Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri

Abah Aqel ~ Aqel ~ Mama Aqel


Salam lebaran buat semua kawan2,


Sempena hari raya yang akan menjelang tak berapa lama lagi ni, saya nak mohon ampun dan maaf pada semua andai ada tulisan saya yang mengguris rasa dan kasar bahasanya. Manala tau, dalam diam2 ada yg menyimpan rasa pada saya, saya mintak maaf..samada sengaja atau tak sengaja, harap dapat dimaafkan..

Berhati2 semasa memandu nanti, jgn asik ingat nak cepat smpi je..yg penting selamat. Semoga kalian menyambut hari raya dgn gembira di samping org2 yg tersayang..Makan ketupat rendang tu, jgn sukat2, belasah je semua..bila lagi nak rasa feeling hari raya..hehehe.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas,
NiCkNu@R

Salam Perpisahan

salam,

mood tiba2 bertukar sedih :( entri ni saya buat khas utk ex-bos saya yg akan bertukar ke Kem. Teknologi Hijau (KeTTHA). pagi ni opis menerima kunjungan beliau yg sepatutnya dah mula bercuti raya tp disebabkan beliau nak bertukar, beliau sanggup datang utk mengucapkan selamat tinggal!ohhh..sedih.

walaupun..
beliau bising & outspoken org nya,
selalu jerit2 dr dalam bilik panggil pa,

walaupun..
kalau dia xpuas hati, dia akan ckp direct
face-to-face kadang2 *seram

walaupun..
beliau sangat berdedikasi dalam kerja
hasil kerja beliau mmg bagus2 *saya kan penah ganti pa beliau, i know la~

walaupun..
apa2 sikit, sumenya nak hitam putih
bertulis
taula lawyer..huhu..

tapi..

dia tetap baik hati, caring n suka memberi nasihat pada saya. kalau teguran beliau, saya anggap teguran ibu2 (ada jgk yg terasa hati..huhu). saya akui, suka dgn corak beliau menguruskan kerja, teratur je..tersusun rapi. saya penah curik2 tgk atas meja keje beliau (masa ganti pa), siap ada list keje2, yg mana dh siap, dia akan tick, very gud kan?

selamat maju jaya pada beliau. at the moment she give me a hug, we crying :( i thought dat only me burst into tears but then when i look to her, she also crying...ada 1 mcm feeling sedih bila hug beliau..maybe sbb saya penah berkhidmat dgn beliau n sepanjang saya jaga beliau, saya rasa sgt dihargai dr segi hasil kerja. bkn setakat puji2an dan pemberian cenderahati dr luar negara tp nasihat2 tu yg penting...bnyk yg sy belajar dr beliau..terima kasih daun keladi pada beliau.

tahniah pada beliau. semoga berjumpa lagi..

Thursday, August 25, 2011

Jalan sudah lengang!

salam,

siyesly korang..jalan raya depan umah saya sudah lengang! yang selalunya pepagi buta tu, asik dgr hon kete je memanjang, kalau jenguk kot tingkap nampak kete berbaris panjang mcm xbergerak2 buat rasa takot nak p keje, tiba2 tadi lengang pada jam 7am! fuhhh..dahsyat jugak org putrajaya ni kalau bercuti ekk..boleh bikin lengang jalan raya.

eh, yang dok membaca ni kompem masih setia di pejabat kan? hehehe..samala kita. tapi saya pasti, hati dah xde kat pejabat dah..hati dah dicurik oleh org2 kat kampung halaman, ye dak? dorg dah lama wat lari hati kita smpi kita dah xde hati langsung nak ngadap keje..huhu..sebab tu asik dok hapdet blog je..pastu hapdet plak asik pasal raya,raya,raya..nampak nauuuu laa...;p

tapi, jalan hanya nampak lengang di putrajaya sahaja. ce tgk kt highway lengang takat mana sgt..haha. esok? kompem dek non, jam xhengat. so sila bawak roti siap2, leh sapu jam. harharharharun!

ok, b4 merapu raban baik saya stop. selagi ada jasad kat opis ni, buatla keje anda sebaik mungkin. amanah tu..xbaik kita abaikan. huhuhu..ni nasihat kat tuan blog skali.

Wednesday, August 24, 2011

Tema Baju Raya

salam,

asik2 cite pasal raya je kan? yela, xnakla spoil mood cite benda lain. so kita cite benda2 yg berkaitan aje, baru best!

tiap2 tahun mesti ada orang yg akan tanya, "apa kaler tema raya tahun ni?" dan tiap2 tahun jgk, mesti kaler tema tu akan bergilir2 tukar. tak merah, kuning. tak hijau, biru. tak kelabu asap, pepel. gitula tiap2 tahun, mesti bertukar2 warna. saya rasa, korang pun sama jugak kan. yela, xkan nak pakai kaler tema sama mcm thn lepas, xfeel lah...

tapiiii, buat pertama kalinya raya saya thn ni mmg xfeel langsung..sebab? FIL pakat nak bertema pepel la pulak...thn lps dah pepel. thn ni pepel lagi. aduyaiii, mcm xde kaler lain je kami ni. disebabkan xnak mengecilkan hati FIL maka saya ikutkan jgk lah..memula tu majuk jgk kt asben, tp malasla nak panjang cite. lagipun small matter je kot so xperlu sentap =)

asalnya saya ajak asben bertema merah sbb saya ada baju kaler merah n aqel pun adala tshirt kaler merah tp asben mcm xleh nk wt keputusan lagi masa saya ajak tu..alih2 dia tny family dia n decide nak ikut tema family dia. yela, kata raya thn ni kat umah dia so kita turutkan sajelah. makanya kaler tema kami tahun ni adalah....

