian Allah akan datangkan ketenangan itu kembali. Sebab apa? Allah nak kita bangkit dari kelalaian kita. Absolutely YES That's it. Membangunkan kita dari terus leka. SubhanAllah. :')

Nak cite, dalam dua bulan ini, everything sampai climaxnya! Haha. Why why? Sebab aku dah masuk tahun tiga! Yeah dua tahun lagi nak graduate haha insyaAllah. Now 6 weeks more to go on kan, so macam biasalah semua tu (projek, assignment, quiz, test etc) ok jangan mengeluh jangan mengeluh! lagi lagi minggu ni minggu test. haa memang sodaplah kan? Untuk pengetahuan, alhamdulillah kini aku telah dilantik sebagai Exco Alumni & Kerjaya bagi fakulti aku, CHEST (Chemical Engineering Society). Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberi dan kini amanah itu terletak di atas bahu ini. mohon doanya agar amanah ini dilaksanakan dengan sebaiknya :) Segan nak tengok video aku yang semangat bagi manifesto hari tu, sgt semangat ok! :D Tetiba Allah turunkan kekuatanNya pada aku ketika itu, memang terasa sangat momentum kekuatan semangat dalam melantun suara  serta penyusunan ayat hewhew. Video tu mungkin hanya menjadi simpanan peribadi kerna ianya terlalu peribadi :P Just to prove it:


jgn salah faham maksud 'revolusi' di situ :)

Kemudian, haritu aku telah ditawarkan untuk menjadi Ahli Lembaga Koperasi UMP oleh Pusat Keusahawanan (MyPACE UMP). Masa meeting perlantikan kabinet tu, aku telah diberi kepercayaan untuk menjadi Setiausaha Ahli Lembaga Koperasi. (hmm, tambah lagi amanah ini). Nak kongsi sikit, ada terbaca satu hadis Rasulullah S.A.W ni, 

Rasulullah pernah bersabda pada sahabatnya; 
“Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah kamu meminta kedudukan dalam pemerintahan. Sungguh, jika kau diserahi satu jawatan tanpa meminta, maka kamu akan ditolong oleh Allah. Tetapi jika kau diserahi jawatan itu kerana permintaanmu, maka (semua risiko) akan dipikul oleh kamu sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

yaAllah, takut. Biidznillah, Allah akan menolong hambaNya yang lemah ini. Aku pandang semua jawatan yang aku pegang ini adalah sebuah amanah yang berat. Tapi seandainya manusia itu tahu, ada amanah yang jauh lebih berat dari amanah seperti ini; iaitu amanah dari Allah kepada manusia. MENJADI SEORANG KHALIFAH di atas muka bumi. Menjadi seorang dai'e = amar ma'ruf nahi mungkar.

Dalam firmanNya:
"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia." (Surah Al-Ahzab, 33: 72)

Kerana beratnya tugas itu, maka tiada satu pun makhlukNya yang sanggup tetapi MANUSIA itu sanggup. Lantas atas kesanggupan ini, amanah inilah yang harus dipikul oleh setiap dari kita. Yang menjadi asasnya, dalam firmanNya:
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu" (Surah Adz- Dzaariyaat, 51:56) 

juga, Allah telah berfirman:
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.." (Surah Ali-Imran, 3: 110)

Maka, apa yang ehem saya (sopan sikit) dapat simpulkan di sini:

1) Beribadah kepadaNya- bukan hanya suruhan drNya tapi jadikan ianya sbg keperluan dalam hidup kita.

2) Amar ma'ruf nahi mungkar- tugas seorang dai'e

Hmm, alhamdulillah tugas aku sebagai setiausaha SIFE telah diperturunkan kepada pelapis generasi setrusnya, moga dapt menyambung kepimpinan dengan lebih baik :) Cuma sekarang ini, bagi projek G-2 (Generasi Ibu Tunggal Unggul) masih lagi tertunda. Masih mencari jalan bagaimana mahu memulakannya kembali. Apa khabar agaknya ibu-ibu tunggal tersebut ya? Lama sgt dah tak berjumpa mereka, rindu rasanya. sobs sobs. Allah Al-Qawiyyu berilah kekuatan pada diri ini Allah. Sungguh anis itu kuat orangnya! (think positive). ameen. 

