uncertainties.
the state of being uncertain. uncertain of what you are going to do. uncertain whether you made the right decision. as for my case, i'm uncertain of my future.
masa depan. lepas grad nanti aku tak sure nak kerja dalam bidang engineering atau tak. serius, aku takdak hati dengan benda alah ni semua. mesin-mesin, reseach & development, experiment bagai. takdak dalam jiwa aku.
dari zaman sekolah lagi aku selalu ubah cita-cita. normal la tu kan. dulu konon nak jadi doktor. lepas belajaq biologi terus rejek doktor. jatuh cinta dengan matematik pulak tapi tak sure lagi nak jadi apa nanti. masa asasi banyak main, result pun boleh la, then dapat offer engineering.
mula mula pujuk hati, boleh kot tapi bila dah lama lama, benda ni semua aku tak dapat nak hadam. belajaq sebab nak lulus subjek so that boleh grad on time. serius kalau hampa tanya balik apa aku belajaq, aku akan krik krik krik ja.
dah final year ni, orang lain sibuk nak cari kerja ikut bidang masing-masing tapi aku still tak habis pikiaq lagi. haritu masa career fair, aku tertarik dengan kerja kerja human resorces. kerja yang banyak jumpak orang, analyse orang. sangat interesting.
mama pulak suruh sambung master. lagi banyak research, lagi aku rimas. research, research, research sampai pecah otak. herghh tak sukanya nak duduk lama-lama dalam lab try buat experiment setiap hari. dan aku tak rasa aku ada hati lagi nak sambung belajaq. sampai sekarang, aku still taktau apa aku nak sebenarnya. what's my life goal? what's my dream?
kan best jadi budak kecik, takyah pikiaq masalah macam ni. tapi sampai bila nak jadi budak kecik kannn. bak kata kakak barbara jordan, "for all of its uncertainty, we cannot flee the future."
jijot
Wednesday, April 16, 2014
Tuesday, June 25, 2013
Bukit Broga dan Jiwa
Sabtu, 22 Jun 2013.
1.30 a.m.
"kita kena tidur awal tita, takut esok tak bangun"
jadi aku dan leha pun pilih bunyi jam yang paling dahsyat supaya kami dapat bangun. ada lebih kurang 1 jam setengah hendak ke pukul 3.30 pagi; waktu yang kami tugaskan telefon untuk kejutkan kami.
4.30 a.m.
"karubi dah call dia banyak kali dari 3.30, dia tak jawab. tak tahu nak buat macam mana dah"
aku, leha, lily dan bangmas terus bergerak ke kolej 1. semua kena ada, semua.
"kita gamble" aku tegaskan.
"you duduk blok sini? boleh bukak pintu tak? kitorang nak kejutkan kawan kitorang dekat tingkat 2. nak panjat bukit, dia tak bangun".
*azan Subuh*
sepanjang perjalanan ke atas, aku seorang. terputus dengan yang lain. peliknya, tak macam kali pertama aku panjat, aku memang nak mengalah. nasib baik ada peneman yang tak sanggup tunggu. kali ini, bila seorang, aku bisik pada diri, di setiap perhentian, kau buang kesedihan. kau kutip setiap semangat-semangat orang sekeliling.
kalau aku berjaya naik, aku kuat.
sekejap-sekejap aku berhenti. haha stamina memang ke laut, kalau ikutkan dah berapa lama aku tak jogging. dekat 3 tahun jugak -.-'
first checkpoint disamping pose 'mahasiswa'
driver kita ni mengantuk. tak tidur malam tu. dah nak tidur, semut pulak banyak.
anak-anak yang kuat semangat nak naik sampai last checkpoint.
pada hari tu jugak ada team Aqsa Syarif yang buat checkpoint edarkan minuman percuma sambil kutip derma untuk Palestin. sangat soft spoken, dan terima berapa banyak kita bagi. approach begini yang kita suka.
ini aku tak ingat checkpoint berapa tapi macam kedua terakhir. sangat susah nak naik sebab tak ada tali dan tapak kasut pulak haus kemain jadi licin. space untuk stabilkan diri sangat kecil dan berpasir. time tu memang aku capai lalang-lalang tepi tu je untuk make sure aku stay in place dan tak tergelongsor ke bawah.
