Friday, February 12, 2010

tag 2

Assalamualaikum wbt.

Ni dapat tag dpd miss onebonez, even im not wearing spectacles, nak jugak buat la , da orang tu da tag kite…kui3

1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
- masa kecik2 dah pakai dah bila ayah bawak balik bekotak2 spek dpd supplier, before ayah modify specs utk patients dia, kitorg la yg tukang2 try dulu. Tapi berkaca mata hitam waktu dah habes sekolah..

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
Berkaca mata hitam sebab bila dah sedar kepentingannya untuk protect drpd UV lite, so pakai la.

3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?\
-R:0 L: 0

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
- macam2 ada waktu try specs yg ayah bwk blik tu…tp zaman kck2 dulu kan fesyen org pakai spek bingkai tebal2.

5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
-no komen

6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
-masih 0.0 di kedua2 belah

7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
-em, tak ada koleksi pun, sunglasses yg ade pun yg RM2 ala2 gerbang malam nye sunglasses.


8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya.
-sejak kecik ayah tak mau kitorg pakai spek, tu sebab beliau sgt tak suke kitorg study tak cukup pencahayaan, dgn alasan tak mau kasi rabun time kecik2, time dajah 6, beliau provide lampu khas utk study.


9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
-Kaca mata : sebab lagi senang rasenye. Sebab tengok contact lens cam leceh je.

10. Optometrist pilihan anda?
-ayah sudey,takyah jauh2,tapi kalau ter’rabun’ pun, ayah akn suh org len yg wat kan kot, sebab pmbuatan cermin mata kecil2an beliau sudah tak seaktif skrg, beliau hny tolong2 repair kan cermin org je.

11. Pasangan anda berkaca mata ?
Mmmmmmmmmmmmmmm, tak tau nk jwb. tp skang, pasangan kpd optometris sy (ayah le tu, hi) pun dah stat berkaca mata...

12. Apa pandangan anda pada kanak2 yang memakai kaca mata?
Kasian sama golongan sebegini, tapi apakan daya, bukan kehendak mereka, tambah2 ada yg kne pakai spek sebab lahir2 memg dah ada power , tak pun sebab ‘lazy eye’ o juling.ish2, kasian. Sile jgn bg anak anda tgk tv dekat2 ye.

tag 1

1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.


2. Make sure u take the pic n said it is from Nadiah

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
-the person who tags me is my ex-classmate which we’ve
known for about 10 years! (lamenye….glad to meet her again in blogsphere.)
-currently, my so called old friend is studying in German n me myself in Malaysia
-people address me with different names depends on who are they to me..(oh apekah). My friends used to call me Qay@Qayyim, while my close relative usually know me as Imah, however whoever that younger than me will automatically call me Kak Ngah.
-I haven’t been going for holidays with my family due to my sem-breaks are always not same with others holidays. Sob3.
-I wish and actually am trying my hard to improve my English since I feel that I am very weak in that language.
-my new hobby; em, blog walking, but this activity has to be terminated due to my appointment with mr final exams this week.hiuh…(tp ni dah tahap boring sgt dah, bukak la sat.)
-lagi hobi, to tidy up my messy small room, rase senyum sampai ke telinga tengok bilik tu dah bersapu.
-I’d love to know any updates from my sis at the oversea almost every day, but she’s been very busy, n I also very impressed with people who can make use full of their time.
-at home, I like to ride bicycle around the residents area in the evening, wuuu, best dapat kayuh laju2, but now I dun have that chance yet (for this year) sebab tahun ni tak balik rumah pun lagi. -i hope that I can meet Lulu, cik Nada’s pet which is claimed as super duper cute hamster,yg suke kunyah kuaci bnyk2 in one time.
-act, im not writing the real facts of me, sikit2 boley la, mane boley nk expose lebih2 kan.heheh, jgn mare, nnt cepat tua.

