Sunday, November 18, 2012

Futur

kadang2 ada satu hari tu aku akan rasa down yang aku sendiri tak tahu kenapa aku rasa macam tu.
sekarang aku tahu apa namanya. itulah penyakit futur.

apa futur tu? bukan sarapan ke maknanya?

sarapan tu huruf  ط tapi futur yang ni huruf ت
kenapa ramai rasa futur? kenapa perlu elak? apa futur tu sebenarnya?

hasil carian google menyatakan:
Dari segi bahasa futur membawa kepada dua maksud. Yang pertama adalah terputus langsung selepas bersikap konsisten dan berhenti selepas aktif bergerak. Yang kedua pula didefinisikan sebagai sikap malas, melambat-lambatkan dan bertangguh berbeza dengan keadaan dulunya sentiasa pantas dan efisien.

Dari segi istilah pula pelbagai definisi mengikut keadaan dan suasana. Mungkin juga membawa maksud kita hilang semangat, hilang arah, menurunnya tahap keimanan, makin banyak melakukan kemaksiatan dan makin menjauhi Allah SWT.
 diambil dari sini

setiap orang pasti akan ada masanya merasa futur. sebab kita ni manusia imannya turun naik.

antara faktor terjadinya futur. hasil carian google jugak:

2. Suka berlebih-lebih dalam perkara yang mubah.Satu contoh ialah berlebihan dalam pemakanan. Walau pun makan adalah satu keharusan tetapi apabila seseorang itu berlebihan dalamnya, ia akan memberi kesan kepada tubuh dan rohaninya. Badannya menjadi gemuk dan berat untuk aktif yang menatijahkan rasa malas.Contoh lain ialah tabiat melunsur internet atau berchat. Apabila seseorang berlebihan dalamnya, ia akan merasa ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk melunsur dan berchat. Akibatnya masa untuk dakwah menjadi kurang dan ia sering merasa konflik antara menggunakan masa untuk amal dakwah dengan tabiat melunsur dan berchat.

4. Kurang mengingati mati dan Akhirat.Antara faktor pendorong kuat dalam amal dakwah ialah hasrat mendapat pahala, rasa rindu dengan syurga, takut akan dosa dan siksa neraka. Kesemua ini berkaitan dengan mengingati akhirat. Oleh itu, apabila mengingati akhirat berkurangan, ia akan diganti dengan ingatan kepada benda-benda lain. Natijahnya faktor pendorong menjadi lemah dan futur menguasai diri.

5. Lengah dengan syubhat dan dosa.Manusia akan pasti melakukan silap dan dosa tetapi ia tidak boleh mempunyai sikap toleransi dengan dosa atau bertoleransi setelah melakukannya kerana dosa akan membina titik hitam. Jika titik itu tidak dibiarkan ia akan melemahkan semangat dan mengakibatkan futur.

7. Melupakan sunnah alam.Futur berlaku juga apabila seseorang itu dalam melakukan amal dakwahnya tanpa mengikut aturan alam seperti mahu satu perubahan yang segera dan cepat, tidak realistik dengan harapannya, sehingga apabila usahanya selalu gagal, ia menjadi putus asa.Termasuk dalam memelihara sunnah alam ialah menunaikan hak badan, keluarga dan hak-hak lain. Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;“Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak atasmu, dirimu mempunyai hak atasmu, keluargamu jug amempunyai hak atasmu. Oleh itu, berikan setiap yang punya hak, akan haknya.” (Riwayat Al-Bukhari)
aku pilih yang mana buat aku terasa je.  nak yang lengkap boleh baca sini

part perkara mubah tu mmg buat aku tercampak. mmg kalo perhatikan aku byk makan pastu byk online. patutnya student kenalah byk study. OK BURNNN.

part melupakan sunnah alam pun sama. aku ni agak perfectionist sikit. pastu suka cabar diri over kemampuan (macam paksa diri jalan laju2 sebab dah terlambat pergi kelas dimana orang lain kalo dah lambat macam tu dia akan naik teksi.) 
nobody's perfect and human being has limitation. true.i know that tapi susah nak ubah. 

ni pun satu lagi yang aku selalu lupa: 

Ingatlah kuasa Allah yang menentukan kejayaan atau kegagalan. Jika kegagalan itu ada di pihak kita, ingatlah apa yang Allah katakan, 'ia adalah akibat daripada gara-gara kamu sendiri' dan setiap kejayaan daripada apa yang dirancang itu disambut dengan penuh kesyukuran. Jangan menjadi angkuh dan sombong atas kejayaan itu.

kadang2 bila gagal rasa kecewa sebab rasa dah buat sehabis baik. tapi bila berjaya hati kembang semacam. astaghfirullah. kat sinilah sebenarnya tawakal, redha dan syukur main peranan. pergantungan pada Allah tu penting.

kesimpulannya, kalo rasa macam futur je cepat2 lah kita cas balik iman kita top up balik amalan kita. dalam link2 kat atas tadi pun ada tulis cara atasi futur ni.


Cuci hati selalu.



Wednesday, October 24, 2012

Don't ever give up.

Sangat terharu dengan kawan2 yg concern. thanks :') post haritu bukan niat nak susahkan hati sape2.

