Rabu, Ogos 24, 2011
Selasa, Ogos 23, 2011
Berita Kedatangan Nabi Muhammad Dalam Pelbagai Kitab Purba
Sebenarnya, terutusnya Nabi Muhammad ke dunia ini dah dirakamkan di dalam pelbagai kitab purba.Allah swt telah berfirman di dalam al-quran bahawa tiada satu kaum pun yang tidak menerima ajaran tauhid. Oleh itu tidak mustahil jika kedatangan nabi Muhammad telah dirakamkan dalam pelbagai kitab purba pelbagai kaum.
Nabi Muhammad dalam Agama Hindu
Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yg ditunggu-tunggu dari seorang Kalki Avtar. “av” bermaksud turun. “tr” bermaksud melewati. Jadi maksud perkataan Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalki Avtar artinya adalah “utusan terakhir”.
Ayat –ayat hindu yang jelas menyatakan tentang nabi Muhammad ialah:
“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman atau umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
(Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27)
Beliau adalah cendikiawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau bukan seorang bangsawan India. Dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang yang asing.
Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di dalamnya terdapat istilah “akkaru” yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah
Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah kepada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan mengalahkan ketua suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.
Kalki memusnahkan patung (Kalki Avtar)
Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:
- Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.
- Patung-patung dimusnahkan dan pemujaan dihentikan.
- Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tidak kelihatan lagi.
Nabi Muhammad dalam Agama Zorester ( Majusi ) Parsi
Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir, salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:
“Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong. Selepas daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki Madain, Tus dan Balkhiaitu tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mereka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat
Dalam kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berfirman kepada Nabi Musa, katanya:
“Bahawa aku (tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka (orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan aku akan menjadikan segala firmanku dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka segala yang aku pesankan."
Nabi Muhammad dalam kitab Injil Yahya
Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa) bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku pergi kerana jika aku tidak pergi, tiadalah pembela itu akan datang kepadamu, tetapi jika aku pergi aku akan menyuruh dia kepadamu pembela (Orang yang terpuji)
Ayat ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan datang tadi akan menyambung tugas-tugas Nabi Isa.
![]() |
| Injil Barnabas |
Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang sesudahku (Isa) nanti.
“Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu (murid-murid Isa) dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku menjadikan kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang menjadikan kamu. Adapun tentang diriku sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan (Rasulullah) yang akan datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas kamu ditipu orang kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka mengambil perkataanku dan mengaturkan Injilku."
Ketika itu berkata Andraus, “Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami satu tanda supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab Isa, “Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan datang kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu dirosakkan orang Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang mukmin (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan (Allah) merahmati dunia ini, maka diutus Rasul-Nya yang tetap, awan putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan Tuhan (Allah) dan dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan datang dengan kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat dan ia akan menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini.
Sesungguhnya aku menyukai yang demikian, kerana dengan perantaraannya akan diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah) dan Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang berkata bahawa aku orang yang lebih besar daripada manusia (sama dengan Tuhan.
Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya, tatkala manusia memanggil aku Tuhan (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi di dalam alam ini. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam ini dengan kematian Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan mengolok-olokkan aku di hari kiamat nanti. Aku tetapkan begini selamanya hingga datang Muhammad Rasulullah . Apabila Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang beriman dengan agama Tuhan (Allah).
Nabi Muhammad dalam Agama Buddha
Maksud Buddha ialah Orang yang diberi petunjuk. Di dalam tradisi Budha, pemimpinnya sendiri Sidharta Gautama telah meramalkan kedatangan seorang manusia yang diberi wahyu. Dalam Doktrin Budha (The Gospel of Buddha) oleh Caras (perkara.217-218) tercantum bahawa Budha agung yang akan datang ke dunia ini dikenal sebagai “Maitreya”. Cakkavatti-Sihanada Suttana memberinya nama “Meteyya”. Kedua kata ini bermakna “pemberi rahmat”. Dengan merujuk kepada sejarah kehidupan Muhammad saw, kentara sekali beliau adalah orang sangat penyayang dan al-Quran juga menyebut-nyebut fakta ini.
