Pergi ke kandungan

Francesco Acerbi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Francesco Acerbi
Acerbi bersama Milan pada 2012
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1988-02-10) 10 Februari 1988 (umur 38)
Tempat lahir Vizzolo Predabissi, Itali
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Milan
Nombor 15
Kerjaya remaja
Pavia
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2010 Pavia 48 (3)
2007Renate (pinjam) 1 (0)
2007–2008Spezia (pinjam) 0 (0)
2010–2011 Reggina 24 (1)
2011 Genoa 0 (0)
2011Reggina (pinjam) 16 (1)
2011–2012 Chievo 17 (1)
2012–2013 Milan 6 (0)
2013 Genoa 0 (0)
2013Chievo (pinjam) 7 (0)
2013–2018 Sassuolo 157 (11)
2018–2023 Lazio 135 (9)
2022–2023Inter Milan (pinjam) 31 (0)
2023– Inter Milan 2 (0)
Pasukan kebangsaan
2014– Itali 31 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 Jun 2023

Francesco Acerbi (sebutan bahasa Itali: [franˈtʃesko aˈtʃɛrbi]; lahir 10 Februari 1988) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Serie A, Inter Milan dan pasukan kebangsaan Itali.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Acerbi memulakan kariernya bersama kelab yang berpusat di Lombardy, Pavia. Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam aksi liga pada 23 April 2006.[1] Beliau seterusnya dipinjamkan ke kelab Serie D, Renate pada 11 Januari 2007[2] dan beraksi bersama kelab itu dalam satu aksi persahabatan pada hari yang sama.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya yang rasmi pada 28 Januari ketika menentang Palazzolo yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.[4] Beliau kembali semula ke Pavia pada 30 Januari[5] dan telah beraksi dalam pusingan terakhir Serie C2.[6]

Pada 2 Ogos, Acerbi telah dipinjamkan ke Triestina[7] dan ke Spezia pada 16 Ogos walaupun beliau hanya beraksi untuk pasukan Primavera.[8] Beliau kembali ke Pavia pada 1 Julai dan menjadi tonggak utama pasukan. Beliau telah beraksi dalam kedua-dua perlawanan play-off promosi Lega Pro Seconda Divisione dan pasukannya menamatkan perjalanan kempen itu di peringkat separuh akhir kejohanan.[9][10] Pasukannya meraih promosi akhirnya selepas beberapa pasukan telah disingkirkan daripada saingan liga akibat menghadapi masalah kewangan.

Acerbi telah menerima panggilan untuk menyertai kem latihan pra-musim bersama pasukan Serie B, Reggina pada 13 Julai[11] dan rundingan pemilikan bersama telah dilengkapkan pada 16 Julai.[12] Pada 31 Januari 2011, Pavia telah menjual saki-baki 50 peratus hak pendaftaran kepada Reggina dengan nilai yang tidak didedahkan. Kemudian, pasukan dari Calabria itu mengadakan rundingan pemilikan bersama yang lain bersama pasukan Genoa yang menghasilkan nilai sebanyak 1 juta euro.[13][14]

Acerbi hanya terlepas dua perlawanan Serie B. Beliau turut beraksi dalam kedua-dua perlawanan play-off promosi yang akhirnya berakhir dengan kekalahan kepada Novara di peringkat separuh akhir yang kemudian nanti dinobatkan sebagai pemenang.[15][16] Beliau hanya beraksi dalam satu perlawanan ketika kempen Coppa Italia yang menyaksikan beliau telah dibuang padang. Hal ini menandakan bahawa beliau digantung dalam perlawanan Coppa Italia berikutnya[17] dan namanya tidak dipilih dalam pusingan ketiga kejohanan.[18]