So from now on, I have so many komitmen. Not only for these amanah, but also my education pun amanah dari umi abah juga. Nak tunjuk contoh yang terbaik pada adik (kakak sulungkan? hewhew). Umi selalu pesan, "Sibuk2 juga, belajar pun penting. Jangan diabaikan" Baik umi! (angkat tangan tabik huhu). Anis, mulai sekarang ko kena kuat! kuat! jangan sesekali jatuh! Mantapkan fizikal, mental, jasmani, dan rohani. Cuba utk seimbangkan. Balance everything. OK? Ok (janji pada hati, insyaAllah sambil tutup mata simpan kemas2 dalam hati). Ok chow dulu! eh bukan bukan. Pergi dulu ya. InsyaAllah jumpa lagi. Assalamualaikum ^^

From en. Google


Friday, September 21, 2012

HIMMAH'12

Assalamualaikum.

Hello my readers, (eh ade ke?) oh ok tak kisah lah. apa khabar anda semua? saya alhamdulillah kat sini sihat-sihat jak. ^^ alhamdulillah sudah beberapa minggu duduk di kampus ini, masih lagi mampu untuk mengimbangi emosi, fizikal, mental & rohani. yalah minggu-minggu awal ni masih tak banyak lagi assignment o projek o whatsoever lah kan. cuma lebih banyak join program jeee hehe (dulu kata nak pencen tak nak join program dah?). well, sebenarnya tahu tak? bila kita join program, kita akan jumpa dengan ramaiiii orang. bergaul dengan bermacam-macam ragam manusia. belajar untuk handle people, menyesuaikan diri & keadaan yang pelbagai. melihat kebaikan orang, mana yang baik kita follow, yang buruk kita jauhi. kalau advance lagi, cuba dekati & perbaiki. yang paling penting, bina ukhuwah dengan semua orang. ^^ & sekarang aku diuji dengan seseorang. seseorang yang amat dekat dengan aku. & kemungkaran yang dia lakukan itu tak boleh aku nak terima, sebab ia adalah benda WAJIB dipatuhi. bukan Harus ataupun Sunat. & aku rasa aku patut tegur jika betul aku sayang dia. berilah aku kekuatan Ya Allah. mungkin ini ujian yang Kau datangkan untuk melihat sejauhmana peranan aku sebagai daie. :') Okeh tak nak cerita panjang tentang itu. Jadi sekarang ini aku nak cerita serba sedikit tentang program HIMMAH'12 yang diadakan pada 14-16 sept 2012 di Kompleks Rakan Muda, Klang. HIMMAH ini adalah singkatan bagi Himpunan Mahasiswa anjuran PEMBINA. ^^

Perjalanan ke program HIMMAH ini mengambil masa dalam 4++ jam bertolak dari Gambang ke Klang. dan sepanjang perjalanan itu jga lah, experience pertama aku sbagai driver untuk perjalanan yang agak jauh hihik. walaupun sebelum ini pernah jadi driver di Sabah yang memakan masa sehingga 6++ jam, dengan jalan berbatunya, banyak lorinya dan macam2 lagi lah tapi aku kata pada diri aku, yahh ! I can do it. why not kan? Alhamdulillah selamat jga sampai hehe aku sentiasa ingat kata2 kawan aku ini, "Kau bawa kereta elok2 sikit, ingat dalam kereta ini ada berapa nyawa?". Yes, I admit it & dengan sebab itulah aku bawa dengan cermat & jimat, Haha. Apa?? 'Biar lambat asalkan selamat', kan3? hehe. Tapi tak pa sebab perjalanan kami ini, sekali konvoi dengan akhwat2 & ikhwah2 UIA Kuantan. nasib baik ada diorang tau. hehe

Sesampainya dalam pukul 2 pagi camtu. Penat toksah cakap lah. kaki lenguh, badan pun rasa macam nak diluruskan jak. Then terus pergi daftar, masuk bilik, berus gigi, basuh muka terus tidur untuk dapatkan rehat secukupnya bagi program esok hari. Dalam hati, "ya Allah permudahkanlah segala bagiku. berilah aku manfaat walaupun sedikit dari program ini". Ameennn :)

Programnya lebih kepada ceramah & talk sahaja, lebih menjurus kepada isu mahasiswa. Memang best ! Dapat kenal dengan ramai mahasiswa2 yang terlibat dari seluruh universiti di Malaysia tak kira IPTA & IPTS. tak sangka dapat peluang bina ukhuwah dengan mereka ^^ cuma yang tak bestnya, sound system dia. setiap butir-butir percakapan tak dapat dengar dengan jelas sebab mikrofon yang agak bergema. Namun, kami masih cuba mendengar & memahamkan apa yang cuba disampaikan. 

