December 21, 2012

Homesick


Aku rindu rumah
orang-orang dalam rumah

aku rindu suara dalam rumah
bergaduh, bergosip, bercerita pasal diri masing-masing

Aku rindu solat jemaah dengan semua, 
Aku rindu si baju hijau di hadapan sekali, imam
aku rindu nak gaduh.haha.

Aku rindu rumah.

Alahai perempuan

Lemah betul bila sebut pasal perempuan ni. sebab aku pun perempuan.
but there are certain things, perempuan should act like perempuan.
no, not about love thingy. itu kita abaikan. 
this is about ur routine, daily life.
Perempuan sepatutnya pengemas, pembersih, dan everything in manner.
what happened nowadays?
why tak boleh nak jaga kebersihan? 
i wonder, what is ur mother reaction towards this thing.
If tengok, sinki tersumbat dengan sisa makanan. yess, i know u're really good in cooking
but left all the waste in the sink, is not a good thing!
the waste will trapped and damage the drainage system.adoi!
macam nak left big notes there 
" Hello ladies, i know u're good in cooking. but please, know how to throw the waste too. Dustbin just outside the toilet, not here"

and if ur future husband see this, they must be rejected u earlier.
or unless, they amazed wif ur cooking, 
all the "clean" things,they just put aside.

and please la guys, know about ur girls first.
kalau bangun pukul 11 pagi tu, and u wanna marry her,
i would say that u're blind! love blind!
there's lot of things to discover/know before marrying that person.
kebersihan, punctual, attitude, ethics. (too many too list down)


Sorry rambling. i just mad with the girls, sebab tak reti jaga kebersihan.
sakit mata memandang, sakit lagi bahu yg memikul.




Ego

Mana silapnya, entah.
Abah dan aku, ada ego yang sama.
dan aku jadi takut, aku jadi derhaka
dalam hati rindu membuak-buak
mahu bertanya khabar, mahu bercerita
tapi ego, ego aku tinggi
aku takut aku sakitkan hati abah lagi
dan aku takut, nanti, jadi anak derhaka lagi

Abah, aku tahu, kisah dan ambil berat tentang anak-anaknya
cuma abah, ketua keluarga,
jadi semua perkara betul untuk dia, betul untuk kita

"Cuba mengalah sikit dengan abah tu. dengar cakap dia, dan jangan melawan" pesan mak

:'(

Aku rindu abah, tapi aku takut, 
aku lukakan hati dia lagi, dan aku takut 
dengan ego aku sendiri.


December 12, 2012

KetentuanNya

dan dalam setiap perbuatan atau perkara yg dilakukan itu, 
ada ketentuanNya
Qada' dan Qadar
kenapa kita tak dapat ini? kenapa dia dapat itu?
kenapa aku sahaja begini? kenapa hidup aku begini?
Sungguh, ada hikmahNya
Allah Maha Mengetahui Segalanya.
Setiap perkara, ada baik dan buruknya untuk kita.

tapi dalam pada itu, cuba, 
kita dekatkan diri kepadaNya. Usaha.
Ucapkan rasa Syukur atas segala nikmat yg diberikan 
Meminta-minta dalam berdoa, agar dimakbulkan.
Allah Maha Mendengar.

Back to basic: Manusia diciptakan untuk mengabdikan diri kepadaNya, Allah Yang Satu.




December 6, 2012

No 3D Flowers



Simple lace with some beads.
(I save some design that I'd seen so that I wish to wear during the day :p) 


This can be awesome too, by adding some beads, 
or use a different colors. 
Suits for e-day. hehehe.
can buy here: Scallop blouse

Then, u can save a lot during ur day.
It depends.
Me juz dont like the crowd stuff + look messy.
Make it simple! 