Pada 24 Jun 2011, Genoa telah membeli saki-baki 50 peratus hak pendaftaran Acerbi daripada Reggina yang bernilai 2.2 juta euro dan pihak kelab memindahkan Antonino Ragusa melalui perpindahan bertentangan iaitu ke Reggina. Pada 1 Julai 2011, Acerbi telah dijual ke Chievo melalui rundingan pemilikan bersama yang bernilai 2 juta euro. Rundingan itu juga menyaksikan Kévin Constant berpindah ke Genoa dalam perpindahan yang bernilai 7.8 juta euro manakala Ivan Fatić juga kembali ke Chievo melalui perpindahan sebanyak 200,000 euro pada Jun 2011.[19] Acerbi telah dimasukkan ke dalam barisan kesebelasan utama pasukan pada separuh kedua musim dengan beraksi dalam 14 perlawanan sambil bergandingan dengan Marco Andreolli dalam sembilan perlawanan, Dario Dainelli dalam tiga perlawanan dan bersama Boštjan Cesar dua perlawanan.

Pada 20 Jun 2012, Milan telah membeli 50 peratus perkongsian Chievo ke atas Acerbi manakala Genoa pula mengekalkan saki-baki hak pendaftaran mereka. Seterusnya, Milan telah mengikat Kévin Constant melalui rundingan pinjaman sementara dari Genoa.[20] Pada Julai 2012, Isaac Cofie telah menyertai Chievo dari Genoa sebagai sebahagian daripada pampasan kewangan. Genoa telah mendedahkan laporan kwangan pada tahun 2012 bahawa pihak kelab telah membayar semula 50 peratus hak pendaftaran ke atas Acerbi yang bernilai 3.75 juta uero sebelum menjual pemain itu kepada Milan melalui perpindahan yang bernilai 4 juta euro. Sementara itu, Cofie berpindah ke Chievo menelan kos perpindahan sebanyak 1.5 juta euro.[21] Rundingan itu sama sekali telah memberikan keuntungan kepada Genoa sebanyak 250,000 euro manakala Chievo pula memperoleh pampasan baru untuk tag harga Constant.

Acerbi melakukan penampilan sulungnya untuk Milan dalam aksi menewaskan Bologna 3-1. Di Milan, beliau gagal mendapat tempat untuk beraksi dalam kesebelasan utama lalu meninggalkan kelab itu ketika jendela perpindahan musim sejuk.

Pada tahun 2019, Acerbi mendedahkan bahawa pada saat-saat dirinya di Milan, beliau sendiri mengalami kemurungan akibat berasa sedih akan kematian bapanya. Beliau sering kali bergantung dengan pengambilan alkohol untuk melawan kesakitan emosinya.[22][23]

Pada 26 Januari 2013, Milan telah membayar 50 peratus hak terhadap Kévin Constant yang bernilai 4 juta euro.[24] Acerbi yang merupakan sebahagian daripada rundingan itu melakukan perpindahan ke Genoa yang bernilai 4 juta euro manakala kelab lamanya, Chievo telah meminjam khidmatnya semula dengan membayar 300,000 euro.[25] Beliau telah melakukan tujuh penampilan dalam separuh musim kedua Serie A 2012–13.

Pada 9 Julai 2013, Sassuolo yang baru menyertai Serie A telah membeli separuh daripada hak pendafaran Acerbi yang bernilai 1.8 juta euro manakala separuh hak lagi dimiliki oleh Genoa.[26] Semasa menjalani ujian kesihatan pada pra-musim, ujian darah telah mengesan tumor testis lalu beliau memerlukan pembedahan untuk membuang tumor itu.[27] Selepas tumor berjaya dibuangkan, beliau meneruskan latihan bersama rakan-rakannya yang baru. Acerbi telah mengambil bahagian dalam 13 perlawanan Serie A sebelum beliau didapati gagal untuk melepasi ujian doping pada Disember 2013. Beliau telah menafikan sebarang penggunaan dadah yang meningkatkan keupayaan. Kemudian, perkara itu terjadi akibat kandungan hormon yang luar biasa dihasilkan oleh kanser yang telah hidup semula. Seterusnya, beliau menjalnai kemoterapi dari 7 Januari hingga 14 Mac 2014. Acerbi juga dilaporkan telah terlepas banyak sesi latihan ketika menjalani rawatan melawan kansernya.[28] Sungguhpun begitu, kelibat dirinya untuk kembali di atas padang telah ditangguhkan sehingga musim seterusnya.