PEPEL

p/s: mujur saya ada baju kaler pepel yang baru. kalau x, terpaksala pakai baju tahun lepas...huhuhu...

Sampul Duit Raya

salam,

duit raya dan sampul raya memang xdapat dipisahkan. kalau nampak sampul raya, otometik mesti teringat duit raya. tapi kalau nampak duit raya, adakah otometik jugak teringat pada sampul raya?ohh...sudah semestinya tidakkk!! orang nak duit je, xpandang dah sampul2 ni..

tahun ni rasanya paling banyak kami dapat duitsampul raya ;p bermula dgn saki baki sampul raya tahun lepas. dgn tamaknya telah beli berpaket2, pada tahun lepas, last2 xhabis guna :( apakah?? adakah kerana kudukut? bukann, kami bagi apa duit raya kat budak2 tapi mungkin kami xbnyk jmp budak2, yang ada pun dah beso panjang, kecik2 nan hado..jadik, save disitu ;p

tadi baki sampul raya tahun lepas kan? pastu saya dapat lagik sampul raya free dari focus point - wat spec rayabaru so dapat la sampul free. ingatkan nak mintak lagi5 sampul, tapi mujurla masih ada sifat malu dalam diri jadi terima seadanya..kat opis lak, dapat tau ada sampul design baru keluaran MOF, maka xnak lepaskan peluang utk dapatkan jugak, amik 5 sampul trus..huhu. design xla lawa mana tapi yang penting ada tulisan 'kementerian kewangan', tu yg mahal tu..nak eksyen sket kat org. hehehe..

semalam, dpt pulak pemberian ikhlas dari teman di pejabat menteri kat atas, sampul cimb bank n bank islam, punya la cantik. rasa nak mintak lagi10 sampul. asben saya sampai terkagum2 dengan kecantikan sampul raya tersebut. dah nampak dah sampul mana yg bakal jdi mangsa utk diberi pada ahli keluarga. huhu...

tiba2 asben bersuara - abg tukar duit kat affin bank, nanti dapat lagi sampul raya. pfffff....watdfish.

banyaknya sampul raya aku tahun ni!!=)

Gaji

salam,

muka ada senyum :p harini gaji masuk, alhamdulillah, berakhir sudah kemarau 'poket kering', huhu..dah lama poket xkering kontang mcm baru2 ni..rasa2nya saya xboros sgt tp maybe sbb bnyk komitmen dekat2 nak raya ni.

gaji kalini kena berjimat betul2. nak balik kg, nak bagi wit raya (wowww!!), nak soping2 kt kampung (eee...bestnyee!!), nak itu, nak ini, sume nak! hahaha..dasarrrrr...pastu bising2 kata pokai la apa... tadi baru kata nak berjimat,kan? hok olohhh nik ni!

yang mana duit utk bayang hutang piutang seeloknya diasingkan. bkn apa, takut terguna. maklumla, di saat2 sana sini ada sale, mata pun tetiba jadi juling ;p mmgla sumenya murah2 tapi masing2 dah ada peruntukan sekian2 bajetkan? so bijaklah berbelanja. jangan ikut napesu semata. ni nasihat pada tuan blog juge.

saya tau, ada yang dah start cuti muti. opis pon semakin hari jadi semakin sunyi dan sepi. yang tinggal hanyalah muka2 bermata sepet dan bertanda di dahi ;p pada yg dah start cuti, selamat hari raya, maaf zahir batin. bawak kete leklok. ingat org yg tersayang. jangan asik nak smpi cepat je..keselamatan diri dan pemandu lain pon kena jaga jugak, k.

so happy balik kampung, korang.

Monday, August 22, 2011

Hujung Minggu

salam,

korang wtpe ekk wiken haritu? kalo xkua soping, mesti membuta kat umah, tol x? hehe..mesti punya..pose2 gini kalau dok umah, mesti layan katil+bantal. mcm xsah lau xlayan..hahahaharun!

kitorang wiken lepas xlekat umah. lekat kejap je, tu pun membuta je kejenya. yela, saya tgk asben xbangun2, anak siap dah bangun nak tido balik pun, dia xbangun2 jgk, saya pun membalas dendam dgn join skali tido..bio sama2 tanggung umah tunggang langgang. tp bila bangun tu, saya jgk la yg kena kemas kan..huhu...

