Thursday, February 4, 2010

Pohon Mekar Ini

6 comments
Kala,
Gersang tanah menemukan benih,
Tersiram suci pancuran,
Dahulu yg dibiar sepi,
Kini bak magis terjampi,
Akar menunjang pantas,
Dedaun berguguran perlahan,
Bawa bersama irama fitrah,
Aku yg terpana.

Terus,
Terulur pulur ikrar,
Pohon kasih itu memekar,
Membuah sukma rindu,
Kelip mata termati,
Bicara bibir terhenti,
Lepas degup dinanti,
Aku hampir lemas.

Namun,
Hati berlagu tertari,
Riang mengalun buai,
Aku bahagia..
Dalam pengharapan,
Janji dari-Mu.

Wednesday, January 20, 2010

Puisi Malamku

5 comments
Aswad malam, membisik lagu.
Zikir dianyam, nanti lenaku.

Tasbihku dalam, meratib syukur.
Dunia ku tinggal, belum dikubur.

Hembus nafas, terbuai senadi.
Ruh ke mana, sekitaranku sepi.

Litup tubuh, mimpi menguliti.
Ketemu Syurga, enggan kembali.

Bulan terang, masih ku buta.
Hanyut tercari, nikmat yang fana.

Sayup laungan, muadzzin berseru.
Usah degil, Tuhan-ku Satu.

Tuesday, January 12, 2010

Hakim ibn Hazm

2 comments
Assalaamu'alaykum.
This will be the first entry for 2010, insyaAllah.

12 January 2010, 1 noon,
Musolla, Level 9, Sapura.


My friends and I were there for a short kuliyah from Ustaz Nazmi, may Allah bless him, ameen. Great thanks to Kak Pah too for inviting us. :). And masyaAllah, it was really awesome. I feel grateful for being able to undergo my practical training here, where once in a while, I have opportunities like this.

Today, Ustaz Nazmi told us about the story of Hakim ibn Hazm, the son of Hazm, son of Khuwaylid. Growing up in a very wealthy and noble family in Makkah, he spent his time with Rasulullah s.a.w even though he was 5 years older than the Prophet. Their relationship became even more closer when the Prophet then married his aunt, Khadijah r.a.

In spite of the close relationship, surprisingly, he only embraced Islam after more than 20 years of him being Rasulullah's companian. He was called to recite Syahadah during the occurance of Fathu-Makkah. Even Rasulullah s.a.w himself was puzzled that Hakim ibn Hazm didn't become a Muslim even earlier. However, then there came Allah's guidance to him, subhanallah! He once used to weep thinking about the time it took him to embrace Islam, being wasteful and all that. Hakim ibn Hazim whole-heartedly devoted himself to Islam, and was willing to do anything in order to atone his years in Jahiliyyah previously.

There was this building called Dar an-Nadwah, which was owned by him, where the Quraysh people used to held conferences there. Hakim ibn Hazm wanted to get rid of it, since whenever he looked at it, the building reminded him of all the old moments that a lot of plans of destroying Rasulullah s.a.w were made there. Finally, he sold Dar an-Nadwah for miata aalaaf dirham, for one hundred thousand dirham. The money in return was donated in the hope that he could achieve a place near to Allah Ta'ala.

May Allah give Hakim ibn Hazm the highest place in Jannah. Ameen.

Tuesday, December 8, 2009

Man Jadda Wajada

0 comments
Teringat kata-kata daripada Tok Ayah di kampung. Sesiapa yang bersungguh-sungguh, pasti ada jalan/terwujud. Pasti dia akan dapat. Begitu erti pepatah Arab di atas.

Ada satu kisah, di mana seorang pemuda miskin mempelajari peribahasa mengenai kesungguhan daripada gurunya. Lantas, dia mula bersemangat. Dijadikan cerita, pemuda tersebut telah meluahkan kemahuannya untuk mengahwini anak raja. Mula memujuk ibunya untuk pergi membawa pinangan ke istana.

Pemuda: "Ibu, saya mahu berkahwin dengan puteri raja. Bolehkah ibu pergi meminangnya untuk saya?"
Ibu: "Apa?? Kita tidak layak nak, nanti pasti ditolak oleh raja."
Pemuda: "Ibu belum cuba, bagaimana mahu diketahui raja bersetuju atau tidak."
Ibu: "Baiklah."

Maka, berjalanlah si ibu ke istana untuk meminang sang puteri. Disampaikannya hasrat hati si pemuda yang mahu mengahwini sang puteri. Raja menolak.

Raja: "Mana mungkin pipit dan enggang bergandingan."

Si ibu pulang ke rumah dan memberitahu pemuda itu tentang jawapan sang raja. Namun, pemuda itu masih berkobar-kobar semangatnya. Dipujuknya si ibu untuk ke istana buat kali kedua. Si ibu mengalah menuruti kemahuan anak kesayangannya. Tetapi, keputusan sang raja masih sama, tidak. Apabila disampaikan berita kepada anaknya itu, si pemuda masih enggan mengalah. Dia menyuruh ibunya pergi buat kali ketiga membawa pinangan untuk sang puteri. Kali ini, sang raja kerana melihatkan kesungguhan si ibu itu untuk melamar puterinya, dan kerana kasihan melihatnya dengan pakaian compang-camping berulang-alik ke istana, lantas memberi syarat untuk baginda menerima pinangan tersebut.

Raja: "Beta akan bersetuju untuk mengahwinkan puteri beta dengan anakmu jika dia mampu menyediakan sebutir mutiara sebesar telur ayam."

Si ibu lantas pulang ke rumah, dan memberitahu anaknya tentang permintaan daripada sang raja.

Ibu: "This is impossible, son."

