Erma Fatima
Erma Fatima | |
|---|---|
إيرما فاطمة | |
| Kelahiran | Fatimah binti Rahmad Ali 14 Mac 1968 |
| Nama lain | Erma Fatima |
| Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip |
| Tahun aktif | 1983–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Bade Hj. Azmi (k. 1991; c. 2017) |
| Anak-anak | 5 |
| Keluarga |
|
Fatimah Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Erma Fatima (lahir 14 Mac 1968) ialah seorang pelakon, pengarah, penerbit, dan penulis skrip wanita Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi Hati Bukan Kristal (Festival Filem Malaysia ke-9) dan Femina (Festival Filem Malaysia ke-11).
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan sebagai Fatimah binti Rahmad Ali pada 14 Mac 1968 di Kuala Lumpur dan mempunyai adik-beradik seramai enam orang, adiknya Umie Aida juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemain papan nada untuk menyertai kumpulan Blood Angels pada tahun 1983 bersama Wan (vokal dan gitar irama), Rahmat (gitar utama), Nan (bes) dan Wazir (dram). Kemudian pada 21 Disember 1983, Hattan telah menyertai kumpulan Blood Angels dengan menggalas posisi pemain gitar irama manakala Wan kekal menjadi penyanyi utama sepenuhnya. Kemudian pada tahun 1984, Joe menyertai kumpulan Blood Angels dengan menggalas posisi pemain gitar utama manakala Rahmat diserap sebagai penyanyi kedua bersama Wan dan seterusnya mereka menukar nama kepada Blood World. Kemudian pada tahun 1986, keanggotaan Blood World sekali lagi berubah apabila mereka bersetuju untuk mengurangkan bilangan anggota kepada empat orang sahaja dengan pengunduran posisi gitar kedua dan papan nada apabila beliau keluar daripada kumpulan tersebut manakala Joe, Rahmat dan Hattan kemudiannya mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan tersebut dan kekosongan itu digantikan oleh Epul pada gitar utama sementera Wan pula kekal sebagai penyanyi utama dan juga bermain gitar irama yang tinggal. Blood World kemudian berubah menjadi sebuah kumpulan rock yang kini lebih dikenali sebagai Terra Rossa. Selepas keluar daripada kumpulan itu, beliau menjadi pelakon untuk menerusi dua filem Hantu Siang yang diterbitkan pada tahun 1986 dan Rozana Cinta 87 yang diterbitkan pada tahun 1987. Beliau konsisten dalam setiap lakonan yang dibawanya. Filem pertama arahan beliau ialah Jimi Asmara lakonan Hani Mohsin. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan. Beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama di samping filem. Antara karya arahan beliau termasuklah Diva Popular, Tahajjud Cinta, Dejavu di Kinabalu dan Kau Yang Terindah.
Beliau berkahwin dengan pengarah filem terkenal, Bade Hj. Azmi pada 30 November 1991 dan memiliki lima orang anak angkat. Pada 19 Ogos 2017, pasangan ini bercerai secara rasmi.[1]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan penghargaan
[sunting | sunting sumber]Setakat ini, beliau meraih empat anugerah Festival Filem Malaysia (FFM), tiga Anugerah Skrin dan satu Anugerah Profima. Pada tahun 2003, filem arahan beliau, Embun tewas kepada filem arahan suaminya, KL Menjerit dalam kedua-dua anugerah berprestij iaitu anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) dan Anugerah Skrin masing-masing untuk kategori pengarah terbaik dan filem terbaik.
| Tahun | Filem | Kategori/Anugerah | Hasil |
|---|---|---|---|
| 1987 | Puteri | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM | Menang |
| 1990 | Hati Bukan Kristal | Pelakon Wanita Terbaik FFM | Menang |
| 1992 | Syahadat | Pelakon Wanita Terbaik FFM | Tercalon |
| Bintang Malam | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM | Menang | |
| 1994 | Femina | Pelakon Wanita Terbaik FFM | Menang |
| Fantasi | Pelakon Wanita Terbaik FFM | Tercalon | |
| Pemburu Bayang | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM | Tercalon | |
| 2000 | Perempuan Melayu Terakhir | Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 | Menang |
| 2003 | Embun | Pengarah Terbaik Anugerah Skrin | Tercalon |
| Tahun | Judul | Kategori/Anugerah | Hasil | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 1995 | Ratu Jamu | Pengarah Terbaik Anugerah Skrin | Menang | |
| Aku Anak Siapa | Pengarah Terbaik Anugerah Skrin | Tercalon | ||
| Masih Ada Harapan | Aktres Terbaik Anugerah Skrin | Tercalon | ||
| 2009 | Tersasar Di Jalanmu | Pengarah Terbaik Anugerah Skrin | Menang | |
| Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin | Menang | |||
| 2011 | Airmata Nur Salina | Pengarah Terbaik Anugerah Skrin | Tercalon | |
| Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin | Menang | |||
| 2015 | Sawadeeka Mak Cun | Persembahan teater | ||
| 2017 | Pesan Dari Tuhan | Drama Terbaik | Menang | |
| Tahun | Judul | Kategori/Anugerah | Hasil |
|---|---|---|---|
| 2011 | Tahajjud Cinta | Pengarah Terbaik Anugerah Profima[2] | Menang |
| 2016 | Rumi & Jawi[3] | ||
| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Versatil Popular | — | Tercalon |
| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2025 | Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Selebriti Trending Terhangat | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1968
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Pelakon Melayu
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-20
- Pengarah filem Malaysia
- Penulis skrip Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pengarah televisyen Malaysia
- Penerbit televisyen Malaysia
- Pelakon Komedi Terbaik Anugerah Skrin
- Pengarah Terbaik (Drama) Anugerah Skrin