part paling best disini, ada satu kumpulan tu tengah duduk-duduk. dan ada seorang brother yang agak lembut nak tolong kami, tapi yang aku hairan kenapa kelam kabut dia panggil kawan dia. rupanya, dia panggil kawan dia yang perempuan untuk tolong kami bertiga (lili, bangmas dan aku). tapi waktu kawan dia datang kami bertiga dah berjaya naik. waktu ni memang aku sangat terharu sebab the respect he gave towards us.
ini adalah checkpoint kedua terakhir tu.
ada dua jalan nak naik ke checkpoint terakhir tu, tapi kitorang pilih jalan yang satu ni. sangat lah susah nak naik walaupun pendek je jarak dia. kawasan tu berbatu-batu dan batu dia pulak jenis rounded-shape jadi tak ada tempat nak 'cangkuk' atau support diri untuk panjat batu tu. dekat situlah kita akan dapat paling banyak lebam T.T
alhamdulillah sampai jugak diatas. 400 meter dari aras laut. memang rendah dan senang bagi yang selalu riadah dan berstamina tinggi. cukup gear and good hiking shoes, aku rasa pendakian korang akan lebih senang.
cuma masalahnya dengan Broga ni, dia terlalu hip dimana dekat setiap checkpoint tu macam ada parti, terutama waktu weekend.
keadaan dekat atas sebelum nak sampai ke checkpoint 1 jugak sangat berbahaya sebab terlalu berpasir. prepare yourself with a good shoes that can grip. nak pakai tayar kereta buat tapak ke suka hatilah. berbeza lah dengan 3 tahun dulu aku pergi, bukit tu masih elok dan tak berpasir sangat. mungkin faktor ramai orang naik jadi tanah-tanah tu pecah dan berpasir. waktu nak turun lagi teruk lah tahap nak tergelincir and tergelongsor tu. memang ada tali yang akan tolong kita turun tapi, tali tu pun kita akan kongsi dengan ramai orang jadi dia akan berayun-ayun. sangat bahaya.
aku cadangkan, bawak lah beg plastik untuk buat sikit amal jariah kutip sampah dekat atas tu dan bawa turun.
jangan malu untuk take a short break waktu memanjat.
9.00 a.m.
kami turun dan menuju ke Sungai Tekala!
bagi aku, pendakian ni membuatkan aku seribu kali lebih kuat. aku bukan jenis orang yang boleh fokus terhadap sesuatu. at least when I am up there, I knew what I want. dia semacam perjalanan jiwa yang mana literally, I am one level better than yesterday. aku capai sesuatu. aku berjaya.
bulan september aku nak ke Kota Kinabalu. and I can't wait. aku nak tengok kebesaran Allah, sebelum Izrail datang jumpa aku.
“Kalau moving on kau kronik, travel is the best distraction.”
“Travel helps reset your current path for a bit,
reminds you that life is bigger than what you've been seeing everyday,
and makes your problems small compared to it.
Go travel, gi supermarket guna jalan jauh." - Taka.
tita
Tuesday, April 23, 2013
of abang Leh dan perjanjian hijau
diantara kelima-lima band dalam pertandingan ni, Kyoto Protocol sahaja yang aku nampak lari dari bunyi asal lagu Rindu - Amelina ni.
paling musabab, they are not very familiar with the song, unlike other group. Kyoto ada dua abang leh dan fuad sendiri yang membesar kat singapura jadi, mereka kurang exposure.
thats why in life, we need varieties. if we want new things. new perspective.
tapi apa salahnya kalau masih mahu kekal dengan benda yang lama.
ada pro, ada cons. so, korang dah daftar mengundi?
titatiktok
totallyrandom.
Monday, April 1, 2013
INSECURITIES KILL
how many times have insecurities, kill everything in you?
how many times, it takes away people you love?
how many times, it caused you to push people away?
how many times, we were told we look bad in that, look bad in this?
how many times we were told to grow up, while the only thing we want is a lil bit of attention?
and do we realise, how many times, no matter how much we hated to feel insecure, we tend to make others feels the same too?
sudah 22 tahun aku hidup, aku tak boleh nafikan aku sangat insecure dengan diri aku. ketinggian aku antara sifat fizikal aku yang aku paling tak suka. paling gedik, i used to wear heels, that one time, that very first time, going to find some materials for DayDreamer's Store, there is this one makcik, look at me and whispers to her daughter and said "tudia, tingginya!" sambil jalan pandang aku. macam aku ni alien. and that very moment, for no exact or rational reason, aku rasa macam nak menangis. yes, i care about people's impression too much. i couldn't look at people that whole time. just because i am tall. (walaupun taklah tinggi mana pun, sekadar 166 cm sahaja).
