Wednesday, 30 January 2013

MARI BEREHAT DENGAN SOLAT!


copy paste dari : genta-rasa
Saudara dan sahabat-sahabatku… 
Semakin ramai yang mengajukan persoalan dan permasalahan sama ada di blog ini ataupun melalui FB saya. Saya simpati dan empati. Namun, disebabkan pelbagai hambatan, saya tidak mampu menjawab semuanya.
Apatah lagi, apabila saya amat-amati, dalam soalan itu sendiri pun telah ada jawapan. Ya, yang sukar adalah untuk mujahadah. Untuk sabar serta bijaksana untuk menghadapi dan menyelesaikannya sahaja.
Kebanyakannya hanya perlu ‘didengar’ untuk sekadar berkongsi rasa. Bukan untuk diselesaikan, tetapi untuk dileraikan. Jangan terus terbuku dan terpendam di dalam jiwa. Hakikatnya, kita sama sahaja. Saya pun begitu juga… sangat memerlukan ‘pihak lain’ untuk menjadi pendengar, tempat kita meluahkan segala dan semua. Dengan berkongsi, kita berbagi derita. 
Kebanyakan jawapan pada permasalahan sudah ada saya tuliskan dalam buku-buku saya. Sama ada Di Mana DIA di hati ku, Tentang Cinta, Cinta Kerana Allah, Mukmin Profesional, Dua Hati Satu Rasa, Nota Fikir untuk Zikir dan sebagainya. Rajin-rajinlah membaca – cari kekuatan dalam diri. Juga hadirilah kuliah-kuliah ilmu, insya-Allah hati yang luka akan dapat diubati. Saya sendiri membaca berkali-kali buku-buku itu dan buku tulisan orang lain. Namun paling penting,  jagalah  solat dan zikir , kerana itulah terapi yang paling “meresap’  dan mujarab. 
 Kebanyakan tulisan-tulisan saya adalah gelombang rasa dan ombak mujahadah yang sedang atau telah saya lalui sendiri. Saya yakin itulah juga yang pembaca lalui. Jadi, saya hanya menukilkan sahaja rasa yang pernah dialami oleh kita bersama. Saya cuba mencari kekuatan dengan menulisnya dan kemudian cuba bermujahadah untuk mengamalkan. Kekadang (malam selalu) jatuh juga bergelimpangan.  Tetapi saya cuba bangun semula… Begitulah saya doakan untuk para pembaca. Agar tidak mengira berapa kali kita jatuh, tetapi sejauh mana dan sekuat mana kita bangun semula.
 Ingin saya tegaskan buat diri sendiri dan pembaca… ilmu itu walaupun utama, tetapi bukan segala-galanya. Paling utama, kita perlu mengamalkannya.  Bagaimana nak sabar? Bagaimana nak redha? Bagaimana nak memaafkan? Tidak ada jawapan kepada persoalan ‘bagaimana’ kecuali ditempuh sendiri oleh mereka yang mengalaminya. Sakit perit dalam mujahadah ada dalam realiti kehidupan bukan pada helaian buku dan catatan. Menulislah dalam kehidupan sendiri dengan peluh, air mata dan darah… barulah ketenangan dan kejayaan terserlah.
Tidak ada jalan pintas di lebuh raya kebenaran. Semua insan perlu melaluinya dengan menanggung kesusahan. Itulah jalan yang dipilih Allah untuk mendapat Jannah. Syurga dipagari oleh kesusahan dan penderitaan. Cinta-Nya menagih pengorbanan. Jika perlu menangis, menangislah kerana Allah. Jika perlu sakit, sakitlah kerana Allah. Jika gagal, gagallah juga kerana Allah. Yang hitam dan putih adalah milkNya, kita hanya hamba – pada kita hanya usaha. Kemudian tawakal. Kemudian pasrah dan menyerah – kita milik Allah, kepadaNyalah kita akan dikembalikan.
 Buat yang menghubungi, sama ada melalui FB, Blog mahupun sms… marilah kita bangun bersama untuk bermujahadah. Lawan segala tipu daya syaitan dan bujukan nafsu. Pinggirkan segala yang menghalang jalan kita menuju-Nya, sama ada dari insan terhampir bergelar suami, isteri, anak atau pemimpin atau insan jauh yang telah meminggir.  Sebagai sumbangan kecil dariku untuk semua terimalah:
MARI BEREHAT DENGAN SOLAT! 
Siapa yang tidak pernah ditimpa masalah dalam hidup? Bahkan hidup ini telah diumpamakan oleh sesetengah ahli falsafah sebagai “tempat untuk menyelesaikan masalah”. Justeru, apabila berdepan dengan masalah, segeralah dapatkan kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran untuk menyelesaikannya. Bagaimana? Ya, dengan mengadu kepada Allah yang “memberi” masalah itu!
Ketika itu, jangan hanya dilihat “sebab” tetapi lihatlah pada “penyebab” segala sebab. Insya-Allah, jika kita mengadu dan merayu kepada Allah, Allah pasti akan mendengar dan memberi jalan penyelesaiannya.
Sama ada semua masalah kita akan diselesaikan-Nya ataupun Allah akan menjadikan hati kita tabah dan gagah untuk menghadapinya. Dengan kekuatan itu kita tidak akan terus mengutuk kegelapan, tetapi kita akan terus berusaha mencari cahaya. Kita tidak akan berterusan mengharapkan ikan, tetapi kita akan berusaha sedaya upaya memiliki jorannya!
