Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

PROGRAM IFTAR KALI KE-3

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Aku di wakil kan untuk meng updates kan blog GHIMO nie selepas program majlis berbuka puasa 2011..sori kalau terlambat aku nak updates prorgam nie..jgn marah yer mem beso! hik3..chewahh...


Firstly...
Aku nak ucapkan alhamdulillah dan tahniah kepada En.Fariz Mustafha dan CIK APPLE..yang telah menjayakan Program Iftar GHIMO kali ke-3 (MAJLIS BERBUKA PUASA 2011) yang diadakan di HOTEL PUTRA,JALAN TUN RAZAK..Dan diakhiri dengan bersahur bersama ahli² GHIMO di NASI KANDAR PELITA,SUBANG..besttt weyhh...jangan jeless...hak3


Program ini juga dijalankan untuk sesi perkenalan ahli² GHIMO yang baru..Walaupun ramai yang xdapat hadir ke majlis ni,
jangan bersedih,jeles ke,merajuk ke...ade yang jauh xdpt nak join majlis nie..kami memohon maaf sangat²..
banyak lagi event yang akan dilakukan didalam group GHIMO ni selepas program Iftar nie...kalau boleh nak redah 1malaysia untuk berjumpe dengan ahli GHIMO yang lain..
So..pada ahli² yang baru..ataupun yang bakal menjadi ahli baru..anda semua dialu²kan untuk join kami..
untuk merapatkan lagi silaturahim sesame GHIMO² yang lain..


kata² terakhir dari aku ..i LOVE GHIMO! AUMMMMMM!!!...
kenyangggg beb!!!


PANTUN RINGKAS DARI AKU(BUBU)

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.


=CANDIDSHOOT=



PEACEEEE!!!!!











gamba diatas : menang kueh kapit ain yakuza






majlis bersuraii..............
edited by bubu xD

Wednesday, August 3, 2011

Jemputan Iftar Ghimo kali ke-3

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

"Hai orang² yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah 
diwajibkan pada orang² sebelum kamu. Mudah²an kamu bertakwa" 
(Al Baqarah:183) 

Bersempena Ramadhan, Ghimo 1986 ingin menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bagi menambahkan aktiviti-aktiviti yang sedia ada.

Maklumat majlis seperti berikut:
Tempat: Hotel Putra, Jalan Tun Razak, KL

Tarikh : 20 Ogos 2011

Budget : RM60 / seorang

Menu : 
Kambing Panggang, Pari & Cencaru Bakar, Sotong Kari Kentang, Cencaru Sambal, Daging Rendang Tok, 
Nasi Ayam, Mee Mamak, Tomyam, Bubur Lambuk, Nasi Putih, Cucur Ikan Bilis, 
Sayur Campur Cendawan, Peria Goreng Garing, Udang Masam Manis, Paru Goreng Rempah, 
Kuih-muih Melayu, Kurma, Jeli & Puding, Bubur & Pengat, 
Ice Lemon Tee, Bandung, Cincau, Air Panas dan lain-lain.

PEMBAYARAN:

01270003186521 - (CIMB) Rosmanizawati Ahmad Khalil
164548056250 - (Maybank) Mohd Farizzuan Mustafha

Sila daftar awal untuk memudahkan urusan tempahan.
Tempahan dibuka sehingga 9 Ogos (Selasa) jam 12 Malam.
Bayaran akhir 13 Ogos 2011 jam 12 malam.

UNTUK PENDAFTARAN & BUKTI PEMBAYARAN emailkan kepada rosmanizawati@yahoo.com dan farizmustafha@gmail.com yang mengandungi maklumat berikut.

Name:
No HP:
Email:
Kuantiti: RM
Bank: CIMB or MAYBANK

PENGANGKUTAN:
Monorail dan STAR LRT - Hentian Titiwangsa
Kg Baru @ terus ke Hotel Putra.

TENTATIF PROGRAM:
oleh kerana JALAN TUN RAZAK sure akan jem jd kami sebagai penganjur membuat kata putus bhw kita semua kan terus berkumpul di LOBI HOTEL PUTRA



6.30petang -berkumpul

7.30 pm - bacaan doa berbuka menikmati juadah sambil sesi suai kenal..


