December 31, 2008

Make it a Habit...

CIRI-CIRI ADAB SEORANG MUSLIM

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1- Awal-awal pagi setelah terbit matahari. (Waktu solat sunat Isyraq).
2- Selepas masuk waktu ‘Asar.
3- Baru selepas makan.
4- Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1- Bersihkan tubuh badan, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur atau sunat dahulukan dengan berwuduk.
2- Hindarkan dari tidur pada lewat malam.
3- Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah bangun dari tidur dan sebelum turun dari katil.
4- Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan, tetapi jangan minum selepas saja baru bangun dari tidur.
5- Cucilah muka terutamanya kelopak mata dengan air suam.
6- Ambil lah wuduk dan bersembahyang sunat.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Di larang tidur di siang hari kecuali di hari yang panas , boleh menyebabkan :
1- Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2- Merosakkan warna kulit.
3- Melemahkan jantung.
4- Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5- Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga Syahwat.
6- Melemahkan kecerdasan fikiran.

DOA SEBELUM TIDUR
Cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah saw :
1- Tidurlah di awal malam, sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10:00 atau 11:00 malam dengan berwuduk.
2- Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1:00 atau 2:00 pagi kemudian, sunat bersugi, berwuduk dan sembahyang sunat Tahajjud.
3- Kemudian tidurlah semula, dan bangkitlah sebelum terbit fajar (solat fardhu Subuh).
4- Cara tidur ialah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.

WAKTU-WAKTU YANG DI LARANG MEMINUM AIR
Seboleh-bolehnya jangan meminum air di waktu-waktu berikut:
1- Selepas baru bersenam, bersukan atau bekerja berat (rehat sekejap 5 minit).
2- Selepas baru bersetubuh.
3- Selepas makan atau sebelumnya.
4- Ketika sedang makan.5- Selepas memakan buah-buahan.
6- Selepas keluar daripada bilik mandi.
7- Ketika terjaga daripada tidur.

SUPAYA AIR YANG DI MINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK TUBUH BADAN.
1- Minumlah segelas air dengan 3 kali minum (seteguk).
2- Jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya.
3- Jangan meniup air yang hendak di minumkan.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1- Di larang keras terus tidur selepas makan kerana akan mendatangkan keras hati.
2- Hendaklah berjalan selepas makan sekurang-kurangnya 40 langkah.
3- Sebaik-baiknya hendaklah bersembahyang sunat dahulu selepas makan tengahari supaya makanan mudah hadam.



Sumber: Bukanku sengaja tak ingat...huhu...apapun...aku doakan orang yang menulis artikel nih moga dia sentiasa diberkati Allah..Amin.. (“,)

Muffin a.k.a Cup Cakes :-p



Weyyhooo….sekali cuba sure nak buat lagik! Kali nih aku wat perasa campur-campur…hehehe…

Jagung, Coklat & Oren…

Tapi hok paling aku suka perasa Oren tu la…

Tak sempat nak sejuk…dah habis nephews & niece aku cekup..wekekeke…baguslah..aku suka tenggok orang makan pe yang aku buat…yipiee!!!

p/s: kakak angkat aku selalu cakap aku nih boleh bukak bakery shop…tapi malangnya aku tak mampu nak bukak bakery shop tu...aku cuma mampu jadi kuli kat Baker jah…wakakakaka…atleast adalah jugak perkataan “baker” tuh…ahaks!




Jangan suka mengeluh wei...

Artikel nih sesuai untuk aku nih...huhuhu....happy reading!

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Sumber: tak ingat arr jumpa kat mana...tapi macam biasalah...kopi pes

December 28, 2008

Mengejar bayang-bayang

Suatu ketika Nabi saw. memanggil para sahabatnya ketika matahari sedang meninggi, dan memerintahkan mereka agar berlari ke Gunung Uhud dengan membelakangi matahari dan mengejar bayangan tubuh mereka. Barang siapa yang dapat mengejar bayangannya akan dihadiahkan jubah nabi.