dan sejak hari itu, aku tak pernah pakai heels itu lagi. never had the confidence. NEVER.
and now, insecurities juga buat aku push people away. i lost people that i love. aku sentiasa percaya dengan cinta. aku percaya dengan "kita hidup dengan pujian". lets not be in denial, we have social networks because we love attention. instagram, twitter. facebook dah lain cerita sebab fb dah jadi medium perhubungan sesama rakan kelas. we post pictures, kalau tak ada orang like, tipulah kita tak rasa down. lets take pujian itu, sebagai tanda apresiasi. every one of us like to be appreciated, hatta, pujian adalah satu medium menyampaikan apresiasi, lalu,
more compliments = less insecurities.
ini juga adalah penjelasan sifat aku yang suka memuji orang. if i find you pretty (which is every single of you), i will say you are pretty. i just love seeing people feels good about themselves, which in turn buat aku rasa down sebab dunia ini dipenuhi dengan orang yang terlalu cantik. cantik rupa, cantik budi, cantik bahasa, paling cantik, cantik agama. teori bangang aku ni tak guna juga kadang-kadang sebab aku sendiri dah ter-musnah dalam hidup aku sendiri. haha.
so, if you have something to say, say it. say it right in the person's face, YOU ARE SUBHANALLAH, SUPER PRETTY! - before it's too late.
insecurities killed. aku sendiri tengah mencuba membasuh hati aku dari mendengki dekat orang lain. sebab apa?
sebab tidak dikurniakan setiap kelemahan dengan sebuah kelebihan. babysteps.
titatiktok
i don't know where are all these words came from. i guess its the aftermath of caffeine, cough syrup and sugar rush. serious aku rasa tingtong. ambil yang baik, yang buruk sila komen dan betulkan. wallahualam.

Friday, February 1, 2013
DayDreamer's Store
assalamualaikum!
so aku dengan collaboration of a firend dah buat satu online shop custom made shawls. boleh kata semua collection kami lebar dan panjang untuk full coverage kengkorang. silalah lawat-lawat dan korang boleh request untuk restock mana-mana item yang dah sold out.
Korang boleh checkout page ni di facebook, DayDreamer's Store
jomlah tengok-tengok dan like. InsyaAllah kitorg akan buat comeback with new collections!
titatiktok
Keep Calm & Dream On Hijabers!
Friday, January 11, 2013
of 2013.
asal nak menaip je, blank. tadi kemain sebelum tidur dok menyusun ayat dalam kepala.
2013. pelik bila disebut bila ditulis. sebab 2013 rupa dia urban, moden, nampak futuris. kereta terbang, bodysuit berkilat dengan helmet tak ada pun macam tv selalu tunjuk. we can never predict the future, kan.
sekarang dah 3rd year, in fact dah habis semester 1. aku dah 22 tahun. 22 tahun. apa benda yang aku boleh banggakan dekat diri aku selama 22 tahun ni? i guess none. malu dekat pejuang-pejuang Gaza yang sangat bercita-cita besar walaupun tahu keadaan sebenar diorang macam mana. yakin untuk berjihad, yakin untuk syahid. tak ada rasa takut sebab percayakan Tuhan. aku ni nak delete akaun facebook sendiri pun rasa berat. sebab apa, sebab aku terlalu sayangkan 'dunia'. aku bercadang (tengok tu, bercadang lagi tu) nak delete fb dan twitter sebab i really want a fresh and clean start. a really clean one. tapi pesbuk dengki betei aku takleh buat akaun baru. i need fb account sebab dekat situ group kelas, dekat situ tempat aku berniaga.
i had a few new year's resolution.
i wanted to be a good human.
i want to listen more, and talk less.
i want to be a very patient woman.
i want to smile more, and judge less.
i want to be a good woman, and be respected of it.
most of all, i want to be a thankful woman. a grateful servant of Allah.
a friend of mine replied to my complaining tweet, where i complain how ungrateful i am.
dia cakap, dia pun selalu rasa benda yang sama, tapi lima minit lepas tu, 'i count my blessing'. aku nak praktik benda sama. hmph.
sebenarnya aku ada satu perasaan takut.
end up being alone sebab perangai aku yang tak semenggah sangat ni.
kita tak ada Ted Mosby yang janji nak kawen dengan kita kalau masuk umur patploh tak ada suami lagi T.T
assalamualaikum.