4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog.
Em, kalau tak choose bley ke…kih3

p/s:mintak maaf, fakta2 yg dinyatakan ,seakan tak bnyk faedah buat semua, just nk menjwab tag org sekali skala.
Wassalam

Monday, February 8, 2010

'menjelang exam' (II)

Assalamualaikum wbt. Zaman sekarang ni susah nak jumpa anak yang taat patuh soleh/ah pada orang tua. Ada2 je berita kat paper cakap pasal kederhakaan anak pada mak ayah yg ditonjolkan sbg tauladan. Tambahan anak2 yang sedang meniti usia remaja-belia-dewasa ni, diorang menjadikan kawan mereka sebagai ikutan utama.apa yang mak ayah ckp semua takbetul, salah, kawan depa je yg betul. Dan berapa banyakkah anak yang menabur bakti pada ibu bapa mereka dengan menjaga mereka sewaktu tua . yang banyak nye orang2 sekarang ni hantar mak ayah depa ke rumah orang tua. (dekat 1 tempat kat Ipoh tu, dulu ada 1 je blok rumah orgtua, tapi sekarang dah bertambah…). Material itu lebih diutamakan berbanding insan yg menjadi penyebab utama kewujudan mereka di dunia ini. Oh apekah..

Tak payah nak cakap panjang2 la kan, sendiri boleh fikir. Biasanya time seseorang tu da jadi mak ayah baru depa sedar , bukan senang nk jadi mak ayah, besarkan anak dll. even saya belum jadi mak lagi, sy perhati org sekeliling. kalau org tu jenis tak suka dengar ckp mak ayah time kecik, it is possible utk ank dia pulak tak dengar kata. Bak kata, what u give u get back. Fair la tu kan. Ingat lagi iklan petronas yang anak dia cakap, “Ayah jangan lupa pakai pampers tau…!” ? tu iklan bile ntah, tapi bila si anak melayan bapanya yang tua itu sama ’level’ ngan kucing.huh, bnyk betul moral value nye kat situ...

Dan saya fikir, nnt bila dah ada family sendiri, dah ada kerjaya, sekerap mana saya menjenguk mak ayah, jaga makan pakai mereka, mampukah saya menjaga mereka seelok mereka pelihara saya waktu kecik2 dulu? Rumit untuk difikirkan..hanya doa yang mampu menjadi sumber kekuatan supaya saya sempat berbuat sesuatu untuk mereka sebelum terlambat.

Ada satu kisah di mana seorang ibu yang sudah lanjut umurnya, terbaring di atas katil dan hanya mempunyai sedikit kudrat untuk mengurus diri, tinggal bersama dengan suami yang juga sudah lanjut usia, tinggal berdua lantaran anak2 mereka masing2 sudah berkeluarga. Namun apa yang mengagumkan saya adalah antara anak2 mereka yang ramai itu, seorang anak lelaki, tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak. Sebab bagi saya , susah sangat nak jumpa ANAK LELAKI yang sanggup jaga makan pakai mak ayahnya time dah tua. Si anak tersbut kerap datang untuk mengambil dan membawa pulang pakaian si ibu untuk dibasuh, then the next few days, bwk kembali baju2 tu dan itulah rutin nya saban hari. As well as membawa lauk dan nasi untuk mak ayahnya.Nak nangeh rase,sob2. Boleh ke saya buat benda2 ni kat mak ayah nnt?

Ada satu ketika ayah menegur saya , jauh di sudut hati terasa yang amat malunye sebab masih tak sedar diri yg diri saya ni dah besor, “ dah bertahun ayah masakkan untuk kome dari kecik lagi, ape salahnya masakkan untuk ayah pulak” aduh, perlukah ko ditegur begitu rupe cik nab oi.. (nampak sangat makcik sorang ni M_ _ _ _)sebab mata hati masih belum celik2 lagi.(takpe2! jadikan pengajaran ye, kena berlapang dada, manusia tu tak semua nya betul). kesian nye rase pada mereka berdua, perangai saya yang macam hampeh ni, tapi itu tak bermakna saya boley give up macam tu je. Kalau dah ditegur tu, maknanya ada harapan nak betulkan sikap hampagas nih. Balik rumah nanti semangat nak jadi D.O (dapur officer)yang kaki nya sudah sedia lebar, yeah!