![]() |
| Sidharta Gautama |
Ada sejumlah kesamaan lebih jauh, seperti yang terbaca dalam kitab suci kaum Budha: “Para pengikutnya (Maitreya) berjumlah ribuan orang, sementara jumlah pengikutku ratusan orang.” Faktanya, pengikut Nabi Muhammad saw berjumlah ribuan orang (sekarang tentunya jutaan).
Persamaan-persamaan lain
Seorang Buddha yang tercerahkan itu dilukiskan sebagai memiliki kulit yang amat cerah dan bahawa seorang Buddha memperoleh “pandangan yang luhur di malam hari”. Dalam kenyataan sejarah, Nabi saw kerap melakukan solat pada waktu malam (tahajjud) sebagai tanda cintanya yang mendalam kepada Pencipta Alam ini. Selama hayatnya, Nabi saw tidak pernah meninggalkan solat tahajjud. Hasilnya, beliau memperoleh pandangan yang tajam untuk mengetuai peradaban baru manusia iaitu peradaban Islam.
”Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama “Maitreya”. Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agong ini daripada awal hingga ke akhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.
(Gautama Buddha berkata dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. 111, 76)
Gautama Buddha sendiri berkata, “Saya bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku, seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu”.
Koleksi
Cerita-cerita
Isnin, Ogos 22, 2011
Selawat Syeikh Ahmad Badawi
FADHILAT MEMBACA SELAWAT SYEIKH AHMAD BADAWI
Menurut pendapat orang-orang 'Arifun (para Waliullah) barang siapa'membaca " selawat Nuur" sebanyak 100 kali atau sekurang-kurangnya 40 kali pada tiap-tiap hari" maka ia akan memperolehi kelebihan-kelebilran seperti berikut:
l) Disampaikan segala hajat.
2) Menghilangkan dukacita.
3) Menjauhkan bala'
4) Terhindardari kejahatan musuh-musuhnya.
5) Melapangkan rezeki.
6) Memudahkan segala urusan-urusan yang sukar.
7) Diterangkan hati dan fikiran
8) Supaya mudah memahami ilmu-ilmu yang dipelajari.
Koleksi
Panduan
Selasa, Ogos 09, 2011
Catatan kerja 9 : Setahun Berlalu
Alhamdulillah, semalam setahun sudah saya bertugas di SRI Seremban. Banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh. Suka duka silih berganti. Senang dan susah sekejap datang sekejap pergi. Semoga saya dapat meneruskan agenda pentarbiahan diri ini agar diberikan peluang untuk berbakti kepada Agama dan negara kelak.
Setiap kali memikirkan beban dan cabaran, memang terasa dan mahu mengalah. Macam-macam hal yang berlaku. Tapi bila merenung kembali, inilah Tarbiah yang Allah berikan agar diri ini menjadi kuat serta mampu menghadapi rintangan pada masa akan datang. Hidup ini mesti diteruskan walau bagaimana pun cara dan keadaannya. Semoga Allah berikan diri ini kekuatan agar segalanya mampu untuk dihadapi dengan baik. Amin ya Allah......