sabtu pagi dok umah je. saya mengemas sikit2. mood rajin datang. ptg tu kami ada majlis iftar dgn kawan2 asben. majlis ni dh jadi majlis tahunan sbb tiap2 tahun buat. skuadmate asben sumenya. majlis dibuat kat KGPA. apa yang saya boleh ceritakan, tmpt tu mmg best dan puas hati. masing2 bawak anak kecik so pepahamla, perlukan tmpt yg selesa. KGPA memenuhi kehendak kami ;)

ahad lak, mcm biasa pagi membuta smpi ke tengahari. astaga, apala nak jadi anak beranak ni..hehehe..bangun2, asben ajak berbuka kat lua smbil2 dia ajak cari kasut raya dia. so, layankan je..memula kami nak ke the mines je skali mak kau..kete panjang berjela nak masuk parking, trus saya suggest ke ioi mall je since ktorang ni perak xpenah smpi lagi ke situ..hihi...g sana pun sama parking berjela tp asben saya bantai kona kot mana tah tup tup dapat jgk masuk parking. hihihi..lps jalan2 sume (carik kasut aqel dulu), cepat2 nak cari tmpt berbuka. skali, alamak! dah fully booked, cane neh?? dari 1 restoran, ke 1 restoran, sumenya dah penuh. then saya skali lagi jadi penyelamat, mencadangkan makan kat restoran nasi kandar pelita tp kena keluar la dari ioi mall tuh..asben setuju n kamipun mulala menapak. ingatkan jauh rupanya secoet je, alhamdulillah..dekat je rupanya, bersebelahan je ngn ioi mall tu..so mkn situ je =)

eh, panjangnya karangan saya ;) tapi xabis cite lagi ni...

memandangkan kasut asben masih blum berjaya ditemui, maka kami ke jusco equine plak. huhu. mmg ronda habis la semalam. sampai sana, usha2 kasut yang asben berkenan. ingatkan nak amik tapiii, xjadi la plak. uish, susah jgk nak meneman org laki2 ni bersoping. cakap org pompuan pandai, dorg pun sama..uhuk2..last2 saya yg soping ehem, ehem...jadinya ktorang hanya berjaya beli kasut anak n ehem2 saya je semalam.*penat*

seronok lau soping time2 nk dekat raya ni sebab banyak sale tp lautan manusia tu yg xmenahan tu. nak meredah tu, alahai..pk 10kali. next soping, di kampung pulak!yeay!(walaupun xde nak beli pape pon..)

Tag - Lagu Raya Kegemaran Saya

salam,

cik puan zana dah mengetag saya so haruslah buat. tambah2 tag ada kena mengena dgn musim perayaan, harus berdesup trus buat, hahaha..

ok, tag ni berkenaan lagu raya kegemaran. sejak on radio dlm kete lagi, mmg meriah sesado dgn lagu raya...hihi. suke2. barula semangat sket nk beraya. dtg2 opis, on radio opis plak, lagilah berlambak2 kua lagu raya..trus xde mood nak keje..hehe..

korang mesti ada lagu raya kegemaran, kan..jgn tipu. kalau dgr je lagu raya kegemaran korg tu, mesti nak "eh, lagu ni la..kuat sket la" haaaa...btul x? hoho..same la kita. kalau dlm kete, bila kua je lagu raya, mesti saya soh asben kuatkan (saya n anak dok kt blkg jadi big boss ;p) haa..kau, meriah trus kete saya smpi kan anak pun membebel2 (bahasa diala), konon nyanyi la tu..siap angkat2 tgn lagi.

saya ada 2 lagu raya nak share kat sini. dua-dua pun best. apa lagu2nya, meh kita tgk

1- Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Bila Raya Menjelma

Anggun si dara jelita berselindang dan ber'baya
Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya
Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa
ampun dan maaf dipinta

Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia semuanya bergembira
Tua muda miskin kaya berbeza tidak berbeza

Mari adik marilah bang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kitalupakan
Sila adik silakan bang sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada

Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya

Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang


2 -Lirik Lagu Sharifah Aini - Suasana Hari Raya

Hai selamat hari raya
Kami semua ucapkan
Menikmati hidangan
Yang kami sediakan

Sila jamu selera
Dengan bermacam hidangan
Pilih yang mana suka
Sila janganlah segan

Rasalah ketupat ini
Dengan rendangnya sekali
Sudilah rasa kuihku
Pilihlah yang mana satu

Hai... di hari begini
Kita menjamu selera
Kita bermaaf-maafan
Di suasana hari raya

lagu first tu, mmg saya suka dgr la, tok t nyanyi kan, haruslah ada sebuah lagu feveret =) lagunya santai je..bila dgr pun mcm tenang je rasa. lagu second tu pulak, lagu yang membangkitkan semangat nak beraya bila didengar...rentak permulaan tu je dh bikin gempak..haha..lagu yg banyak digunakan utk latar belakang iklan2 tibi..

oh, itu sahaja la cite sy utk lagu raya kegemaran. saya nak tag dorg2 kt bawah ni utk buat. kalian, sila buat ye..

1 - adik saya ~ zuanadeardiary
2 - zila ~ zillahdaud
3 - ayu ~ azlanayu
4 - zue ~ zueali
5 - syadz ~ shamwani

xoxo

Friday, August 19, 2011

Lagu Raya

salam,

semakin rancak lagu raya berkumandang. maklumlah, raya semakin dekat. minggu depan dah nak balik kampung, mcm xcaya je puasa dh nak abis..

korang ada lagu raya faveret x? yang pasti, mesti lagu2 tu, lagu2 evergreen kan? lagu2 raya alaf baru ni kurengg skitlah melainkan kalau tok t yang nyanyi..mcm susah nak lekat melodinya. lagu2 evergreen jgk yg menjadi pilihan =) haa..ni dah nak dekat blk kampung ni, kalau pasang lagu sudirman-balik kampung mesti berkobar2 nak balik, tmbah2 pasang masa dlm kete,,fuhhh, nyanyi mcm nak buat konsert. hehe..jgn tipulah xde, mesti ada punya!