December 5, 2012

Terus

Aku ingin teruskan rasa hati ini
yang berbunga-bunga barangkali
atau yang berdegup kencang setiap kali
atau mungkin terus menerus
menitip rasa dalam doa

Cinta itu selalu bikin orang berilusi
jauh, menerawang dalam dimensi yang lain
dan aku, tak mahu lagi berilusi
aku mahu terus tanam rasa cinta, 
terus sematkan nama kau dalam jiwa

tapi, mampukah kita lawan takdirNya?

December 1, 2012

Doa

Dan dalam segala doaku, 
kepada Tuhanku, Allah yang satu
Allah tahu yg terbaik untukku.
Allah makbulkan doaku yang satu ini, 
yang tersenarai dalam " List Impianku"

Syukur Allah makbulkan doa, 


Mungkin bukan rezeki sekarang ini, 
mungkin masa depan ada lagi.

"Berdoalah, minta kepada Allah apa-apa,
InsyaAllah, dengan usaha yang ada, 
dengan hati kita yang ikhlas,
Dia akan perkenankan"

Restu

Dalam 1000 perkara yang kau lakukan, 
perkara penting ialah "Niat Lillahi ta'ala" 
dan perkara kedua, Restu mak ayah.

Lepastu, tambah dengan usaha dan doa, 
dengan izin Nya, 
seribu perkara yang kau buat tu, 
InsyaAllah semua menjadi.

Ingat, niat kerana Allah.
Baik, buruk, keji, segala perkara pun
Nun diatas sana, Dia Maha Melihat.
Dia Maha Mengetahui segalanya.

dan, Doa Ibu-bapa adalah yang paling mujarab.
Jangan derhaka, dan jangan lawan cakap.
Jaga hati mereka, dan jaga adab.


*pesanan untuk diri sendiri




Lelaki aneh.

Aneh, sangat aneh.

dalam setiap perbuatan yang aku lakukan, 
kadang-kadang, akan muncul kelibat kau dalam angan-angan
akan muncul, anganan yang mungkin akan kita berdua lakukan

dan dalam lagi aneh, bila setiap kali doa aku kepada Tuhan Pencipta, 
selain ibu-bapaku, keluargaku, rakan-rakanku, 
nama kau aku selit dipenghujungnya

"Jika "lelaki aneh" ini jodohku, dekatkanlah hatiku dan hatinya,
dan jika dia bukan untuk ku, damaikanlah hatiku dan hatinya"

October 21, 2012

Seluar ketat

Selama ni aku pakai seluar ketat
maksud aku sejak aku jadi "jahat" sikit
lepastu, konon nak berubah, 
aku dah cuba banyak kalo nk rid off jeans ni, 
banyak kali, 
lepas dah bagi dekat orang, then aku beli balik
then bagi lagi, then beli balik
then, how to get rid seluar-seluar ketat ni? sigh

Dah banyak kali dah kena sound dgn mak & abah
and I really want to change
susah betul, nafsu jahat ni kuat sangat kan.
Iman tak kuat. haih.

Ada sekali to someone nasihat dkt aku camni:
" Allah suruh kita tutup aurat, bukan balut aurat!"
toing, kena batang hidung! argh! malu!

1. Surah An-Nuur : Ayat 31:
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

2. Surah Al-Ahzab : Ayat 59:
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)

Aku still dalam progress. Doakan supaya Iman, hati kita sentiasa kuat, untuk ke jalan yg diredhaiNya. 

October 20, 2012

Pelanduk dua serupa

Selalu, pegi mana-mana je orang akan cakap
"Eh, mcm familiar laa" or "macam penah jumpa, tp kat mana eh?"
then, they start, "eh muka u macam si polan polan"
eh, pelanduk dua serupa and so on, on.
Memang selalu macam ni, entah kat mana yg sama ntah dgn orang lain.
tapi takat ni takde la lagi, yg cakap, 
aku sama dengan yuna ke, evanngeline lilly ke.

AKU RASA EVANGELINE LILLY NI HOT.
cuba tgk real steel tu balik, hehehe. 