9.00 pm - bersurai...tp kalau ada nk terus kan sesi shoping menyoping kt mana2 silakan...n make sure jaga keselamatan diri anda!

Untuk keterangan lanjut @ jika ada sesiapa yang rasa nak join, sila PM 

Encik Fariz & Cik Apple di facebook.

Sekian, terima kasih.




Wednesday, July 13, 2011

CERITA GHIMO

Nie Video2 dr GHIMO 1986.. saja nk share ngan korang.. ENJOY k.. LOVE U :)



Wednesday, November 3, 2010

sila ALERT!

Ni pasal bowling lagi.
Mintak perhatian!
Kepada sape-sape yang nak join pertandingan bowling,
sila jelaskan bayaran sebelum/pada



7 November 2010




sekian terima kasih

Sunday, October 24, 2010

Pertandingan Bowling diTUNDA...

Disebabkan ramai warga Ghimo yang tak dapat memberi komitmen untuk aktiviti Pertandingan Boling dan Mengeratkan Ukhuwah, jadi pertandingan tersebut terpaksa ditunda pada tarikh baru iaitu;

PADA 28 Nov 2010...

tempat dan lain-lain info sila dapatkan di sini (klik sini)

Segala kesulitan amat dikesali...
Tapi yang pasti pertandingan ini tetap akan dijalankan...
Harap semua dapat memberi komitmen dan terus menyokong Ghimo 1986 ini :D

Majulah sukan untuk negara! ihiks!

Wednesday, October 20, 2010

Blog Update! ^_^

Yuhuuu... hari ni dengan bangganya aku nak bagitahu blog ghimo dah update.
Serius, berhabuk, bersawang aku tengok blog neh. Adeh. Setahun dah kot tak update... cian dia -___-"

Jadi kali ni update untuk bagitahu tentang aktivit terbaru.
Paling-paling dekat aktiviti budak-budak ghimo ni ialah pada 28 November 2010!
Jom siapa-siapa yang free boleh join aktiviti ni tapi bukan free yep, kena bagi sumbangan.

Aktiviti : Pertandingan Boling dan Mengeratkan Ukhuwah yang makin suram <- ahaks! lebih2 plak..
Tempat
: Ole-ole Seksyen 18, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Dan bawah ni serba sedikit informasi pasal aktivit ni. Cekidot!

Diadakan utk menonjolkan bakat bagi setiap individu yg bertanding disamping mengeratkan lagi ikatan ukhuwah sesama kita...

Hadiah akan disediakan oleh pihak penganjur bg pemenang individu dan berkumpulan.

Tarikh Tutup Penyertaan beserta bayaran sebelum atau pada 07 NOVEMBER 2010


ANGGARAN KOS :-

PERMAINAN :- RM6.00 X 2 FRAME = RM12.00

HADIAH BERKUMPULAN (semua dapat)
seorang = RM7.00

HADIAH INDIVIDU (PERTAMA - KETIGA)
1 HADIAH = RM30.00
3 HADIAH = RM90.00

SEORANG = RM90.00 / BILANGAN PESERTA

ANGGARAN JUMLAH KOS UNTUK SEORANG
=RM25.00
(LEBIH AKAN DIPULANGKAN)

SILA LAH MASUKKAN YURAN PENDAFTARAN D AKAUN MAYBANK YANG TERTERA DIBAWAH..


MOHD SHAZNI BIN ABDUL RAHIM
158118119688

After masukkan kan, sila mesej pemberitahuan di Nombor 017-6098835 A.S.A.P...
THANK YOU..(^_^)

p/s: Sila menjenguk blog ini selalu. Event ini akan di update dari mase ke Semasa. Kos pertandingan ini akan di beritahu kelak.

from: Saze

Jadi kepada sesiapa yang berminat, tak kisahlah sama ada korang dah join group ni atau belum, boleh je join event ni, kitorang semua SPORTING gila tau...
... atau ada yang masih ragu-ragu tentang kewujudan group Ghimo ni, boleh usha-usha kitorang kat laman web ini; Facebook Ghimo Group (Klik sini)
dan sila klik 'Like' ok!

