Megurine Luka
| Megurine Luka | |
|---|---|
| Pembangun | Crypton Future Media |
| Pelancaran pertama | 30 Januari 2009 |
| Versi terkini/stabil | Megurine Luka V4X (19 Mac 2015) |
| Sistem pengendalian | Windows XP/Vista |
| Pelantar | PC |
| Tersedia dalam | Jepun Inggeris |
| Jenis | Fictional humanoid (en) |
| Genre | Aplikasi Pensintesis Vokal |
| Lesen | Hak milik |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Megurine Luka (巡音ルカ, Megurine Ruka),[1][2] dengan nama kod CV03, ialah sebuah perisian Vocaloid yang dikeluarkan pada 30 Januari 2009 [3] dan dicipta oleh Crypton Future Media yang berpangkalan di Sapporo. Antropomorfisme moe rasmi perisian pustaka suara ini ialah wanita berumur 20 tahun.[3] Perisian suara ini menggunakan teknologi pensintesis nyanyian Vocaloid 2 dan Vocaloid 4 daripada Yamaha. Suaranya disampel daripada Yū Asakawa. Watak ini telah membuat persembahan pentas konsert secara langsung bersama-sama watak-watak Vocaloid lain dalam bentuk unjuran hologram animasi.
Nama kod rasminya, CV03, merujuk kepada kedudukannya sebagai produk Vocaloid ketiga yang dibuat oleh Crypton Future Media untuk "Siri Vocal Berwatak" (bahasa Inggeris: Character Vocal Series; disingkatkan sebagai "CV Series"), selepas pelancaran Hatsune Miku (nama kod CV01) dan Kagamine Rin/Len (nama kod CV02).
Proses penghasilan
[sunting | sunting sumber]
Rakaman sampel suara bermula pada Oktober 2007. Pada permulaannya, jualan dijadualkan untuk dijual pada separuh pertama tahun 2008, tetapi kakitangan pengeluaran pada waktu itu menjangka pembentukan bahan suara memakan lebih banyak masa daripada kedua-dua karya sebelumnya. Kemudian tarikh yang telah ditetapkan untuk penjualan ditangguh sama ada pada bulan September atau Oktober 2008. Gambaran watak produk ini telah lari daripada watak comel dalam dua produk sebelumnya, dan bertukar kepada watak yang seksi dan bermisteri.[perlu rujukan]
Salah satu pengeluar menyifatkan bahawa jika CV01 ialah watak GUNDAM, maka CV03 pula akan diadakan sebagai watak PSYCO-GUNDAM.Produk ini akhirnya diterbitkan pada 30 Januari 2009 disebabkan masalah pembangunan dan pada 27 Oktober 2009 kira-kira 13,000 satuan telah dijual.[perlu rujukan]
Perkembangan
[sunting | sunting sumber]Megurine Luka ialah Vocaloid pertama yang direka untuk menyokong sepenuhnya penghasilan vokal dalam bahasa Jepun dan Inggeris dan tambahan pertama kepada rangkaian perisian Character Vocal Series yang dicirikan sebagai orang dewasa.
Luka telah dibangunkan oleh Crypton Future Media menggunakan Vocaloid 2 Yamaha. Suaranya dicipta dengan mengambil sampel vokal daripada pelakon suara Yū Asakawa pada pic dan nada yang terkawal. [perlu rujukan]
Megurine Luka ialah Vocaloid pertama yang direka untuk menyokong sepenuhnya penghasilan vokal dalam bahasa Jepun dan Inggeris dan tambahan pertama kepada rangkaian perisian CV Series yang dicirikan sebagai orang dewasa.
Pada asalnya, dia akan menerima kemas kini yang dipanggil "Megurine Luka Append" yang dibangunkan untuk Vocaloid 2 . Namun, pengguguran vokal tersebut telah diumumkan dan digantikan dengan produksi Vocaloid 3 pada 1 Disember 2011. [4] [ pengesahan gagal ] Tetapi, kemas kini Vocaloid 3 juga tidak berlaku.[perlu rujukan]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "巡音ルカ(MEGURINE LUKA) VOCALOID2" (dalam bahasa Jepun). Crypton Future Media. Dicapai pada February 24, 2022.
- ↑ Comptiq (29 October 2013). Hatsune Miku Graphics: Character Collection CV03 - Megurine Luka Edition: Comptiq, Various, KEI: 9781926778778: Amazon.com: Books. UDON Entertainment Corporation. ISBN 978-1926778778.
- 1 2 "英語に苦心 大人なVOCALOID「巡音ルカ」ができるまで". ITmedia NEWS (dalam bahasa Jepun). 2009-02-10. Dicapai pada 2026-08-09.
- ↑ Wataru Sasaki [crypton_wat @vocaloid_cv_cfm] (1 December 2011). "おお、答えれていなかった質問が幾つかありました.現状、betaとして出ている音源については全てVOCALOID2を使用したものでして、原則、VOCALOID3に適合させた上で改めて音声化し、デモソング等としてリリースさせて頂きたいと思います m(_ _)m" [Oh, several questions have been left unanswered. Status quo, all sound sources released as beta are made with VOCALOID2, and in principle, these should be adopted to Vocaloid 3, then rendered using it, and finally we will release these as demo songs. m(_ _)m]. Twitter (dalam bahasa Jepun). Crypton Future Media.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi (dalam bahasa Jepun)