Kami mempunyai lesung pipit yg sama.HAHAHA



Tapi itulahh, konpius! sama tang mana tah dgn orang lain.
tapi, kepada BAKAL SUAMI, (yg entah ghaib tak muncul lagi)
Sila ingat, bakal isteri awak ni, ada dua lesung pipit, dan
satu tahi lalat manisssss dekat dagu. HAHAHA
Jangan tersalah orang plak. 


Awkward.

It's awkward when people start to call you "kakak"
and you titlekan diri you kakak
lepas tu, dorang salam and cium tangan you
Noooooo! I'm getting older
smpai, kadang-kadang, i told them not to cium my tangan
"ehh, tak payah, tak payah"
tp, just to show that they respect you. aiyaya.

and they ask; "Kakak bila nk kahwin? "
omg! i feel so old! 
start dgn topik kahwin, anak, umur dah lanjut.hahaha

but, it's only 25 la dik! chill yo! 
beza 6 tahun je -.-"

and Happy 25th to me! 
Age is just a number, rite? 



October 9, 2012

Week 5.

Week 5 - Test week
Week 6 - Convocation/Test week
Week 7 - Test week/Aidil adha celebration.

Time flies so fast.
Perangai masih tak ubah-ubah.
Joli sana sini, 
wake up sayang, u dah jadi student!
No time for relaxing, ingat aim u tu.

(-.-")

Interpolation dan phenol

Simple Math! Interpolation.
Aku memang dah lupa habis cara nak buat
langsung tak ingat, this is simple math kawan,
ni baru 2 tahun otak ni tak buat kira-kira,
tanya sana, tanya sini
nasib ada budak freshgrad yg boleh ajarkan
Nasib baik! Akhirnya, dapat jawapan, 
pung pang pung pang, ajar orang lain plak.

Sesi petang, keluar elemen phenol,
carsinogenic, tri-di-chloro, 
nahh, elemen kimia pulak!
keluar about all process, parameters,
acidity, turbidity, pH and etc.Argh!

Otak, cepat-cepat lah function! 
cepat-cepat lah memorize balik everything
Cepat-cepatlah boost up memory
Jangan tenggelam dalam khayalan
Kita dah di alam realiti ni! Wake up! 


October 8, 2012

Quit

Bila semua orang tanya,
"Kenapa kau quit kerja? tak best ke?pressure ke?"
jawapannya tak. 
My work was fun, even sometimes busy
I just realize, yang aku dah faham skop-skop kerja aku
and how to interact with others
cuma, ini Impian aku.
To continue master study after working.

Lepas habis degree, parents aku beria-ia suruh sambung
dan aku, menghampakan dorang
"I want to work for a while. Gain experience"
dan dah, cukup dua tahun, 
aku quit, dan aku sambung belajar.
Master in Environmental Engineering.
kembali ke kehidupan sebagai mahasiswa.haha

tahu-tahu je lah, mahasiswa tu hidup dia cemana.
Assignments, projects, presentation.nahhh,
otak aku dah serabut balik. 

Aku harap, aku ok.
Aku harap, otak aku center balik, dan boleh adapt dgn kehidupan ni
Aku harap otak aku bole kunyah segala ilmu yg lecturer aku ajar.
Sekarang, aku harap korang doakan aku, 
doakan kejayaan kita bersama.

Amin.

August 25, 2012

Aku pasti, takdir kita bertemu.


Rawat rasa pahit, tawar, sedih dengan abang ni!
Abang, suara abang buat saya cair!hahaha.

Apakah ciri-ciri pasangan anda?

1. Apakah ciri-ciri pasangan anda?
2. Apakah warna baju raya yang sesuai untuk anda?
3. Kereta apa yang patut anda pakai?
4. Umur berapakah anda sesuai berkahwin?

Ohh come on people! Why u shud trust and do this application in FB?
Whyyy? lepastu yang sakit hati, kau post kat FB tu.
ayoooo! semak mata nak tengok lah kakak, abang.
Come on, Get real laa kawan. 

