Assalamualaikum
Awesome!
Hi guys! Lama tak buat entri macam ni. Demi untuk menaikkan semula semangat aku untuk berblogging, aku buat jenis entri yang aku paling minat. Pasal gadget. So, kat sini aku senaraikan 5 game free untuk korang try dan simpan dalam Android device korang. Cekidout!
ANGRY BIRDS
Game ni memang kira yang paling addicting kot. Dari iOS ke Android, memang game yang paling popular untuk pengguna smartphone. Part yang best, game ni FREE kalau korang guna pengguna Android. Kalau pengguna Apple, kena bayar USD 99 cent untuk game ni. Ada jugak version yang free, Angry Birds Lite tapi level dia limited. Main satu hari boleh habis kot, kalau dah jailbreak lain cerita la.
RACING MOTO
Game ni kalau tengah bosan-bosan, memang syok kalau main. Lagi-lagi kalau skrin device korang besar, memang best main game ni sebab graphic dia cool. Untuk main game ni, korang cuma perlu tilt device korang untuk elak kereta. Simple tapi very addicting!
FRUIT SLICE
Game yang memerlukan korang potong buah macam samurai. Game ni lebih kurang macam Fruit Ninja kat iOS. Tapi game ni totally FREE kat Android. Graphic dia sempoi. Cuma perlu slice buah-buahan dan rakam rekod paling tinggi.
PAPER TOSS
Game yang perfect untuk hilangkan kebosanan kat office. Nak buat real kat dalam office pun boleh jugak, tapi kena pastikan bos takde la. haha.
CHALLENGING TIMESTABLE
Ni game yang aku paling minat. Game pasal sifir. Korang kena jawab sebanyak mungkin soalan sifir yang dorang bagi dalam masa yang ditetapkan. Serius addicting sebab setiap kali main mesti nak pecahkan rekod lama. Sila la download dan jadi addicted ngan game ni macam aku. Rekod peribadi setakat ni 61 soalan betul. hehe.
Banyak lagi free games yang best, tapi bagi aku ni antara games android yang terbaik. Kalau nak paid games yang feature dia jauh lebih
COOL dari free games, boleh test game dari
gameloft. RM6 untuk 1 game. Tapi kalau nak free jugak, kena rajin la google cracked apk. haha.
Selamat mencuba!