Pada Jun 2014, rundingan pemilikan bersama telah diperbaharui oleh Sassuolo.[29] Pada 30 Januari 2015, Sassuolo telah membayar hak-hak Acerbi yang bernilai 1.8 juta euro.[30][31] Pada hari yang sama, Genoa telah mendapatkan Lorenzo Ariaudo dan Leonardo Pavoletti dari Sassuolo dalam rundingan sementara secara percuma.[30]

Pada 11 Julai 2018, Acerbi telah menyertai Lazio dengan menandatangani kontrak selama lima tahun.[32] Beliau kemudiannya hampir menyamai rekod beraksi dalam 162 perlawanan Serie A berturut-turut yang dipegang oleh Javier Zanetti. Namun, rentak perlawanan Acerbi telah terhenti dalam perlawanan ke-149 apabila beliau dilayangkan dua kad kuning pada 20 Januari 2019. Rentak kelangsungan beraksi itu bermula pada 18 Oktober 2015 apabila beliau masih lagi menjadi pemain Sassuolo.[33]

Inter Milan

[sunting | sunting sumber]

Pada 1 September 2022, Acerbi berpindah secara pinjaman ke Inter Milan.[34][35] Pada 7 Julai 2023, Inter melaksanakan klausa pilihan beli dan menandatangani Acerbi secara tetap.[36] Pada 22 April 2024, beliau menjaringkan gol melalui tandukan dalam kemenangan 2–1 ke atas bekas kelabnya AC Milan, sekali gus mengesahkan kejuaraan Serie A pertamanya bersama Inter dalam musim 2023–24 dengan baki lima perlawanan.[37]

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Acerbi pernah mewakili pasukan wakil Lega Pro bawah-20 Itali dalam aksi pertama Piala Mirop 2008–09 yang tewas kepada Hungary.[38]

Pada 10 Ogos 2012, Acerbi telah memperoleh panggilan pertama untuk menyertai skuad senior oleh pengurus Cesare Prandelli.[39] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Itali ketika di bawah kendalian pengurus Antonio Conte pada 18 November 2014 dalam perlawanan persahabatan menewaskan Albania 1-0 dengan beraksi sehingga 90 minit permainan.[40]

Beliau beraksi dalam perlawanan kompetitif pertama mewakili Itali ketika di bawah kendalian Roberto Mancini pada 8 September 2019 dalam aksi kelayakan UEFA Euro 2020 menewaskan Finland di gelanggang lawan.[41] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk skuad senior pada 15 November ketika membantu pasukannya melakar kemenangan 3-0 ke atas Bosnia dan Herzegovina dalam kempen kelayakan Euro 2020.[42]

Acerbi telah disenaraikan dalam skuad Itali untuk UEFA Euro 2020.[43][44][45] Dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Itali menentang Switzerland di Rom pada 16 Jun, Acerbi membuat penampilan sulung dalam kejohanan tersebut, menggantikan Giorgio Chiellini yang mengalami kecederaan pada separuh masa pertama, yang akhirnya berakhir dengan kemenangan 3–0, sekali gus membolehkan pasukannya mara ke peringkat kalah mati.[46]

Pada 23 Mei 2024, beliau telah dinamakan dalam skuad awal 30 pemain untuk UEFA Euro 2024.[47] Walau bagaimanapun, beliau mengalami kecederaan pangkal paha yang memaksa beliau terlepas kejohanan tersebut.[48]

Statistik kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 30 Jun 2020[49]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Itali Pavia 2005–06 102030
2006–07 100010
Itali Renate 2007–08 100010
Itali Pavia 2008–09 22230252
2009–10 24110251
Jumlah di Pavia48360543
Itali Regina 2010–11 402102[a]0412
Itali Chievo 2011–12 17130201
Itali Milan 2012–13 60202[b]0100
Itali Chievo 2012–13 700070
Jumlah di Chievo24130271
Itali Sassuolo 2013–14 13000130
2014–15 32300323
2015–16 36420384
2016–17 3841010[c]0494
2017–18 38030410
Jumlah 157116010017311
Itali Lazio 2018–19 373508[c]0503
2019–20 272206[c]01[d]0362
Jumlah 6457014010865
Jumlah kerjaya 340222502603039422
  1. Penampilan di perlawanan play-off ke Serie B.
  2. Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.
  3. 1 2 3 Penampilan di Liga Europa UEFA
  4. Penampilan di Supercoppa Italiana.

