Pergi ke kandungan

Malaysia Madani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malaysia MADANI (Bahasa Inggeris: Civilised Malaysia) [1] merupakan salah satu nama kabinet dan sebuah rangka kerja utama kerajaan yang diusulkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim [2] yang diperkenalkan pada bulan Januari 2023.[3] Secara amnya, konsep Malaysia MADANI menitikberatkan kepada aspek keharmonian masyarakat majmuk, pembangunan mampan dan tadbir urus baik [4].

Malaysia Madani berfungsi sebagai pengganti Keluarga Malaysia, pentadbiran Perdana Menteri ke-9, Ismail Sabri Yaakob.[5]

Huraian dasar

[sunting | sunting sumber]

Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan (Sustainability, Care & Compassion, Respect, Innovation, Prosperity dan Trust).[6] Di samping itu, Malaysia Madani mengetengahkan lapan aspek:

  • Kemasyarakatan
  • Budaya
  • Bandar
  • Luar bandar

Gagasan Malaysia Madani pada asalnya diterbitkan dalam sebuah buku yang dilancarkan pada 2 Oktober 2022 di Hotel Dorsett Subang, kira-kira sebulan sebelum PRU 2022.[7] dan sebelum Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.[5] Dasar Malaysia Madani sebagai dasar negara pula dilancarkan pada 19 Januari 2023 di Putrajaya.[8][5]

Generasi MADANI

[sunting | sunting sumber]

Generasi MADANI merujuk kepada sebuah inisiatif dan kerangka nilai yang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di semua institusi pendidikan bermula tahun 2025. Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah murid secara holistik agar menjadi warganegara yang beradab, berakhlak, berintegriti, berilmu, bertanggungjawab, dan berdaya saing di peringkat global. Konsep ini adalah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Rukun Malaysia MADANI.

Jenis Program Peringkat Pelaksanaan Tempoh Masa
Kenali Konsep Generasi MADANI Semua Institusi Pendidikan Ogos 2025
Pemangkin Generasi MADANI (2H1M) Peringkat Sekolah Ogos - Disember 2025
Kem Generasi MADANI (3H2M) Peringkat Daerah/IPG/Kolej Matrikulasi Ogos - Oktober 2025

Matlamat dan Objektif

[sunting | sunting sumber]

Matlamat utama penerapan Konsep Generasi MADANI di institusi pendidikan adalah untuk:

  • Melahirkan generasi yang beradab, berakhlak, berintegriti, berilmu dan mampu bersaing di peringkat global.
  • Membentuk generasi yang memartabatkan identiti nasional dan menjunjung nilai kelestarian.

Objektif program ini termasuk:

  • Menerapkan enam elemen yang terkandung dalam Konsep Generasi MADANI dalam proses pembangunan diri murid.
  • Pembinaan karakter bangsa Malaysia melalui penerapan konsep karamah insaniah.
  • Menyemarakkan semangat patriotisme dengan memberi kesedaran tentang pentingnya pertahanan dan keselamatan negara.
  • Membina sifat kepimpinan, kesukarelaan, dan tanggungjawab sosial.
  • Memperteguh perpaduan dalam masyarakat.

Fokus Penerapan

[sunting | sunting sumber]

Konsep Generasi MADANI berpusat kepada enam elemen teras yang dibahagikan kepada dua aspek utama: Rekayasa Minda dan Rekayasa Sikap, dengan Adab, Integriti, dan Akhlak (AIA) sebagai teras di tengah.

1. Rekayasa Minda

[sunting | sunting sumber]

Rekayasa Minda menekankan kepada keupayaan berfikir dan pembelajaran:

  • Pemikiran Kritis: Kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar.
  • Kreatif & Inovatif: Kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai serta berfikir dari perspektif yang pelbagai.
  • Pembelajaran Sepanjang Hayat: Pembudayaan proses menimba pengetahuan dan kemahiran secara berterusan agar mampu beradaptasi dalam pelbagai persekitaran.

2. Rekayasa Sikap

[sunting | sunting sumber]

Rekayasa Sikap memberi tumpuan kepada pembinaan karakter dan nilai diri:

  • Kepimpinan: Keupayaan untuk memimpin dan memberi impak positif kepada rakan sebaya serta komuniti sekeliling melalui tindakan yang beretika, bertanggungjawab dan berwawasan.
  • Ihsan: Cerminan sikap yang penuh empati, keikhlasan dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain dan alam sekitar.
  • Keseimbangan Diri: Kemampuan untuk menyeimbangkan kehidupan dari segi intelek, sosial, emosi, rohani dan fizikal dengan cara sihat dan harmoni.