minggu depan komfem lagi rancak radio2 pasang lagu raya. barulah best pendengar2 nak dengar..semangat skit! ;p persiapan korang cmne ek? saya punya dah cukup kot, yg mana masih blum lengkap tu, pakai/guna je yg thn lps punya..huhu. xla membazir ye dak? kasut raya thn lps pun mash elok lagi sbb saya jarang pakai..baju n tdung raya dah ada kot. duit raya? alamak, yg ni lum setel. xpela, serahkan pada asben je, thn ni turn raya kampung dia so mestila dia yg kena kua duit raya lebih...hehe...aci x?

bila dgr lagu raya ni, terkenang kampung halaman. kalau diikutkan, ni kali ke-2 saya akan sambut raya dgn family mertua. first time masa baru2 kawin n still berdua je. masa pagi raya tu saya asik berkepit je ngn mak mertua, hehe...p semayang raya pun ikut dia. tp alhamdulillah, saya dapat kawal emosi di pagi raya. maybe sebab rasa meriah kot kt umah mertua, masing2 balik. adik beradik asben agak ramai, tu yg meriah umah kalau sume berkumpul. pagi raya nanti, xtau lagi. dgr kata ipar duai ramai yg xdpt bercuti, emm...cmne la nnti agaknya ekk..

adatla kan kalau kita kawin dgn org jauh. kenala ikut giliran bila cuti2 raya ni..seronok tgk kawan2 yg dpt jodoh dgn org dekat2, kampung bersebelahan lah, daerah bersebelahan lah, umah sebelah pun ada jgk..best kan? xpayah gado2 nak balik umah sapa dulu. rezeki masing2..terimala dgn hati yg terbuka. jodohkan Allah yg tentukan, adalah tu perancangan Dia utk kita =)

lagu mamat dok berkumandang la plokkk, ku mohon restu ayah bonda. tsk. tsk. uwaaa..nak nanges!

Thursday, August 18, 2011

Masak-masak

salam,

balik ni saya akan memasak utk berbuka =) mari tadah tgn bersama2 dan bersyukur ke hadrat-Nya. dah lama saya teringin nak memasak tapi apakan daya, tegahan suami jgn dibangkang, buruk padahnya, ecehh..

saya masak yg simple2 je. semalam saya ganti pa, skali balik lewat gara2 menunggu pa masuk opis balik. sedar2 saya punch card dh 520, berdesup balik umah amik anak. klung klang memasak akhirnya siap b4 7pm. pantas x? hehe...see d leg maa..

kisahnya goreng ikan je ngn wat sambal tempe+ikan bilis. kuah kicap sajork..puasa2 gini, masak simple cmne skalipun tetap sodap! tol x? saya kena masak cecepat sblm pembantu chef menghulurkan bantuan yg saya xsudi..terpaksa jgk redha bila hall mcm kapal terbang terhempas masa saya tgh kusyuk memasak.tsk.

arini xtau lg nak masak apa. yg simple2 aje sudah, makan sorg je pun. asben berbuka di opis lagi, ada keje skit katanya. yela, minggu depan dia dh stat cuti 3hari lebih AWAL dari saya, aci x? asik cuti je kejenye..so kenala settlekan keje2 dulu, baru aman bercuti.huhu.

emm..ingat nak taip entry utk esok tp cite kt atas pasal berbuka nak mkn apa, pekejadahnya..oppsss, berpuasa. sorry!

:)

xoxo

Jualan Puspanita

salam,

jualan puspanita kembali lagi! mentang2 la org gomen br dpt bones, kerap je ada jualan mualan ni..kalau x, selang 3bln pun belum tentu ada. huhu...tp okeylah kan, utk saya yg xbnyk peruntukan berbelanja ni, sekadar cuci mata pun jadilah..

kat jualan puspanita MOF ni ada bnyk jgk gerai2 mcm gerai (gerai ke?) baju bajan dewasa n kanak2, towel, kosmetik, kerepek2, brooch2, kek n sempena nak raya ni, adala jualan kuih2 or biskut raya. utk tempahan pun ada. rasa emm..ntahla. saya xpenah rasa n beli so xtau nak komen cane =)

cilok dari makcik gugel =)

harga pulak berpatutan la kot..xmurah sgt, xmahal sgt. seswaila ngn standard para pembeli. nak tau, masa saya n kwn2 opis nak balik opis, terserempak dgn bos kami n pa beliau kat lif. sempoikan beliau turun join tgk2 kat jualan mcm ni..bkn senang nak tgk org pangkat datuk datin nak g jualan2 mcm ni..low profile la kiranya bos saya ni. bagus bos, keep it up! cewah..

selalunya kat jualan ni, saya serbu gerai baju kanak2 n gerai jual kek coklat! haha..tp td xde napsu plak nk g tgk gerai2 tersebut. agaknya mengenangkan fulus yg nak digunakan raya nanti mesti kua bnyk so pendamkan sajela hasrat murni tu..tsk.

td saya teringin nak beli akok bunga. tp ramai telajok plok customer makcik gerai tu so malas nak nunggu. esok jelah beli. esok ada lagi. xkenal akok bunga? yang nila akok bunga..
mmgla bersepah2 kat luar tp yang td punya nmpk sedap plak..