Ingatlah, apabila Rasulullah s.a.w. menyuruh Sayidina Bilal r.a. mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad)
Menerusi permintaan itu, Rasulullah menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang mendirikannya. Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah: “Apabila Rasulullah mengalami suatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Tindakan Rasulullah ini selaras dengan anjuran Allah yang bermaksud: “Dan pintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.” (Surah al-Baqarah 2: 45)
Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh mukjizat, namun Baginda masih mencari kekuatan dengan solat. Lalu siapakah diri kita yang begitu lemah, tetapi terus angkuh daripada mendapat bantuan Allah menerusi solat?
Marilah mencari kerehatan dengan solat. Mudah-mudahan:
i) Hati tenang menghadapi ujian
Solat ialah sebesar-besar dan seutama-utama zikrullah. Firman Allah mafhumnya: “Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha 20: 14)
Hati yang mengingati Allah akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat dalam firman Allah yang lain, mafhumnya: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13: 28)
Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup.
ii) Mendapat jagaan Allah
Dalam solat juga, seseorang akan mendapat penjagaan Allah hasil daripada menjaga hukum Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jagalah Allah, Allah akan menjaga kamu.” (Riwayat Ahmad)
Abdullah bin Salam pula pernah berkata: “Sekiranya keluarga Rasulullah s.a.w. ditimpa sebarang kesempitan, Baginda akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membacakan ayat Allah berikut (mafhumnya): ‘Dan perintahkan keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun dan sabar mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kami yang memberi rezeki kepadamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik bagi orang yang bertakwa.’” (Riwayat al-Tabarani)
Sekian lama kita menagih simpati dari ‘benda’ dan manusia. Ya, lumrah hidup, setiap manusia pasti menghadapi tekanan dalam hidupnya. Apa yang mereka biasa lakukan? Mengikut pendapat pakar psikologi, jika seseorang ditimpa masalah, dia perlu meluahkan masalah itu kepada pihak kedua dan jangan sekali-kali dipendamkan. Bagaimana?
  • Tulisan
Luahkan dan tumpahkan semua masalah itu dalam bentuk perkataan dan ayat. Dengan menulis, seseorang akan menjadi lebih rasional dan jelas tentang apa yang sedang dihadapinya. Secara beransur-ansur, emosi yang tertekan dan menggelegak akan menjadi reda apabila fikiran mencari kata dan fakta, kemudian menyusunnya membentuk ayat bagi menterjemahkan rasa hati.
  • Luahan
Cari orang yang paling dipercayai dan luahkan segala masalah itu kepadanya. Jangan diharapkan sebarang penyelesaian, tetapi cukup sekadar meluahkan. Dengan bercerita dan berkongsi segala yang terpendam di jiwa bersama orang yang dipercayai, kita merasakan tidak keseorangan dalam menghadapi masalah tersebut. Ini memberi kelegaan buat jiwa.
Mengikut kajian pakar psikologi, manusia memerlukan manusia lain untuk mendengar segala rintihan dan kesusahan hatinya, sama seperti mereka memerlukan makanan. Tanpa makanan, badan akan lemah. Begitulah, tanpa didengar masalahnya manusia akan tertekan dan lemah jiwanya.
  • Aktiviti Lain
Mengikut pakar perubatan, mereka yang memiliki binatang kesayangan seperti kucing, ikan dan burung dapat mengurangkan stres berbanding mereka yang tidak. Begitu juga seseorang yang memiliki hobi tertentu umpamanya, membaca buku, memanjat bukit, berkebun dan sebagainya. Dengan melihat, memegang dan mendengar sesuatu yang menyeronokkan melalui binatang kesayangan dan hobi yang diminati ini, tekanan yang dihadapi dapat diminimumkan.
Itulah tiga cara untuk mendapatkan kelegaan dan ketenangan jiwa. Namun, bagaimana hebat dan bijak sekalipun kaedah yang mampu difikirkan manusia, ia tidak dapat menandingi kaedah yang telah ditetapkan Allah. Ya, kaedah yang ditetapkan itu ialah solat!
Dalam solat, seluruh elemen dalaman dan pancaindera lahiriah diarahkan untuk berhubung dengan Allah. Sebab itulah, ada ulama yang menyatakan solat itu satu bentuk hubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya.