Minggu lepas merupakan minggu paling down. tekanan nak exam berderet 4 hari, dengan dapat markah exam paper yg minggu sebelum tu. markah terendah dalam sejarah. dengan komen doc kat paper exam tu yang sangat mengguris hati. sangat2 down. time tulah everything comes to my mind.

tuhan dah bagi hidup tak manfaatkan sepenuhnya.
peluang ada tak guna sehabis baik.  
dah tahun tiga, b. arab pun terabur lagi.
tak de beza ko belaja overseas. baik duk malaysia je.
tak nak amik arab. nak tukar kos boleh tak?
nak give up dengan hidup boleh tak?

aku berlawan dengan kata2 ni everyday lepas abes exam. hari2 paksa diri revise untuk paper esoknya.

takpe yana, yg hari ni biar lepas. untuk esok buat betul2. don't give up.

tapi baca buku pun tak dpt fokus sgt. asyik teringat2 perasaan jwb paper sebelum tu. pastu esoknya tak dapat jawab dengan baik jugak sebab tak cukup persediaan. benda sama berulang. so sangat kecewa dengan diri sendiri.....

and lepas jawab paper last tadi, rasa nak ponteng je kelas lepas tu. lgpun esok dah start cuti raya haji.
tapi sape sangka kelas itulah yang jadi pengubat hati. booster untuk live forward.
itulah kelas yang tak pernah aku fokus, mengantuk, x faham lecture, x dapat salin nota.
tapi tadi tak mengantuk langsung, senang faham, siap soal jawab dengan doc lagi! first time rasa kelas tu sangat seronok. sangat happy. Alhamdulillah.



sekarang ni tak kisah lah exam tu nanti dpt berapa. mmg tak expect tinggi pun. yang penting skor tinggi2 untuk 2nd exam and final nanti. top up balik mane yg kurang haritu.

Masih ingin meneruskan perjalanan menimba ilmu ini. I'm not giving up.

His love comes in many ways.
I'm happy because I have wonderful friends around me. thank you Allah :')


Allah masih sayang. Alhamdulillah  
for still breathing. for everything

Monday, October 22, 2012

Kalau.

kalau, kalau dan kalau.


-만약 그래서면.....
-그만해라. 그렇게 만약에 만약에 후회하다부면,우리다 태어났어 말했어야돼.
     
 드림하이


H: If it's like that.....
J: Stop it. If you going to regret and say if it's like this or that, you should say it since we were born.

-Dream High.



People make mistakes and sometimes unexpected things happen.   

Life's like that. Stop blaming. Move forward.

Sunday, October 21, 2012

Expectation.

Uwan, Mama, Papa, Abang.
"Gunakan biah kat sana.
 Jadilah kelas pertama"
-Prof.H.M Bukhari Lubis
Ustazah Mastura








I really don't want to disappoint them.

tapi saya dah pun kecewa dgn diri sendiri :(
ottoke?

Wednesday, September 19, 2012

Ilmu

Papa:  Papa tak hantar adik belajar sebab nak cari kerja. Papa hantar belajar sebab nak adik dapatkan ilmu.

Robert Kiyosaki: Don't be addicted to money. Work to learn. don't work for money. Work for knowledge.

because without Knowledge you won't have Wisdom. 
you cannot buy wisdom with money,but you can make money by using wisdom.
Wisdom tu melayunya kebijaksanaan arabnya hikmah.
Kita sebagai muslim sangatlah perlu memiliki sifat ini.
Islam itu agama yang hebat. untuk membawa agama yang hebat kita perlu menjadi orang yang hebat juga.
Kalau kita perhatikan, orang yang bijaksana biasanya lebih tenang dan tidak cepat melatah. sebab dia memiliki pengetahuan yang tinggi. orang sekelilingnya pun menghormatinya.

belajar itu sepanjang masa.sama ada secara rasmi atau tidak rasmi, secara langsung atau tidak langsung.
konsep ilmu sebenarnya sangat luas. Ilmu ada di sekeliling kita. carilah ilmu.
belajar dengan memerhati, belajar dengan mendengar. belajar dengan iman dan taqwa.


mari jadi bijaksana

Wednesday, July 25, 2012

Respect

Sekarang sudah masuk Ramadhan keenam kat Jordan ni.
Sedih sebenarnya sebab masih belum dapat peluang untuk berpuasa.
Rasa macam jeles tengok semua orang berebut2 pahala ramadhan.
Disebabkan belum boleh puasa lagi zouq dia macam tak ada.
Mugkin orang anggap seronok sebab boleh makan minum, tapi sebenarnya tidak.
Puasa ganti sangat x seronok okay. Puasa Ramadhan yang best sebenarnya.
Orang lelaki yang untung sebenarnya.
so, fahamilah.
kami hormat orang yang berpuasa jadi sila hormat kami perempuan yang tidak boleh.


tanya:  "puasa ke?" 


gurau sekali dua boleh dimaafkan.
tapi seeloknya tak perlu tanyalah.
apa kaitan kitorang boleh puasa ke tak dengan korang? effect ke puasa korang? pahala bertambah ke?

