Rasukan Ablasa
| Rasukan Ablasa | |
|---|---|
Poster Filem Rasukan Ablasa | |
| Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
| Dihasilkan oleh | Latif Mohaideen Ahmad Puad Onah |
| Dibintangi | Gambit Saifullah Fouziah Gous Almy Nadia Mohd Hafiz Izzaq Piee Rozita Che Wan |
| Sinematografi | Mohd Erman |
| Muzik oleh | Brian Ng |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance Lineclear Motion Pictures |
| Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 26 Februari 2009 |
Masa tayangan | 80 minit |
| Negara | |
| Bahasa | Melayu |
Rasukan Ablasa ialah sebuah filem hantu thriller Malaysia 2009 arahan Abdul Razak Mohaideen yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 26 Februari 2009. Filem ini dibintangi oleh Gambit Saifullah, Fouziah Gous dan Almy Nadia. Filem ini juga turut bertanding dalam Festival Filem Malaysia Ke-22.[1][2]
Plot
[sunting | sunting sumber]Kisah ini menceritakan kejahatan yang terbentuk di masa silam tentang Omar yang memuja iblis untuk mendapatkan ketaatan isterinya Laila. Namun, pemujaannya hanya menyebabkan isterinya menjadi curang. Suatu hari, Omar telah ternampak Laila sedang berasmara dengan Nordin. Dalam keadaan marah, Omar memancung kepala Laila dan Nordin. Orang kampung telah mengetahui tentang kejadian itu lalu membakar Omar beserta rumahnya. 50 tahun kemudian, Asyraf, anak cucu Omar, kembali ke tanah lapang di Kampung Bukit Gemuruh, tempat kejadian ngeri itu. Iblis yang tertanam di bumi hidup semula dengan kehadiran Ashraf dan kawan-kawannya iaitu Jimmy, Kim, Elly Ad dan GG. Mereka telah terjumpa peti pemujaan Omar yang mana terdapat alat muzik yang mengeluarkan bunyi aneh. Setelah membawa pulang peti tersebut, kehidupan mereka terganggu oleh kejahatan yang terbebas itu. Ashraf mencari jalan keluar untuk menentang kejahatan.[3]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Gambit Saifullah sebagai Ashraff
- Fouziah Gous sebagai Elly
- Almy Nadia sebagai Kim
- Mohd Hafiz sebagai Jimmy
- Eric Fuzi
- Jalaluddin Hassan
- Yusry Abdul Halim
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Filem ini telah menerima dua buah pencalonan di Festival Filem Malaysia Ke-22, iaitu:
- Penataan Bunyi Terbaik
- Poster Terbaik
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ http://coldheartediceprincess.blogspot.com/2008/10/rasukan-ablasa.html
- ↑ https://web.archive.org/web/20090627024756/http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Variasi/20090308145433/Article/index_html
- ↑ http://www.budiey.com/sinopsis-filem-rasukan-ablasa-lakonan-mohd-hafiz-gambit-saifullah/