Bayangkan, solat umpama “wayar” yang menyambungkan diri seorang hamba yang lemah, jahil, hina, miskin dan tidak berdaya dengan Allah; Tuhan yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui, Maha Mulia, Maha Kaya dan Maha segala-galanya. Solat itu umpama “talian hayat” buat seorang hamba apabila berdepan dengan segala kekusutan, kekeliruan dan kesusahan dalam hidupnya.
Jika kita punya hajat, solatlah dua rakaat, solat hajat. Pintalah kepada Allah segala yang diingini. Yakinlah akan janji Allah ini: “Pintalah, nescaya akan Aku kabulkan.” (Surah al-Mu’min 40: 60)
Jika pada suatu masa dan keadaan, kita keliru untuk membuat keputusan dan melakukan pertimbangan, maka dirikan solat istikharah. Insya-Allah, Allah akan berikan ketenangan emosi dan kestabilan fikiran untuk membuat keputusan. Kita akan dipandu ketika memilih kebaikan di tengah-tengah ribuan kecelaruan.
Jika yang kita ingini rezeki, maka dirikan solat Duha, solat yang menjadi kunci pembuka rezeki dari langit dan bumi! Namun, paling utama dan pertama ialah solat fardu. Itulah tiang agama, tonggak jiwa untuk menghadapi segala.
Hati manusia umpama bateri telefon bimbit yang mesti dicas selalu untuk berfungsi. Jika bateri telefon perlu dicas dua atau tiga hari sekali, maka hati manusia perlu dicas dengan solat sebanyak lima kali sehari.
Hati manusia yang tidak solat umpama bateri yang kosong. Maka manusia yang tidak solat, umpama telefon yang sudah kehabisan bateri. Apabila hati “mati”, tidak berguna wajah yang tampan dan badan yang sasa pada seseorang manusia, seperti tidak ada gunanya telefon bimbit yang canggih dan cantik tanpa bateri!
Di manakah kita meluahkan segala rasa hati? Dengan siapa? Hakikatnya “pemberi” masalah dan “pemegang” hatilah yang berkuasa memberi ketenangan hati dan membantu menyelesaikan masalah. Siapa pilihan kita?
Allah : Pendengar Tanpa Jemu
Apabila seseorang sedang solat, dia sebenarnya sedang mengadu, merayu dan meminta bantuan Allah. Seorang ulama bernama al-Hakim berkata: “Jika kamu ingin mendengar kata-kata Allah kepadamu, bacalah al-Quran. Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata dengan Allah, dirikanlah solat.”
Dengan membaca al-Quran, kita mendengar ayat-ayat yang diturunkan kepada kita untuk mengurus dan mengatur kehidupan. Manakala dengan mendirikan solat pula, kita memuji Allah, merayu dengan menyebut apa-apa yang kita inginkan dan meluahkan segala kelemahan.
Bayangkan, sekiranya kita meluahkan masalah di atas kertas, kepada orang yang dipercayai, melihat rupa dan mendengar suara haiwan peliharaan, pun sudah mendapat ketenangan apatah lagi jika kita meluahkan segala-galanya kepada Allah. Ketenangan yang kita dapati hasil berhubung dengan Allah melalui solat ialah ketenangan yang hakiki. Kualitinya berganda-ganda daripada ketenangan yang didapati dengan cara yang lain.
Menulis masalah di dalam buku catatan, kadangkala meletihkan. Menceritakan masalah kepada seseorang ada kalanya dikecewakan. Manusia, walau bagaimana baik sekalipun, pasti bosan sekiranya diperdengarkan masalah secara berulang-ulang dan berterusan. Haiwan peliharaan, walau bagaimana comel, cantik dan merdu pun siulannya, lama-kelamaan akan membosankan hati. Begitu juga hobi, ada masanya tidak dapat menyelesaikan soal hati. Maka pada siapa lagi kita hendak mengadu?
Ya, mengadulah kepada Allah dalam solat. Allah tidak pernah jemu. Perdengarkan masalah kita berulang-ulang, hatta masalah yang sama, Allah sentiasa sudi mendengarnya. Tuhan tidak pernah kecewa dengan kerenah manusia kerana Tuhan mencipta manusia dan Dia menjaga ciptaan-Nya itu dengan penuh kasih sayang.
Allah sentiasa dekat dengan kita selagi kita tidak menjauhi-Nya. Jika kita bertanya tentang-Nya, Allah menjawab: “Jika manusia bertanya tentang-Ku, katakan Aku dekat, dan Aku memenuhi permintaan orang yang meminta.”
Jika kita berasa kecewa dan hampir putus asa, Allah memujuk: “Tidak ada yang putus asa melainkan orang kafir.”
Apabila kita berasa dihina dan dipinggirkan, Allah mengingatkan: “Jangan berasa hina dan takut, kamu adalah orang yang tinggi martabatnya jika kamu beriman.”
Dan apabila kita terasa keseorangan, kesepian dan mula gementar menghadapi segala ujian dan gelombang kehidupan, Allah memberi harapan dengan firman-Nya yang bermaksud: “Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”
Ya, selagi kita bersama Allah, selagi kita menunaikan solat, kita akan kuat menghadapi apa-apa jua cabaran. Lalu, tunggu apalagi, marilah berehat  dengan solat!