Mereka tidak menanyakan kenapa beliau memerintah kan hal itu, tetapi mereka menyerahkan semua keputusan kepada beliau, dan sahabat-sahabat segera berlari mengejar bayangan mereka. Ketika mereka berlari sambil membelakangi matahari, bayangan mereka akan mendahului mereka. Meskipun secara logiknya kita tahu bahawa kita tidak mungkin mengejar bayangan kita, para sahabat Nabi tidak lansung membantah perintah Nabi
Mereka menggunakan kecerdasan mereka untuk melaksana kan perintah itu, tetapi tidak memikirkan apakah perintah itu perlu dilaksanakan atau tidak. Mereka tahu bahwa beliau seorang Nabi yang tidak akan mengeluarkan perkataan menurut seleranya sendiri, tetapi hanya mengatakan sesuatu yang diwahyukan Tuhan kepadanya.

Ketika para sahabat telah tiba di Bukit Uhud, beliau menyuruh mereka untuk berbalik dan berlari ke arah Nabi saw. Kemudian bayangan mereka berlari mengikuti mereka ketika mereka berlari menuju Nabi saw. Beliau kemudian berkata, "Wahai para sahabatku, barang siapa lari mengejar kehidupan dunia, maka ia seperti orang yang lari mengejar bayangannya, dan ia tidak akan pernah dapat mengejarnya.

Barang siapa yang lari mengejar kehidupan akhirat (lari ke arahku dan pesan yang aku bawa dari Allah), maka dunia ini akan berlari mengejarnya, seperti bayangan yang berlari mengejar kalian." Dikatakan, dunia itu bangkai, dan orang yang mengejarnya ialah seperti anjing.

Sumber: Copy paste from Tokeikedai

December 27, 2008

Korean Drama: My Girl



Bestla drama nie...suke tenggok Lee Da Hae berlakon tolol-tolol gitu...ahaks! tapi dalam masa yang sama dia jugak adalah seorang perempuan biasa...yang punya perasaan ingin dicintai & menyintai...cewah...below is the video clip from the drama...enjoy!!!

Nih aku bagi sinopsis dia...tapi ending tokleh bagitau..tak suprise lah wei...lu ada telinga..lu dengar...lu ada mata...lu tenggoklaaa sendiri...(^^,)

Contract marriage? The couple won’t live in the same room. In the end, they actually will anyway. Contract dating? Why be shy when you’re going to date anyways? What? Contract siblings? That is quite something if you ask me. However, there is one bizarre contract between two couples. Her major is creative writing (overflowing with lies), double majoring in acting (nice looking face with exceptional acting skills), minor major in broadcast entertainment (wonderful showmanship with quick agility of wit). Joo Yu-rin has an imprudent European attitude with full capability to do anything along with her good looks. There’s also Seol Gong-chan, a mighty fortunate man, who could handle any business of his own that he wants. There cannot be a more fatal chance of meeting than the one they have; nonetheless they get make a “contract sibling” agreement perhaps by their will or not. However, the two must join forces to go through the hardship that they must face… There’s another couple that get involved. Jung-woo who is a free-loving person, and Gong-chan’s past sweetheart, Se-hyun, a famous Korean sports star. Jung-woo gets quite frustrated by Yu-rin who keeps escaping from him, and Se-hyun keeps thinking of her past sweetheart, Gong-chan and can’t seem to let him go. Despite the small fights, the loving feelings that suddenly arise between Gong-chan and Yu-rin, and Jung-woo and Se-hyun’s love for them. What would happen between these four?

Source : Hancinema

Below is some of the video clip from the drama...enjoy!!!

http://www.youtube.com/watch?v=q5L8jkShqhk

http://www.youtube.com/watch?v=FJ5FO8KY6AQ




December 25, 2008

Umpama Burger dipanggang guna Petrol...huhu




Kawan aku cakap "tahun lepas...harga Prosperity Burger tak sampai RM8 (tak ingat berapa dah dia cakap...hehe) tapi sekarang dah RM14...fuyooo....goreng pakai minyak Petrol kaa...?" dan aku setuju dengan pe yang dia cakap...harga Petrol dah turun...tapi harga barang keperluan tak berubah pun...huhuhu...tadik aku gi McD...My sis treat me leh...ahaks! thanks...

Banana Muffin



Since today is a public holiday...and i dont have any interesting activity to do...so i bake some muffin...hok simple-simple jah...