Apakah ciri-ciri pasangan anda, pegi cari sorang. nak yang macamana ke apa ke, bgtau dia. dah siap! nak manis ke, nk hensem mcm kpop ke, ubah sendiri ye. 
Baju raya kaler apa? pergi la beli kat kedai tu, belambak ada! nk pelangi, warna warni pun ada.tak perlu nak meramal-ramal dekat fb ni.

Erghhhh! 

Not in a mood right now! HAHAHA.

I should get myself some treatment. Self-therapy! Need to fire up my mood again!LOL!

Kebenaran yang Pahit.

Selalunya kita susah nak terima kebenaran,
kebenaran yang NYATA dan JELAS depan kita.
selalu kita cuba untuk elakkan, atau abaikan.
tapi, dah sah-sah kebenaran tu menyakitkan
kebenaran itu pahit.
kebenaran tu kita kena telan bulat-bulat.

Kita kena terima kebenaran tu, sebab sampai bila kita nak sorok?
sampai bila nak kena tahan rasa, atau kecewa.

Nahh, Allah kan tahu apa yang benar,
apa yang elok, apa yang baik.
Nasib baik Allah tunjuk dah awal-awal kebenaran tu,
kalau tak, sampai bila kita nk simpan, rahsiakan kebenaran tu.
InsyaAllah, ada baiknya kalau kita redha dgn kebenaran tu.

Mungkin sekarang ni, kita kena telan bulat-bulat rasa pahit tu,
manatau nanti, rasa pahit tu tukar jadi rasa paling sedap.
Coklat pun asalnya pahit, cuma bila diadun sedikit, rasanya jadi sedap.
Kena sabar la sikit, mungkin kecewa sekarang, nanti bahagia.

BFF.

I just googled terms for BFF. I mean, meaning of BFF.

Rutu said: 

For me it is :

A best friend is someone you can trust with your secrets, will always be there for you in 
your ups and downs, who won't brag if they got a better mark then you, encourage you i everything you do that is good, if something is bad for you then they will tell you and last but not least is that you know it is someone who will remain close to your heart.

First.L said: 

knowing them for a long time.. did you know some study says that people find their best friends when they are 14 or younger after that they dont.
I met my best friend when I was 10 and now we are older now obviously and still talk and understand each other in any kind of situation. But I can also say that my twin sister is my best friend :D
these people trust you and you trust them. they are there not only when they want to have fun or hang out, they're always with you

Apurva said:

someone who is there with you through your happy as well as sad times. and care for you.



Actually, all of this are crap! 
Girls not stand too long with their girls.
Once she have partners, she left you. 
And once, she have a problem, there is she.she'll come back to you! 

Booo me! because I'm the only one think that this BFF terms is exist!
and Booo me! because I'm taking care each of my friends!


August 14, 2012

Inspirasi lagi.

Perihal Si Inspirasi ni memang takkan habes, 
entah sampai bila nak tamat ntah. Angau ni yang mengada-ngada,
Masih lagi suka pada yang tak pasti.
Mungkin sampai Inspirasi dah kahwin ke, sampai dia dah jumpa cinta hati dia, 
mungkin time tu, baru hati ni boleh patah remuk, 
jatuh tersungkur. Nah, hebat benar cinta kau ye Adila!
Takpun, tunggu ada orang masuk minang aku. Mungkin lepastu bole lupakan si Inspirasi ni.haha. Entah ada orang nak masuk minang ke tak?

Al-kisahnya, mak terserempak dgn ibu si Inspirasi ni dekat Masjid waktu terawih.
Alahai, rugi betul takde time tu kann.last sekali jumpa mak dia, last 7 years.
Lepas jumpa mak dia, mak bgtau adik aku, 
"Itu lah mak Si Inspirasi yg dila duk angaukan tu," kecoh mak.
kisah aku suka Inspirasi ni dah tersebar dikalangan perempuan2 dkt rumah je.
Kemudian, adik cerita dekat aku pasal jumpa mak Inspirasi ni.
dan aku macam biasa, dengan selamba badak je, aku bagitau mak,

"Haaa, mak nak menantu kan. boleh la masuk minang dia. Semua dah okey, stabil,kerja pun okey". cehh.selamba badak kau je nk suruh mak masuk minang anak teruna orang.