Selamat  Berpuasa,
Ramadhan Kareem :)

Friday, July 13, 2012

Some issues.

kenapa kita senang percaya dan senang takut?
mungkin isu sensitif tapi nak cakap jugak apa yg terfikir selama nih.

first 
isu holy water.
pertama kali dengar pasal isu ni masa sekolah menengah. tapi benda ni dah lama dah pun. kita dimomokkan bahawa aktivis gereja giat memberi orang islam minum air holy water tanpa disedari. kononnya air ni diperbuat dari janin hasil persetubuhan paderi. bila dah minum, orang Islam tersebut tak mampu nak ucap syahadah. nak berubat kena mandi air kolah tujuh masjid. tapi kalau orang kafir minum tak de apa2 effect....
ooh betapa hebatnya kuasa air holy water ni. boleh kenal orang Islam ngan kafir lagi. sangat berbahaya.

mula2 aku tak percaya tapi sedikit2 aku takut dengan air holy water ni. takut nak beli air kat luar. but then, terfikir betul ke ada benda yang kuat macam ni? lemahnya kita? Islam kan agama yang benar. takkanlah sesenang tu je orang kristian boleh kalahkan kita?

lepas tu aku jumpa banyak jugaklah tentang holy water ni kat internet. ade ustaz tu dia mualaf dan dia cerita yang holy water tu air biasa je pun. diorang letak depan pintu nak masuk gereja untuk ritual penyucian diri sebelum masuk. diorang tak minum pun air tu. tak jampi apa2 pun kat air tu. air biasa je.

tak rasa bodoh ke takut dengan air biasa? tak rasa bodoh ke tertipu cerita karut macam tu?
secara tak lansung kita telah memfitnah orang. fitnah dosa besar okay.

yakinlah dengan Islam dan ikut ajarannya yang sebenar. sebelum minum baca bismillah. buat apa2 pun mula dengan bismillah. Allah maha-Agung dari segala benda kat muka bumi ni. The Creator.


second
cerita pasal salib pulak. 
ni pun dengar cerita masa sekolah menengah. tapi cerita salib ni tak complicated macam air holy water tadi. simple je, kalo pandang salib nanti iman kita lemah. 
oooh, berkuasa rupanya salib ni. baru aku tau.
sejak tu takut nak pandang salib. semakin paranoid jadinya. nak tulis huruf t kecik pun takut. kalau tulis pun buat ekor ke kanan macam t  ni. buat latihan matematik pun tak suka tulis tambah. nampak macam salib. takut.


tapi satu masa tu aku penat dah nak takut. nak takut sampai bila. lemah gila kita ni x boleh tengok salib. kuat gila orang kristian ni. sebenarnya cerita ni datang dari mana? yang tu aku tak tau sampai sekarang. tak ke kalau kita percaya yang salib boleh buat kita lemah secara tak langsung kita agungkan salib tu? kita akui kekuasaannya? 


pada aku salib tu hanya simbolik je. tak perlu takut.
tapi jangan pulak saja2 nak lukis, saja2 nak tenung. saja2 nak pakai baju ade simbol salib terang tang tang. yang tu boleh pesongkan akidah. seakan2 kita agungkan salib tu. syaitan ade je idea dia nak hasut nanti. musuh kita yang sebenarnya adalah syaitan.


third
makanan ada berkod E.
ya, aku tau kita orang Islam kena jaga pemakanan kita. biar halalan toyibban. yang jelas haram dan semua orang tahu adalah khinzir. isu kod E aku nak cakap yang tak semua yang ada kod E tu ada unsur khinzir. jangan jadi paranoid sangat. anti kod E bagai. kod2 makanan ni sebenarnya mengikut sistem dari eropah.aku pernah baca satu artikel yang ingatnya kod E-100 macam tu nak menunjukkan ada bahan dari unsur serangga atau tumbuhan. yang kita kena berhati2 adalah mula E-400 sebab tu menunjukkan bahan dari unsur binatang. kat situ yang syubhah. kita tak pasti binatang apa? lembu? khinzir? tapi kalau makanan tu dah memang ada cop halal yang asli, insyaAllah.halal je.

sebenarnya kita kena tahu bukan setakat khinzir  je yang haram. even ayam, lembu, kambing semua tu boleh jadi haram bila tak sembelih dengan nama Allah. so jangan nak confident sangat bila makan kat kedai warung bukan Islam semua tu.  

memang pun kalau kita tak makan2 benda2 kod-E tu lagi better. masak sendiri kat rumah. lagipun benda2 mcm tu biasanya jajan-jajan je pun. bukan makanan  asasi.
tak tengok salib pun lagi better.

aku just nak cerita sebab tengok macam kita ni senang sangat melatah dan percaya.
bukan ape, takut terpesong akidah bila kita tengok kristian macam lagi kuat. sebab aku dulu pernah percaya benda2 mcm ni dan pernah soalan tu muncul dalam otak ni. syaitan masuk line. nasib baik aku tak makan hasutan dia tu. Allah masih pelihara mungkin. Alhamdulillah.

lagi satu kalau pasal gangguan jin ke apa mmg kita nampak macam jin kuat sebab tu ramai orang mensyirikkan Allah. tapi sedarlah jin pun mengaku yang Allah tuhan. manusia memang makhluk yang lemah sebab tu kita perlukan Allah. semua yang berlaku atas kehendak Allah. even syaitan nak kacau kita pun mintak izin dengan Allah. semoga kita semua terpelihara dari mensyirikkan Allah.




persoalan :

minyak wangi beralkohol.
sebenarnya haram ke bawak solat?
okay ni memang aku betul2 tak tahu apa hukummya 
(mungkin aku tak search sangat sbb aku bukan pakai pun minyak wangi.)
tapi I found something pasal alkohol.
yang kita tahu arak itu haram. berdosa bila kita terlibat dengannya even kita tak minum. arak seperti yang kita tahu adalah anggur yang diperam. sebenarnya benda2 yang peram macam tu dan boleh memabukkan bila diminum dikira haram contoh air tapai. arak bila alih bahasa Inggeris namanya alcohol. kita panggil kaki minum alcoholic. tapi dalam sains pun ade chemical substance yang namannya alcohol. so I've been thinking is these two are the same thing? if yes, memang yang kita tak leh bawak solat la kan. if not, which one are used in perfumes? 



kalau ada salah silap mohon betulkan :)

Friday, July 6, 2012

You're back.