Saturday, 29 September 2012

KENALILAH TUHAN YANG MENGUJIMU. (tulisan Ustaz Pahrol)


artikel dari : genta-rasa
Semalam (25 September 2012) , ketika berada di ruang udara IKIM.fm dalam slot Mukmin Profesional, seorang pemanggil bertanya saya akan ujian yang menimpanya. Dirasakannya ujian yang dihadapinya terlalu banyak, bertubi-tubi datang, lepas satu, satu. Suaranya membayangkan kesedihan. Saya turut merasainya kerana itu juga menjadi suara hati sesiapa yang diuji. Hakikatnya, saya yang ditanya tidaklah lebih baik daripadanya. Dia lebih baik… kerana sudi dan berani berterus-terang. Kebanyakkan kita hanya memendamkan rasa hati…
Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan ayat untuk membujuk hati… namun, marilah sandarkan segala harapan dan kekuatan kepada Allah. Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhai. Terimalah tuisan ini sekadarnya
KENALI TUHAN YANG MENGUJI MU!
Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.
Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…  
Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?
Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.
Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”
Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.
Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.
Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru, Allah berfirman:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).
Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”
Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?  Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.
Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.
Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:
I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.
II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.
III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.
Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”

Saturday, 22 September 2012

be positive!

bismillah... assalamualaikum..

hari ni, di laman muka buku, banyak sangat kata-kata motivasi dari Prof Muhaya... jom sama-sama baca

Bila kita bina ketenangan dalam jiwa kita akan dapat ketenangan dalam hasil kehidupan kita. APa didalam didunia dalam itulah dalam dunia luar kita
sayangi tubuh kita dan jaga kesihatan denagn memilih minuman dan makanan dan hentikan merokok bagi perokok tegar.
Semoga hari ini kita menjalani perjalanan rohani yang sihat dan tentukan segala aktiviti untuk bekalan hidup di dunia dan akhirat
BUat pilihan baik setiap saat dan tanya iman setiap saat. cari ilmu.
Dengar suara hati kita yang baik dan sentiasa jaga akidah , ibadah dan akhlak kita
Fikiran kita yang memberi makna pada semua perkara yang berlaku. Pilih makna positif atas setiap suasana dan lihat apa kita boleh belajar
Cintai diri dan Allah dan manusia lain, Hidup akan menjadi indah
segala fikiran emosi dan perbuatan kita adalah cermin dunia dalaman kita yg akan menentukan hasil kehidupan kita
Hari ini hari baru dan niat untuk guna setiap saat menghargai diri kita , orang lain dan niat untuk memberi manafaat
JIka ada masaalah katakan dari suasana ini sesuatu baik akan berlaku dan yakin pada Allah. semua pengalaman pahit atau manis adalah cara untuk kita belajar
sesiapa yang tidak dapat melupakan peristiwa negatif telah dipenjara oleh minda negatif dan mulalah kehidupan penuh tekanan. kita yang buat pilihan dgn iman dan ingatkan kematian. ingat Allah sentiasa akan hilang segala memori negatif. 
Hidup dgn penuh kasih sayang pada diri sendiri dn insyaAllah kita akan hidup dengan penuh kasih sayang mengelilingi kita.
Sentiasa renung dan refleksi diri dan hentikan melihat orang lain tapi betulkan diri sehingga tidak ada masa mencuba membetulkan orang lain kerana kita hanya boleh mengubah diri kita dan menjadi contoh yang baik
MAsa depan kita ditentukan oleh apa kita fikir sekarang dgn izin Allah. Jika negatif tentu negatif masa depan. jika positif insyaAllah positif masa depan. BUat pillihan saat ini dan sangka baik pada Allah dan manusia lain
Hari ini katakan saya mahukan ketenangan dan kebaikan dalam setiap suasana. Jangan biarkan orang lain atau suasana mempengaruhi emosi kita. pilih emosi positif supaya kita mejadi magnet kepada perkara yang baik dan rahmat Allah. Buang semua emosi negatif terhadap diri dan orang lain
:) okay, be positive!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A Witness to Your Life