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 15 November 2019[50]
Pasukan kebangsaan Itali
TahunKmnclnGol
201410
201610
201810
201931
Jumlah61

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1
15 November 2019Zenica, Bosnia dan Herzegovina Bosnia dan Herzegovina
0–1
0–3
Kelayakan UEFA Euro 2020

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Lazio
  1. "Chianese e Pavia super" (require login). La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 24 April 2006. Dicapai pada 20 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. "CALCIOMERCATO, la linea è sempre più verde: preso un classe '88 dal PAVIA" (dalam bahasa Italian). AC Renate. 11 January 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2011. Dicapai pada 20 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. "L'amichevole a Pavia finisce 4 a 2: le reti realizzate da due ex..." (dalam bahasa Italian). AC Renate. 11 January 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2011. Dicapai pada 20 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. "Pianeta neroazzurro Anno 02 - Numero 04 (2006–07 season)" (PDF) (dalam bahasa Italian). AC Renate. 10 February 2007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 July 2011. Dicapai pada 20 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. "La linea è sempe verde: dalla Pro Sesto arriva Stefano Bazzo" [The line is always green: To Pro Sesto comes Stefano Bazzo] (dalam bahasa Italian). AC Renate. 30 January 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2011. Dicapai pada 20 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. Michele, Lanati. "La doppietta di Araboni non basta alla Pro Sesto". archiviostorico.gazzetta.it (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2026-04-18.
  7. "Deposito Trasferimenti Calciatori - Stagione Sportiva 2007/2008". Lega Calcio. September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2007. Dicapai pada 5 January 2011.
  8. "Primavera: Torino - Spezia 3 - 2" (dalam bahasa Italian). Torino FC. 13 January 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2011. Dicapai pada 20 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. Franco, Lanati Michele, Faroni Glauco, Forni Alessandro, De simone. "Sangiovannese, la casa amica". archiviostorico.gazzetta.it (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2026-04-18.
  10. "Varese e Pescara basta il pareggio" [Varese and Pescara is just a draw]. La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 30 May 2010. Dicapai pada 20 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. "I convocati per il ritiro". Reggina Calcio (dalam bahasa Italian). 13 July 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2012. Dicapai pada 20 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. "Trattative concluse" (dalam bahasa Italian). Reggina Calcio. 17 July 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 January 2014. Dicapai pada 20 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. Genoa C.F.C. S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2011, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  14. "Ufficilizzati Acerbi e Rodríguez" [Officialization Acerbi & Rodriguez]. Genoa CFC (dalam bahasa Italian). 31 January 2011. Dicapai pada 18 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. "La Reggina non-decolla Il Novara vede la finale". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 3 June 2011. Dicapai pada 20 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. "Prodezza di Rigoni La Reggina piange". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 6 June 2011. Dicapai pada 20 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. "Comunicato ufficiale N. 23 (2010–11 season)" (dalam bahasa Italian). Lega Serie A. 20 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2011. Dicapai pada 20 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. "Tim Cup: I convocati amaranto" [Tim Cup: Squad Amaranth]. Reggina Calcio (dalam bahasa Italian). 29 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2012. Dicapai pada 20 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. "En News Official Kevin Constant Al Genoa – ChievoVerona" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-18.