Kaedah Pelaksanaan

[sunting | sunting sumber]

Penerapan konsep Generasi MADANI di institusi pendidikan KPM dilaksanakan melalui empat strategi utama:

  1. Strategi 1: Sisipan Berterusan Konsep Generasi MADANI.
  2. Strategi 2.
  3. Strategi 3: SLOT.
  4. Strategi 4: KEM KEPIMPINAN.

Logo Generasi MADANI

[sunting | sunting sumber]

Logo Generasi MADANI menggunakan tipografi dan warna yang spesifik untuk menggambarkan ciri-ciri generasi yang dihasratkan:

  • Warna Merah melambangkan semangat, keberanian dan tindakan, menggambarkan generasi MADANI yang proaktif.
  • Warna Biru Tua merupakan warna rasmi bagi MADANI.
  • Warna Biru Muda melambangkan kestabilan dan kepercayaan serta perpaduan.
  • Warna Kuning melambangkan keceriaan dan optimis, menggambarkan generasi yang kreatif dan inovasi.
  • Warna Merah Jambu melambangkan empati dan kasih sayang, menggambarkan generasi yang menghayati kepelbagaian dalam masyarakat.
  • Kombinasi Warna menunjukkan elemen keterangkuman dan kepelbagaian, menyerlahkan nilai inklusif.

Laporan Berita Berkaitan

[sunting | sunting sumber]

Konsep Generasi MADANI mendapat liputan sebagai inisiatif penting Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pembangunan karakter murid:

Peluncuran dan Karnival Generasi MADANI 2025

[sunting | sunting sumber]

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyatakan bahawa karnival tersebut berperanan memupuk dan mengeratkan perpaduan generasi muda dalam kepelbagaian kaum di negara ini. Beliau menambah: "Generasi MADANI ialah generasi yang bersedia menghadapi cabaran global dengan minda yang progresif, berdaya saing, kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakina1n...".[9] (Sumber : Bernama, "Lebih 3000 Pelajar Sertai Karnival Generasi MADANI 2025")

Pelaksanaan dan Perluasan Program

[sunting | sunting sumber]

Program Generasi MADANI mula diperluas ke semua institusi pendidikan KPM (prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, dan lepas menengah, termasuk program pendidikan khas) bermula tahun 2025, selepas program rintis dijalankan pada tahun 2024. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, turut memaklumkan di Dewan Negara bahawa konsep Generasi MADANI akan diguna pakai menerusi semua aktiviti dan program melibatkan murid.[10] (Sumber : Berita RTM, "KPM perkenal kurikulum baharu 2027")

Kesimpulan

[sunting | sunting sumber]

Pelaksanaan penerapan Konsep Generasi MADANI ini diharapkan dapat memberikan impak positif dalam membentuk karakter murid secara holistik selaras dengan nilai-nilai murni serta identiti yang terkandung dalam konsep Generasi MADANI.


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ "MyGOV - Belanjawan 2023". Government of Malaysia. Dicapai pada 3 June 2024.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  2. ↑ BERNAMA (2023-03-25). "WHAT IS MALAYSIA MADANI?". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-24.
  3. ↑ "Enam tonggak Madani perlu terjemah dalam dasar, bukan hanya bersifat populis - Amirudin". Astro Awani. 19 Januari 2023. Dicapai pada 21 Januari 2023.
  4. ↑ "CNA Explains: What does Anwar's Malaysia Madani slogan mean and how does it represent the new government?". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-24.
  5. 1 2 3 Nor Ain Mohamed Radhi (19 January 2023). "PM launches Malaysia MADANI slogan". New Straits Times. Dicapai pada 25 March 2023.
  6. ↑ "SCRIPT – For a Better Malaysia by Anwar Ibrahim". Institut Darul Ehsan (dalam bahasa Inggeris). 2 Oktober 2022. Dicapai pada 21 Januari 2023.
  7. ↑ "SCRIPT – For a Better Malaysia by Anwar Ibrahim" (dalam bahasa Inggeris British). Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-01-21. Dicapai pada 2023-03-24.
  8. ↑ Yahya, Roskhoirah (20 Januari 2023). "Malaysia Madani, konsep baharu gantikan Keluarga Malaysia". Sinar Harian. Dicapai pada 21 Januari 2023.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  9. ↑ BERNAMA (2025-02-19). "Lebih 3,000 Pelajar Sertai Karnival Generasi MADANI 2025". BERNAMA. Dicapai pada 2025-10-26.
  10. ↑ "KPM perkenal kurikulum baharu 2027". Portal Berita. 2025. Dicapai pada 2025-10-26.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]