sahabah2 ^^

suka gmbr ni. barisan teguh !

ump & ukm :)

me & zati

1 mahasiswa !

sejujurnya sepanjang program ini, sejuk mata memandang terhadap akhwat2 yang begitu menjaga auratnya. ukhuwah yang terbina rasa begitu manis. saling mengenali dan berukhuwah disandarkan hanya kepada Allah ;') gerun & semangat melihat ikhwah2 yang begitu bersemangat untuk memperjuangkan Islam, menegakkan medan dakwah dan mengucapkan takbir. SubhanAllah. Bersyukur sangat kerana aku salah seorang yang terpilih antara mereka. yaAllah alhamdulillah jika direnung masa dahulu, mungkin takkan menduga yang akan berlaku sekarang. Allah jua lah sebaik-baik perancang. :) mungkin itu saja perkongsian yang nak dikongsikan hehe. Ia bukan perkongsian lah kot, tapi lebih kepada luahan & pendapat perasaan tentang program ini. Oh ya, sebelum penutup itu ada juga Sheikh Raed Salah, orang yang pertama yang menjumpai laluan rahsia bawah tanah Masjidil Aqsa yang dibina oleh orang yahudi datang. Tapi disebabkan sound system, tak dapat nak kutip sangat pengalaman sepanjang beliau menjumpai laluan rahsia tersebut. sedih kan? xpa lah, mungkin ada kot buku yang ditulis beliau tentang pengalaman tersebut. Nanti nak cari lah. InsyaAllah minggu depan, me & my sahabah nak pergi ke Ekspo buku terbesar Pahang di Kuantan Parade. jom pergi ! nak? ^^

P/s: sedih dengan serangan bertubi-tubi dari pihak kafir sekarang. penghinaan Nabi Muhammad, hedonisme, liberalisme, sekularisme dll. BANTAH 'Innocence of Muslims' film!!!


Sunday, September 9, 2012

ucapan masuk sem baru

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ok maybe just for short update. Alhamdulillah finally aku jejaki juga universiti tercinta ini dengan penuh kepayahan demi mengejar impian & cita-cita. Ehem ! Dan esok bermula lah kembali kehidupan aku sebagai seorang mahasisiwi yang mempunyai azam baru, InsyaAllah akan AKAN ditunaikan pada sem ini. ameeennnn ! ^^ Jadi nak wish lah dekat siapa-siapa yang bergelar mahasiswa mahasiswi semoga sem ini akan menjadi lebih baik dari sem yang lepas-lepasss. Moga hari ini lebih baik dari semalam & esok lebih baik dari hari ini. INSYAALLAH. buktikan yang pelajar Malaysia pun bersemangat ! pandai ! yang penting, sentiasa ingat Allah dalam apa jua perkara yang dilakukan. Yes, actually kerjaya professional adalah kerjaya yang dilakukan demi mengharapkan rasa ketaqwaan kepada Allah. Please remember this word k ! Tak kisah lah satu hari nanti kita menganggur (tapi still berharap kepada pertolongan Allah & berusaha selagi terdaya), tukang sapu, pelayan restoran, cashier or anything works but mengharap taqwa (rasa takut) kepada Allah, percaya itu adalah kerjaya professional. Hanya Allah menilai. Same condition as far as now, kita sebagai student mencari ilmu, menimba seberapa banyak ilmu dengan mengharapkan agar ilmu itu dapat menambahkan lagi rasa kecintaan kita pada Allah S.W.T. pada Rasulullah. Tak semestinya course engineering or medical ( for example ), tak perlu kisah tentang ilmu lain. Ilmu itu luas, seberapa jauh kita terbang, seberapa jauh kita berjalan, travel, takkan semua ilmu akan kita sedut.dan tak semua ilmu di dalam dada-dada manusia ini akan dipraktikkan. InsyaAllah bila kita tahu kepentingan ilmu, kita akan kaut semua bukan shaja untuk kepentingan diri bahkan keluarga, masyarakat, agama, & bangsa juga negara. ^^

Ok, end here. terpaksa rushing for doing something else. hanya sedikit buat peringatan bersama. semoga berjumpa lagi :)


Wednesday, August 29, 2012

makna solat ?

