Raihan
Rencana ini nampaknya ditulis seperti sebuah iklan. (September 2026) |
Raihan | |
|---|---|
| Asal | Malaysia |
| Genre | Nasyid |
| Syarikat rakaman | Warner Music Group |
| Kegiatan berkaitan | NowSeeHeart Ustaz Amaluddin S.M. Salim Yusof Islam Miloud Zenasni Mecca2Medina Seven8Six |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Raihan merupakan sebuah kumpulan nasyid Malaysia di bawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia.
Antara lagu mereka ialah:
- "Puji-pujian" (1997) - Nazrey, Che Amran, Abu Bakar, Amran, Azahari
- "Syukur" (1997) - Nazrey, Che Amran, Abu Bakar, Amran, Azahari
- "Maafkan" (1999) - Nazrey, Che Amran, Abu Bakar, Azahari
- "Senyum" (1999) - Nazrey, Che Amran, Abu Bakar, Azahari
- "Demi Masa" (2001) - Nazrey, Che Amran, Abu Bakar, Azahari
- "Gema Alam" (2002) - Nazrey, Che Amran, Abu Bakar, Amran
- "Allahu" (2004) - Nazrey, Che Amran, Abu Bakar, Amran
- "Ameen" (2005) - Nazrey, Che Amran, Abu Bakar, Amran
- "Bacalah" (2005) - Nazrey, Che Amran, Abu Bakar, Amran
- "Tawakkal" (2006) - Nazrey, Che Amran, Abu Bakar, Amran, Nordin
- "Musafir Perjuangan" (2010) - Che Amran, Abu Bakar, Afad, Amran
- "Zikir Teraphy" (2011) - Che Amran, Abu Bakar, Afad
- "Lagu-lagu Hafalan" (2011) - Che Amran, Abu Bakar, Afad
Ahli semasa
[sunting | sunting sumber]- Abu Bakar Md Yatim (Bakar)
- Che Amran Idris (Che Am)
- Ahmad Fadzli Ab Aziz (Fadzli)
Bekas ahli
[sunting | sunting sumber]- Zulfadli Mustaza (Afad) - (2007–2015)
- Amran Ibrahim (Amrand) - (1996–1998, 2002–2010, 2015–2025)
- Azahari Ahmad (Zairee) - (1996–2001)
- Nazrey Johani (Nazrey/Alexander) - (1996–2006)
- Nordin Jaafar (Nordin) - (2005–2008)
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Susulan dengan itu,[penjelasan lanjut diperlukan] Raihan terkenal hingga ke seluruh pelusuk dunia dengan irama yang segar sehingga muzik mereka menjadi asas rujukan nasyid kontemporari dunia. Saban tahun, pasti Raihan menjelajah ke merata dunia seperti Eropah, Timur Tengah, China, Indonesia dan Australia. Tidak hairanlah[siapa?] dalam album Syukur pada 1998, pendakwah terkenal Yusuf Islam (dahulunya Cat Stevens) berduet untuk lagu "Rakan Selawat: The Seal of The Prophet" dan "God Is The Light".
Selepas keluaran album Syukur, Amran Ibrahim telah mengundurkan diri buat sementara waktu kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Album Senyum menyusul pada 1999 dan hanya membariskan empat orang ahli Raihan. Album ini mengadunkan elemen asal nasyid bersama muzik Nusantara seperti gamelan, gendang ritma dan angklung menjadikan muzik Raihan lebih diyakini melalui eksplorasi penerbit Farihin Abdul Fatah. Tidak hairanlah,[siapa?] kesemua album Raihan telah menggondol Anugerah Industri Muzik. Kesinambungan ini diteruskan untuk album sempena Ramadan dan Syawal pada 1999; maka keluarlah album istimewa Maafkan diterajui Raihan di samping NowSeeHeart, Man Bai, Ajai, Rem dan Amir.
Filem dakwah Syukur 21 pada tahun 2000 lakonan Raihan menjadi titik tolak kehangatan medium nasyid kontemporari untuk terus berkembang menjadi satu industri yang bertapak kukuh. Berlatarbelakangkan tahun 2021, Raihan mempunyai sebuah pusat sains Raudah memasyhurkan budaya Islamisasi sains yang berteknologi tinggi. Lagu keinsafan berjudul "I'tiraf" duet bersama Yasin diangkat menjadi tema filem ini.