Here's the recipe:


Ingredients
360gm Self-raising flour

300gm Castor sugar

200gm Butter

125ml Fresh Milk

2tbsp Lime juice

1/2tsp Fine salt

3 Eggs
4 Banana (aku guna Pisang Berangan)

Methods


1. Beat sugar and butter until fluffy.

2. Add in eggs one by one follow by flour & milk.
3. Add in Vanilla essence, lime juice. Beat again.

4. Add in blended Banana

5. Pour in the mixture into muffin cup.

6. Bake it about 15-20minutes, 180c.

7. Alhamdullilah....it's ready to eat (",)

December 22, 2008

Hati

Found this useful article a long time ago...dah lama dok dalam hard disk computer aku....so ada baiknya aku post...kotle ada orang tersesat singgah kat "blog rojak" aku nih...a.k.a "blog level budak sekolah rendah jenis kebangsaan"...wakakaka...atleast bolehlah jugak orang tu menambah ilmu....cewah...

Jika kita bergantung penuh pada Allah...kita tidak akan lekas menggelabah.
Hati kita akan sentiasa tenang sama ada ketika ditimpa musibah atau ketika mendapat kebaikan.

- Andai hati masih kuat terarah ke dunia yang fana... kita masih hina dalam penilaian Allah.

- Andai hati kita masih bimbang/ takut dengan makhluk/manusia...kita masih belum mengadap Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

- Andai dalam hati masih terdetik, mengajak untuk beramal...maknanya bantuan Allah sudah tiba.

- Andai hati membuat kita untuk tahu lebih banyak ilmu (mahu belajar)...tandanya Allah hendak kita cenderung padaNya.

- Andai hati kuat untuk mengadu pada Allah...seolah-olah pintu dialog dengan Allah telah terbuka.

- Andai hati kita kukuh/ kuat menghadapi musibah...tandanya Allah memberi petunjuk pada kita bahawa kita perlu bersabar.

- Andai dalam hati kita dapat menghilangkan kepercayaan selain dari Allah...tandanya kita diperhatikan oleh Allah untuk mengadapNya.



Sentiasalah sucikan hati…memohon ampun dan beristighfar padaNya.Ingat Allah.... hati jadi tenang..!


Cheers!! (^^,)

Chocolate Cookies


Ni gambo hok lama...wat masa bulan pose haritu...yang bestnya....Hari Raya kedua dah habis licin...huhu...sedaplah kirenya tu...ahaks!
Here's the recipe...bulehla wat kalau ada kerajinan..

Black & White Cookies
Sumber : sarah jasmine (Rnet)
Bahan-Bahan:

113g butter
80g Brown sugar

50g granulated sugar
1 egg 1tsp Vanilla

140g all purpose flour }
30g coco powder }
½ tsp
baking powder } ayak
¼ tsp Baking Soda
}
1/8 tsp salt }
200g white choc. chips
Cara
1. Pukul butter & gula…campur telur dan esen. (kacau ngan whisker je)
2. Campur semua bahan yg diayak ke dalam adunan.
3. Masukkan white choc.chip
4. Bakar dengan suhu 160 selama 10 mins. (maklang bakar dgn suhu 175C selama 20’ - ikut oven masing2 wokeyyy…)
Selamat mencuba! Ni pun resepi copy paste...tapi confirm menjadik sebab aku dah cuba wat...yipiee!!

December 21, 2008

Chilli Part II




This is the latest photo of my Chilli...dah besar....hehe....tapi lambat lagilah nak berbuah...tu pun kalau panjang umur pokok Cili nih...sebab tenggok kat daun tuh ada yang dah kene tebuk dek ulat..huhu...(takperlah...ulat tu pun nak hidup..tu kira pengorbanan daun tuh untuk ulat...*Wink*)




Terung nih Waullahuallam boleh hidup lama ke tidak sebab dah kena serangan serangga...so aku pindah dua pokok je...hok lain masih dalam tray semaian...iyai!!

December 19, 2008

Doa Awal & Akhir Tahun

Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib pada malam pertama awal Muharram.




Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.




Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.






Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Sumber : Darulnuman

Salam 1430 Hijrah

InsyaAllah 29hb Dec 2008 ni kita akan sambut Maal Hijrah 1430H…moga hijrah kali ni membawa kita kepada kebaikkan…tinggalkan segala keburukkan…amin. so here’s some info on Hijrah which I found on the internet…happy reading!

Kisah Hijrah Nabi Muhammad SAW

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.
Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW).
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakar, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu diliitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW).
Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.
Sumber: Al-Azim

December 18, 2008

Doa Bila Sedih dan Doa Agar Bertemu Orang Yang Ikhlas


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Dan bacalah ayat Asy-Syu’ara 83-85.