Teruk2 perangai si anak ni pun, mak ayah itu bermurah hati untuk memaafkan segala kesalahan mereka. Tidak ada sekelumit dendam dalam hati mereka pada anak2 ni. Sungguh mulia n ikhlas mak n ayah ini dan semestinya saya yakin tak ada mane2 parents yang mdoakan yg buruk2 kat anak depa. Selalu maukan yg terbaik buat anak mereka. Berkat doa mereka la, hidup si anak tu smooth je, tenang , mudah2an. Jadi, doa anak yg soleh itu juga sering didambakan oleh makayah buat bekalan mereka ke akhirat. Ye doakan mereka kawan2ku, tak kira waktu dan tempat tambah2 tengah berjauhan ni.(oh, sudah lama tak pulang ke rumah….). kerana mereka begitu berharga. jadi, bersempena dengan kedatangan exam, same2 mintak maaf pada mereka supaya lebih tenang nk jwb exam kan.

Saya ingin meminta maaf kepada semua kenalan atas segala salah silap saya selama ni pada kalian, o-o ye. Mane2 yang terasa, termakan cili, terkecik ati atas perangai tak matured saya, mohon maaf bebanyak. Takmau simpan dalam hati ye, moga Allah permudahkan urusan perjalanan kite ke level seterusnya. Insyaallah.
Wassalam.

'menjelang exam' (I)

Assalamualaikum wbt.
”Nak, aku mau cerita, sebuah kisah nyata, maukah kau
mendengarkan?” Kata Kiai Lutfi.
”Ya Pak Kiai, dengan senang hati dan lapangnya dada.”

”Ada seorang gadis yang halus hatinya. Patuh dan bakti pada kedua
orang tuanya. Apapun yang diinginkan orang tuanya pasti
dikabulkannya. Gadis itu shalihah insya Allah. Gadis itu sangat takut
pada Tuhannya. Cinta pada nabinya. Bangga dengan agama yang
dipeluknya.
Suatu hari gadis itu dilamar pemuda yang dianggapnya
akan membahagiakannya. Ia menerima lamarannya. Kedua orang
tuanya merestuinya. Nikahlah gadis itu dengan sang pemuda. Hari
berjalan. Bulan berganti bulan. Orang tuanya beranggapan bahwa
putrinya telah menemukan kebahagiaannya. Tenyata anggapan itu
tidak sama dengan kenyataan. Enam bulan menikah pemuda yang
menikahinya tidak mampu melakukan tugasnya sebagai suami. Gadis
itu masih perawan. Masih suci. Pemuda itu lalu menceraikannya.
Sejak sekarang pertanyaanku. Maukah kau menikah dengan gadis
itu?”



Ok, cukup2. Petikan ini diambil daripada novel KETIKA CINTA BERTASBIH 2. Main point di sini bukan pasal tunang, kahwin, suami isteri, cerai so on and so forth. Baru2 ni kan agak hot sikit la sebab novel ni dah difilemkan dan tanpa teragak2 saya pun telah menontonnye,kekeke. Walaupun dah tau jalan cerita, mesti mau tengok juge sebab dulu dah terlanjur tengok KCB 1.
Jadi, petikan di atas telah diucapkan (betul2 same) oleh pak kiyai aka ayah Anna sewaktu Azzam bertanyakan pendapat beliau tentang jodoh yang cocok buatnya. Jadi Pak Kiyai pun langsung menceritakan tentang satu2 nya puteri beliau.