I've been missing the old me for 5 years
and I just met her yesterday :')
Best feeling. hope she'll stay.

Monday, July 2, 2012

Gagal?


'sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan....' 

best kan lagu ni even pendek.
haaa....
tapi jangan pulak korang semua nak gagal lepas dengar lagu tuh.
lirik tu tak habis tu...meh aku sambung

'....sekiranya kita belajar dari kesilapan dan bangkit semula.'

omputih kata wake-up call. mungkin kita syok sangat bila dah berjaya sampai lupa kepada tuhan yang memberi kita nikmat kejayaan. muhasabah.

oh. aku belum exam pun lagi. so lagu ni de kaitan dengan result atau apa.
nak push diri belajar rajin2 ni sebenarnya...


yeke? fikir macam negatif je.macam dah bersedia untuk gagal lak.


eh mane ade. nak ingatkan diri kalau gagal mesti ada benda yang tak kena.
jadinya kenelah sentiasa jaga hubungan dengan Allah. dan usaha sungguh2.
logik tak sebab aku tu?
........
ah. x kisahlah. saja nak share sebab lirik ni best.
kot2 lah ade masa down sebab gagal boleh la tgok balik video ni.

ketiga-tiga subjek aku amik sem ni, exam first pada ahad ni.
first time dapat jadual exam padat macam ni. doakan.

Thursday, June 28, 2012

ignorance


When solving a very complicated 1000 puzzle pieces
you got two choices, either to accept the challenge with a very high determination to finish it,
or rather ignore it and enjoy the comfort zone for not going through such a difficult task.
but by choosing the second choice, the puzzle never get solved. so you never know what's the big picture is about and the comfort you're feeling is only temporary. the happiness is fake.
true happiness when you finish the puzzle with a lot of effort. it may takes time and you may fail.but even if you failed you still got the experience. there's nothing to lose. you'll feel true satisfaction.

Ignorance happens cause you're a coward. afraid of taking risks. you play safe and love being in comfort zone. you're afraid of failure. you used ignorance as a mask for hiding your weakness. looks cool on the outside but inside?...oh please, you just show what a big loser you are. 
Just be brave and accept those challenges,will ya?

Ignorance is my major problem :(

Mungkin.

Baru lepas blogwalking.jenguk-jenguk blog kengkawan sume. segan ana. semuanya post matang. lagi-lagi kawan-kawan kat Jordan ni haa. blog post diorang memang professional. penuh motivasi dan tazkirah. memang layaklah nak gelar mahasiswa timur tengah. blog aku je yang cam budak-budak. ayat cam budak sekolah je.yelah orang tak selalu update.skill kurang. orang putih cakap practice makes perfect. kene prektis lagi nih....
tapikan kalau nak tulis post sopan macamtu rasanya kene betul-betul datang dari hati ni. bukan hanya skill menulis semata2. sebab kalau keluar dari hati mesti smooth je ayat dia. tapi akhir2 ni post kurang tsiqoh. nampak sangat hati makin kering. Astaghfirullah.


asalnya nak tulis benda lain, tapi baru tulis sikit terfikir lain pulak. terus tak jadi nak tulis idea yang banyak2 tadi. macam tak kena lak kalau tulis jugak.
Tuhan nak tunjuk kot.
mungkin semua tu tak penting untuk cerita?

Tuesday, June 26, 2012

persoalan dan pujukan

Kelebihan belajar Bahasa Arab dan Kesusasteraannya?

aku boleh je senaraikan kelebihan belajar Bahasa Arab. banyak je. dulu masa sekolah pun selalu je wat karangan tajuk ni. tapikan masalahnya tulah kesusasteraan tuh. nak sebut pun susah nak belajar dia lagi susah. dah macam ke-S-U-S-A-H-teraan pulak. wujud pula imbuhan -teraan dlm BM ye liyana? bijak2.

belajar ape yang susah sangat tuuuu?
antara sastera Arab yang utama adalah syeer*(bunyinye share-air.omputih gitu)  iaitu sajak dalam Bahasa Melayu.

* syair bermaksud penyair dalam Bahasa Arab. sebab tu x guna syair. guna syeer.

tak rasa ke susah belajar komponen sastera kat sekolah dulu? macam tulah susahnya belajar syeer ni. nak analisis komponen2 sastera (balaghah) dalam syeer. nak fahamkan maksud lg. dahlah belajar syeer2 lama. bahasa pun bahasa lama yang orang arab pun kadang2 tak tahu. Orang Arab pun rasa syeer susah kita yang Melayu ni lagilah. pastu kena tahu pasal sejarah penyair, peristiwa sejarah yang berkaitan, arudh, qofiah, dot dot dot.....panjang lagi sebenarnya tapi....ahh.tak terkata betapa complicated syeer ni. 
nak cerita pun susah. nampak tak betapa susahnya kat situ?

habistu kenapa belajar syeer ye? mula2 aku ingat sbb syeer ni penting la sbb ia merupakan salah satu rujukan/ dalil nahu (tatabahasa) Bahasa Arab disamping Al-Quran. tapinya banyak je syeer yang ada kesalahan tatabahasa tapi dibenarkan sebab nak jaga kecantikan wazan bait syeer tu. nak jaga muzik syeer sbb syeer Arab ni berkaitan dengan muzik.special sikit sangat smpai jd complicated. 