Maksudnya:
Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku kedalam golongan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian. Dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai Syurga yang penuh kenikmatan. [Asy-Syu’ara : 83-85]

Bread Pudding

Ni gambo hok lama...aku wat masa bulan pose hari tuh...
kalau berani...cubelah wat...ahaks! (sumber resepi: copy & paste dari internet...tapi dah lupa kat mana aku jumpa...huhu)

Bread Pudding


INGREDIENTS
6 slices day-old bread
30 g butter, melted
80 g raisins (optional)
4 eggs, beaten
475 ml milk
150 g white sugar
2 g ground cinnamon
5 ml vanilla extract

DIRECTIONS
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
Break bread into small pieces into an 8 inch square baking pan. Drizzle melted butter or margarine over bread. If desired, sprinkle with raisins.
In a medium mixing bowl, combine eggs, milk, sugar, cinnamon, and vanilla. Beat until well mixed. Pour over bread, and lightly push down with a fork until bread is covered and soaking up the egg mixture.
Bake in the preheated oven for 45 minutes, or until the top springs back when lightly tapped.

December 13, 2008

What a boring day...huhu


Nothing interesting to write on here...huhu....


December 12, 2008

Si Dia yang bernama “AkulerJibam” (^^,)

Semalam aku dapat email dari Facebook mengatakan ada someone dah reply comment yang aku tulis untuk dia…:o) aku pun replyla email tu memandangkan internet kat opis “bapak” aku nih tokleh nak bukak Facebook…ikutkan hati nak tulis kat wall-to-wall Facebook dia tapi tak buleh pulawp……(hari tuh buleh je…lani dah kena blocked…haizz…baru nak menyalahgunakan kemudahan…ahaks!!) alah, bukan sepanjang masa dok surf internet…time² break jer

Dalam email tuh aku letak no. H/P aku sebab no. tu sama dengan no. H/P kawan dia (4 digit di belakang) tapi rasanya dia tak perasan kot (takpo la…takde maknenyeee). Aku saja je bubuh no. H/P…Dah aku tak tau nak cakap apa pasal diri aku…tak reti eh nak masuk bakul angkat sendiri… :-p muwahahaha...

But if one day dia rasa bosan nak berkawan dengan aku...aku tak kisah...yang penting aku ikhlas nak kawan dengan dia...*wink*




**dia suke bergambar ngan “jari gunting”…Ngee!! Peace…no war! (“,)

Karipap ohhh… Curry Puff


Bapa aku suke sangat makan karipap…kalau bulan Ramadhan je mesti suruh aku wat karipap…yang peliknye dia toksey makan yang beli dari bazaar/kedai. Macamlah best hok aku wat ni…miahahaha…

Tapi bolehla…daripada tak jadik langsung kan? Ni resepinya…(ikut resepi dalam buku mama aku…zaman dia muda² dulu…dia rajin ikut kelas memasak…hehe) tapi aku modify sikit² arr sebab resepi “dolu-dolu” tu pakai sukatan gantang…hehe…sukatan dia pun untuk wat dalam kuantiti yang banyak…untuk kenduri kahwin pun lepas tueee…wakakaka :-p


Bahan-bahan:

Kulit Karipap

500gm Tepung biasa
120gm Butter / Marjerin (tapi kalau nak sedap..gunalah Butter)
160ml Air
Sedikit Garam

Inti

Ubi kentang ß potong dadu then goreng.
Udang kering (optional…tapi sy prefer letak ini…sedap. Nak letak udang idup or daging pun boleh bah)
Serbuk Kari
Bawang besar ß potong halus.
Bawang Putih + Merah
Cili kisar
Sedikit garam
Minyak untuk tumis daa…

Cara-cara (untuk wat kulit Karipap):
1. Masukkan Butter ke dalam tepung. Gaul sampai jadik macam serbuk roti.
2. Masukkan garam.
3. Masukkan air (jgn masukkan sekali gus…sedikit demi sedikit coz takut nanti terlebih pulak)
4. Uli hingga doh jadik licin.
5. Sedia untuk dicanai (kalau takde roller….guna gelas or botol kaca pun boleh.. :-p)

Puding Trifle (ye kot?! Hehe)

Ni pudding kegemaran family aku…as well as my friends, colleague & guest yang mai jaley ghumah aku…miahaha…macam terasa kembang lak idung aku nih…hnsss…hnsss..hnssss :8)