Dengan selamba pun, mak balas.
" Kita ni lain, diorang tu lain. Si Inspirasi tu punyalah elok, muka hensem, belajar pandai ...,"jawab mak. Mak tak sambung ayat hujung-hujung tu, mak suruh fikir sendiri.
Aduhai sadis plak.Ayat mak memang menusuk kalbu. 

Mak ada tambah sikit lagi, ala-ala Surah An-nur ayat 26;
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (Ini ehsan google)

Maksudnya, mak suruh la daku jadi wanita yg solehah dulu, kalau nk lelaki soleh.

Dan aku, kalau aku jadi mak-mak orang,memang laa aku nk bermenantukan si Inspirasi tu.
Lengkap serba serbi, baik budi bahasa, apa lagi? (nama pun admire kan,semua baik je)


Muka Inspirasi ala-ala kartun ni. auch! schweet!


Tapi, tak semua yang kita rancang, akan terjadi kan.
Dan tak semua yang kita nak, kita akan dapat.
Allah dah tetapkan semua, Allah tahu apa yg terbaik buat kita.Banyak-banyak doa pasal jodoh ni 
"Ya Allah, dekatkanlah aku dengan jodohku. Kurniakan aku jodoh yg soleh, yg beriman, yg dapat membimbing aku kejalan yg benar. Amin"


Calon menantu mama.

Al kisahnya, mak sekarang ni dah sangat-sangat risau dengan anak-anak dia
sebab sorang pun tak nak kahwin lagi.
aiseh, bukan taknak, ada yang takde calon, ada yg baru lepas clash, 
ada yang tak cukup-cukup ciri nak jadi menantu mak
dah tu macamana la hai?
Macamana mak nak ada menantu ni mak?

Alkisahnya lagi, Mama akan tanya setiap anak dia, 
"Bila nak kahwin?dah ada calon ke belum?"
kalau takat umur aku yang memang cukup utk kahwin ni takpe jgak
ini sampai ke adik yg tak grad uni lagi, baru 22.
"Mira, bila nak kahwin?" Mak bertanya.
Musykil jgak, sebab selama ni, memang mak akan utamakan study dulu.
Even demam pun, jangan ponteng kelas.Belajar tu penting.
dah tu, sekarang mak fikir pasal anak-anak dia kahwin plak.
"Mak dah tak kisah sape nak kawen dulu. tak yah nk fikir ranking2 ni. 
dah ada calon tu ajak je kahwin" kata mak.

Alahai kesian emak. Dah sah, Mak nak menantu dan cucu,
Bila mak pegang cucu-cucu orang pun, mak eksaited sangat.
Nampak sangat muka nak cucu.Alahaiiiii, kesian kat mak.

"Mak, lagi 2 tahun dilah kahwin. Mak sabar ye," janjiku dekat mak.
Alahai, start sekarang, aku kena cari calon suami la nampaknya!
Calon Menantu Mama!



Nah mama, antara calon menantu mama. 
Selalu ada kt tv, dia bole jadi doctor, Engineer, Architect.HAHA

August 3, 2012

Hanya Dia.

