Pergi ke kandungan

Kabupaten Serang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kabupaten Serang
Transkripsi bahasa daerah
 • Cacarakanꦱꦺꦫꦁ
 • Tulisan Sundaᮞᮦᮛᮀ
 • Pegonسيراڠ
Cagar Alam Rawa Danau
Mohor rasmi bagi Kabupaten Serang
Motto(s): 
Sepi ing pamrih, rame ing gawe
(Jawa) Bekerja tanpa mengharap imbalan apa pun
Map
Peta
Kabupaten Serang yang terletak di Jawa
Kabupaten Serang
Kabupaten Serang
Kabupaten Serang yang terletak di Indonesia
Kabupaten Serang
Kabupaten Serang
Koordinat: 6°09′S 106°00′T / 6.15°S 106°T / -6.15; 106
Negara Indonesia
ProvinsiBanten
Tanggal berdiriRalat: Tarikh lahir yang tidak sah untuk mengira umur tahun tidak sah[1]
Dasar hukumUU Nombor 117 Tahun 2024[2]
Ibu kotaCiruas
Jumlah satuan pemerintahan
Senarai
  • Kecamatan: 29
  • Kelurahan: 0
  • Desa: 326
Kerajaan
 • BupatiRatu Rachmatuzakiyah
Keluasan
 • Jumlah
1,469.66 km2 (567.44 batu persegi)
Penduduk
 (30 Jun 2024)[4]
 • Jumlah
1,756,816
 • Kepadatan1,200/km2 (3,100/batu persegi)
Demografi
 • Agama
  • 99.14% Islam
  • 0.04% Buddha
  • 0.02% Hindu[4]
 • BahasaIndonesia, Sunda Serang, Jawa Serang, Lampung Cikoneng
 • IPM▲ 66.82 (2021)
sederhana[5]
Zon waktuUTC+07:00 (WIB)
Pelat kendaraanA
DAUIDR 1,131,178,667,000.- (2020)[6]
Tapak sesawangserangkab.go.id

Kabupaten Serang merupakan salah satu kabupaten di Provinsi Banten. Kabupaten ini terletak di hujung barat laut Pulau Jawa, berbatasan dengan Laut Jawa di utara, Kabupaten Tangerang di timur, Kabupaten Lebak di selatan, serta Kota Cilegon di barat. Ibu kotanya mempunyai nama yang sama, iaitu Serang.

Banten Lama yang terletak di Teluk Banten dahulunya merupakan pusat Kesultanan Banten. Kawasan ini merupakan tempat yang kapal-kapal Belanda mendarat buat pertama kali di Indonesia.

Sebahagian besar wilayah Kabupaten Serang merupakan dataran rendah, kecuali di perbatasannya dengan Kabupaten Pandeglang yang mempunyai banjaran gunung yang berpuncak di Gunung Karang (1,778 m).

Pembahagian pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Kabupaten Serang terdiri daripada 32 kecamatan, yang dibahagikan lagi kepada sejumlah desa dan kelurahan. Pemerintahannya berpusat di Serang yang terletak 10 kilometer dari pantai Teluk Banten.

Pada saat ini, pemecahan Kabupaten Serang telah dicadangkan untuk menjadikan Kota Serang dan Kabupaten Serang. Kecamatan yang akan tercakup dalam Kota Serang adalah Kecamatan Kota Serang, Kecamatan Cipocok Jaya, Kecamatan Ciruas, Kecamatan Kasemen, Kecamatan Taktakan, Kecamatan Curug, dan Kecamatan Kramatwatu.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk Kabupaten Serang 1,786,000 (2003), dengan sebahagian besarnya tinggal di kawasan utara. Bahasa yang dituturkan adalah Bahasa Sunda yang digunakan oleh masyarakat di daerah selatan, serta bahasa Jawa Dialek Banten yang juga dikenali sebagai Bahasa Jawa Serang dan yang paling banyak digunakan di daerah pantai utara.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Kabupaten Serang dilayani oleh jalan raya negara Jakarta-Merak, serta perkhidmatan kereta api Jakarta-Merak. Lokasi kabupaten ini sangat strategik kerana terletak di laluan utama penghubung lebuh raya Jawa-Sumatera. Pelabuhan Merak merupakan titik penyeberangan antara pulau Jawa dan Sumatera.

  1. ↑ "SEJARAH SINGKAT KABUPATEN SERANG". Website Resmi Kabupaten Serang. 9 Oktober 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2022. Dicapai pada 14 Ogos 2026.
  2. ↑ "Undang-undang (UU) Nomor 117 Tahun 2024 tentang Kabupaten Serang di Provinsi Banten". peraturan.bpk.go.id. Dicapai pada 14 Ogos 2026.
  3. ↑ BPS Kabupaten Serang (2020). Statistik Daerah Kabupaten Serang 2020. BPS Kabupaten Serang. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2022. Dicapai pada 14 Ogos 2026.
  4. 1 2 "Visualisasi Data Kependudukan - Kementerian Dalam Negeri 2024" (Visual). www.dukcapil.kemendagri.go.id. Dicapai pada 14 Ogos 2026.
  5. ↑ "Indeks Pembangunan Manusia 2020-2021". www.bps.go.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2021. Dicapai pada 14 Ogos 2026.
  6. ↑ "Rincian Alokasi Dana Alokasi Umum Provinsi/Kabupaten Kota Dalam APBN T.A 2020" (pdf). www.djpk.kemenkeu.go.id. 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2026.