Assalamualaikum.

hari ini saya nak share something yg important insyaALLAH dlm mningkatkn prestasi ibadah kita ^^ insyaAllah sedikit sebyk akan mmbantu untuk kekhusyukan solat. khusyuk dalam menghadap Tuhan yang Esa.  Korg pernah dgr tak salah satu yg mbawa kpada kekhusyukan solat adalah memahami setiap makna dalam solat? jika ya, alhamdulillah & jika blm, inilah caranya. Tapi..brp ramai yang betul2 mengamalkn cara ini bahkan mengambil berat tentang kekhusyukan solat? Believe me my fellow friends, this is the way you can increase your relationship with our Lord, Allah. 

Kekadang saya terfikir, Allah adalah raja dunia. Allah merajai seluruh dunia ini, menyaksikan yang sudah ditakdirkan olehNya, memegang setiap inci dunia dan setiap apa yg berlalu adalah ketentuanNya. Kun fayakun. Tiada siapa yang boleh menolak takdir. tetapi apa yg kita lakukan? kita seolah-olah tidak menghormatiNya, tidak mempersembahkan yang terbaik untukNya dan tidak langsung merasa takut akanNya. Nauzubillah min zalik. awak bayangkan. tak payah bayangkan lah, lihat keadaan sekeliling pun takpe. macammana orang yang berpangkat rendah begitu hormat dan akur dengan orang yang berpangkat tinggi. Bagaimana pemimpin-pemimpin menundukkan dirinya tatkala menghadap Yang di-Pertuan Agong. mengawasi dirinya agar tidak tersilap langkah. Jadi apakah sama dengan ketika kita menghadap Illahi? Muhasabah. Fikir. Cuba renung. Saya juga begitu.

So this is the easiest formula. Utk kita fokus dgn solat kita. Mari berusaha utk menguasai setiap bacaan makna dalam solat. Tak susah pun, senang je nak hafal. Time sekolah rendah dulu boleh, takkan sekarang tak boleh nak hafal & praktikkan kn? Jom lihat video nih :)



I like this video very much. dengan gambar & audio yg menarik, mmg sesuai untuk menarik perhatian orang utk mengamalkannya. and this video make it. make me more concentrated in my shalah. But importantly, not because this video, but Allah gives me that 'huda' for seeing, downloading and practicing, alhamdulillah. 

So maybe for the first step, you can start from Al-Fatihah. Understand for each meaning of ayat. Oh ya, saya ada lg satu video nak tunjuk. senang sikit mungkin utk memahami dan menghafal al-Fatihah ^^ comel je budak2 tu hehe moga usaha mereka membuahkan hasil.


Ketika membaca al-Fatihah, sebaik-baiknya hati yang mendahului lidah, ataupun hati mengingati maknanya sesudah lidah membacanya. :) Ok, yang ini adalah step by step utk adab-adab batin ketika mbaca al-fatihah. InsyaAllah boleh diamalkan.

  1. Membaca 'Alhamdulillahi rabbil alamin' - ingat dalam hati bhw kepujian adalah hak kepunyaan ALLAH. kerna ALLAH menjadikan seluruh alam & mengatur serta menguasainya. Maka tiada siapa yg berhak melainkanNya. Kemudian kita bhenti sejenak utk menanti reaksi kpd pujian kita, seolah-olah kita akan mdgar Allah menjwb, "Aku telah disanjung oleh hambaKu". 
  2. Membaca 'Ar-Rahmanir Rahim' -  tekan dalam hati bhw fungsi Allah sbg Penguasa & Pengatur alam berlaku krn sifat Pengasih & PenyayangNya. Maka sgl yg ada di dalam dunia ini adalah kurniaanNya & rahmatNya semata-mata.
  3. Membaca 'Maliki Yaumid-Din' - ingat bhw Allah adalah Penguasa & Hakim yg Maha Agung di akhirat nanti. Hanya Dia yang mbuat perhitungan & mberi gnjaran kpd setiap amalan kita di dunia.
  4. Membaca 'Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in' - ikrar bhw tiada sesuatu pun yg disembah melainkanMu ya ALLAH. Smoga ikrar ini akan memperteguhkan i'tikad di dada bhw walaupn bntuan dr makhluk diperlukan namun ALLAH jua penggerak & Penolong yang sebenar di sebalik usaha & ikhtiar makhlukNya.
  5. Membaca 'Ihdinas-Siratal-Mustaqim' - doa & permintaan kita agar diberi petunjuk kpd jalan yg benar, baik dr segi amalan atau ilmu yg kita perlukan sbg hambaNya yg taat. 
  6. Membaca 'Shiratal-lazina An'amta Alaihim' - semat dalam diri jalan lurus yang kita pohon adalah jalan yg pernah dinikmati oleh hamba2Nya dengan pemberianNya. Bersyukr dgn nikmat yg diberi lantas memperteguhkan keimanan.
  7. Membaca ' Ghairil Maghdubi Alaihim Waladh-Dhaal-Liiin' - pohon pd Allah agar dijauhkan kita dr jalan, pbuatan, sifat manusia yg dibenci & dimurkai oleh Allah krn kcenderungan mrk mlakukn kebatilan & kemungkaran. Kemudian berhenti sejenak utk menanti jawapan dr Allah, "Aku beri kpd hambaKu, dan bagi hambaKu ini apa yg ia minta".
credit to: buku 'Rahsia Khusyu' dalam sembahyang' susunan by Mustaffa Suhaimi