Bunyi deringan telefon menyedarkan aku dari khayalan novel. Aishh, siapa yang kacau waktu damai aku ni,
"Dia? kenapa tetiba telefon ni?," getus hati kecilku. "Hello. Assalamualaikum,"sapaku kepada orang disana.
"Wa'alaikumussalam.Wahai cik Anis yang manis, aku ondaway pergi rumah ko tau. sekarang dah dekat Sungai Petani. About 45 minit lg sampai laa,"terangnya di sebelah sana. Biar betul mamat ni. Angin takde, ribut takde, tiba-tiba nak datang rumah.
" Ko serius ke weh? ko demam ke?pegi la klinik amek ubat. Risau aku dengan ko ni," jawabku. Ishk.ni dah pelik bin ajaib. Jauh dia travel semata-mata nak datang rumah, jumpa mak abah plak tu. Mahu 5 jam kot perjalanan dia.
"Laaa. serius laa. kata lagi 2 tahun nak masuk minang kan. ni, nak masuk minang la ni," jawabnya lagi. Mamat ni kenapa, aaaa.dulu main-main je kot cakap macam tu. 
Terkelu lidahku nak menjawab. 
"Aku datang sorang je, sesi bertaaruf dengan mak ayah. boleh kan?,"tanya nya lagi. Takkan aku nk jawab tak boleh plak kan. dah penat-penat dia datang dari jauh.
"Ko main-main je kan. Haa,ye laa, jemput laa datang. bawak gorpis sekali ye. Rumah aku tau tak kat mana? nanti aku sms," terangku. Takut sesat plak mamat ni. entah tahu, entah tak rumah aku kat mana. Mahu 30 minit jugak, kalau sesat tengah-tengah pekan tu.


Lepas menaip sms jalan ke rumah, nak kena bagitau mak dengan abah plak pasal mamat ni.ishk.macamana nak bagitau ni?tak pernah-pernah bawak lelaki datang rumah. dalam mimpi selalu laa.ayoyo!


Aku menghampiri mak dan abah yg sedang asyik menonton tv. Al-maklumlah, petang-petang sabtu ni, tv3 menjadi pilihan. tonton Panggung sabtu!


"Ermmm.mak, abah, kawan kakak nak datang petang ni. boleh?," usulku. Mak dan abah saling berpandangan. Masing-masing berkerut dahi.Reaksi dorang macam pelik sebab tetiba cakap ada kawan nak datang.
"Kawan lelaki ke kawan perempuan?," tanya emak. Sama je kawan lelaki ke perempuan. tapi, ni tetiba bagitau ni, pelik la jgak kan. jarang-jarang kawan anak dia nak datang rumah.
"Kawan lelaki,"jawabku perlahan. "Dia da dekat SP kot sekarang. lagi 40 minit dia sampai,"terangku. Kemudian, mak dan abah tergelak sesama mereka. Apa yang lawak taktahu lah, agaknya reaksi muka aku kot, cuak nak bagitau kedatangan dia kali ni.


Lepas 45 minit berlalu,


"Aku dah depan rumah ko. sambut la aku kat depan ni," SMS yg dikirimnya aku terima. cehh.cuak jgak mamat ni,ingatkan cool je memanjang.

Kemudian, aku menyelak sedikit langsir dihadapan, dia masih lagi dalam keretanya.
Cepat-cepat aku bagitau mak dan abah tentang ketibaan si dia. Terus aku menyarung selipar, dan menyambut nya dihadapan.


"Haaa. senang jumpa plak rumah ni. tak sesat langsung?," tanyaku terus menerus. Selalu, orang akan sesat jgak jumpa rumah aku. Samada aku salah bagi direction, atau pun dorang salah amek jalan. Selalunya, aku yang salah bagi direction.
"Senang je jalan. tak susah pun. haaa, ni dah sampai depan Rumah Prof. Azni & Pn. Hamidah," balasnya. Amboi!ingat plak dia nama mak dgn abah. takpun, dia igt sebab aku selalu check-in dekat fb bila sampai rumah.
"Ye laa, ye laa. jemput la masuk, wahai incik yg budiman,"pelawaku. "Ni saya dah hamparkan karpet merah invisible untuk incik," selorohku lagi. Dia ketawa kecil.