Koleksi
Catatan Kerja
Bila saya bertudung?- Catriona Ros
KUALA LUMPUR, 9 Ogos: "Suami saya tanya, 'bila', saya kata 'pagi tadi'...dia tidak kata apa-apa hanya datang peluk dan cium saya," cerita pelakon Catriona Ros dalam rancangan Selami Jiwa yang dihoskan oleh Datuk Fadhilah Kamsah di Astro Oasis.(Catriona dalam rancangan Selami Jiwa yang dihoskan oleh Datuk Dr Fadhilah Kamsah) Catriona menceritakan pengalaman beliau yang mula bertudung 16 Julai tahun lepas dalam keadaan beliau adalah seorang pelakon di negara ini. Catriona mula berhijrah memakai tudung 16 Julai tahun lepas ketika beliau menemani rakan-rakannya untuk membeli tudung di sebuah kedai. "Oleh kerana lama sangat mereka pilih, saya rasa boring sangat, lalu saya ambil satu tudung dan cuba pakai. Ada satu macam perasaan dalam saya bila saya pakai, rasa berdebar-debar. "Bila rakan-rakan saya tengok kenapa saya nampak pucat, saya kata saya nak pakai tudung...mereka gelakkan saya..mereka kata kepada saya jadikan ia azam tahun baru ke, puasa tahun depan ke dan sebagai. "Tetapi bagi saya ketika itu, ia tidak akan lama...saya akan memakainya" cerita Catriona dalam rancangan yang disiarkan jam 1.45 petang tadi. Catriona berasal dari Kelantan tetapi menetap di Kuala Lumpur. Beliau bersekolah di sekolah agama Naim Lilbanat di Kota Bharu namun tidak pernah memakai tudung selepas keluar dari sekolah apatah lagi selepas bergelar artis. "Keluarga saya tidak paksa saya bertudung namun kebanyakan mereka bertudung," cerita Catriona. Menurut Catriona, ujian terbesar yang beliau hadapi dalam mengekalkan tudungnya adalah ketika suami beliau mengajaknya bercuti selama tujuh hari ke Australia. "Di sana, tidak ada yang bertudung, ramai yang bermini skirt dan singlet sahaja...namun alhamdulillah saya berjaya untuk mengekalkan tudung saya sepanjang tujuh hari saya di sana," kata Catriona. Turut menjadi tetamu Dr Fadhilah di rancangan bertajuk "bertudung, fesyen atau tuntutan agama itu adalah seorang remaja Nurul Atikah yang memakai tudung sejak berumur 13 tahun lagi atas didikan keluarga walaupun tidak ada paksaan. Catriona berkata, respon yang paling beliau tunggu selepas memakai tudung adalah dari suaminya sendiri yang ketika itu berada di luar. "Apabila dia pulang ke rumah dan membuka pintu, saya sudah memakai tudung...dia nampak sangat terkejut dan bertanya, 'bila', saya kata 'pagi tadi'...dia tidak kata apa-apa hanya datang memeluk dan mencium saya," cerita Catriona. Suami beliau yang turut hadir ke rancangan Astro Oasis itu berkata, perkara pertama yang terlintas di kepala beliau ketika melihat isterinya bertudung adalah, 'bagaimana dia hendak bekerja' sebagai seorang artis. "Namun selepas itu saya tahu, bertudung tidak semestinya tidak boleh berlakon," katanya gembira dengan perubahan isterinya. Menurut Catriona, sambutan dari keluarga beliau juga sangat hebat. |
Koleksi
Macam-macam
Ahad, Ogos 07, 2011
Positif vs Negatif
Orang Positif selalu jadi sebahagian dari jawapan;
Orang negatif selalu jadi sebahagian dari masalah.
Orang Positif selalu mempunyai perancangan;
Orang negatif selalu mempunyai kambing hitam.
Orang Positif selalu berkata, “Biarkan saya yang mengerjakannya untuk anda”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu bukan pekerjaan saya”;
Orang Positif selalu melihat jawapan dalam setiap masalah;
Orang negatif selalu melihat masalah dalam setiap jawapan.
Orang Positif selalu berkata, “itu memang sukar, tapi kemungkinan boleh”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu mungkin boleh, tapi terlalu sukar”.
Semasa Orang Positif melakukan kesalahan, dia berkata, “saya salah”;
Semasa Orang negatif melakukan kesalahan, dia berkata, “itu bukan salah saya”.
Orang Positif membuat komitmen-komitmen;
Orang negatif membuat janji-janji.
Orang Positif mempunyai impian-impian;
Orang negatif mempunyai tipu muslihat.
Orang Positif berkata, “Saya harus melakukan sesuatu”;
Orang negatif berkata, “Harus ada yang dilakukan”.
Orang Positif adalah sebahagian dari sebuah team;
Orang negatif melepaskan diri dari team.
Orang Positif melihat peluang;
Orang negatif melihat kesusahan.
Orang Positif melihat kemungkinan-kemungkinan;
Orang negatif melihat permasalahan.
Orang Positif percaya pada menang-menang (win-win);
Orang negatif percaya, mereka yang harus menang dan orang lain harus kalah.
Orang Positif melihat potensi;
Orang negatif melihat yang sudah terlewat.