Kekhusyukan solat & kelalaian solat banyak disebut di dalam Al-Quran. antaranya :

Dalam firmanNya: 
Sesungguhnya berjayalah org2 yg beriman [1] Iaitu mereka yang khusyuk dlm sembahyangnya [2] ... Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya [9] Mereka itulah org2 yg berhak mewarisi [10] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. [11]  {Al Mu'minun}
Dalam firmanNya yang lain:




Scr ringkasnya, alangkah bahagianya mereka yg menjaga solatnya & celakalah bg mereka yg lalai. Dan sy pasti, awak2 pun pasti akan pilih golongan yg pertama td kan? siapa tak nak berjaya? siapa tak nak jadi org yg beriman? siapa tak nak masuk syurga Firdausi? syurga yang berada di tingkat paling atas? kan kan? so usaha lah ! Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mungkin dulu kita malas, suka lengah-lengah dalam bab2 cmni ini tapi sekarang cuba kita tukar angin pula. Jadi rajin dan mempercepatkan sesuatu yg lebih penting. Kan OK begitu? hehe Jom sama-sama kita perbaiki solat kita. insyaAllah scr automatiknya akhlak, perwatakan dan sifat akan berubah kepada yg lebih baik :) Mudah-mudahan, amin ya rabbal alamin ^^

Sunday, August 26, 2012

After 9 years, we got a chance..

Assalamualaikum.

ini cepat cepat je aku nak hupdate. buat kenangan utk dibaca pd masa akan dtg. wee ^^. so maybe short story nak habaq mai. Ianya berkisar tentang empat perawan yakni anak dara yang pergi menziarahi ustazah-ustazah mereka yg bnyk menabur budi 9 tahun yg lepas. 9 tahun ??! Lama sgt dah tuu. baru pandai nak ingat ustazah. erk? maaf, baru berkesempatan. hehe

hurmm story nye cenggini, ehem3...

after my open house haritu, kami baru planning betul-betul nak pegi beraya sama-sama. org jawa omong 'Baraan', tp kami sebut konvoi jak la. ^^ tapi konvoi xkonvoi, satu keta jak dpt pegi memandgkan yg lain ada hal masing2. so teruskn jak la plan sbb nak juga jenguk ustzah2 tu semua. hee.

(25/08/2012)
me, my sister (Aisyah), bibie, & mai bertolak dr Taman Mawar ambil c ezah dulu di Sri Taman. cubit2 sikit kueh raya, minum air steguk (metafora sikit) kemudian bertolak ke rumah (1st-USTAZAH ANDI MASNA) di batu 1 1/2. Sesampainya d sana, bg salam dulu. ASSALAMUALAIKUM! terus masuk rumahnya. hahax. Ustazah, "wala wala besar panjang sudah perawan2 kita nih, yaAllah lama sudah nda jmpa sama kamu ni". "Ya la bha ustazah, 9 tahun sudah kita ni nda berjumpa". Terimbau la sudah kenangan dahulukala ketika bersekolah di SUIS (Sekolah Ugama Islam Sandakan) yakni sekolah petang. Album2 smua dikeluarkan. hihi. tu yg best tu :) Pssst, Ustazah saya ni masih cantik lg. tak berubah dari dulu ;)

Hidangan: Mee goreng, Tapai beras, kuih raya, air sirap

ustazah dikepit c anak dara ^^

(2nd-USTAZAH NAIMAH) 
Di sini pun bercerita pnjg. tp dulu kami xrapat sgt dgn ustz ni, hehe so sembang biasa2 jak tak berapa kencang. 