qouted from : link

When seeking a marriage partner, remember a husband or wife is not just some pretty face that you get to admire or possess, or show off to your friends. This person is not a check book, a status symbol, a servant, or a household maid. This is not someone that you’ll see for a few minutes each day after work, and take to dinner parties.

You could marry someone only for looks or status then find yourself miserable, harped on, arguing every day, lonely within your marriage, or abused. All you rich and attractive people don't take offense – you might be perfectly lovely and sweet – I'm just saying that appearance, wealth and lineage are no guarantee of happiness, and if you focus on those factors to the exclusion of the soul, then you will likely find yourself mismatched, brokenhearted and forlorn.

A spouse is someone you abide with for the rest of your life, even when you are wrinkled and bent. Someone to hold you when you’re sad, to support you when you’re tired, to cool your forehead when you’re sick, to share in your joys, tell jokes and play frisbee with; someone to pray with in the still morning hours, and struggle with to achieve Paradise.

This is someone to be a witness to your life, to know you intimately and recognize your worth as a human being (not that we need someone else to affirm our value – but it’s always nice to be recognized and seen). Someone to love you unceasingly, like a great river, even when you disagree. Someone to see your faults, and keep on loving you.

Make sure your priorities are in order. Look past the surface. Connect with the person’s soul. Find someone who will make you smile, and with whom you will be happy to share this strange journey we call life.