Resepi ni aku dapat dari kakak angkat aku…simple je nak wat ni…main campak² je ingredients tu…hasilnya??!! Tadaaaa!!! Mouth watering I tell you! Yummy… :o)

Ingredients:
1. Box of Jelly mix (any flavor you like) 1 box
2. Fruit Cocktail 1 can
3. Swiss roll (I prefer chocolate flavor) 1 roll
4. Condensed Milk (I prefer Ideal) 1 can
5. White Egg 1 egg
6. Sugar à depends how many u like…ahaks!
7. Custard flour 2-3 tbsp
8. Vanilla essence 1 tsp

Methdos:
1. Cook the jelly first and let it set for a few minutes.
2. Then layer the Swiss roll (cut it into 1.5cm each) on top of the jelly.
3. Put in the Fruit Cocktail as many as you like.
4. Now add condensed milk, white egg (beat), Custard, Vanilla essence & sugar into a pan. Bring it to boil until it’s thick.
5. Pour the mixture on top of the jelly + cake. Let it cool for about 2 – 3 hours? Depends lah ek..
6. Now it’s ready to eat! (baca doa makan dulu daa…)


P/s: don’t judge the taste from its looks…hehe…

December 04, 2008

Cili




Ni gambo tanaman aku…ahaks!! Sepatutnya dah kena pindah dalam polibeg. Tapi disebabkan masa sokmo tak cukup (busy woman lah kunun :-p) so terbengkalailah projek aku ni. Actually aku nak transfer last weekend tapi kazen aku kahwin so tak dapatlah aku meluangkan masa dengan anak² pokok ni..huhu…sampaikan ada yang mati dek kerana terlalu lama menderita dok dalam tray semaian tuh…haizz…nak wat macamanakan? Sindri yang salah…
Ni pulak anak pokok cili yang sempat aku pindah…Nampak perubahan pertumbuhan yang ketara berbanding adik beradik dia yang masih dok kat tray semaian tuh…kesian..InsyaAllah weekend ni aku pindah…tu pun kalau tak busy nak sambut Raya Haji. Tapi biasanya tempat aku tak meriah mane pun…sambutan biasa² jek. Semalam aku ada dengar kat radio dok mainkan lagu raya Aidilfitri…DJ tu kata supaya orang ramai boleh dapatkan feeling nak rayo…huwahahahaha…sabo jerlah…



Ni sayur Bayam yang boleh dikategorikan “jadik” lah jugak. Yang sebenarnya aku takde intention nak tanam kat pasu pun…aku dapat benih ni FOC dari Jabatan Pertanian masa dorang buat kempen Bumi Hijau harituh. Kat dalam paket tu dorang bagi Baja NPK Green ngan Blue kalau tak silap. Pastu ada benih sayur-sayuran kat dalam tuh…salah satunya Bayam ni la…memula aku tanam kat tray semaian…tapi dek kerana biji Bayam nih halus yang teramat (sape suruh tanam dalam tray…muwahaha…yang betulnya kena tanam kat batas…gaul ngan pasir..barulah memudahkan kerja semaian) so aku pun dah letih nak letak kat dalam lubang² tray…last² aku tabur jek kat pasu bunga mama yang kebetulan takde apapun kat pasu tuh…tup² menjadilah pulok…tapi tak banyak arr…kalau jual kat pasar bolehla dapat RM0.50 kot..ahaks!:-P



Dan tak ketinggalan jugak…benih yang paling lambat nak bercambah…Terung..ni pun aku dapat FOC dari Jab. Pertanian. Tapi Nampak macam kena serangan serangga…tulah pasal daunnya macam ada corak…pastu lama² layu la…huhuhu…nanti aku nak wat racun serangga guna Bawang Putih + Cili + sabun sikit + air…tenggok sejauh mana ia berkesan..ahaks!!

Skang nih aku tengah nak semai benih cili padi pulak..tapi tak taulah tuh bile…macam haritu anak benih aku sampai bercambah kat kain tuala yang aku guna sebagai base untuk mempercepatkan pecah mata…hahaha..kes terlebih perap

P/s: Ni projek tanaman cili konvensional ok?!!…bukan fertigasi daa…

December 02, 2008

It's been a whileeeeeeee...


