Orang Maori
Hinepare dari Ngāti Kahungunu, c1890 | |
| Jumlah penduduk | |
|---|---|
| kira-kira. 660,000 | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| 565,329 (etnik) 643,977 (keturunan)[1] | |
| 72,956 (keturunan)[2] | |
| kira-kira. 8,000[3] | |
| kira-kira. 3,500[4] | |
| 1,305[5] | |
| Wilayah lain | kira-kira. 8,000[3] |
| Bahasa | |
| Māori, Inggeris | |
| Agama | |
| Agama Māori, Kristian | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| lain-lain orang Polinesia, Orang Austronesia | |
Orang Māori (bahasa Māori: tangata Māori "orang biasa") merujuk kepada bangsa peribumi Polinesia serumpun Austronesia yang terdapat di New Zealand yang mengamalkan budaya dan bahasa yang tersendiri. Masyarakat ini menggelarkan diri sesama mereka dengan istilah tangata whenua "orang benua".[6] Mereka dibahagikan kepada suku-sakat (iwi) berdasarkan perahu yang membawa keluarga mereka ke New Zealand.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kekurun 14-16: ketibaan manusia ke New Zealand
[sunting | sunting sumber]
Tarikh tepat ketibaan manusia ke New Zealand ditelingkahkan:[7] ada bukti tinggalan tulang tikus sebagai sumber makanan terbawa dari peperahu[8] serta kewujudan jelaga tinggalan kebakaran hutan pada dedekad selepas meletusnya Gunung Tarawera pada 1315.[9][10] Kajian tarikh radiokarbon 2022 mengusulkan ketibaan dan petempatan manusia di Pulau Utara antara tetahun 1250-1275.[11][12] Kajian genetik serta penelitian cerita lisan suku-sakat Māori tentang kedatangan peperahu nenek moyang mereka dirancang mencadangkan latar masa seawal 1320 sehingga selelewat kitar 1350.[13][14][15]

Tidak seperti banyak masyarakat Polinesia yang menyebar tanam beraneka pokok termasuk ubi, kulur sukun, nyiur dan sebagainya serata kawasan tropika, iklim sejuk pepulau baharu jauh selatan diduduki leluhur masyarakat Māori ini mengurangkan dadak kepada ubi keledek, keladi dan talas yang paling dapat menyubur di Pulau Utara.[16] Mengkuang pun tidak terdapat di pepulau ini yang boleh dijadikan bahan anyaman barangan keperluan seperti tikar bakul, lalu mereka menggunakan dedaun Phormium boleh diraut lembut seumpama.[17]
Kekurun 15-18: pembinaan masyarakat suku-sakat
[sunting | sunting sumber]Kurun 19: pertembungan dengan penjajah Barat
[sunting | sunting sumber]Sejarawan New Zealand , Michael King dalam bukunya The Penguin History Of New Zealand menyatakan orang Māori sebagai 'kelompok manusia yang belum pernah disentuh oleh dunia luar'.
Penjelajah Eropah seperti Abel Tasman yang tiba pada 1642 dan Kapten James Cook yang tiba pada 1769 telah melaporkan akan kewujudan orang Māori di New Zealand. Mereka melaporkan wajah orang Māori menyerupai gaya seorang pahlawan dan kelihatan garang sekali. Apabila berlaku peperangan antara suku, akan ada yang dijadikan makanan atau diperhambakan.
Seawal 1980an , orang Māori dikenali sebagai pemburu ikan paus dan pemburu anjing laut. Sesetengah orang Māori menjadi kelasi kapal penjelajah Eropah.
Abad ke-20: kebangkitan menuntut keadilan dan hak tanah
[sunting | sunting sumber]
Sebelum 1974 penentuan seseorang itu orang Māori atau tidak ditentukan berdasarkan pengakuan sahaja . Tetapi selepas ramai rakyat New Zealand inginkan keistimewaan sebagai orang Maori, Akta Hal Ehwal Māori 1974 (Pindaan) telah digubal. Kini, seseorang itu didaftar sebagai Māori jika mengamalkan kebudayaan Māori dan mempunyai hubungan darah dengan ibu bapa atau moyangnya Maori. Hal ini menimbulkan kontroversi dan bantahan dari pelbagai penjuru . Contohnya kes melibatkan Christian Cullen pada tahun 2003 . Tribunal Waitangi diwujudkan bagi membicarakan hal ehwal Maori. Sebenarnya ramai orang Māori di New Zealand kini bukanlah orang Māori yang sebenar. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Don Brash dari Parti Kebangsaan .



Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Statistik New Zealand (2007). 2006 Census Data: QuickStats About Māori (disemak)
- ↑ Table 2.1, p 12, in Australian Bureau of Statistics (2004). Australians' Ancestries: 2001PDF (2.01 MiB). Canberra: Australian Bureau of Statistics, Catalogue Number 2054.0.
- 1 2 Walrond, Carl (2005). Māori overseas - England, the United States and elsewhere, Te Ara - the Encyclopedia of New Zealand.
- ↑ New Zealand-born figures from the 2000 U.S. Census; sum of "Native Hawaiian and Other Pacific Islander" and people of mixed race. United States Census Bureau (2003). Census 2000 Foreign-Born Profiles (STP-159): Country of Birth: New ZealandPDF (103 KiB). Washington, D.C.: U.S. Census Bureau.
- ↑ Statistics Canada (2003). Ethnic Origin (232), Sex (3) and Single and Multiple Responses (3) for Population, for Canada, Provinces, Territories, Census Metropolitan Areas and Census Agglomerations, 2001 Census - 20% Sample Data. Ottawa: Statistics Canada, Cat. No. 97F0010XCB2001001.
- ↑ Rawiri Taonui (5 Mei 2011). 'Ngā tuakiri hōu – new Māori identities'. Te Ara - the Encyclopedia of New Zealand, diakses 16 September 2023.
- ↑ Wilson, John (2020). "Māori arrival and settlement". Te Ara – the Encyclopedia of New Zealand (dalam bahasa New Zealand English). Dicapai pada 8 November 2021.
- ↑ Lowe, David J. (November 2008). "Polynesian settlement of New Zealand and the impacts of volcanism on early Maori society: an update". Guidebook for Pre-conference North Island Field Trip A1 'Ashes and Issues' (PDF). New Zealand Society of Soil Science. m/s. 142. ISBN 978-0-473-14476-0. Dicapai pada 18 January 2010.
- ↑ Bunce, Michael; Beavan, Nancy R.; Oskam, Charlotte L.; Jacomb, Christopher; Allentoft, Morten E.; Holdaway, Richard N. (7 November 2014). "An extremely low-density human population exterminated New Zealand moa". Nature Communications (dalam bahasa Inggeris). 5 5436. Bibcode:2014NatCo...5.5436H. doi:10.1038/ncomms6436. ISSN 2041-1723. PMID 25378020.
- ↑ Jacomb, Chris; Holdaway, Richard N.; Allentoft, Morten E.; Bunce, Michael; Oskam, Charlotte L.; Walter, Richard; Brooks, Emma (2014). "High-precision dating and ancient DNA profiling of moa (Aves: Dinornithiformes) eggshell documents a complex feature at Wairau Bar and refines the chronology of New Zealand settlement by Polynesians". Journal of Archaeological Science (dalam bahasa Inggeris). 50: 24–30. Bibcode:2014JArSc..50...24J. doi:10.1016/j.jas.2014.05.023.
- ↑ Ashleigh McCaull (8 November 2022). "New study suggests Māori settlers arrived in Aotearoa as early as 13th century". RNZ. Dicapai pada 8 November 2022.
- ↑ Bunbury, Magdalena M. E.; Petchey, Fiona; Bickler, Simon H. (2022). "A new chronology for the Māori settlement of Aotearoa (NZ) and the potential role of climate change in demographic developments". Proceedings of the National Academy of Sciences. 119 (46) e2207609119. Bibcode:2022PNAS..11907609B. doi:10.1073/pnas.2207609119. PMC 9674228. PMID 36343229.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Walters et al (2017)" - ↑ Roberton, J.B.W. (1956). "Genealogies as a basis for Maori chronology". Journal of the Polynesian Society (dalam bahasa Inggeris). 65 (1): 45–54.
- ↑ Te Hurinui, Pei (1958). "Maori genealogies". Journal of the Polynesian Society (dalam bahasa Inggeris). 67 (2): 162–165.
- ↑ Furey, Louise (2006). Maori gardening: An archaeological perspective. Wellington: Department of Conservation. m/s. 10–6. ISBN 047814122X.
- ↑ Harris, W.; Heenan, P.B. (July 1992). "Domestication of the New Zealand flora—an alternative view". New Zealand Journal of Crop and Horticultural Science. 20 (3): 262. doi:10.1080/01140671.1992.10421767.