Jumaat, 6 November 2015

La Tahzan.. Jangan Sedih

Dah dua tiga hari tak berjenguk. Kesian kat blog saya ni tak bertuan.

Dalam dua tiga hari banyak juga yang berlaku. Ingat kot diri sendiri je kena uji sikit, ada orang lain diuji lebih lagi.

Takpelah.. Ujian mematangkan. Ujian tanda Allah sayangkan kita. Saya selalu ingat pesan kakak room mate saya dulu. Jadi jangan sedih-sedih. La tahzan, jangan sedih. Allah bersama kita.



Khamis, 29 Oktober 2015

Hujan

Alhamdulillah.. cuaca nampak makin baik. Jerebu makin hilang. Langit dah mula nak nampak biru. Sekurang-kurangnya, dah mula nampak awan. Nampak bukit, pokok hijau. Bangunan dah tak samar-samar.

Hujan dah mula turun.. Bila hujan macam ni, satu yang saya paling suka, tak payah siram pokok. Bukan pokok bunga pun, tapi pokok kunyit, limau, cenohom, pandan. Tadi baru tanam pokok bawang. Harap-harap hujan ni tumbuh elok. tak payah beli kat kedai. Tanam pun tadi dah malam, lepas maghrib. tu jer masa yang ada kalau sampai rumah pun dah gelap.

Hari ni sekadar cerita, saya tak de motif apa pun. Cuma dengan musibah jerebu baru ni, terfikir betapa kita merindui langit biru, hujan. Bila ada kita tak kisah pun. Samalah dengan orang sekeliling kita, bila ada tak nak ambil tahu, ego. Bila dah takde baru terasa.



Ni sambil layankan anak-anak bercerita.. ni jer masa yang ada. Masing-masing dah buka buku. Sorang dah hanyut. Ibu dia pun sat gi hanyut juga ni. 

Indahkan hidup!!

Rabu, 21 Oktober 2015

Puasa Sunat Muharram

Assalamualaikum.. Malam ni jom tidur awal. Esok pagi bangun sahur untuk puasa sunat Muharram.

Hari asyura jatuh hari Jumaat


Selamat berpuasa!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...