Proud Muslimah

Thursday, 20 September 2012

Bidadari Dunia


Kita terus menelaah Bidadari Dunia hari ini. Perempuan yang merupakan manusia, tetapi melangkah dengan langkahan bidadari. Mahal. Indah. Tinggi. Mulia.
Antara ciri-ciri wanita, perempuan yang sedemikian, pada saya, adalah yang menjaga akhlaknya.
Ya. Akhlak.
Dikatakan bahawa akhlak adalah pakaian yang menunjukkan keadaan kita. Buruk akhlak, buruklah orang memandang kita. Walaupun pada kita ada seribu satu kelebihan, seperti cantik, kaya dan sebagainya.
Cantik akhlak, cantiklah orang memandang kita. Walaupun pada kita ada seribu satu kekurangan, seperti miskin, tidak berapa cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya.
Dan antara yang mendamaikan jiwa manusia, adalah akhlak.
Sebab itu perempuan berakhlak, dia adalah bidadari dunia.
Akhlak, bukan semata berdiri di atas nilai murni.
Pertamanya, perlu difahami bahawa, akhlak mulia bukanlah semata-mata berdiri di atas nilai murni semata-mata. Apakah maksud saya dengan penyataan ini?
Yakni, kita tidak memandang bahawa akhlak mulia itu semata-mata berdiri di atas nilai moral. Contohnya, kita tidak berbogel di tengah masyarakat, kerana masyarakat menganggap itu satu perkara yang tidak bermoral. Maka kita berpakaian, kerana pada masyarakat, berpakaian itu bermoral.
Contoh lain, kita tidak menengking-nengking orang, kerana masyarakat menganggap menengking itu satu perkara yang tidak murni. Begitu juga dengan kita membantu orang, kerana masyarakat menganggap membantu orang lain adalah perkara yang murni.
Ya. Akhlak bukan berdiri di atas ‘nilai murni’ atau ‘moral’ dengan ukuran masyarakat, ukuran manusia.
Tetapi konsep berakhlak yang sebenar itu, diukur dengan nilaian yang telah diletakkan oleh Allah SWT.
Masyarakat mungkin boleh menerima bahawa yang memakai baju kurung, tanpa tudung, itu dikatakan berakhlak, sopan. Tetapi di dalam Islam, itu belum mencapai tahap berakhlak lagi. Kerana jelas, di situ ada ‘keingkaran’ kepada Allah SWT berlaku. Maka bagaimanakah kita boleh mengira keingkaran kepada Allah SWT sebagai ‘berakhlak’?
Contoh lain dalam isu ini, berpegangan tangan dengan yang bukan mahram. Mungkin pada masyarakat, itu tidak mengapa. Tiada masalah. Bukan peluk pun. Jadi kalau berpegangan tangan, bersentuh bahu studi bersama, maka itu boleh dikira berakhlak lagi. Tetapi tidak di dalam Islam. Itu belum mencapai tahap ‘berakhlak’. Kerana jelas berlaku pengingkaran kepada Allah SWT di situ.
Jadi, bidadari dunia memahami akhlak mulia itu sedemikian rupa.
Apakah ‘akhlak mulia’? Itulah dia dengan berakhlak mengikuti akhlak yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
Maka Mereka Berakhlak dengan akhlak yang diperintahkan.
Firman Allah SWT:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.
“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” Surah Al-Ahzab ayat 32.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab ayat 59.
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” Hadith Riwayat Muslim, bernombor 3971.
Begitulah Allah SWT memerintahkan. Begitulah Rasulullah SAW menunjukkan.
Maka Bidadari Dunia itu matanya tidak liar dalam memandang yang tidak sepatutnya. Tidaklah bermaksud tunduk hingga terlanggar tiang dalam perjalanannya. Tetapi bermaksud, tidak terlalu teruja dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.
Tiadalah pula mereka ini menunjuk-nunjukkan perhiasan mereka, kecuali pada tempat yang memang tidak terlindung. Tiadalah mereka menayang-nayangkan barang kemas, dan berlebih-lebihan dalam mengenakan hiasan.
Mereka juga menutup aurat dengan kemas. Tidak semata-mata mengikut fesyen arus itu dan ini. Tetapi memastikan bahawa yang Allah kehendaki itu selesai. Yakni menutup seluruh tubuh kecuali tangan dan wajah. Juga tidaklah hingga menunjukkan tubuh badan. Pakaian mereka labuh, walau apa pun yang dipakai mereka.
Mereka juga tidaklah ‘gedik’, mengada-ngada, melembutkan suara pada yang bukan mahram, dan berhubungan bebas dengan mereka. Tidak pula perempuan yang beriman ini, bidadari dunia ini, bila berjalan kedengaran ‘keletak-keletuk’. Mereka berjalan dengan sopan, teratur, dan tidak terlalu menarik perhatian. Terjaga.
Walaupun ada ayat di atas menyebut ‘isteri-isteri nabi’, tetapi hakikatnya hukum itu jatuh kepada semua perempuan muslimah yang beriman. Hal ini kerana, isteri-isteri nabi adalah ibu kepada perempuan yang beriman. Kerana itu mereka digelar, Ummul Mukminin. Mereka menjadi ikutan kepada perempuan yang inginkan keredhaan Allah SWT.
Kerana itu. Bidadari Dunia Sangat Indah.
Kerana memahami akhlak yang sedemikian ini dan melaksanakannya lah, Bidadari Dunia menjadi sangat indah. Cuba perhatikan semula sub topi di atas ini dan kemudian bayangkan. Sederhana bukan?
Ya. Sederhana. Tidak kelihatan terlalu terkinja-kinja. Kelihatan amat sopan. Amat cantik dalam erti kata cantik yang sebenar. Amat indah.
Saya tidak mampu menterjemahkan dengan apa-apa perkataan lain selain perkataan Sederhana.
Tidak terlalu melebih-lebih. Dan tidak pula terlalu kurang. ‘Just nice’ orang putih kata.
Itu yang membuatkan Bidadari Dunia indah.
Penutup: Tetapi siapakah yang hendak berakhlak sedemikian rupa?
Tetapi siapakah daripada kalangan saudari-saudari saya ingin berakhlak sedemikian?
Berakhlak dengan apa yang Allah SWT mahu. Bukan sekadar apa yang masyarakat mahu.
Akhlak yang indah. Yang cantik. Yang mulia.
Ketahuilah bahawa perempuan yang sedemikian, mahal harganya.
Terjaga. Kemas. Bukan murah yang boleh diambil oleh sesiapa. Suci!
Bidadari Dunia!
Siapakah yang mahu menjadi?