Hidangan: kuih raya (plg ingat kacang gajus goreng. hee), air gas, kek lapis, kek cheese, kek coklat
Dapat DUIT RAYA, muahaha ;D (bak kata ustz, "xpa, xkisah kamu ni dah besar ke kecik ke amek jak duit raya ni. mmg dah disediakn oleh pokcik kamu pun". Mekaceh ustz !)

(3rd-USTAZAH FATIMAH SYAMSUDDIN)
wah wah.ustz nih kecik molek jak orgnya. hehe. ustzh ni dulu guru kelas kami, sempat lg buat suprise birthday party last darjah 6 dulu. ^^ ustz masih kelakar, & asyk buat kami tergelak. haha. ustzh mcm xpcaya jak kami masih ingat dan masih mahu ziarah dia. ingat kami masih tu, siap nama penuh lg, hehe. tu lah kan, cikgu2 yg masih ingat kita ni buat aku terharu habis. Thanks a lot :') Ustz, " batch kamu lah yg paling aktif, ceria & bising" ngeh3 ^^

Hidangan: Nasi Impit kuah kacang, agar-agar marie, air guava (khas utk kami nih :P)

masing-masing xmenahan nak posing dgn 'bonda' tercinta. ;D





mmg suka mengepit yg lg tua. hihik ^^

(4th-USTAZAH SA'ADIAH)
Ustz ni pula saat2 akhir baru kami plan nak pegi rumahnya tapi alhamdulillah ustz ada di rumah dan mengalu-alukan kedatangan kami, heheh. Ustz makin tembam tp xpa, still ustz kami yg baik hati & caring mcm dulu :) Ustz pun nampk excited & mcm xprcaya kami dtg untuk ziarah. masih ingat nama penuh kami smua :")

HIDANGAN: Nasi, tomyam, ikan goreng, kerabu mangga, sayur dll. air sirap, kuih raya

dikepit lagi ^^

nmpk pendek ku d situ. huhuk

(5th-AISYAH HARTO)
haa, ni rumah bekas penolong kelas kami tyme darjah 6 dulu, hehe. pusing punya pusing, akhirnya smpai juga ke kampung tinusa 2. rumah kaler biru ada dua tangki tau. senang sikit nak ingat bila pegi lain kali :P 

HIDANGAN: kuih raya, air gas

tu dia bekas pen. kelas

syuhhttt, kami dulu semua pengawas2 nih. bajet garang mengarah org tp hati lembut. erk? Ok, end of our konvoi konon. ngeh3. Konklusi, insyaAllah setiap kali raya, aku akn pastikn yg aku xkan 'miss' utk buat konvoi or join baraan or something else yg sama waktu dgnnya sebab bila lagi nak amik peluang ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan sesama kita kalau bukan waktu2 camni. Besar juga hikmah Allah jadikan Hari Raya Aidilfitri buat kita, SubhanAllah :) Bukan sahaja untuk meraikan setelah sebulan berpuasa menahan diri dari makan, minum serta nafsu-nafsu lain bahkan peluang emas seperti ini harus di GRAB secepat mungkin, ngappp ! 

Jom jom. masih sempat lg nak ziarah org ni.
merapatkan silaturrahim.
lagi buat mereka yg lama sudah xketemu. ngee.

P/s: hidangan tu saja nak suruh korg teka bape berat dlm kilogram kami naik untuk satu hari jak ^^



Wednesday, August 22, 2012

Salam Aidilfitri~


Assalamualaikum ^^

Alhamdulillah selesai juga open house di rumah kami hari ini. oh no. dah kepenatan ni pun smpat lagi nak berblog. setelah ditinggalkn hmpir sebulan, rasa rindu pula mau mencoretkan sesuatu. hehe. Blog ini terbiar ketika Ramadhn dengan niat mahu menjadi graduan Ramadhan yg imtiyaz. Alhamdulillah Ramadhan dpt dihabiskan dgn baik dan kita bertemu juga dengan bulan Syawal. Semoga kita dapat berjumpa lg dengan Ramadhan akan datang, InsyaAllah :) OK, ingin saja ku bilang... salam aidilfitri semua !!! Maaf zahir & batin. ^^

Zahir - spt tindakan & perbuatan, Batin - yg melibatkn hati & perasaan.