Dalam seminggu sebelum album Demi Masa dilancarkan, peristiwa yang amat sedih berlaku pada 29 September 2001 iaitu Azahari Ahmad telah meninggal dunia pada hari kelahirannya. Raihan bagaikan kehilangan peneraju semangat utama. Tinggallah Raihan dengan tiga ahli - Che Amran Idris yang menggalas sebagai ketua, Nazrey Johani dan Abu Bakar Mohd Yatim. Pada 2002, sebagai langkah untuk memantapkan kembali ahli Raihan untuk album seterusnya Gema Alam, Amran Ibrahim kembali ke pangkuan Raihan untuk meneruskan perjuangan bekas peneraju utama yakni Allayarham Azahari Ahmad. Album Allahu (2004), Raihan mencetuskan kolaborasi hangat apabila bergabung dengan Awie untuk lagu "Dari Tuhan", S. Jibeng - "Takwa & Iman" dan Muhammad Al-Husayyan (penyanyi nasyid popular Timur Tengah) untuk lagu "Araftuka".
Setelah 10 tahun berkecimpung dalam pahit dan manis dalam industri nasyid, keluarlah album Koleksi 10 Tahun membariskan lagu-lagu daripada filem animasi Muhammad Utusan Terakhir dan lagu-lagu malar segar Raihan beserta 2 lagu bonus rakaman terbaru "Bacalah" dan "Assalamu'alaikum". Raihan terus berkelana ke merata pelusuk dunia, mereka bersetuju merakam lagu hip hop bersama kumpulan rap Islam bernama Mecca2Medina dalam album Ameen yang diterbitkan pada tahun 2005.
Sudah menjadi diari tahunan mereka, Raihan terus berkelana di seluruh dunia untuk membawa mesej keharmonian dan dakwah Islam. Album Tawakkal (2006) menjadi titik peralihan vokalis utama - Nazrey Johani telah meninggalkan kumpulan Raihan untuk bergerak dalam bidang dakwah di negeri kelahirannya Sabah, bermotivasi dan bernasyid secara bersendirian. Penggantinya, Nordin Jaafar, bekas ahli kumpulan AlarmMe menyumbangkan suara solonya yang lunak untuk separuh daripada album ini. Belum pun sampai setahun, Nordin Jaafar mengumumkan pengundurannya daripada Raihan.
Walau bagaimanapun, Raihan tetap harum dan terus merentasi sempadan benua sehinggakan sudah dua kali mereka muncul dewan bersejarah yang berprestij di dunia yakni Royal Albert Hall, England tanpa Nazrey Johani[1] mahupun Nordin Jaafar. Di dewan inilah, keempat-empat anak muda beserta seorang ahli barunya Zulfadli Mustafa melancarkan sebuah album pertama mereka selepas meninggalkan Warner Music (M) Sdn. Bhd. berjudul Selawat: Praises For The Prophet pada 2008 yang berkonsepkan Selawatheraphy dengan alunan suara harmoni menusuk jiwa rangkaian selawat-selawat popular seluruh dunia tanpa apa jua alatan muzik.[2]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]
| Bil. | Maklumat Album | Senarai Lagu |
|---|---|---|
| 01 | Puji-Pujian
(2/1/1997) |
|
| 02 | Syukur
(10/12/1997) |
|
| 03 | Senyum
(18/5/1999) |
|
| 04 | Maafkan bersama
Artis Undangan (9/12/1999) |
|
| 05 | Koleksi Nasyid Terbaik
(2000) |
|
| 06 | Syukur 21 (OST) -
Various Artist (2000) |
|
| 07 | Demi Masa
(2/10/2001) |
|
| 08 | Gema Alam
(16/12/2002) |
|
| 09 | Brotherhood
[pasaran antarabangsa] (2003) |
|
| 10 | Allahu
(9/4/2004) |
|
| 11 | Koleksi Terbaik 1 Dekad:
Iqra' (Bacalah) (2005) |
|
| 12 | Ameen
(27/9/2005) |
|
| 13 | Tawakkal
(14/9/2006) |
|
| 14 | Koleksi Abadi
(2007) |
CD1:
|
CD2:
| ||
VCD:
| ||
| 15 | Praises For The Prophet
(2008) |
|
| 16 | Musafir Perjuangan
(2010) |
|
| 17 | Lagu-Lagu Hafalan
(2011) |
Agak berbeza dengan album-album Raihan sebelumnya, album LAGU-LAGU HAFALAN lebih kepada album edutainment yang amat sesuai untuk membantu anak-anak hafal sambil berhibur dengan lagu-lagu yang 'catchy'. |
Lagu/Album runut bunyi untuk filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Lagu | Album | Filem | Terbitan | Edaran |
|---|---|---|---|---|---|
| 2003 | Utusan Terakhir - Raihan (Reza Klon, Che Amran) |
Muhammad Utusan Terakhir (album) | Muhammad Utusan Terakhir | Flare Studios Music Sdn. Bhd.[3] | Inteam Records Sdn. Bhd. (cetakan 2017)[4] |
| Terima Kasih Ya Rasulallah - Raihan (Reza Klon, Nazrey Johani) |
Lagu-lagu
[sunting | sunting sumber]- 25 Rasul
- Balada Selawat
- Damba CintaMu
- Al-Hijrah
- Khabar Iman
- Kita Hamba
- Odei Anak
- Rakan Selawat
- Rukun Kita
- Syukur (Acapella)
- Syukur
- Thank You Allah
- Haji Menuju Allah