Sumber: http://www.langitilahi.com/


Sunday, 16 September 2012

Menyesal berkahwin bila...



Perkahwinan.. Ia merupakan salah satu topik hangat diperbincangkan di kalangan rakan2 selain drpd topik alam pekerjaan yg bakal ditempuhi nanti.. Ada yg sudah berkahwin, ada jg yg tgh buat persiapan berkahwin, dan ada jg yg ingin berkahwin samada dh ada calon atau tiada.. Ini salah satu perkongsian drpd seorg blogger tentang realiti alam perkahwinan.. 


"Menyesal aku kahwin awal," luahan insan yang berkahwin awal.

"Lebih seronok rupanya hidup bujang sendiri," luahan insan yang telah puluhan ribu dihabiskan untuk majlis perkahwinan.

"Jadi andartu pun takpe, hati tak sakit," luahan insan yang berkahwin di usia lewat.

"Kalau aku tau, aku takkan pilih suami orang," luahan isteri kedua, ketiga.

"Sepatutnya aku kahwin dengan orang yang lebih matang," luahan mereka yang kahwin dengan pasangan sebaya atau lebih muda.

"Sepatutnya aku kahwin dengan yang sebaya, yang lebih memahami," luahan yang punya pasangan jauh berbeza jarak usia.

"Betul cakap mak aku dulu, inilah akibat tak dapat restu mak ayah," luahan insan yang perkahwinan ditentang ibu bapa.

"Aku terburu-buru buat keputusan nak kahwin," padahal telah bercinta empat tahun.

Pada yang berhasrat atau telah bernikah, ini adalah peringatan penting:

Ujian, konflik, goncangan, dugaan, pergaduhan, berkelahi, merajuk, tersinggung, terguris, marah, sedih, kecewa, sakit hati, bosan, menyampah, serabut, darah menyirap...

Rasa nak hantuk kepala ke dinding, rasa nak kelar tangan sendiri, rasa nak baling pinggan ke dinding, rasa nak bunuh diri...

Salah satu atau semua ini adalah hampir pasti kalian akan lalui dalam pernikahan yang kalian dambakan..!

Tak kisah lah dengan siapa atau macam mana situasi nya - konflik, konflik dan konflik. Gaduh, gaduh dan gaduh - di dalam alam perkahwinan. Bezanya - konflik banyak atau konflik sedikit. Bergaduh sekejap atau bergaduh lama.

Kahwin awal. Kahwin Lewat. Mak ayah restu. Peminat restu. Mak ayah tak restu. Mertua tak restu. Majlis kahwin 'grand'. Majlis kahwin 'simple'. Kahwin suami orang. Kahwin orang bujang. Kahwin orang dekat. Kahwin orang jauh.

Kahwin dengan artis. Kahwin dengan ustaz ustazah. Kahwin dengan kaki bola. Kahwin dengan kaki masjid. Kahwin dengan jutawan. Kahwin dengan drebar teksi. Kahwin tukang cuci. Kahwin dengan usahawan kelapa bali.

Kahwin di Malaysia. Kahwin kat oversea. Kahwin di sempadan. Nikah di masjid. Nikah di rumah. Nikah di bawah pokok. Kahwin sebaya. Kahwin lebih muda. Kahwin lebih berusia. Kenal lama. Kenal sekejap. Bercinta lama. Bercinta sekejap. Mak ayah pilihkan. Sendiri pilih......

#Semuanya adalah pasti akan berkonflik!

Dulu waktu bersemangat nikah, hanya fikir nak selesaikan masalah rindu sayang. Masalah tidak mahu terlibat zina besar dan zina kecil. Masalah kesepian dan kebosanan. Tak tahan pertanyaan dan sindiran orang sekeliling. Peminat dah bising..

Tak bersedia untuk menghadapi siri-siri konflik dengan suami.

Tak bersedia menyesuaikan diri dengan kehidupan bersama mertua ipar duai.

Tidak belajar proaktif membangun ekonomi rumahtangga.

Tidak belajar mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Tak belajar betapa besarnya hak-hak pasangan.

Tak belajar habit-habit yang sihat dan penting dalam sebuah perkahwinan.

Tak sangka hubungan intim akan bermasalah.

Tak belajar psikologi dan perbezaan cara hidup dan cara fikir pasangan.

Tak menyiapkan bekal taqwa yang menjadi asas kebahagian hakiki hidup berpasangan.

Lalu... apakah kesannya pada cinta dan harapan yang ada tika 'aku terima nikahnya'?