Sudah lama jugak kami tak berjumpa. Mungkin tahun lepas, atau dua tahun lepas? tiada perbezaan pada dia, cuma rambut dia mungkin digayakan lain sikit dari dulu. Sebenarnya, perjanjian 2 tahun itu aku anggap hanya permainan. SMS katakan. lagipun, mamat ni bukan calang-calang orang. hot stuff jgak lah. hahaha. "Enough stop it" bentakku dalam hati.




....to be continue

Rindu.

Jadi pada siapa harus aku luahkan rasa rindu ini?
Jika pada si dia, tampak aku tewas pada hasutan syaitan
Aku cuba jadi kuat, kuatkan hati
kuatkan diri, untuk elak dari mengakui pada cinta duniawi


Ya Allah, kuatkan hati ini. sampaikan rindu ini pada si dia di sana
Dekatkanlah kami jika benar kami berjodohan
Jauhkanlah kami, damaikanlah hati kami jika kami tidak berjodohan
Semuga cinta kami nanti, hanya padaMu Ya Rabbi


Bantulah aku, perbetulkanlah aku, bimbing lah aku,
agar aku sentiasa dalam redha Mu,
Agar aku tidak tersasar dari jalan Mu,
Hidup dan Mati ku, hanya pada Mu, Ya Allah.

Kecewa,

Aku cuba jadi positif, bila aku tau sebenarnya dah takda harapan pun
memang takda harapan langsung
tapi aku percaya, mana tahu bila kita dah berusaha, dah berikhtiar
jalan cerita mungkin boleh jadi terbalik
Jadi, aku usahakan, setakat yang mampu
"Kita merancang, kita cuba merancang, tapi segala-galanya di tangan Allah.
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita"


Lepas aku dah berikhtiar, aku dapat keputusan, aku kecewa yang amat sangat
walaupun aku tahu, aku memang takda harapan
tapi, still aku letakkan harapan yang tinggi 
Untuk segalanya, selalu aku letak harapan yg tinggi, lepas tu, 
bila tak dapat, jatuh terjelepuk,sakit dengan kecewa
sakit yang amat sangat.


sekarang, aku perlu redha dengan ketentuan
"Mungkin ada yang lebih baik nanti, Allah Maha Mengetahui"
Mungkin tak dapat sekarang, mungkin next time dapat lebih baik lagi.


Kegembiraan dan kekecewaan.


July 23, 2012

Puasa itu Rukun Islam ketiga

Aku pernah jadi salah sorang yg bukak periuk masa kecik dulu
and pernah kantoi masa bukak peti ais
even lagi sikit nak bukak puasa, 
pergi peti ais and gonggok air sejuk dengan puasnya
kantoi dekat Abang and mak, but i was defending myself
"Manada minum, orang duk depan peti ais nk amek aircond lahh"
I need to defend myself, sebab duit raya nanti tak cukup RM30, Malu tau!


Masa masuk bilik air pun sama,
I was bathing with Abang and adik, (kecik2 dulu kann.nothing to shame about.haha)
sambil-sambil kumur tu, telan air terus.
and start again, we're accusing each other sebab minum air time kumur.
cess, padahal sekor-sekor minum air, 


Me even crying, nak bukak puasa. sebab dulu, pergi-balik sekolah jalan kaki,
and even cheating, "Mak, kakak sakit perut. nak bukak puasaaaa"
Menangis sepanjang jalan, fikirkan penatnya puasa
padahal, masa sekolah elok je fe'el.


Too many excuses dulu,punyalah tak paham pasal puasa
We should teach our children how to fasting
and what's the meaning of Ramadhan.
Jangan ajar budak-budak puasa sebab nak duit raya.
My mind set that thing sepanjang-panjang sekolah rendah tu - "Puasa sebab duit raya sehari seringgit" 
Ajarkan bahawa "Puasa itu Rukun Islam ketiga" 
yang selanjutnya, explen dengan penuh berhemah.


" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah : 183)" 

Hati yang sakit.

Hati yang sakit, nafsu yang tak terbendung.