Haiz...its been a few months i didnt update this blog...nak kata busy...takdelah sangat...it's just i dont know what to post...:-P (itulah...nak sangat ada blog...miahahaha)

lagi pun sapelah nak baca blog aku nieh? aku post...aku baca sindri...huhu...


August 13, 2008

H U = hu.. J A N = jan





“Kadang aku mengeluh…kenapa Allah hilangkan mentari...kemudian Dia keluarkan pula mendung & hujan…rupa-rupanya Dia nak hadiahkan aku sang pelangi”

Sedap bunyinya kan? Makna disebaliknya? Sindri mo pikir lah ye..mustahillah tak pehey…

Cheers…!! (*^,)

Si Ikan & Si Emas



Ni ikan peliharaan aku…namanya si Ikan & si Emas…hehe…**doekor nih memang kuat makan…Nampak je kelibat manusia…sure wat aksi mintak makan…haa??!! Aksi??!! Hmm…macamana nak explain ek…ikan² nih akan gi dekat dinding balang sambil berenang tak tentu arah...if dalam kedudukan rilex…doekor akan berada di tengah² balang je sambil berenang dengan penuh santai…haa…macam tulah lebih kurang penjelasan untuk aksi doekor nih…dop pehey lagi…tak taulah aku…huhu…


**(kalau manusia gune “dorang” so binatang kalu…gune doekor lah…ahaks!)



August 11, 2008

Pancake for my breakfast...



Last two days (Sat & Sun) aku wat Pancake...tapi kali nih bukan Buttermilk...just a normal pancake jek...rasa malas lak nak wat buttermilk tuh...lagi pun lemon takde stok...ahaks!! wat yang mane mudah jelah...hehe...yang penting habis licin nephew + niece aku bedal...ahaks!!
owh...here's the recipe...i got it from one of the blogger...tapi lupa nama dia...sorry ek...mohon permission post ur recipe kat sini ek...credit to Hamba Allah...(sorry lupa nak amik nama awak)
Buttermilk Pancake

1 cwn tepung
1 cwn susu segar + 2 tbsp lemon jus (utk ganti Buttermilk)
1 tbsp gula
1 tsp soda bikarbonat
1 biji telur
3 tbsp butter dicairkan & dibiar sejuk
Methods:
1. Untuk ganti buttermilk,susu segar di campur ngan lemon jus..biar sekejap sampai ia macam susu yg dah basi.
2. Campur aje sume tu dlm blender. blendkan sampai sume sebati.
3. Masak atas non-stick pan. Biarkan sampai permukaan tu berbuih..then terbalikkan.

Buttermilk= 1 cwn susu + 2 tbsp lemon jus atau 1 cwn susu segar + 1 1/3 tbsp cream of tartar

August 06, 2008

Cloudy & windy day...macam mood aku...huhu

Hari ni takde apa yang menarik pun…biasa² je…

Keje kat opis harini boleh tahanla...daripada hari² sebelumnya...atleast hari ni i got something to do...takdelah terasa lambat masa berlalu...skang nih operation ada slow sket..so takdelah busy sangat...

.................EnD... :-)

August 05, 2008

Roasted Chicken ala² KR lah kunun...

Semalam aku wat roasted chicken -Black & Pepper...ala² Kenny Rogers Roasters lah kunun...ikutkan hati malas nak wat time² hari keje coz gue letih...tapi dah bapak aku nak makan...so aku pun merajinkan diri...

Pastu dengan pro nya aku pun bubuhlah bahan² yang diperlukan..terasa macam Jamie Oliver laks...haha...terlebih sudah....huhu...
Cuma semalam tak berapa sedap macam yang sebelum² nih aku wat...aku pun tak sure mana silapnya...yang aku tau aku terlebih kurung ayam tuh oven..hehe...tulah pasal dia agak terlebih masak tuh...ahaks!! apapun...habis licin jugak kami bedal...aku tak makan sangatlah...biasalah aku...kalau aku yang masak..sure aku tak makan punye...walaupun adik beradik aku dok puji sedap...tapi tekak aku tetap kata tak sedap...huhuhu...kenapa ek??!!

August 04, 2008

My very first entry...ahaks!!

Haa...sekarang aku dah ada blog sindri...leh la aku letak segala mak nenek yang aku rasa rajin nak letak kat sini...hehehe...jangan hangat² taik ayam sudahlaa...waahh!...power!!

Template by:
Free Blog Templates