titatiktok
Sunday, October 21, 2012
Sunday, October 7, 2012
macam mana word 'change' tu boleh ubah segalanya.
i am taking my baby steps. nevermind.
tak ada pasal aku menaip ni sebenarnya.
tadi pergi event Hello Deer.
dalam kereta lalu tepi sebuah rumah bentuk petak-petak trend sekarang. rumah petak-petak ni memang cantik cuma masalahnya tak sustainable. tak sesuai dengan cuaca Malaysia.
jawab kawan architecture aku yang pernah buat internship masa cuti semester haritu, sekarang ni mana ada orang (baca client) yang kisahkan pasal sustainable design ke apa.
yang penting cantik.
paling penting lagi, yang murah.
jawab kawan fashionista aku lagi sorang,
'negara kita ni tak sampai tahap semua nak bagus-bagus lagi macam negara luar. biar mahal, asal bagus'.
kawan architecture sambung,
'dorang pilih yang murah'
'takpun yang cantik'
'sepatutnya pilih yang murah dan bagus'
antara rupa, nilai dan kualiti, mana satu awak pilih?
tiktok

Tuesday, August 14, 2012
it's been ages before my last entry. did i even write after this blog was reopened? hmm guess the writer in me (i'm not a good writer at all) died for a while. and i still don't know what to write -_-"
maybe i'll tell you a little bit of my story in Korea. but maybe in the next entry.
ohh and i miss my big sisterrrr. titaaaaaaa, hang pi manaaaaaaa? T_T
jijieazrin :')
maybe i'll tell you a little bit of my story in Korea. but maybe in the next entry.
mini teaser
ohh and i miss my big sisterrrr. titaaaaaaa, hang pi manaaaaaaa? T_T
jijieazrin :')
Friday, June 15, 2012
cerita ceriti
sekarang ini saya menulis langsung dari kolej 11, UM. barang barang sedang dikemas oleh awek awek sekedudukan.
tahun depan sudah tahun 3.
tahun depan umur sudah 22.
tahun depan tahun yang mana saya boleh pangkah undi. tapi saya belum tahu apa saya bersedia. kerana sampai sekarang saya orang yang tak ambil peduli tentang politik.
saya ingin jadi rakyat yang berguna. saya ingin mempunyai semangat bagai orang jepun yang sungguh taat pada negara. tapi, saya kecewa. dengan kerenah kerenah serta undang-undang yang tidak adil pada sesetengah golongan rakyat. sesungguhnya, saya kecewa.
itu, isu pertama.
turning point. pernah jumpa turning point anda? saya pernah. tapi apa saya buat, saya tidak mempedulikannya. saya ambil mudah. hidayah dari Tuhan saya biarkan lalu, selisih dibahu lalu diangkat semula naik ke langit. bodoh. saya kecewa, sesungguhnya saya kecewa.
itu, isu kedua.
saya tidak jadi ke UK. menjadi satu-satunya pelajar tempatan yang tidak dapat menyertai program kelas tersebut, bukanlah perkara mudah untuk diterima. tapi saya redha kerana ini telah Tuhan saya tulis di atas sana. jadi apa hak saya untuk bersedih dan mempersoal. maka saya minta semua untuk tidak turut bersoal. cukuplah. perkara ini terjadi pada saat saat terakhir. kerana kerenah dunia. saya kecewa. sesungguhnya saya kecewa.
itu, isu ketiga.
berusia 21 tahun, isu nikah kahwin teman hidup telah menjadi salah satu keutamaan dan mempengaruhi kehidupan seharian. pandang kiri orang ni kahwin, pandang sana resepsi orang terdekat. jadi soalan paling lumrah, apa cukupkah saya bersedia? siapa yang telah Tuhan pasangkan untuk saya? itu, isu yang tak kecewa. (gelak hambar)
itu, isu keempat.
isu terakhir. adakah saya telah menjadi manusia yang cukup berterima kasih kepada Tuhan saya? jika memang takdir Tuhan memanggil saya, apa mampu untuk saya bicara pada Dia yang sepanjang hidup, saya memang manusia yang amat berterima kasih kepadaNya.
itu isu yang paling besar. kerana bagaimana kecewa saya pada semua yang diatas, mungkin lebih kecewa Dia pada saya. hambaNya yang paling banyak merungut sedangkan lupa pada anugerah lain yang telah dikurnia.
TitaTikTok.
Selamat Bercutizzzzzz xoxo
Assalamualaikum!

Subscribe to:
Posts (Atom)