ah, sudah...perutku berkriok-kriokk sudahhh...huhu

Wednesday, August 17, 2011

Cantik itu subjektif

salam,

pernah x anda rasa diri anda xcantik? maksud saya, xcantik yang xsedap mata memandang, hehe..paham x? yela, selalu org akan kata sedap mata memandang maksudnya wajah seseorang yang kita nampak biasa2 je tapi kita pandang tu jadi xjemu..itu mengikut diskripsi saya la, diskripsi anda pula mungkin berbeza. tapi saya pernah(selalu je..) merasakan yang diri saya xcantik. not only bcoz of i'm wearing a spec but i felt ugly inside out..ohhh, menakutkan bukan?

cantik itu subjektif. lain orang lain interpretasinya terhadap kecantikan. pernah sorang rumet saya masa uni dulu bercerita pada saya. katanya, pakwe dia (skg dh jadi hubby) sangat suka meng'usha' amoi2 cina yang berbadan kerempeng2 tu, bagi dia amoi2 tu amat seksi..opppsss..sorry, entry kurang pahala. hehehe..nasibla kan..korang dh terbaca..tapikan, kerempeng-> seksi? mcm xseswai je..tp tula, bagi kitakan, bagi pakwe dia, kerempeng tu hot je!

orang kata, cantik tu datangnya dari hati. kalau hati kita sentiasa berprasangka baik pada orang, xdengki2, sentiasa mendoakan kesejahteraan orang, insyaAllah, wajah kita dgn sendirinya akan nampak cantikkk je..tapi kalau hati busuk, sendiri mau ingat la!

tapi saya xde pon nak dengki2 kat orang. ok adala dengki sikit (pose ni, xbaek tipu =) ) tapi kejap2 je kot. biasala kan, tgk orang bahagia sikit, mestila ada terdetik kat dalam hati, alangkah bestnya kalau aku pun dpt mcm tu. tapi xde la sampai nak menjatuhkan orang, huhu..kejinya perangai kalau mcm tu ekk. jenis xboleh tgk org senang or lebih sikit dari dia, asik nak kondem je kejenya..haa..kalau yang pesen gini, muka mmg xde ciri2 kejelitaan langsung. tapi kalau dengki lite2 pon, xde ciri2 kejelitaan juge cmne ye?tu tandanya mmgla kau xjelita langsung nik oiiii...hahaha

tapi saya ada nak share sikitla pasal kecantikan ni. saya ada sorang kawan ni, dia ni mmg cantikla, kalau lelaki pandang, mesti kena 2-3 kali tau. sungguh! saya penah ikut dia g shopping, mmg penjual2 pun mudah sgt2 nak entertain dia tmbh2 lagi dia ni mmg ringan mulut, pandai bercakap. kalau p pasar tani lak, abg2 yg jual roti john ke, kebab ke, buah2 ke, mesti nak toleh2 dia. siap tenung2 mata tu..nak citenya, dia ni mmg cantikla. saya pun suka tgk muka dia. malangnya, disebalik wajahnya yang cantik menggoda tu, rupanya terselit sikap dia yg busuk hati..saya sendiri dah terkena dgn dia, ada saya cite dlm entri2 lepas. rupa2nya ada hikmah kejadian tu berlaku, kalau x sampai sekarang saya masih berbaik lagi dgn dia..so, kawan2, jangan nilai seseorang dari luaran semata. selidik dulu latar belakang dia sblm betul2 rapat. lagi 1, wajah yang cantik aje xcukup kalau perangai hampeh!

oklah, xnak hurai topik ni panjang2. ni topik sensitif buat kaum pompuan :) sapa yang xnak nmpk cantik, kan? bagi yang bersuami, asalkan suami kita sayang kita seadanya, tu pun dah cukup 'cantik' sangat2...apa yang penting, tingkah laku kita sebagai wanita, kena jaga. dgn sendirinya kita akan nmpk cantik dimata semua org..insyaAllah


Rupa-rupanya

salam,

rupa-rupanya apa yang saya sangka selama ni betul..dah lama dah ekceli saya dok mencari2 'sesuatu' ni tapi xjumpa2 sampai la ke saat tadi, baru kutemui..xsangka, dalam diam-diam, 'sesuatu' itu wujud cuma tidak diwar-warkan..

ok, kalau rasa geram sebab saya nak main teka-teki kat sini, xnak bitau apakah 'sesuatu' itu, sila tinggalkan page ini dengan kadar segera, sebelum pose anda batal!hehe...

ok, babai

Tuesday, August 16, 2011

Doa Elak Malas

salam,

arini saya rasa agak malas sikit. maybe sebab xbangun sahur kot :( sedar2 je dah azan, aduhaiii..rugi2..

kalini nak share 1 doa yang sy terjumpa kt internet. doa utk mengelakkan rasa malas, rasa keluh kesah, dukaciti, sifat kedekut dan penakut dan elak alami daripada tekanan hutang. kalau rasa mcm malas nak buat sesuatu, bleh cuba baca doa ni, mudah-mudahan, kita akan dihindari dari sifat yang xelok tu..amin.




Maksudnya : “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

Keterangan:


Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian.


Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.

Mendengar pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik.

Abu Umamah membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.

Selang beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurangan, makin lama makin berkurang dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan usaha yang baik.