Harap-harap boleh ramai-ramai memeriahkan event kali ni!! ^_^

Tuesday, June 23, 2009

Monday, May 18, 2009

AKTIVITI MENDAKI GUNUNG



Assalammualaikum.. W.B.T.... & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dgn limpah kurnia-Nya kita telah berjaya melaksanakan program yang cukup mencabaran fizikal dan mental iaitu KEMBARA GUNUNG DATUK dgn berjayanya program ini maka sudah terlaksanalah objektif program ini iaitu untuk memberi pendedahan kepada para ahli GHIMO untuk menjadi pendaki gunung disamping mengetahui cara untuk survive didalam hutan..tahniah kepada sume line-up..

Program : Kembara Gunung Datuk

Lokasi : Rembau, Negeri Sembilan

Tarikh : 17 Mei 2009

Info Gunung :

Gunung Dato’ ini, satu-satunya gunung di Rembau. Negara pernah gempar dengan berita pendaki-pendaki hilang di gunung ini suatu masa lalu.

Kem site puncak berada tidak jauh sebelum pendaki sampai ke puncak gunung. Panorama di puncak menarik dengan sudut pandangan 360 darjah serta angin di puncak bertiup dingin. Puncak terdapat batuan besar yang begitu banyak sehingga pendaki terpaksa menggunakan tangga untuk mendaki

Pengarah Program : Keyqi

Line-Up :
Keyqi, Yana, Ari, Ain, Hanna, Rai, Hiisma, Rina, Epul, Zana, Amirah, Ringgo, Nurul Farhana, Nurul Shahida, Nadia, Nuriana, Anwari, Syed, Elly, Moon, Norazlan, Umar, Illias, Capik,
Siti Nur Ain, Al-Hafiz, Syariff, Wan Noriah, Idawati, Omar Islam, Zul, Winkey, Nurul Anis
Leha, Kupeng, As, Sopi, Hariz, Hazim, Tip, Salehuddin

Log Perjalanan :

*17. 05. 2009 (Ahad)
11.00pg - Berkumpul di kaki Gunung Datuk (Setting Barang)
11.15pg - Penerangan di berikan oleh keyqi
+ Bahagikan kumpulan
+ Nombor keselamatan
+ Bahagikan wisel
+ Bahagikan Tag nama
+ Bahagikan makanan dan air
+ Warming Up
+ Pantang larang (niat)
+ Bacaan Doa

11.30pg - Trekking dimulakan yang di ketuai oleh keyqi sebagai Forward, Zana sebagai Center dan Zul (kawan keyqi) sebagai sweaper.
12.45ptg - Sampai di checkpoint 1st. Peserta rehat sebentar sebelum memulakan pendakian ke puncak. Ketika di sini Ringgo dan Zana menghantar peserta yang sakit ke kaki Gunung Dato’ dan Umar telah menggantikan Zana untuk menjadi Center.
01.05ptg - Pendakian bersambung semula selepas peserta berehat di checkpoint pertama.
03.00ptg - Peserta sampai di puncak Gunung Dato’. Semua peserta bergambar di puncak Gunung Dato’ dan berehat untuk makan dengan makanan yang telah di sediakan.
04.00ptg - Semua peserta memulakan pendakian menuruni Gunung Dato’ yang di ketuai Zul sebagai forward, Zana sebagai centre dan keyqi sebagai sweaper.
06.00ptg - Semua peserta telah selamat sampai di kaki Gunung Dato’. Semua peserta menikmati hidangan nasi tomato yang telah di sediakan.

07.00ptg - Bersurai…..

Catatan :

Terima kaseh kepada semua yang terlibat kerana kowang sume bg kerjasama pada aku dan cana...Segala keburukan datang nya daripada kami dan yang baik datang nya daripada ALLAH....

Disini juga aku mintak maap jika aku ngan cana ader wat salah atau ader kekurangan yang kowang x puas hati dan aku mintak maap banyak jika aku laju sgt ketika mendaki..aku mintak maap sgt2.Sekali lagi aku ucapkan terima kaseh kepada semua dan mintak maap jika aku ngan cana ader wat salah.