Beli juadah bermacam-macam, ikut kata nafsu,
tapi perut, kecil, tak mampu muatkan, akhirnya terbuang
tak ke membazir namanya. waktu membeli patut fikirkan, tentang kesusahan orang lain
bukan ikut hawa nafsu, bukan ikut menariknya makanan
fikir keadaan orang lain, yg tak mampu makan macam kita 


Bila solat, tak khusyuk, hati salahkan syaitan.
Ada sebab kenapa dikatakan "Syaitan dirantai di bulan Ramadhan"
Supaya diri sendiri sedar, kemungkaran itu datang dari nafsu sendiri.
Inilah penyakit hati. Hati dah gelap, hitam kabur dengan dunia
Walhal, Akhirat itu lebih banyak manisnya, lebih banyak indahnya



Bulan Ramadhan, banyak lakukan solat sunat, istighfar and hidup kita ni bukan utk dunia, tapi nun- Akhirat sana.

June 18, 2012

Bandung Escape (Photo series)

Hello.just have some lil time to update about Bandung.
Been there for 4 days. Bandung as especially made for Shoppaholic!
seriously, you can spend about 1k ++ there.
Lots of varitey, dari jeans, ke baju kurung ke handbag.
The food was awesome, and cheap too! 
even kedai was beautifully furnished and organized!
We don't try kedai tepi jalan sebab takut nanti sakit perut.
but our supir bring us to the great restaurant.
Nice restaurant, with cheap price! nyummmmehh!:D

So, I'd borrow my friend Samsung SII, and 
most of the time, the camera function will hanged (-_-") 
So, here are some pictures there, dari camera amoi & me.

This is us.Hello!

Hello Bandung!

Hello Tangkuban Perahu!

Us!

Nasi Padang

In front of Nasi Padang Restaurant. Cost only RM4/Person! 

Kartika sari. - Kek lapis, pisang bolen and brownies

Ini pisang Bolen.
Raico and steak beliau. cost about rm15 je.

Us at Pasar Baru. 9 storey for the shoppaholic!HAHA

Amoi at Toko Tiga. 

Bye! Till we meet again!


Menanti Sebuah Jawaban




Aku tak bisa luluhkan hatimu 
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu



June 16, 2012

She married!

One of my BFF married now. She's someone wifey and I'm happy for her ^^
During her solemnization, i just finished my IELTS test.
The test was ok, but maybe I just spent too much time reading the passage,
and I dont have much time on the last question.(For reading section)
hmmph, and the result already come out, lil bit frustrated.
tapi, siapa suruh tak study? kan dah dapat sikit! :'( 
plus, recently, I can't manage my time, meralit tengok running man!haiyohhh.

so, here are some pictures during Didi's wedding day! 
After solemnization.I was sitting next to her, and she was crying.cehh.awal-awal kata jiwa kental:p

Perarakan dari masjid. Sepanjang jalan bercakap je keje.


Us. "Ehhhhh!"trademark Will smith slalu buat rasanya.hehe

Sopan sikit. lepas review gambar dekat pelamin, most of the time adalah gambar me bercakap dengan didi.aiyaaa.spoil btol la minachi ni.

Us. Dido and minachi:)

Barakallah on your wedding Didi.
I'm happy for you.
Jadi isteri yang solehah tau! 
Jangan nakal-nakal dah, kena ikut cakap suami.hehehe


p/s: macam biasa, semua tanya bila pengapit punya turn plak? aiyaaaa. calon tak muncul tiba lagi laa.

May 23, 2012

Sweetness.



This is sweet.the song, the time
and the groom.

Orang yang ada lesung pipit, selalunya sweet, kan?kan?

May 11, 2012

One month.

"Sorry, I was late"


.
.
.
.


and all the conversations, and actions
keep repeating inside my mind.
I'm sorry, I was so trembled, 
my heart beating faster and faster,
and I stumbled there.


But, thanks for completing one of the memory.