Dia akhirnya menjadi usahawan yang besar, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya, dan bahkan dia menjadi orang yang kaya raya.
InsyaAllah, sama-sama lah kita amalkan doa ini untuk mendapat kebaikan dunia akhirat.


kredit to : http://keberesan.blogspot.com

Monday, August 15, 2011

Salam Bertemu Kembali

salam semua,

lama betul rasanya xpegang laptop/pc dek kerana pulang bercuti ke kampung halaman last wiken. lega dh selamat balik ke putra semula. tapi terpaksa la pulak mengadap rutin harian kembali..

overall, percutian saya sekeluarga menggembirakan. best sebab dpt balik berbuka puasa sama2 ngn family. stp ptg sy n asben ronda2 cari pasar ramadhan yg berdekatan. kat sana pasar ramadhan mmg meriah, berpusu2 org dtg. saya rasa, makin lama makin meriah plak bazar ramadhan kat sana sbb dulu mcm xbnyk sgt pilihan bazar n juadah. skrg ni, sana sini ada pasar ramadhan, mmg best!

oh, kalini kami sekeluarga memilih pengangkutan udara utk pulang ke kampung. xde la murah sgt tp sgt berbaloi dr segi masa dan tenaga. maklumlah, skrg kan bln puasa. kalau memandu jauh mmg terasa kepenatannya. jadi kami sepakatla pilih pengangkutan udara ni. tapi kami naik yg murah2 je, xmampu lagi nak naik yg ada 'emas', hehehe..insyaAllah, ada rezeki nanti, bolehla naik belon berbalut emas itu ye~

bnyk yg nak saya share sepanjang pulang ke kampung. tp paling lucu kisah anak saya la, yang baru nak mengenal itik lembu. last time balik masa raya cina awal thn baru2 ni, masa tu dia baru nak belajar berjalan. nak ajak jejak tanah pun xboleh lagi, kena dukung. balik kalini haaa kau, dah boleh berlari2, kawasan umah saya tu pulak agak luas, bolehla dia main lari2 situ sini..seronok sgt tgk..:) ajak dia berkenalan dgn cik lembu, cik kerbau..hah! mmg dia suka yaa hamat! dah pandai mengajuk tau.."bbuuuuuu" hahaha..comel je!

nanti saya cite lagi apa saya buat kt kampung. walaupun puasa n sgt2 penat (xtau napa sy asik rasa xlarat bila dok kampung smpi asben sy musykil, sy ni puasa ke x selama ni, cis! jahat tau dia...) sy tetap jgk layankan keinginan asben yg mengajak sy 'berderak' ke situ ke sini..p pasar ramadhan pun nak ajak sy teman, sy suruh g sendiri xmau, katanya "xreti kecek". macamla saya ni pro sangat!hahaha..saya ni pun belasah je, cuma bezanya saya tau nak guna n susun ayat n of course a few words yg melambangkan ciri2 kekelantanan, tp bunyik, ya hampun! nak dekat2 sama ngan mek siam kecek!belasah jela...

ok, gotta go..need to settle keje2 yg tertunggak sepeninggalanku minggu lps..huhu


Wednesday, August 10, 2011

Balik kampung

doakan keselamatan saya sekeluarga :) xsabar nak berbuka dgn family di kampung..

Monday, August 8, 2011

Aqel demam

salam semua,

wiken lepas saya n asben menghabiskan masa melepak2 di rumah saje. puasa adalah alasan terbaik :) tp kami xduduk saje, kami bergotong royong kemas umah ~

sebenarnya saya sendiri xpercaya bila terdengar bunyi vacuum kat ruang tamu. eh, laki aku nak mengemas ke? kata saya..sebab masa tu saya kat dlm bilik tgh menjait. ala, jait sarung bantal anak je, dah nak terkeluar dh isi bantal saya tgk so sebelum isinya terburai, baik saya selamatkan dulu. bila dgr je bunyi vacuum, saya lari ke luar nak tgk, eh betullah! asben sy tgh bervacuum!haha..

saya pun trus semangat mencanak2 nak mengemas jgk, trus ke dapur angkut brg2, nak alih kabinet kecik. kabinet tu asik bersepah je sbb anak saya suka sgt tarik brg2 dr kabinet tu, 10kali kemas, 10kali dia tarik barang, lotih mak! so better letak kabinet tu tinggi2..

so, mengemasla kami pada hari sabtu tu..cadangnya nak kua ke kL berbuka puasa ngn adik saya tp kami tertido n terjaga dah pukul 4pm so xlarat dh nak kuar jauh2..last2 xjadi n janji nak pegi esoknya (ahad). kesian adik saya, mesti dia tertunggu2..;(

esoknya kami lepak2 je kat umah. tetiba saya tersemangat nak bukat kek batik sbb dh lama beli brg tp xberkesempatan nak buat so trus masuk dapur. asben saya tegur "tu nak buat apa plak tu?" saya senyum je.."nak try buat kek batik"..

keletang keletung kat dapur akhirnya siap! nmpk sungguh menyelerakan..:) xsabar nak try apa plak rasanya. rasanya xmanis sgt sbb saya xletak gula bnyk, main agak2 je..lupa nak amik gmbr plak, xpe ada lg nnt la saya amik. tetiba asben saya cakap "badan aqel mcm panas je.." ala..demam ke mamat ni. baru nak berjalan, lau demam cane nk g kl..

makin lama, makin panas badan anak saya. dia pon dh stat merengek2, asik nangis je..smpi naik marah kita dibuatnya tp sebenarnya kesian kt dia. last2 terpaksa cancel lg plan nak berbuka ngn adik. sorry, na. lain kali ekk..emergency case la. xleh nak buat apa..ptg tu kami bawak aqel g klinik n guess what, demam dia dh cecah 39darjah, patotla panas semacam n doc terpaksa masuk ubat kot vontot. kesian anak saya..