Time tengok scene ni, memang rase terharu sangat2 dgn kata2 pak kiyai yang menceritakan tentang peribadi anak perempuannya tu (time tu pulak Anna duk pasang telinga belakang almari). Ye la, cube ayah o mak kita puji kite depan orang lain, tak ke kembang rasa hati. Ia seperti rase mendapat durian runtuh(eh, yeke?). lebih kurang gitu la. kalau mak o ayah ucapkan sesuatu yg baik2 tentang anak mereka, bermakna mereka sudah redha dengan si anak. Subhanallah, bukankah redha Allah tu terletak pada redha mak+ayah.


Saat mendengar kata2 itu, hati bagai direnggut, empangan di mata juga ditahan sekuat2nya dpd pecah , emosi turun naik sebab kalau realitinya, adakah saya juga salah seorang daripada anak yang punya peribadi sebegitu. Sudah cukupkah hidup selama dua dekad menjadikan saya antara anak yang taat pada Allah & RasulNya seterusnya pada kedua ibu dan bapanya dan mengikut syariat Islam yang sebenar . Rase macam lebih banyak buat salah dpd yg baik je..Sudah adakah sesuatu yang sudah saya sumbangkan untuk Deen ini yang telah dipeluk sejak kali pertama bernafas di muka bumi, menyumbangkan bakti kepada ibu bapa, adik-beradik, kaum kerabat dan ummah di sekeliling.


Berapa banyak ilmu yang dituntut telah digunakan untuk mengislahkan kehidupannya. Sudah sejauh manakah amanah yang digalas itu dipenuhinya, belajar la kalau dalam kondisi sekarang. Tambah2 duk jauh dpd depa, amat mudah untuk mengkhianati amanah tersebut kalau iman tak kuat, dengan duduk dalam suasana yang bebas sikit dpd zaman sekolah. Adakala kita rasa kita dah buat segala apa yang disuruh tu sudah cukup, tapi adakalanya, bila fikir dalam2, macam tak ada apa2 rupanya n aku masih belum buat ape2! Ada otak n akal, boley hisab sendiri kan..


Apabila dah nak masuk mood exam, acapkali saya akan cukup emotional apabila mengenangkan mak n ayah . Apakah mereka sudah cukup redha dengan segala perbuatan saya selama ni pada mereka, risau sungguh hati ini tatkala ada lagi perkara yang masih belum 'selesai' dengan mereka, takut boleh menjadi hijab di hati time jawab exam, nauzubillah. Saya kira, bukan sedikit bebanan yang telah mereka tanggung sejak dulu lagi. Waktu dalam kandungan lagi, ternyata satu tanggungan yang terpaksa mak hadapi di samping tanggungjawab belajar yang belum selesai. itu fizikal nya aje, bila dah lahir, lagi bnyk benda yg dirisaukannya.bila besar sikit toksah nak kira la, memang macam2 fe’el yg begitu mengada-ngada yang bila fikir balik, apesal la aku buat benda2 macam tu, degil, cakap tu ade je benda nak dilawannya,muka munjung sejengkal memang kerap,sengaja melakukan perbuatan yang mereka larang, bila disuruh jangan buat, lagi nak buat. Last2 kene balun jugak la.(tu la zaman bebudak, akal pendek!) padan muka!


Melangkah ke alam remaja lain pulak kisahnya yang pasti memeningkan kepala mak ayah,tapi lebih kepada masalah hati & emosi. Sebahagian besar hidup mak & ayah tu kene pikir pasal anak2 mereka. Sekarang pikir pasal pelajaran anak2, later, anak ni nak kerja apa la kahwin dengan sapa la, nanti nak bersalin pulak, beli rumah kat mane, kereta bla, bla , bla. Bukan sedikit duit yang disalurkan untuk membesarkan anak2 , nak menyenangkan hidup anak2 ini. Sampai satu kali tu ayah pernah cakap, “ kalau kire2 duit yang ayah gune beli diapers kome waktu kecik2 dulu dah boleh beli kereta proton sebijik(waktu tu kami gune proton saga..huhu)
Namun, apakah si anak itu cukup menghargai segala bentuk pengorbanan kedua insan ini? Maka tidak hairanlah, Islam begitu menitik beratkan umatnya untuk memuliakan ibu bapa, (Al-Isra’ 17:23). Malah menderhakai mereka juga salah satu dpd dosa2 besar dan boleh dpt balasan dekat dunia ni jugak. to be continued..