Ya, bernikah adalah tempat menyalurkan keinginan nafsu dan perasaan yang fitrah. Boleh menjadi salah satu solusi mengelakkan perzinaan. Pernikahan boleh menjadi sumber hiburan dan ketenangan. Kehadiran teman hidup mampu meleraikan kesunyian dan kesepian.

Namun harus kita perhatikan juga perkara-perkara penting untuk keberlangsungan sebuah rumahtangga.Fahami dan bersungguh mempraktikkannya bila rumahtangga telah dibina.

Jika tidak matang dan tidak menyedari pentingnya ilmu tentang alam perkahwinan, perkahwinan kita mudah usai setelah beberapa siri hubungan seks.

Jua tanpa iman dan ketaqwaan, mudah saja perkahwinan terbubar kerana merasakan pernikahan sebenarnya tak memberi kegembiraan, namun menyerabutkan dan menyakitkan perasaan.

Pada yang sedang bersemangat untuk bernikah, mungkin apa yang dikongsikan di sini telah kalian faham dan berusaha hadam.. tapi percayalah jika kalian bernikah, setelah musim honeymoon berlalu - baru benar-benar tahu tinggi rendahnya teori dan realiti.

Malah jika tak bersedia ilmu, kematangan, kewangan, keindahan musim honeymoon yang diharapkan pun tak akan berlaku.

Pada yang merasa hampir putus asa untuk menikah, baguslah jika kalian terus tabah.

Hadapilah dengan bijak dan berlapis kesabaran dalam mendapatkan sokongan ibu ayah. Belajar menenangkan diri dan bersungguh mencari strategi dalam cabaran kewangan yang tak cukup untuk buat majlis kahwin, tak cukup duit untuk meyakinkan keluarga si perempuan.

Pada yang mudah menyerah kalah, dengan ranjau berliku proses untuk bernikah dan marah-marah tak dipermudahkan ibu ayah untuk bernikah... ayuh kita muhasabah.

Mungkin ada bagusnya kita tak dapat bernikah lagi, kerana selesai satu masalah hati, ada sembilan lagi cabaran alam pernikahan.. mampukah kita hadapi jika ujian sebelum nikah kita sebegitu lemah dan tak tentu arah?

Pada yang telah bernikah, teruslah mengenali dan mendekatkan diri pada ALLAH. Ini kunci pertama menyejukkan keadaan, membahagiakan perasaan.

Kedua, akhlak baik - lapang dada, memaafkan, memberi maaf, senyum, menahan kemarahan, menggembirakan, dan seribu satu lagi karakter mulia perlu dijadikan perhiasan diri. 


Seterusnya, tambahkan ilmu dan iman - moga mampu beramal untuk kebaikan, samaada di dalam atau di luar rumahtangga.

Sesungguh, cinta benci dalam alam pernikahan, jua duka lara, suka gembira... adalah rempah ratus kehidupan. Sama-samalah kita mengingatkan diri - bahawa akhirnya kita akan kembali kepada tuhan...

"الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ"
"(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"
(Surah Al-Mulk ayat 2)

Penulis : Nurul Adni Adnan. Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kini menetap di Meru, Klang. Beliau berkongsi karya di http://sisi-kehidupan.blogspot.com/
 

Saturday, 7 July 2012

WANITA BEKERJAYA; CABARAN MEMBINA GENERASI HARAPAN

Bismillah.. terasa ingin berkongsi dgn semua... terutama dgn diri sendiri...


Dr Norhayati berkongsi yang mana tekadnya yang sentiasa membawa anak kecil beliau semasa mengendali usrah menghadiahkan kejutan semasa anaknya itu berusia enam tahun. Tanpa di sangka, anak seusia itu semasa melihat bulan tiba-tiba berkata; Umi, bulan lebih baik dari Ummay sebab bulan mengikut peredaran yang ditetapkan Allah (itu adalah hadiah berikutan kegemarannya berkongsi ilmu tauhid melalui makhluk-makhluk ciptaan Allah kepada anak-anak usrahnya)

MashaAllah, hebatnya anak itu dan lagi hebat ibunya. Allahuakbar

Ini hanyalah picisan perkongsian dari beliau mengenai topik wacana WANITA BEKERJAYA; CABARAN MEMBINA GENERASI HARAPAN anjuran WANITA ISMA. Terdapat puluhan tips bermakna yang lain yang masih menanti untuk didengari.
Ayuh! selamat menonton. Sangat bermanfaat, insyaAllah



http://www.ustream.tv/recorded/23759415