so harini xhantar aqel ke pengasuh. asben saya jaga. berterima kasih sgt2 pada asben yg banyak berkorban. berkat bulan ramadhan agaknya :) xtau nak ckp cmne kat asben melainkan terima kasih yg tidak terhingga..kalau xkerana dia, nmpknya sayala yg terpaksa korbankan cuti yg tinggal tidak seberapa tu..huhuhu.

to aqel, moga cepat2 sembuh, kita nak balik kg ni sayang..jgn demam lama2, k!

p/s : rasa n teksture kek akan dicite dlm entry akan dtg..:)

Thursday, August 4, 2011

Thank u Mr. Mama

entry ni ditujukan khas buat asben tersayang *_*

semalam masa sy anta aqel ke pengasuh, dapat tau yg pengasuh terkena air panas kt tgn, terkejut sgt. bila tny kena kt mana, asben pengasuh kata kena kt lengan kiri kanan sket..(sebab masa tu, asben pengasuh yg sambut aqel kt pintu, pengasuh tgh duduk - mcm menahan sakit) tp sy xmasuk dlm tgk keadaan pengasuh sbb dh lmbt takot punch card merah so sy just tny gitu2 je..

suasana umah pun mcm sunyi. sy tny, yg lain mana (budak2 asuhan yg lain), pengasuh kata blom smpi n ada sorg yg baya aqel tgh tdo. ok, fine. sbb selalu dia jgk la yg sebok2 dpn pintu nk menyambut aqel so bila dia xde sy jadi pelik. then okla, dia tdo rupanya..

mula2 sy serba salah jgk nak hantar ke x tp memandangkan ada budak td tu so sy gagahkan jgk la anta aqel. kalau x, xkan la sy nak anta aqel sorg2 sedangkan yg lain xhantar,kan? mcm kejam la pulak sy nih :) sy tny jgk, xpe ke kak, dia kata, xpe..so sy pun p keje cm biasa..

smpi opis dlm 8.10 gitu (montot pon xpanas lagi) tiba2 dpt 1 call dr asben pengasuh. mintak dtg amik aqel sbb dia nak bwk pengasuh p klinik sbb luka makin teruk. alamak! cane nih..kena balik skrg la jawapnya..ishh, kena mintak izin bos la plak, malasnya...huhu

demi anak, sy gagahkan diri jgk mintak kebenaran bos. alhamdulillah, bos amat2 faham malah dia suruh sy balik skrg jgk! ini emergency katanya..saya kena admit dlm hal2 kebajikan anak buah, bos saya mmg prihatin. haritu dia panggil sy n sorg lg staff utk mintak maaf bg pihak warga opis bcoz lewat bagi kad bufday pada kami..small matter je kan tp dia sensitif ttg hal ni. bagi dia maybe seolah2 mcm kami ni tidak dihargai..just bcoz of lewat bagi kad bufday. terkezut,kan?

then bila sy smpi umah pengasuh utk amik aqel, sy tgk lengan pengasuh tu sendiri. alamak! ngerinya...hmpir 1/2 lengan kiri dia merah (bengkak n mcm nak naik gelembung2 air tuh..huhu) then lengan kanan lak kena mcm percikan2 air n kt jari2. pedih katanya, rasa mcm nk letak lengan kt bawah air je..siannya...mesti dia tgh menahan sakit. then sy bwk aqel blk cpt2..sempatla asben pengasuh mandikan aqel, tq abg zul :)

sy sebenarnya mintak asben amik cuti (EL) utk jaga aqel semalam sbb cuti sy dh xbnyk, sayang kalau digunakan. mula2 asben mcm ragu2, dia kata nak kena tny bos dia dulu..lgpun dia sbnrnya dh mintak cuti utk mgu dpn so...pepahamla kan. mcm xsedap lak nak amik cuti lg mgu ni..tapiiii..alhamdulillah..bos dia sgt2 la baik hati n suruh dia amik cuti utk 3hari..tq Allah kerana memudahkan hari kami semalam..

jadinya bermula semalam smpi jumaat ni, asben sy akan menjadi mr. mama :) horeyyy! semalam pass with flying colors, hehe..tp kesian plak kt anak sy, blk2 je umah tgk anak sy tgh sebek2 muka, baru lps nangis..alolo..ciannya. anak sy mmg lasak, myb asben sy naik hangin la tu..selalu2 pun kalau asben sy naik suara sikit pun dia dh sebek2 muka n lari2 kt saya, then sembam muka atas paha sy, drama king kan? hehehe..

so, tq u so muchh abang..tqx100juta. semoga rezeki abang diluaskan di bulan yg mulia ni, boleyla kami tumpang berkaki2..ekekeke...

Tuesday, August 2, 2011

Teguran Bos

"nik, lain kali kalau ada org nak jmp, tny saya dulu, jangan main bagi masuk je"

"ok.."

"i'm busy right now, lain kali tny la dulu" (she repeat it again!)