Wednesday, February 3, 2010

Final Day??

Assalamualaikum wbt

“Ada sape2 nak tasmi’ lagi?”

Diam.

“Jadi, hari Khamis ni kire last kelas tasmi’ untuk semester ni la ye?” Ustaz bertanya. “ya, ya…”kami mengangguk.

“Hari Khamis ni ustaz tak dapat datang sebab ustaz outstation ke luar negara, jadi kira malam ni last kelas untuk sem ni,” tutur ustaz dengan tenang.

‘eh? Biar betul…ala…kelas dah habis doh…sob3’ hati saya berkata.
Saya kira semua orang dalam kelas tu turut merasakan benda yang sama. Tapi yg lebih terasa mungkin dak 2nd year je sebab pas ni nak ke next station lak(ke Kuantan pulop). At least, yg 1st year jumpe ustaz lagi next sem, paling awal pun time short sem. Kalo ade rezeki, berpeluang lah km 2nd year jumpe ustaz lagi time short sem sebab amik UNGS.

Baru saje merancang nak menghabiskan surah al-A’raf hari khamis ni, tapi tak ada rezeki gamaknye. Cepat betul masa berlalu, hampir 2 tahun duk kat PJ ni, tp rase sekejap je. Salah satu perkara yang tak boley lupe semestinye kelas tasmi’.

Kelas tasmi’ merupakan satu cara untuk memantau prestasi al-Quran Ex-Persijilan DQ walaupun telah masuk ke pusat asasi. Bermakna, mereka tak akan dibiarkan begitu sahaja, lepas habis Dq tak bermakna mereka akan dapat mengingat keseluruhan al-Quran. Mungkinkah dalam hanya setahun setengah itu mereka yang pernah menuntut di ‘lembah yang tenang’ itu mampu mengingat kesemuanya? Mungkin ada, bagi sesiapa yang begitu mujahadah dengan kitab agung ini dan juga pada orang yang dikurniakan kelebihan ingatan yang betul2 mantop. Agaknye boley bilang dgn jari je, yang lain pulak macam mana? Itu la sebab pihak DQ-UIA mengambil inisiatif mengadakan kelas tasmi’ yang diadakan seminggu sekali pada belah malam slama 2 jam. Oleh itu,Ustaz2 dari DQ dijemput menjadi pentasmi’ dan juga ada ustaz dari JAKIM juge(ehem, ustaz saya la tu). Ustaz Ibrahim, Ustaz Rauf,Ustaz Taufiq, Ustaz Yusri dan ramai lagi ustaz dari DQ. Jauhnye mereka datang dri KKB semata2 nak tasmi’ kami di sini, subhanallah.
tempat yg tidak patut dilupai..
Antara kelebihan kelas tasmi’ di sebalik dapat Iadah(mengulang), ia merupakan wasilah merapatkan ukhwah yang renggang sementalahan budak2 dq ni macam2 kos;medic, pharmacy, architecture, engine, dsb. Jadi disebabkan berbeza jadual dan subjek, kami jarang berjumpa, padahal kat DQ dulu bilik sebelah, rumet, jiran satu blok. Jadi, bila g kelas boley la jumpe smule ahli2 usrah, ex-rumet(wpun rumetku takdop pun kat PJ ni, sob3) dan kwn2 lain, tanya2 khabar, dsb. Tambah pulak dah pegang macam2 post, masyaallah, lagi susah nk ketemu. Alhamdulillah, dengan adanya kelas tasmi’, ia umpama recharge and reboost semangat nak menghafal, sbab dapat tengok muka shbt2 yang pernah merasa perit jerih menghafal bersama2.Tambahan, b4 abis kelas, ustaz/ah mesti pesan or bagi tazkirah, tenang je rase.