  20. "Definite Trattative Chievo e Milan" (dalam bahasa Italian). Genoa CFC. 20 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 June 2012. Dicapai pada 20 June 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. Genoa C.F.C. S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2012, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  22. "Acerbi, la confessione: "Quando è morto mio padre ho toccato il fondo. Il cancro mi ha salvato…"" (dalam bahasa Italian). itasportpress.it. 26 October 2019. Dicapai pada 18 November 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. "Acerbi: 'Cancer saved me'". Football Italia. 27 October 2019. Dicapai pada 18 November 2019.
  24. "2013 Bilancio" (PDF) (dalam bahasa Italian). A.C. Milan. 18 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 May 2015. Dicapai pada 15 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  25. Genoa CFC S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2013 PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  26. "Ufficiali gli arrivi in casa neroverde di Francesco Acerbi e Simone Zaza" (dalam bahasa Italian). US Sassuolo Calcio. 9 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2013. Dicapai pada 19 June 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  27. "Acerbi: 'Cancer saved me' | Football Italia". www.football-italia.net. Dicapai pada 2026-04-18.
  28. "Acerbi: 'Ready to return'". 15 March 2014. Dicapai pada 20 September 2014.
  29. "Acerbi Rinnovata Partecipazione" [Acerbi Renewed Participation] (dalam bahasa Italian). Genoa CFC. 19 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-02. Dicapai pada 31 May 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  30. 1 2 Genoa C.F.C. S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2015, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  31. U.S. Sassuolo Calcio S.r.l. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2015, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  32. "Statement 11.07.2018" (Siaran akhbar). Rome: S.S. Lazio. 11 July 2018. Dicapai pada 11 July 2018.
  33. "Francesco Acerbi: 149 and out - Lazio defender's Serie A record hopes dashed by red card". BBC Sport. 20 January 2019. Dicapai pada 19 April 2019.
  34. "Francesco Acerbi è un nuovo calciatore dell'Inter". www.inter.it (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2026-04-18.
  35. Weeler, Toni (2023-02-22). "Inter Milan Coach Simone Inzaghi Pushing To Make Signing Of Francesco Acerbi From Lazio Permanently, Italian Media Report". SempreInter.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-18.
  36. "Francesco Acerbi signs on permanently". Inter Milan. 7 Julai 2023. Dicapai pada 7 Julai 2023.
  37. "AC Milan 1-2 Inter Milan: Inter clinch Serie A title with victory over rivals". Sky Sports. 22 April 2024.
  38. "Per l'Italia avvio amaro nella Mirop Cup". www.lega-pro.com. Dicapai pada 2026-04-18.
  39. "Convocazione Nazionale "A"" (PDF). Italian Football Federation. Dicapai pada 2026-04-18.
  40. "International friendly: Italy edge to narrow 1-0 victory over Albania in Genoa". Sky Sports (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-18.
  41. Salerno, Elio (9 September 2019). "Italy Finnish the job". Football Italia. Dicapai pada 20 October 2019.
  42. "Italy: Dominant display in Bosnia". Football Italia. 15 November 2019. Dicapai pada 15 November 2019.
  43. "Mancini names uncapped striker Raspadori in final Italy Euro 2020 squad". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-18.
  44. Weeler, Toni (2023-02-22). "zomclub". Zomclub1.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-18.
  45. "Italy confirm Euro 2020 squad - Football Italia" (dalam bahasa Inggeris). 2021-06-01. Dicapai pada 2026-04-18.
  46. "Euro 2020: Italy 3-0 Switzerland - Manuel Locatelli scores twice in one-sided win". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 2021-06-15. Dicapai pada 2026-04-18.
  47. "Spalletti selects 30-player provisional squad for EURO 2024". www.figc.it (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-18.
  48. "Inter cast net for new defender after Acerbi injury - May 31 latest" (dalam bahasa Inggeris). 2024-05-31. Dicapai pada 2026-04-18.
  49. "Italy – Francesco Acerbi". soccerway.com. Soccerway. Dicapai pada 26 September 2019.
  50. Francesco Acerbi di National-Football-Teams.com
  51. "A Francesco Acerbi il "Pallone d'argento – Coppa Giaime Fiumanò 2015"" (dalam bahasa Italian). Sassuolo Calcio. 26 May 2014. Dicapai pada 26 February 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]