lepas tu dah susah payah belajar syeer ni nak bawa ke mana? kat Malaysia bukan penting sgt pun syeer2 nih.

setakat ni aku hanya boleh pujuk diri belajar syeer sebab ia memiliki nilai2 kesenian yang tinggi. (chewah bajet org seni) dan mempunyai akhlak dan pengajaran yang baik. kira macam kata2 hikmat & pujangga la kan. dan melalui syeer juga kita dapat mengenali budaya2 Arab.
so bila kita hargai syeer kita akan jadi org yg mempunyai nilai seni yang tinggi dan akhlak terpuji la kowt....

tak perlu beratkan fikiran ngan benda2 nih. belajar je la....
bukan aper.cuma kadang2 tertanya-tanya jugak kenapa pilih course sastera Arab ni? aku nak jadi ape? kerja apa? mana hala tuju? hmmmm.....


nak studi syeer abasi nih.kbai.


Edit: tambahan pujukan:
 belajar sebab ilmu.niat kerana Allah boleh jadi ibadah. dapat pahala :))
Tajdid niat LillahiTaala.

Tuesday, June 5, 2012

Liar Game.

sapa2 yang layan komik jepun mungkin familiar ngan tajuk post ni. dulu pernah je kuar komik ni kat Kreko takpun Arena. aku pun tak ingat. tapi aku tak layan sangat sebab dah masuk asrama x dapat nak follow up. aku bukan jenis langgan majalah. mmg rajin tiap2 bulan g kedai buku beli majalah. nak pesan mama tolong belikan Kreko/Arena pastu simpan kat rumah mmg tak lah kan.majalah komik pulak. kalo buku2 ilmiah mungkinlah.

nak ceritanya sekarang nih aku tengah cuti sementara tunggu sem baru bukak 17 hb nih. marathon drama la kerjanya.sedut2 dari orang. kebetulan adalah pulak cite Liar Game ni. ape lagi layan jelah even dh jadikan drama. aku bajet yang aku sedut tuh bilangan episod dia complete.9 ep.yelah standard drama jepun mane byk. semangat tengok sampai habis ep 9, sekali cerita tak habis. apekah? klimaks pulak.maka dengan pantasnya aku cari episod seterusnya kat youtube. hasil carian ep 10 tiada subtitle english.waduh.bahasa jepun pulak. kalo drama korea boleh lah jugak paham even tak de subs. yang ade cuma subtitle china. tulisan cina manalah aku reti baca. tapi aku klik jugak.ah lantaklah. tengok jelah. mane tahu boleh paham body languange ke kan? (haha. bajet hebat.) sekali tuh aku nampak kat tepi video tuh dia suggest ep10 subtitle arab. jeng jeng jeng. aku nampak harapan di situ. tanpa membuang masa, aku habiskan baki 2 episod di youtube dengan subtitle bahasa arab. nampak tak kelebihan mengetahui bahasa arab kat situ.muahaha. dengan ini taklah aku membazir cuti aku dengan kerja tak berfaedah bahkan mengasah vocab arab yang agak berkarat ni.

cerita ni memang superb. aku rekomen korang sume tengok. pada awalnya aku tak suka nak tengok even tajuk dia menarik sebab aku dah gambarkan mesti banyak taktik kotor yang akan didedahkan dalam cerita nih. yelah nama pun Liar Game. mesti cerita pasal penipu kan. hero dia mesti org paling handal menipu dalam game nih. aku nih seorang yang suka keamanan dan kesejahteraan. tak suka konflik2 nih. tapi sebab dah bosan sangat malam tadi, aku layan la jugak. sekali tuh melekat. rupanya jangkaan aku meleset.motif cerita nih sebenarnya sangat murni. bukan pasal kehebatan menipu semata2. lebih kepada nilai2 murni. lagi satu aku suka cerita ni sebab dia guna elemen psikologi dan sosialogi. cerita ni juga mengasah minda sekali.aku siap pegang kalkulator okay tengok cerita nih. dan cerita nih zero romance. memang terbaik.

cerita ni juga sebnarnya dedahkan kita kepada wajah dunia yang nampak aman tapi sebenarnya kejam melalui tiga level game yang ditunjukkan. level keempat? :


tapi sebenarnya kita boleh survive tanpa menjadi kejam sekiranya semua orang ikut formula nih :

jujur.adil.amanah.saling mempercayai.tidak berdendam.saling memaafkan= semua orang boleh hidup bahagia 

macam terlalu idealistik kan? sebab manusia juga ada sifat tamak dan pengecut. tapi Kanzaki Nao berjaya ubah teori yang idealistik itu kepada realistik dalam Liar Game ni. dalam cerita ni jelah. 

tapi aku tetap percaya yang orang baik pasti menang. cuma definisi menang itu yang berbeza sebenarnya. menang pada pandangan orang jahat dan menang pada pandangan orang baik.

mari tanam sifat mahmudah dalam diri :)


Saturday, June 2, 2012

Sayu

 I came across these ayat this morning

[6:31] Sungguh telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Tuhan; sehingga apabila kiamat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata: "Alangkah besarnya penyesalan kami, terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu !", sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul itu.
[6:32] Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari permainan dan senda gurau belaka. Dan sungguh negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?
[6:33] Sesungguhnya Kami mengetahui bahwasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu,(Muhammad) (janganlah kamu bersedih hati), karena mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.


kita tahu je tapi seringkali terlupa akan pertemuan kita dengan Allah satu hari nanti. 
lalai dengan kehidupan dunia.
tapi part paling sayu ayat 33. Rasulullah sedih. 
rasa tak sampai hati nak lukakan hati Rasulullah. punyalah sayang kat umatnya tapi  kalau baginda nampak kita sekarang ni apa perasaan agak-agaknya?
hmmm...

hentikan kezaliman terhadap diri sendiri.