Bak kata pepatah;lain padang, lain lah belalang nye. As well as keadaan di PJ ni, konfem la tak same dengan DQ yang selalu kedengaran suara orang ngaji kat mane2 pun, Al-quran dibawa bersama tak kire mase, hatta ke PADANG BOLA(tatau la betui ke tak banin wat gini), di PJ suasana cukup mencabar si ‘hamalatul Quran’, PJ la tempat pertama kami ‘dicampakkan’ ke dunia sebenar selepas diadun di lembah itu. kat PJ la tempat pertama kami diuji bagaimana nak menjaga amanah berat ni sendiri, tanpa di’sogok’ dengan imtihan syafawi mahupun tahriri. Yang nampak rata2 menjinjit buku Campbell Biology 8th Edition, College Physic 8th ed. , pre calculus, nota2, blok kayu dll. Kesibukan akademik tambah dengan aktiviti ko-ku begitu mencabar sampai ada yang tak sempat datang ke kelas tasmi’. Saya tak tau la…mungkin hal ni sensitive sikit..saya bukan nak ‘condemn’ sape2 ok, tapi itu la realitinya. Ok, tak mau ckp pasal tu.

Tapi saya rase, kelas tasmi juga adalah satu cara kita nak dapat berkat. Sila fikir ye, ustaz2 kite drive jauh2 malam2, tinggal anak bini kat rumah sejauh 80 km sebab nak tasmi’ kita, dengan banyak kemungkinan risiko2 di dpn..pengorbanan yang cukup besar actually. Tu belum masuk lagi penat kerja seharian di siang hari. Abih kelas lebih kurang 10 pm nak balik lagi, sejam kot pjalanan nk blik umah. Sampai mesti dah nak rehat sebab esok nak bangun pagi pergi keje.Fuh! Yang kita ni just jalan kaki gi kelas, dengan modal yg ciput untuk mentasmi’, tanpa meninggalkan suami, anak, dan bini! Ohoi, sikit punye senang. Semoga Allah memberi ganjaran kepada ustaz2 kite. Ye kawan2, hargai dan doakan ustaz tasmi’ anda.

Jadi, saya agak sensitive berkenaan kelas tasmi’ ni. Sebab macam2 yang ustaz pesan since malam tadi kelas terakhir. Act saya menulis ni sebab nak jot down semula pesanan ustaz jap tadi takut lupe. Sementara still fresh +suam2 kuku ni meh la review semula:
“jadi, ustaz nak pesan selamat Berjaya dalam bidang akademik yang diceburi dan juga Jaga hubungan dengan al-Quran. Kita mungkin rase kita ni sama je dengan orang lain, tapi sebenarnye kita tak sama dengan orang lain. Kene sedar hakikat tu sebab kmu semua insan2 terpilih. Ramai orang tak dapat jadi macam yang kita dapat, tapi kita dapat jadi seperti orang lain, boleh jadi doctor, dentist, ahli pharmacy dll. jangan mengaji time ade kelas je, mesti keep constant.jadi kepada yang nak ke Kuantan, ustaz doakan kejayaan untuk kmu semua.”

Saya suka nak dgr nasihat2 dpd ustaz ni sebab boleh refresh hati kite dan mengingatkan siapa diri kita yang sebenar. Memang benarlah kata2 senior2 dulu, susahnye nak jage Quran after habis DQ. Kadang2 memang akan hilang semangat, ditambah dengan pengaruh suasana sekeliling….adoyai…tp pesanan ustaz ditambah dengan kata2 perangsang sahabiah, rase semangat lak nak g kelas tasmi’(kadang2 rase macam lelah gak la nk g kelas tasmi tu..memg bnyk betul setan kt sekeliling). Ada seorg kwn berpesan, “jadikan kelas tasmi’ tu penyebab kita tak dtg ke meeting, kelas akademik dsb, bukannya menjadikan kelas @meeting sbg sebab kita x dtg kelas tasmi”.