- I'tiraf
- 10 Malaikat
- Anak Permata
- Bersatu
- Bismillah (Acapella)
- Bismillah
- Cahaya Selawat
- Cinta Hakiki
- Nabi Anak Yatim
- Senyum
- Tak Selamanya
- Ya Rasulullah
- Iman Mutiara
- Puji-Pujian
- Allahu
- Sesungguhnya
- Dari Tuhan (bersama Awie)
Lagu dan single
[sunting | sunting sumber]- "Sesungguhnya 2019 (feat. Alif Satar)" (2019)
- "Damba Cinta Mu (feat. Alif Satar)" (2020)
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Anugerah Industri Muzik | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Anugerah | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan |
| 1998 | Anugerah Industri Muzik ke-5 | Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) | Menang | ||
| Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album | Puji-Pujian | Tercalon | |||
| Album Nasyid Terbaik | Menang | ||||
| Lagu Terbaik | Iman Mutiara | Tercalon | |||
| Puji-Pujian | Tercalon | ||||
| Album Terbaik | Menang | ||||
| Anugerah Kembara | Menang | ||||
| 1999 | Anugerah Industri Muzik ke-6 | Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album | Syukur | Menang | |
| Rakaman Album Terbaik | Tercalon | ||||
| Album Nasyid Terbaik | Menang | ||||
| Album Terbaik | Tercalon | ||||
| 2000 | Anugerah Industri Muzik ke-7 | Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album | Senyum | Menang | |
| Rakaman Album Terbaik | Tercalon | ||||
| Album Nasyid Terbaik | Menang | ||||
| Lagu Terbaik | Bismillah | Tercalon | |||
| Album Terbaik | Tercalon | ||||
| 2001 | Anugerah Industri Muzik ke-8 | Anugerah Kembara | Menang | ||
| 2002 | Anugerah Industri Muzik ke-9 | Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album | Demi Masa | Menang | |
| Kulit Album Terbaik | Tercalon | ||||
| Album Nasyid Terbaik | Tercalon | ||||
| 2004 | Anugerah Industri Muzik ke-11 | Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album | Gema Alam | Tercalon | |
| Kulit Album Terbaik | Tercalon | ||||
| Album Nasyid Terbaik | Menang | ||||
| Album Terbaik | Tercalon | ||||
| 2005 | Anugerah Industri Muzik ke-12 | Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album | Allahu | Menang | |
| Album Nasyid Terbaik | Menang | ||||
| Album Terbaik | Tercalon | ||||
| 2006 | Anugerah Industri Muzik ke-13 | Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album | Ameen | Tercalon | |
| Album Nasyid Terbaik | Menang | ||||
| Album Terbaik | Tercalon | ||||
| Anugerah Kembara | Menang | ||||
| 2007 | Anugerah Industri Muzik ke-14 | Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album | Tawakkal | Menang | |
| Album Nasyid Terbaik | Tercalon | ||||
| 2009 | Anugerah Industri Muzik ke-16 | Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu | Assubhu Bada | Menang | |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian | ||
|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan |
| 1997/1998 | Penyanyi Berkumpulan Popular | Menang |
| 1998/1999 | Penyanyi Nasyid Popular | Menang |
| 2000 | Penyanyi Nasyid Popular | Menang |
| 2002 | Penyanyi Nasyid Popular | Tercalon |
| 2003 | Penyanyi Nasyid Popular | Tercalon |
| 2004 | Penyanyi Nasyid Popular | Tercalon |
| 2005 | Penyanyi Nasyid Popular | Tercalon |
| 2006 | Penyanyi Nasyid Popular | Tercalon |
| 2007 | Penyanyi Nasyid Popular | Tercalon |
| 2008 | Penyanyi / Artis Nasyid Popular | Tercalon |
| 2009 | Penyanyi Nasyid Popular | Tercalon |
| 2010 | Penyanyi Nasyid Popular | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Saya nak berdakwah dan berniaga" - Nazrey. ARKIB - Hiburan, Utusan Online. 28 Mei 2006. Dicapai pada 27 September 2008.
- ↑ "Muhammad Busyairi bantu corakkan alam sekitar". Utusan Malaysia. 6 Februari 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2019. Dicapai pada 6 Februari 2006.
{{cite web}}:|archive-date=/|archive-url=timestamp mismatch; 15 Februari 2019 suggested (bantuan) - ↑ Muhammad Utusan Terakhir - Dapat kelulusan JAKIM. ARKIB: 7 November 2003. Hiburan, Utusan Online. Dicapai pada 27 Januari 2019.
- ↑ Album runut bunyi filem Muhammad Utusan Terakhir. Inteam Mobile. 2017. Dicapai pada Rabu, 13 Februari 2019.