Orang Positif seperti thermostat;
Orang negatif seperti thermometer.
Orang Positif memilih apa yang mereka katakan;
Orang negatif mengatakan apa yang mereka pilih.
Orang Positif menggunakan perbalahan keras dengan kata-kata yang lembut;
Orang negatif menggunakan perbalahan lembut dengan kata2 yang keras.
Orang Positifselalu berpegang teguh pada nilai2 tapi bersedia berkompromi pada hal2 remeh;
Orang negatif berkeras pada hal2 remeh tapi mengkompromikan nilai2.
Orang Positif berkata, “Jangan berbuat pada orang lain apa yang Anda tidak ingin orang lain perbuat pada anda”;
Orang negatif berkata, “Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya pada anda”.
Orang Positif membuat sesuatu terjadi;
Orang negatif membiarkan sesuatu terjadi.
Para Orang Positif selalu merancang dan mempersiapkan diri, lalu memulai tindakan untuk menang…
Para Orang negatif hanya merancang dan berharap dia akan menang.
Orang negatif selalu jadi sebahagian dari masalah.
Orang Positif selalu mempunyai perancangan;
Orang negatif selalu mempunyai kambing hitam.
Orang Positif selalu berkata, “Biarkan saya yang mengerjakannya untuk anda”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu bukan pekerjaan saya”;
Orang Positif selalu melihat jawapan dalam setiap masalah;
Orang negatif selalu melihat masalah dalam setiap jawapan.
Orang Positif selalu berkata, “itu memang sukar, tapi kemungkinan boleh”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu mungkin boleh, tapi terlalu sukar”.
Semasa Orang Positif melakukan kesalahan, dia berkata, “saya salah”;
Semasa Orang negatif melakukan kesalahan, dia berkata, “itu bukan salah saya”.
Orang Positif membuat komitmen-komitmen;
Orang negatif membuat janji-janji.
Orang Positif mempunyai impian-impian;
Orang negatif mempunyai tipu muslihat.
Orang Positif berkata, “Saya harus melakukan sesuatu”;
Orang negatif berkata, “Harus ada yang dilakukan”.
Orang Positif adalah sebahagian dari sebuah team;
Orang negatif melepaskan diri dari team.
Orang Positif melihat peluang;
Orang negatif melihat kesusahan.
Orang Positif melihat kemungkinan-kemungkinan;
Orang negatif melihat permasalahan.
Orang Positif percaya pada menang-menang (win-win);
Orang negatif percaya, mereka yang harus menang dan orang lain harus kalah.
Orang Positif melihat potensi;
Orang negatif melihat yang sudah terlewat.
Orang Positif seperti thermostat;
Orang negatif seperti thermometer.
Orang Positif memilih apa yang mereka katakan;

Orang negatif mengatakan apa yang mereka pilih.
Orang Positif menggunakan perbalahan keras dengan kata-kata yang lembut;
Orang negatif menggunakan perbalahan lembut dengan kata2 yang keras.
Orang Positifselalu berpegang teguh pada nilai2 tapi bersedia berkompromi pada hal2 remeh;
Orang negatif berkeras pada hal2 remeh tapi mengkompromikan nilai2.
Orang Positif berkata, “Jangan berbuat pada orang lain apa yang Anda tidak ingin orang lain perbuat pada anda”;
Orang negatif berkata, “Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya pada anda”.
Orang Positif membuat sesuatu terjadi;
Orang negatif membiarkan sesuatu terjadi.
Para Orang Positif selalu merancang dan mempersiapkan diri, lalu memulai tindakan untuk menang…
Para Orang negatif hanya merancang dan berharap dia akan menang.
Koleksi
Tips Menarik
Langgan:
Catatan (Atom)
Blog Design by Gisele Jaquenod











KUALA LUMPUR, 9 Ogos: "Suami saya tanya, 'bila', saya kata 'pagi tadi'...dia tidak kata apa-apa hanya datang peluk dan cium saya," cerita pelakon Catriona Ros dalam rancangan Selami Jiwa yang dihoskan oleh Datuk Fadhilah Kamsah di Astro Oasis.