"ok, sorry Datuk"

damn! mood bos sy harini sgt terok! kalau dibiarkan (maksud saya, saya xperform elok2 la) mau terbalik opis saya nih dek angin ribut dia. tadipun siap minit pada pegawai panjang berjela mcm karangan atas kertas minit...takottt!!

tadi dah la kena jadi tukang cuci jap, cuci kerusi kulit...huhu. terpaksala buat jugak even xrela. mujurla Datuk pun 'rampas' (hehe, kasi drama sket) kain pengelap dr tangan saya dan mencucinya sendiri! baik x hati Datuk? tp lps tu sy 'rampas' balik..

kalau nak jadi PA, kita mmg terpaksa berdepan dgn benda2 yg mcm ni. unpredictable org suku kaum penan cakap.. :) nak xnak, terpaksa jgk buat..so utk ingatan pada kwn2 yg berstatus mcm saya, kejap naik pangkat, kejap turun pangkat..jgn ikut kepala sendiri ok, naya!

Berbuka puasa

salam ramadhan,

amacam puasa semalam? ok ke ko? :) saya sudah semestinya ok! hehe..tp xdela ok sgt, sama je ngn org berpuasa yg lain, berlapar jgk..huhu

ptg smlm dpt sms dr asben, tny nak beli lauk apa. sy dh pesan, beli 2 jenis lauk sudah..kami mkn bkn nya ramai pun, berdua je. oppss, lupa plak, bertiga :) tp yg sorg lg tu mkn sepiring pun xsmpi..so xdikira. kuih plak, beli 2-3 jenis pun dh cukup. asben saya baik hati plak xsuruh saya masak dibulan puasa ni :) tq abang..mungkin saya masak dihujung minggu saja, tu pun kalau xkuar berbuka kt memana (umah kak ipar ke, kedai ke, jamuan berbuka ke)..

so asben sy beli kari daging (sebab saya request) ngn ayam percik plus daging puyuh. kuih plak karipap, akok (saya request jugak) ngn murtabak. sangat simple je kan? saya lebih suka mcm ni. air lak saya buat air sarsi je..pon sodap. ringkas dan xmembazir. tu yg plg penting. tu pun adala segenggam jugak nasi xhabis :(

saya tny jgk asben, xmahal ke beli kt pasar ramadhan kt kL. fyi, asben sy beli juadah berbuka kt pasar ramadhan di sekitar kL. senang skit, kua2 opis trus singgah je kt memana. asben kata xdela semahal kt pasar ramadhan putrajaya..lgpun bnyk choice. betul jgk sbb kalau kt putrajaya ni xbnyk sgt choice. mahal pon mahal..

abis, senangla xpayah masak kan?

ehh..sapa kata senang. tuu..budak kecik kt umah tu, apa cer? semalam baik pny peel dia buat masa kami dok berbuka. kami bagi dia mkn akok yg dipotong kecik2, letak dlm pinggan plastik. habis dia lenyek akok tu...huhu. mamanyala yg kena kemas sisa2 'mainan' dia tu. tp yg bagusnya dia xkacau la kami mkn sbb dia pon sebok dok 'mamam'...

lps dh berbuka, relek2 jap smbil tgk tb, sy tgk asben sy dh terlelap atas kerusi. siannya, org xbiasa puasa la katakan..hahaha..dah la masa bbrp minit lg nk berbuka, asben sy smpi landing dpn tb, menunggu azan. smpi saya kata, "amboi...teghokk nya..." dia angguk2 je smbil sengih angkat2 kening..

saya teringin nak berterawih. tp dok pikiaq nak campak budak kecik tu kt sapa nanti? haha..campak ko. nnt ingat nk tny pengasuh jela, kalau dia xp terawih, nak mintak dia tgk2 kan kejap si kecik tu. terawih xlama mana kot, dlm 2jam paling lama pon..

***********baru lepas kena marah ngn bos, uwaa..xde moodla nak sambung**********

bye!

Monday, August 1, 2011

Ambil pengajaran

salam ramadhan semua,

harini hari pertama kita semua berpuasa. korg puasa x ni? hehe..yg mana boleh puasa tu, puasala ekk, jgn la tinggal2, xbaik sengaja tinggalkan puasa..

rasanya ramai kot yg dh sedia maklum pasal berita putus tunang keeper harimau malaya ngn cik jejariruncing. sy pun ralit membaca komen2 kt bbrp blog yg menjaja kisah putus tunang mereka..kesian :( rupa2nya ramai yg mendoakan agar masjid yg bakal mereka bina, runtuh ditengah jalan..ada jugak kan yg berhati busuk mcm ni..

walau sesiapa pun yg salah, bkn hak kita utk adili mereka. hny mereka saja yg tau apa sebenarnya yg terjadi dlm perhubungan mereka. personally, sy tumpang simpati pada cik jejariruncing.

semoga kita mengambil iktibar atas apa yg terjadi pada mereka. bayangkan baru tunang bbrp bln lepas, ni dh putuss?? mcm sesuatu jekan?? tp xpela...ajal maut jodoh pertemuan hanya Allah yang tentukan..kita ni hanya mampu merancang.

jangan lupa, kita ni dalam bulan yg mulia. kurang2kan la 'bersedekah' pahala pada org lain. banyakkan amalan utk diri sendiri dulu. sy pun ingatkan diri saya sendiri jugak :)

xsabar nak tunggu masa berbuka nanti. tahun ni mesti 'meriah' masa berbuka, bkn meriah dgn makanan tp sebab ada 'pembantu chef' yg mesti sakan bila tgk makanan!

"nanakkkkk!!!"