If ada yang tak puas hati, tersentuh, terguna, tercakap, terlebih, terkurang dan adik beradik ter ter sekalian, saya mohon ampun & maaf beribu ampun hehe. 


"Kalau senyum, awak akan menang, kalau nangis awak akan buat org lain susah hati". 


Sorry, selit jap ayat dalam cerita RA ONE tv3 nih. mcm sedap pula ayat nya dan agak-agak sesuai utk pujuk org yg xnk maafkan kite. erk? hee.

Hurmmm, ceritera raya ku kali ini tidak jauh beza dgn ceritera thun lepas. Raya kali ini adalah kali kedua aku beraya di Sabah setelah berumur 17 tahun. selepas raya kali pertama ku pd tahun lepas juga di Sabah. dan raya ku kali ini tidak sebosan tahun lepas. Maaf, aku bilang bosan kerna sedara-sedara ku rmai di Selangor, kmpungku. maka kami di sini hanya ziarah menziarahi sesama jiran, dan juga teman-teman parent ku. lagaknya seperti berada di 'oversea' yg hanya beraya dgn kenalan shj. Ceh konon ! :D Namun begitu, aku tetap bersyukur kerna juga aku masih di beri kesempatan utk beraya bersama keluarga tercinta. :') 

Jadi pada thun ini bilangan rumah yg aku pergi beraya di Sabah ni, boleh lah tahan walau tak sebanyak di kampung. Kalau di kampung tu, memg tak payah cakap la, sehari boleh mencecah 10-20 buah rumah aku ikut baraan kampung. Huh, penat & kenyang sgt.. Tp kat sini 2-3 buah rumah pun dah penat sbb jarak antara sebuah sebuah rumah tak begitu dekat spt di kampung. Lagi pula, kalau di kmpg kan, tetamu tak pernah putus untuk datang berziarah. Itu yg bgus nyee bila duk kampg cuma kekadang kalau salah timing tu, mmg kacau org la tp xpa, kita trime & layan jak tetamu dgn sebaik mgkin. :P Erm kalau di tempatku ini, di bandar Sandakan, kalau tak buat 'open house' memg xkan ada org dtg punya. lg2 kwsn perumahan mcm kami ini. hee. so konklusinya, kat sini penat menunggu, kat sane penat melayan. hehe. apepun dua dua punyai pengalaman yang berbeda, sekaligus membiasakan aku utk hidup di kmpg & juga di bandar :)

mencipta kenangan

your daughter please !


Erm kebetulan, raya kali ini kami ada jemputan kenduri kawin di Pulau Nuluyan. Jadi, this is first experience aku naik bot pergi ke pulau. Perjalanan kami hanya mengambil masa 5 min ++ sebab naik bot 1Azam, hehe. rumah-rumah di sana kebanyakkannya di atas air. lembu-lembu bersepah ke sana ke mari. Tak caya tengok nih.


rilek je lembu minum air laut yg ada byk smph tu 


di atas bot nih

buat muka comel naim tu

tema nya turqoise. cantik !

hidangan lunch free. Hehe !

si bapak & si dik su.


Mengimbau kenangan pertanyaan member2 di sekolah menengah berkenaan Sabah. Kadang2 kelakar bila ingat balik. :P


"Eh, nis dulu kau pergi sekolah naik bot kah?"

"Macam mana lah tu, jauh kah sekolah kau dgn rumah. naik bot?"

"Pakai cawat kah di sana?"

dan banyak lagi...

Hello hello rakan-rakanku. Jom lah datang rumah saya di sini. Secara tidak langsung persepsi kamu akan berubah itu. aduyai, masa di tanya tu kan, rasa tergeletek hati ini. Nak marah fikir diorang nda tahu bah itu, sebab selalu media mmg tnjuk macam tu. sbb tu diorang fikir gitu. Biar lah, Haha. Asalkan mereka bahagia ^^ 

OK OK until here,
saya akhiri dengan pantun:

Kita berada di alam maya,
Selamat berhari Raya !

Have a nice day !
Jangan lupa org yg jauh lebih susah dr kita.
Doakan jga buat saudara2 kita di Palestin, Rohingya, & Syria.