Jokpyeon
| Jokpyeon | |
| Hangul | 족편 |
|---|---|
| Hanja | |
| Perumian Semakan | jokpyeon |
| McCune–Reischauer | chokp'yŏn |
| Rencana ini sebahagian dari siri |
| Masakan Korea 한국 요리 조선 료리 |
|---|
Jokpyeon ialah masakan Korea tradisional berupa jeli dan dimakan semasa Seollal (Tahun Baru Korea) di seluruh Korea.[1] Ia dibuat dengan merebus organ atau daging yang liat dengan kolagen, seperti telapuk, tengkorak, dan kulit lembu, untuk masa yang lama.[2] Keting dan tendon boleh ditambah ke dalam makanan sebagai bahan tambahan untuk menyerlahkan rasa.[3] Semasa merebus, kolagen menjadi cairan gelatin seperti bubur. Selepas ditapis, ia dicurah ke dalam bekas petak dan dibiarkan mengeras di tempat yang sejuk.[2] Jokpyeon dipotong dan disaji dengan sos pencicah seperti choganjang (diperbuat daripada sos soya dan cuka) atau saujeotguk (ekstrak daripada saujeot, udang jeruk masin).[3]
Masakan hidangan ini banyak bergantung kepada telapuk lembu, yang namanya muncul daripadanya iaitu jok (족, 足 kaki) dalam bahasa Korea. Makanan ini kadang kala dikategorikan sebagai sejenis muk, jeli daripada kanji bijirin disebabkan rupa dan teksturnya yang hampir sama.
Kepelbagaian
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Muk (makanan)
- Jokbal
- Jokchae, jokpyeon dan sayuran yang dicarik
- Pyeonyuk, daging lembu himpit
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Pyeonyuk, jokpyeon (편육, 족편)" (dalam bahasa Korean). ytrt.cn. 2008-04-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-07. Dicapai pada 2008-05-17.
{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link) - 1 2 "Kinds of Korean Food". Korea Agro-Fisheries Trade Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-14. Dicapai pada 2008-05-17.
- 1 2 족편 足─ (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. Dicapai pada 2008-05-17.
{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link) - ↑
- ↑ 용봉족편 (dalam bahasa Korean). RDA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 2013-04-09.
{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link) - ↑ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-11-10. Dicapai pada 2015-04-06.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Korea) Byeolmi jokpyeon (별미족편)[pautan mati kekal] at the Andong Cultural Resource Portal
- (Korea) 양각도호텔에서 만난 소발통묵(찜) at the Toilnews.com