Haiya…banyak la pulak makcik ni nak bercerita. Ok2 last2…nak share lg sikit je. Kdg2 hati tu rse gersang je kan..so amik2 la mase g DQ lawat balik tempat yang kite pernah bermujahadah nk dptkn walau 1 ayat dulu2. Moga2 boley memotivasikan semula diri kite ni.hari tu kunun macam nak gi mjls khatam, tp tak de chance. Last pegi pun time jaulah. Ade la beberapa pesanan ustaz2. Lain kali la share ye. Dah pnjg sngat. Wassalam.
time jaulah pd Ramadhan 1430H

p/s: alo kawan, u pernah dengar tak ungkapan ni; Al-Quran no 1 tapi akademik bukan no.2.sindiri mau ingat la kan…

Monday, February 1, 2010

j.a.l.a.n.j.a.l.a.n

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, dah selesai satu bulan setengah utk tahun Hijrah & 1 bln utk tahun 2010.

Masa itu memang pantas berlalu.Apakah masa yg ada udah digunakn untuk menunaikan matlamat yang dirancang? Dah buat ke benda2 yang ada faedah utk diri kita dan orang lain? (yg tengah nulih ni pun, ade tak ko tulis benda2 bfaedah utk org?; mudah2an, kalo x bnyk pun , sikit adela..)


Walaupun saya dalam kesibukan membilang hari2 untuk menghadapi final exam, saya telah berpeluang pergi program yang dianjurkan oleh Alumni SBP di Shah Alam. Syukur, menimba pengalaman baru, membuka minda, menambah kenalan, mengurangkan stress dalam kepala dgn keje yang bertimbun(tapi still ada hati nk jalan2), tapi , best!


Program sehari ni diadakan di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, shah alam. Saya rase seronok sebab dapat tengok tumbuhan hijau yang sangat banyak. Sebab dah berminggu duk memerap kat PJ nampak bangunan je, tak nampak benda lain yang hijau2. Kan kaler hijau tu boleh menyihatkan mata kita, tu sebab la Allah jadikan tumbuhan tu kaler hijau.


Walaupun program start agak lambat, tapi saya rase bersyukur sebab dapat jumpa kenalan baru yang datang dari pelbagai tempat di sekitar kl n Selangor. Ada yang baru habis spm, yang belajar, keje part-time, cuti mid-sem n macam2 lagilah. Kami bertaaruf, ade sukaneka sikit2 dan pergi rumah iklim sederhana, sekarang tengah musim winter (sampai feb), nnt masuk bln lain tukar musim lain pulak. Ok la dpat tengok salji buatan. Bak kate cik AS, even tak bpeluang blajar kat negara ada 4 musim, tengok salji buatan pun jadi la. Macam dalam freeze je duduk, dah la tak pakai gloves n sweater, memang beku la tangan, sampai si ibu jari kaku untuk menekan punat kamera! (sepanjang ada kat dalam tempat tu, asik bergambar je).


Rumah tu bukan untuk kita main2 salji or buat snowman and snow ball. Takde pun. Dia macam bilik pameran yang ada salji n dibenarkan masuk selama 3 minit! Alhamdulillah, saya bukan pelajar negara 4 salji, sebab saya memang tak tahan sejuk! Grrrrr…maunya duk dalam selimut semedang kalau belajar kat sane..


rumah salji dalam bilik pameran

Di sebalik dapat berekreasi, dpat mengeratkan ukhwah, dan juga meningkatkan motivasi diri. Bila sembang2 dengan kawan2 yang dah lama tak jumpa, masing2 saling bagi nasihat, uuuu…bley rase macam ada sentimental value la pulak gathering tu. even most of them saya tak pernah kenal, tapi ia telah meluaskan horizon yang sempit ni jadi luas sikit. Ok la..ada masam manis pahit dll. It might as well reducing my stress nak exam ni…o yea, cakap pasal exam ni, memang bergetaq la lutut segala ..da la final exam, kurang lebih 9 hari je dari skang, tolak makan minum solat mandi jalan g kelas dsb bape sangat la masa yang ada..haisy..semua org termasuk saya punyala get ready nak pulun sebab exam ni.


cun tak kucing ni pose sambil menerap? 1st time in my life to see this!