Thursday, March 1, 2012

01032012

Today is a special day.why?

first, it's my father birthday~
I'm blessed to have you as my father
(post macamlah ayah aku baca blog ni.haha)

secondly, for the first time,I'm experiencing snow, here, in Jordan :D 


syukur alhamdulillah.

Monday, February 20, 2012

totally me.

Pernah la dulu aku jawab satu personality test nih.sangat best jawapan dia. sampai aku simpan la kat word. tapi x ingat la link dia sebab dah lama.test nih nak tau kita dominan otak kanan ke kiri...jawab la empat lima ketul soalan lepas tuh keluarlah result....
You are a right brain dominant student!
You probably get bored during long lectures and prefer to take classes with a lot of freedom of movement and thought. You like to write stories and even tell stories about your funny experiences. You might be a little suspicious of other people's motives sometimes, but that's only because you can usually tell whenever someone is lying or when they're up to no good. You are a little on the dreamy side--or a lot. You plan books or movie plots but you don't always follow through on things you think about. You should work on that. You are fun and spontaneous, and probably active in sports or clubs. Your feelings run deep, and it shows. You have strong instincts, and you solve problems on hunches and feelings. You are artistic in some way. You can believe in things based on experience, without seeing scientific proof. You might be a finalist on Survivor some day, since you know how to read people so well, and you have great survival instincts.
Do you get bored when teachers lecture too much? Do you feel like you can size up people easily by watching them? If so, you may be right-brain dominant.
Characteristics of Right-Brain Students  *pink are notes by me ^^,
·         You take notes but lose them. me? Always.You may have a hard time keeping track of your research.
·         You might have a hard time making up your mind. all the time. I hate making decisions and choices
·         You are good with people. not really
·         You don't fall for practical jokes as easily as some. sometimes.yeah
·         You seem dreamy, but you're really deep in thought. exactly!
·         People may have told you you're psychic. nope. but I think I am.opps! sometimes.hehe. my sixth sense works most of the time.
·         You like to write fiction, draw, or play music. drawing used to be my hobby. but I lost the skills now.
·         You might be athletic. I don't volunteer myself into outdoor activities but once I'm into it, I'd enjoyed it.

·         You like mystery stories. I love them!
·         You take time to ponder and you think there are two sides to every story. that's me.
·         You may lose track of time. especially homework.
·         You are spontaneous. not when answering questions in class.
·         You’re fun and witty. but sometimes I cross the line and hurt others feelings.sorry :'(
·         You may find it hard to follow verbal directions. 100% agreed!
·         You are unpredictable. Yup. I tend to follow others normally but sometimes I do things my way.it's weird.and unpredictable.Am I a weirdo?
·         You get lost. if I don't set my mind to memorize the way.
·         You are emotional. True
·         You don't like reading directions. not sure of this. Am I? I do read manuals and book's foreword though.
·         You may listen to music while studying. depends on my mood.
·         You read lying down. yup.either on bed or on floor. my mum nags me for not using the desk.
·         You may be interested in “the unexplained”. maybe
·         You are philosophical. kindda.
Your Classes
·         In history class, you enjoy the social aspects most. You like to explore the effects of things that happened in history. You like the essays, too. yeah. I only dislike memorizing the names and years part. 
·         You can do well in math class if you apply yourself, but you get bored doing long problems. I hate solving problems questions.
·         Science? Boring. nope if I can understand the topic.I'll find it interesting
·         You do well in English class, especially when it comes to reading literature and writing essays about books. You also do well in creative writing assignments. I love to read but writting? not really.

Advice for Right Brain Students
·         Choose to do personal essays
·         Watch your daydreaming—keep it under control haha. you got me. I daydream A LOT.
·         Let your imagination work for you in the arts
·         Let your intuition work for you in social situations
·         Let your deep thinking work for you during essay tests—but don’t ponder too long. that's my problem.I ponder way too long.
·         Be creative with essays. You can use colorful language well. I like doing variation but sometimes I tried too much that I stuck writting a sentence.
·         Use images and charts when you study. helps me a lot.
·         Write down directions. a must do.
·         Try to be more organized! I tried but it's hard!
·         Don’t be overly suspicious of others. Oh. how did you know?
·         Make outlines to organize your thoughts. 
·         Choose fiction in reading assignments
·         Try to avoid teachers who lecture a lot; choose teachers who use activities uh-oh.Big problem. university only got lecturers.and they lecture A LOT! I'm sleepy~~
·         You tell stories well, so write some! I can't. my brain works faster than my hand. I tend to lose my ideas while writting.
·         Put information into categories for better understanding
·         Avoid getting bogged down by thinking of all possibilities when answering questions. haha.this is why my mouth kept shut when teacher asked.I thought too much.
·         Finish things! You have so much talent, but you don’t always complete things. how I wish I could.I often stop things in the middle.

bedasarkan result ni, boleh kata aku nih 99.99% dominan otak kanan.oh.aku tak bijak matematik.sila jangan pertikai peratusan yang diberi. aku tak kira pun.
sekalian yang cenderung otak kanan, amacam? ada tak yang sama? yang otak kiri gi carik sendiri la ye.haha.