Namun, si pemuda tidak mengendahkan kata-kata ibunya. Dia segera ke laut untuk mencari mutiara itu. Ditimba-timbanya air laut berulang kali untuk mendapatkan mutiara sebesar saiz telur ayam. Tetapi, hasilnya asyik menghampakan. Man jadda wajada. Pepatah itu bermain-main di kotak fikirannya.

Pemuda: "Aku mesti bersungguh-sungguh."

Masa berlalu. Air laut semakin mengering. Malangnya, mutiara sebesar telur ayam masih tidak ketemuan. Tiba-tiba, Allah mewahyukan kepada malaikat-Nya supaya bertemu dengan ikan-ikan di laut dan mengkhabarkan perihal pemuda yang tidak henti-henti menimba air itu.

Malaikat: "Hai para ikan, sesungguhnya ada seorang pemuda yang sedang menimba air laut tidak henti-henti. Dikhuatiri air laut akan menjadi kering jika perkara ini berterusan. Maka eloklah jika kalian pergi berjumpa pemuda itu meminta dia menghentikan perbuatannya. Kalau tidak, kalian akan mati kekeringan air."

Ikan-ikan justeru pergi mendapatkan pemuda tersebut.

Ikan: "Tolonglah hentikan perbuatanmu ini wahai pemuda."
Pemuda: "Tidak. Kerja ku masih belum selesai."
Ikan: "Kenapa kamu berbuat begini?"
Pemuda: "Aku mesti dapatkan sebutir mutiara sebesar telur ayam untuk diberikan kepada raja, barulah aku dapat mengahwini puterinya."
Ikan: "Kalau begitu, tolonglah. Berhentilah menimba. Kalau tidak, kami akan mati kekeringan air. Akan kami carikan mutiara untuk kamu."

Pemuda itu berhenti menimba. Ikan-ikan mula mencari mutiara untuk si pemuda. Begitu banyak mutiara yang diperolehi, berbagai-bagai saiz, berbagai-bagai warna dan rupa. Semuanya diberikan kepada pemuda itu. Pemuda sangat gembira. Diambilnya sebutir mutiara sebesar telur ayam, kemudian dibawa pulang menghadap sang raja. Raja terkejut, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa selain bersetuju untuk mengahwinkan puterinya dengan pemuda itu. Pemuda tersenyum lebar.

Begitulah cerita mengenai kesungguhan seseorang dalam mendapatkan apa yang diingininya. Kita tidak boleh mudah menyerah dengan tentangan, hambatan dan kesulitan hidup dan seharusnya dijalani dengan rasa penuh optimis.

Di dalam Al-Quran, Allah juga telah berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Surah ar-Ra'd: 11)

Adaptasi dari kisah yang diceritakan oleh Tok Ayah. Terima kasih Tok. :)

Friday, December 4, 2009

Ama Zilna by Benammi

0 comments
Are We Still?

Approaching God with our hearts,
No fear nor grief for whom He guides.
His rope is strong and will never waver,
His provision is there for all who are in need.

In every place, at every time,
Above you is The Glorious Care Taking Lord.
In every place, at every time,
You have a Lord who loves you and will never forget you.

Do we know our Lord?
Do we see our Lord's blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him,
Or have we forgotten,
That His servants...
We are.

In His Dominion we exist for as long as He wills,
And we call upon His bounty through prayer,
And seek His favors through hope,
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold.

In every place, at every time,
Above you is a Glorious Care Taking Lord.
In every place, at every time,
You have a Lord who loves and will never forget you.

Do we know our Lord?
Do we see our Lord's blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him,
Or have we forgotten,
That His servants...
We are.

My heart is Allah's.
My soul is Allah's.
My wealth is Allah's.

Tuesday, December 1, 2009

Inni Akhaaf-ullah

1 comments
Yazid bin Maisarah RAH pernah berkata,
"Tangisan berlaku kerana tujuh sebab,
pertama; kerana gembira,
kedua; kerana gila,
ketiga; kerana sakit,
keempat; kerana gementar,
kelima; kerana menunjuk-nunjuk,
keenam; kerana mabuk, dan
ketujuh; kerana takutkan Allah.
Tangisan yang akhir inilah tangisan yang boleh memadamkan lautan api walaupun hanya dengan setitis air mata sahaja."

Sementara itu, adapun Ka'ab al-Ahbar RAH pula berkata,
"Demi Zat yang jiwaku dalam genggaman-Nya, tangisanku kerana takutkan Allah sehingga air mata mengalir di pipi lebih aku sukai daripada aku bersedekah emas sebesar bukit."

Abu Bakar as-Siddiq RAH pula berkata,
"Sesiapa yang mampu menangis, maka hendaklah dia menangis. Dan sesiapa yang tidak mampu menangis, maka hendaklah dia buat-buat menangis."

Rawan melanda tatkala teringatkan Qudrat-Nya yang melebihi segala. Bila diamati, bila diperhati, bila dinilai diri dan ciptaan-Nya, sungguh Maha Besar Dia Yang Menciptakan. Cukuplah dengan akal yang dianugerahkan memerhati tanda-tanda kebesaran, berpaksikan dalil-dalil naqlinya, lantas mampu membuahkan rasa syukur dan takut kita akan Allah, Tuhan Yang Satu.

Abu Sulaiman Darani RAH juga pernah berkata tentang takut terhadap Allah,
"Apabila perasaan takutkan Allah luput daripada mana-mana hati, maka hati itu akan binasa."

Wal'iyadzubillah. Mohon dilindungi daripada hati sebegini.

Bersambung...

Monday, November 30, 2009

♥♥♥

2 comments
Updating the blog...
 

Picisan ♥ Hidup Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template