Exam bertulis di sekolah atau mane2 institusi….sanggup bersengkang mata mengadap buku, mulut kumat –kamit menghafal segala macam formula, istilah dsb…sanggup tak tengok cerita favorite kat tv ,isolate diri dalam bilik, takmo jumpe sape2, bile bjalan pun takmau tengok org kiri kanan, ada jugak yg emotional yg melampau… Mungkin ini situasi yang mungkin pernah blaku pd kita.


Nak kata, kita begitu bersungguh2 mbuat persiapan menghadapi exam di dunia ini.. tapi pernah tak kite terfikir utk mbuat persiapan utk menjawab soalan2 drpd Pencipta kita di Hari Pengadilan kelak? Apekah kita pernah ada sekelumit risau untuk menghadapi hari di mana kita tak ada benda yang boleh kita berharap selain drpd amal2 yg telah kita lakukan di dunia dulu. Kita mungkin tak pernah fikir yg umur kita makin pendek, sebab kebiasaannya, org ingat mati tu bile tua nanti, kita still muda, ada time utk enjoy, da tua nnt baru lah bertaubat and so on. Kita mungkin bnyk menerima berita kematian di sisi kita, dah ajal orang tu…tapi kita mungkin tak pernah terfikir yg mati tu sebenarnya dekat dgn kita tapi kita tak rase kemungkinan insan yang menghadapi benda tu adalah kita! 'maybe orang lain dulu kot...' maka kita masih mampu bergelak tawa , membuang masa itu ini situ dan sini..Adakah kita mampu bersedia di saat itu? Siapa yang boleh menghalang maut itu? Hatta kita sendiri tidak ada ilmu atau pengetahuan dan memang tak ade clue langsung di bumi mana nanti kita mati.


Kira beruntung la exam kat dunia ni kita boleh tau bile tarikhnye, waktunya dan boleh bersedia. Tapi tidak ada sebarang apa2 informasi tentang ‘exam’ yg akan kita tempuh di akhirat kelak. Seharusnya, nothing to be worried with the small exam dalam dunia ni, sebab ada lagi ‘exam besar’ yang perlu kita fikirkan. Walau bagaimanapun, harus jangan dilupa, dua2 exam ni kene banyak doa, doa yang ikhlas, moga2 mendatangkan berkat dan diberi kemudahan.


Seperkara lagi, jangan jadi seperti kacang lupakan kulit, berdoa bagai nak rak time exam, abih exam, lupe sgala, buat maksiat, enjoy bagai dunia ni milik yg empunya diri…Nauzubillah…tidak, jangan begitu…saya dan anda harus konsisten dlm bdoa, sebab bila ingat Allah time kita senang, Allah akan menolong waktu kita susah.tanam keyakinan yang tinggi terhadapNya. Tenang2 sudey ye..


Kepada semua kenalan ILHAM di Dq, selamat ber-exam pd 6 feb ni, and kawan2 cfs juge, start 10 hb ni. Moge kejayaan milik bersama. Wassalam.


p/s: td budak klang dtg cfs sbb ade function kat sini. Wat persembahan gamelan(sampai skrg rase geli je perut nak tergelak dia masuk bnd ni tak tau nape..). sempat la pulak order beli Cadbury sebarang dua kat kiosk tu…haisy…siap bertanjak, bercapal segala bagai….dan seperti biasa, apbl bjmp, mesti kene dongak kepala nk ckp dengan dia…apekah?? Hoho, keaktifan nya ternyata memeningkan kepala makayah di rumah. hopefully, he manage to arrange his time wisely…