SEMOGA MAKLUMAT INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBERI PANDUAN DI MASA HADAPAN...
SEKIAN TERIMA KASIH...

Laporan disediakan oleh Keyqi

Saturday, March 7, 2009

MINI GATHERING AT LOST WORLD TAMBUN IPOH...





Assalamualaikum...

Maaf ats kelewatan posting ni...sori sir Ody..aku br de ms ni...huhu

Ermm..cite tbaru psl grup ghimo ni ialah psl mini gathering yg tlh diadakn dgn jaya nya di lost world tambun, ipoh, perak...sbnanya plan utk bt mini gath ni dh lme..dr bln 1 xsilap tp atas ke-bz-an ank2 ghimo yg lain tpksa la ditangguh kn, konon nk bt awl bln2 tp ttangguh gak & akhirnya pd tarikh 22 feb 2009 yg lalu Allah mkbulkn jua permintaan ini & sumenya bjln dgn lancar wlu pn xde selancar mn..haha..bese la msti de bbrp mslh teknikal.

Mn yg btolak dr kl sume bkumpul di pudu seawal jam 7pg sbb tiket bas kol7.30.
Ain, Cikun, Hanna, Fira (writer ;P), Janne, Tip, Fiza (gf tip) & new comer grup; Yana btolak dr kl.
ms naik bas tu xsgka lak de cte hot...jmp apex dlm tu..rupanya dia beli tiket lmbt, nsb baik dpt naik bas yg sme. dlm bas sume asek borak je, Hanna je yg tdo sbb dia xtdo mlm tu..excited pya psl kot...hikhik

Smpi ipoh dlm kol 10 lbh gak. Winkey org pertama yg mnyambut kedatgn ktorg. xlme tu muncul lak Farid, dia bt 2 trip. Sementara tgu Farid htr mmber dia dlu, ktorg pn g isi perut...

Pastu trus btolak ke lost world...betapa excited nya mereka2 ini utk main air..huhu..
tp mmg best la...kenangan terindah..hrp2 lenkali blh lg bt gath cmni..gi berkelah ke..

Dlm kol 5.30 ktorg bpisah..sedey...Photobucket hikhik

utk sume yg dtg menjayakan gath ni Ain, Cikun, Winkey, Sopi, Apex, Janne, Yana, Tip n awex, Wan, Pid0t, Safa, Farid, Dayah, As n awex, & for sure myself; Fira..hehe..
thankz byk2...wlu pn tak rmi yg dpt join tp keseronokannya xdpt digambarkn...xcaya tya dorg2 yg g..best kn?Photobucket







posted by fira ya hilwa ;)

Sunday, January 18, 2009

Mini Gath at Mid Valley

Assalamualaikum...

Pd 17 Januari 2009 bersamaan hari sbtu tempoh hari, grup ghimo bt mini gath kt mid valley mega mall..kebetulan sempena dgn career exhibition kt ctu & farid pn nk trun sne, dh alang2 tu ktorg ank2 ghimo ni pn bt la plan saat2 akhir dan nasib baik sumenya bjln lncar..huhu


1st jmpa tu ktorg jmp kt food court, ain yg decide tmpt tu. mmg penuh gle, sesak, padat sume ada. Yg join mini gath tu ialah ain rosli, jannah, atikah (cousin jannah), ain nahar, saze, cikun, apex, mai, nurul, ringgo, fira, ari & member2 yg dtg dr ipoh; farid, wan & the geng

Ble dh kumpul2 tu mcm2 cte ktorg borak tp lbh pd meeting psl tioman & min
i gath kt ipoh yg akn di buat pd wktu tdekat ni..insyaAllah.

Last but not least, thanks utk ank2 ghimo yg telah menjayakn mini gath ni. InsyaAllah ble ada ms kelapangan grup ghimo akn bt lagi aktivit2 mcm ni & utk sape2 yg bkn ahli grup yg terbaca blog ni, klu nk join grup ni pn blh..di alu2kn...nti blh la jmp time gathering...

wassalam


Antara beberapa pic yg sempat ditangkap....





-posted by fira-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...