Sunday, February 19, 2012

tuesday with morrie

This is a book worth doing nilam. This book has soul.



I found this on the net- life-lesson from the book:

1. “Accept what you are able to do and what you are not able to do.” (p. 18)
2. “Accept the past as past, without denying it or discarding it.” (p. 18)
3. “Learn to forgive yourself and to forgive others.” (p. 18)
4. “Don’t assume that it is too late to get involved.” (p. 18)
5. Find someone to share your heart, give to your community, be at peace with
yourself, try to be as human as you can be. (p. 34)
6. “Love always wins.” (p. 40)
7. “The culture we have does not make people feel good about themselves. And you
have to be strong enough to say if the culture doesn’t work, don’t buy it.” (p. 42)
8. “So many people walk around with a meaningless life. They seem half-asleep, even
when they’re busy doing things they think are important. This is because they’re
chasing the wrong things. The way you get meaning into your life is to devote
yourself to loving others, devote yourself to your community around you, and devote
yourself to creating something that gives you purpose and meaning.” (p. 43)
9. “ . . . if you really want it, then you’ll make your dream happen.” (p. 47)
10. “The most important thing in life is to learn how to give out love, and to let it come
in.” (p. 52)
11. “Love is the only rational act.” (p. 52)
12. “I don’t allow myself any more self-pity than that. A little each morning, a few tears,
and that’s all . . . . It’s horrible to watch my body slowly wilt away to nothing. But it’s
also wonderful because of all the time I get to say goodbye.” (p. 57)
13. “Sometimes you can’t believe what you see; you have to believe what you feel.”
(p. 61)
14. “What if today were my last day on earth?” (p. 64)
15. “Once you learn how to die, you learn how to live.” (p. 82)
16. If you accept you are going to die at any time, then you might not be as ambitious
as you are. (p. 83)
17. There is no foundation, no secure ground, upon which people may stand today if it
isn’t the family. (p. 91)
18. “Don’t cling to things, because everything is impermanent.” (p. 103)
19. “ . . . If you’ve found meaning in your life you don’t want to go back. You want to go
forward. You want to see more, do more. You can’t wait until sixty-five.” (p. 118)
20. “Money is not a substitute for tenderness, and power is not a substitute for
tenderness.” (p. 125)
21. “ . . . love is how you stay alive, even after you are gone.” (p. 133)
22. “Love each other or perish.” (p. 149)
23. “ . . . the big things—how we think, what we value—those you must choose yourself.
You can’t let anyone--or any society—determine those for you.” (p. 155)
24. “Don’t let go too soon, but don’t hang on too long.” (p. 162)
25. “Be compassionate. And take responsibility for each other. If we only learned those
lessons, this world would be so much better a place.” (p. 163)
26. “Forgive yourself before you die. Then forgive others.” (p. 164)
27. “As long as we can love each other, and remember the feeling of love we had, we
can die without ever really going away. All the love you created is still there. All the
memories are still there. You live on—in the hearts of everyone you have touched
and nurtured while you were here.” (p. 174)
28. “Death ends a life, not a relationship.” (p. 174)
29. The important questions have to do with love, responsibility, spirituality, awareness.
(p. 175)
30. “You’re not a wave, you are part of the ocean.” (p. 180)
31. “ . . . there is no such thing as ‘too late’ in life.” (p. 190)


those phrases are true but empty words if you just go through like that without reading the whole book.
read the whole story and you'll feel those phrases come alive.



To me, this sentence affect me the most: "Once you learn how to die, you learn how to live."
Begin with the end of mind. Islam already taught us that. remembering death. Heaven or Hell. you choose. 

buku ni ada fikrah Islam. sebab Islam is the way of life. and this book tells about life. 
tapi biasalah buku non-muslim tulis. ada jugak lah yang tak selari dengan ajaran Islam. buang yang keruh, ambil yang jernih. pandai2lah tapis.


Mati itu pasti. Hidup itu InsyaAllah

Saturday, January 14, 2012

Little changes.

I just figured out how to use the template designer.
excited sangat sampai tukar tulisan semua bagai.
Comel tak?
also, I've added the cbox. feel free to chat ^^

Friday, January 13, 2012

Ujian

baru kusedar yang selama nih.....



.....aku hanya jawab ujian memori bergambar (-.-)'

لوجدتم أنّكم لا تعرفون شيئاً بعد هذا الإمتحان
-You'll find that you know nothing after the exam.

::pedas sungguh ayat doktor:: 

so lets change...next time lets answer a real test-with your everyday capabilities. not just a memory test. 

let's fill this winter break with studies, liyana! no more last minute studies!
아자 아자 파이팅~

Thursday, January 5, 2012

Cikgu

cikgu? ada apa dengan cikgu?
dari aku kecik sampai la besar aku mcm ade link yang kuat dengan cikgu.
mak aku cikgu.
maklong aku cikgu.
pakngah aku cikgu.
makyang aku kaunselor.

dan masa kecik-kecik dulu orang selalu tanya cita-cita nak jadi apa? 
lagi2 hari first cikgu mengajar:

"oke murid2 sila sebut nama dan cita2 awak...."

aku bukanlah seorang yang berwawasan tinggi sangat disebabkan itu aku tak pernah fikir nak jadi ape...tapi sejak aku kanak-kanak lagi memang aku dah tolak tiga profession : doktor, peguam, hakim. 
yelah budak kecik kan, pengetahuan pekerjaan terhad....doktor peguam hakim cikgu...tu jelah yang tau.


jadi, bila orang tanya aku pun jawab je lah CIKGU. malas nak fikir.


masuk sekolah menengah aku rasa macam seronok pulak kalau dapat jadi cikgu.
sebab aku seronok masuk bilik guru.aku gembira tengok suasana komuniti guru di bilik guru.

  • kalau ade potluck tuh mmg seronoklah. 
  • cikgu x de uniform, seronok je pkai baju kurung lawa-lawa setiap hari. 
  • bergosip pun best.hahaha.
  • tulis buku rekod pun macam best boleh je nak hias macam mana kita suka...ikut kreativiti la.
  • kalau tanda kertas periksa pun macam seronok je...macam-macam ragam budak jawab soalan subjektif. rasa masam pahit manis sume ade.
  • best jugak kalo kene organize program tak pun kempen kat sekolah.
  • jadi cikgu penasihat kelab/persatuan untuk KOku pun cambest...kalau dapat cikgu yang dedikasi memang seronok join kelab tuh.



aku rasalah jadi cikgu nih memang best kalo tak kene pressure. contoh pressure nak menanda kertas dalam masa yang singkat. nak organize dua tiga program dalam masa tarikh yang berhimpit-himpit. 


tapikan realitinya cikgu pun ade life dia sendiri gak...ade family nak jaga. macam susahlah nak seimbangkan performance kat sekolah kan.kadang2 tak sempat nak prepare untuk mengajar sebab kena jaga parents takpun suami/isteri takpun anak yang sakit ke ape ke kan.lagi2 cikgu perempuan.memang superwomen la kan. housewife+cikgu.
cikgu praktikal lain la...masa praktikal memang sedia habis la kan...yalah mengajar kelas tak banyak mana pun...bolehlah sedia bahan secukupnya. 


semakin aku besar semakin aku nampak beban menjadi seorang guru. tambah2 lagi orang sekeliling tambah perasa ajinomoto bagai...nampak macam penat sangat jadi cikgu. jadi cikgu ni x berbaloi. kerja banyak, tapi gaji sikit. satu lagi,cabaran nak layan perangai bebudak zaman sekarang nih...makin teruk. diorang mane hormat cikgu sangat dah...memang banyak kena sabar.
.
.
.
oke.aku agak terpengaruh di situ..


tapikan aku still rasa jadi cikgu ni mulia. kalau cikgu tu berjaya mendidik bukan setakat mengajar. sebab kita semua ni sebelum nak jadi orang-orang hebat bagai, semuanya bermula dengan guru. lagi satu, aku rasa untung jadi cikgu sebab pahala berterusan selagimana ilmu yang diajar memberi manfaat kepada orang lain. 


dan aku rasa kalau anak didik dia berjaya jadi orang, tu pun dah cukup.hilang semua lelah.aku rasalah...aku tak pernah jadi cikgu.=.='


pada aku, profession guru ni mulia bilamana ia bersifat kemanusiaan. tapi sekarang aku perhatikan dah muncul cikgu-cikgu bersifat robot. tidak mendidik...hanya mengajar macam mana nak cemerlang akademik sahaja.didikan sahsiah kurang. pada aku, sekolah bukanlah kilang penghasilan robot-robot mengutip A berderet-deret. tapi tempat terhasilnya produk bernama 'orang'.bukannya orang-orang yang luarannya nampak macam orang tapi kaku.


hamboi cakap senang la cik liyana! cuba kau jadi cikgu! rasakan sendiri! nak mengata cikgu tak berkualiti tak mendidiklah bagai! kau ingat senang? 


erk...sori...sebenarnya nak cerita benda lain tapi ter-menyimpang pulak
aku nak cakap pasal sekarang nih aku tengah amik kos Bahasa Arab dan Ke'susah'teraan Kesusasteraannya. semua orang dok tanya knpa amik kos ni? nak kata terpaksa macam tak.  bukan kau dapat tajaan pun amik kos nih. mak bapak kau pun bukan jenis paksa anak dia amik kos sekian sekian.kenapa belajar jauh? dahlah kos hidup sana tinggi...balik nanti KAU NAK KERJA APA? takkanlah belajar jauh-jauh sebab nak jadi cikgu jeeeee....


sampai sekarang aku tak tau nak jawab ape...ada sesiapa boleh tolong bagi idea tak?


sampai sekarang jugak aku tak tau cita-cita aku ape.orang kata nak berjaya kena ada matlamat. ntahlah, matlamat aku adalah hadam betul-betul apa yang aku belajar biar sampai lekat kat otak dan hati ni.


" kejarlah kecemerlangan, kejayaan akan menyusul "
-Ranchodras Chanchad.

(tapikan masalahnya kau ada visi tapi tak de misi.camne tuh? aigoo =.=')

dari sekolah sampai ke universiti orang asyik cakap :"liyana, kau sesuai la jadi cikgu"  
tapi tak kurang gak yang kata : jangan jadi cikgu! at least pun jadilah pensyarah. 
korang semua bukan Tuhan yang kata : kunfayakun-jadi maka jadilah!  
so kita tengok jelah nanti aku jadi ape ek...jangan tak jadi pape sudah. hukhuk...=.='


kerja tu semua rezeki dari Allah. yang penting pada aku, Ilmu.




(kalaulah cikgu BM tengok penulisan aku nih memang kene sound la kan.hikhik.maaf cikgu.)

majulah guru demi ummah!